Naikkan Seri Wajah Dengan 5 Brand Popular ‘Contact Lens’ 2022

Naikkan Seri Wajah Dengan 5 Brand Popular ‘Contact Lens’ 2022
Kesihatan dan kecantikan


Penggunaan kanta lekap pada mata bukanlah asing untuk mereka yang mempunyai masalah rabun. Malah, evolusi produk kanta lekap atau contact lense yang didatangkan dengan pelbagai warna, corak, dan bentuk menjadikan ianya produk penting dalam dunia kecantikan, bukan sahaja untuk mereka yang rabun.

Jika anda perasan, sesetengah solekan memerlukan pemakaian kanta lekap pada mata agar ianya lebih menyerlah. Khas untuk anda yang sedang mencari produk atau jenama kanta lekap yang terbaik di pasaran, jom lihat senarai ini.

Alcon Air OPTIX® Hydraglyde

Alcon Air OPTIX® Hydraglyde
Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah mata cepat kering, ini adalah solusinya. Air Optix menggabungkan dua teknologi canggih yang bertujuan untuk memberikan kelembapan pada permukaan kanta lekap agar tahan lama serta memberikan perlindungan pada mata. Teknologi Smart shield membantu melindungi kanta lekap dan mata daripada radikal bebas atau pencemaran udara. Produk ini juga mengandungi bahan yang dikatakan lut udara yang membolehkan oksigen melaluinya untuk mata yang sihat.

Kelebihan

  • Keselesaan berpanjangan
  • Menggunakan teknologi SmartShield
  • Tidak mudah koyak
  • Tidak mudah terkesan dengan penggunaan alatan solekan atau produk kecantikan

Kekurangan

  • Kandungan air hanya 33%

Spesifikasi

Diameter 14.2 mm
Base Curve 8.6mm
Kandungan air 33%
Kandungan material Lotrafilcon B
Pemakaian Sebulan
Harga RM 50-RM 56/ 3pcs

FreshKon Colors Fusion

FreshKon Colors Fusion
Jenama ini mempunyai pelbagai rangkaian kanta lekap dan agak popular di Malaysia. Mata anda pasti lebih menyerlah dengan ciri-ciri istimewa yang ada seperti warna-warna eksklusif dengan saiz serta corak yang menarik. Kanta lekap ini juga selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan Hydrophilic. Pengguna juga pasti lebih selesa kerana produk ini mengandungi 55% kandungan air dan melindungi mata dari sinar UV.

Kelebihan

  • Memberikan penampilan lebih ikonik
  • Pilihan warna menarik
  • Keselesaan berpanjangan
  • Pengaliran oksigen yang bagus
  • Melindungi mata dari sinar UV
  • Menggunakan teknologi Hydro Micro-Insulation

Kekurangan

  • Warna-warna menarik cepat habis terjual

Spesifikasi

Diameter 14.2 mm
Base Curve 8.6mm
Kandungan air 55%
Kandungan material 44% somofilcon A
Pemakaian Sebulan
Harga RM 40/ 2pcs

Blincon BB Color

Blincon BB Color
Efek mata tampak lebih besarnya menjadikan produk ini diminati ramai. Sesuai untuk anda yang mempunyai saiz mata agak kecil dan mahukan sedikit kelainan pada mata. Ia terjual dengan 10 pilihan warna menarik. Produk ini juga mematuhi proses dan piawaian serta peraturan kebangsaan dan antarabangsa melalui pensijilan.

Kelebihan

  • Pilihan warna menarik
  • Keselesaan berpanjangan
  • Melindungi mata dari sinar UV
  • Memberikan efek mata lebih besar
  • Harga berbaloi

Kekurangan

  • Saiz agak besar menyukarkan pemakaian untuk yang tidak biasa

Spesifikasi

Diameter 14.5 mm
Base Curve 8.6mm
Kandungan air 40%
Kandungan material Hema
Pemakaian 3 bulan
Harga RM 38/ 2pcs

Cooper Vision Clariti Elite

Cooper Vision Clariti Elite
Kandungan air pada produk ini iaitu sebanyak 56% dengan gabungan teknologi AquaGen,sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rabun jauh, dekat mahupun juling. Cooper Vision Clariti Elite memberikan fokus kepada keseimbangan serta keselesaan dan kesihatan mata. Pengaliran oksigen yang bagus memastikan mata anda dapat bernafas dengan sihat dan anda akan terasa ibarat tidak memakai apa-apa pada mata.

Kelebihan

  • Sesuai untuk mata juling
  • Membolehkan oksigen melalui mata
  • Pilihan warna menarik
  • Keselesaan berpanjangan
  • Melindungi mata dari sinar UV
  • Silikon hydrogel yang sangat selesa pada mata

Kekurangan

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi

Diameter 14.2 mm
Base Curve 8.6mm
Kandungan air 56%
Kandungan material Somoflicon A
Pemakaian Sebulan
Harga RM 49/6 lenses

Baush & Lomb Lacelle Jewel Color

Baush & Lomb Lacelle Jewel Color
Jenama ini didatangkan dengan 4 pilihan warna menarik dengan corak permata unik untuk memberikan mata anda tampak lebih dalam dan berkilau. Ia adalah produk kanta lekap berpigment menggunakan bahan yang diuji dan terbukti mampu mengurangkan penghidratan pada kanta. Sesuai untuk anda yang mempunyai hari yang panjang kerana ianya tidak mengeringkan dan mampu memberi keselesaan pada mata.

Kelebihan

  • Tidak mudah terkoyak
  • Reka bentuk UniFit atau mudah lekap
  • Sesuai untuk mereka yang baru menggunakan contact lense
  • Pilihan warna menarik
  • Keselesaan berpanjangan

Kekurangan

  • Kandungan air sedikit

Spesifikasi

Diameter 14 mm
Base Curve 8.6mm
Kandungan air 38%
Kandungan material
Pemakaian Sebulan
Harga RM 32/2 lenses

Jika anda baru berjinak-jinak dengan contact lense, mungkin memerlukan masa untuk anda menyesuaikan diri. Jangan takut untuk memasukkan kanta pada mata dan pastikan jari atau alat yang anda gunakan benar-benar bersih. Anda boleh belajar beberapa tip mudah pemakaian kanta lekap ini menerusi video di Youtube kerana ianya lebih jelas.

Elakkan menggunakan kanta lekap ketika tidur kerana risiko kanta beralih adalah tinggi dan mata akan menjadi kering sekiranya pemakaian terlalu lama. Selamat mencuba!



Related posts