5 Pilihan Minyak Urut Terbaik Anda Mesti Cuba Untuk Penjagaan Badan Dan Kulit

5 Pilihan Minyak Urut Terbaik Anda Mesti Cuba Untuk Penjagaan Badan Dan Kulit
Kesihatan dan kecantikan


Anda mungkin tiada masalah untuk menjaga rutin kesihatan kulit wajah, namun ramai sering terlupa tentang penjagaan bahagian badan yang lain. Sama seperti kulit di wajah, setiap bahagian lain apda tubuh juga memerlukan penjagaan rapi seperti pelembab agar ianya tidak kering dan rosak.

Jangan risau kerana ianya tidak serumit penjagaan kulit wajah yang memerlukan pelbagai langkah, kerana anda hanya memerlukan pelembab seperti krim dan juga minyak untuk urutan manja agar kulit pada tubuh terasa lembut dan tidak kering.
Jom lihat beberapa pilihan minyak urut terbaik di pasaran.

Bath & Body Works EUCALYPTUS TEA

Bath & Body Works EUCALYPTUS TEA
Siapalah tak suka dengan produk-produk dari Bath & Body Works ni kan? Singgah je ke kedainya pelbagai jenis bauan dan produk penjagaan badan ada terjual di sana. Khas untuk anda yang sedang mencari, minyak urutan dengan bauan Eucalyptus Tea ini adalah antara pilihan terbaik. Minyak badan ringan ini, dibuat dengan minyak argan dan mentega shea, mengunci kelembapan sepanjang hari dan sepanjang malam untuk 24 jam kulit yang dipelihara. Diwangikan dengan minyak pati semulajadi dan pewangi semula jadi yang lain.

Kelebihan Bath & Body Works EUCALYPTUS TEA:

  • Produk dikenali di Malaysia
  • Pelbagai jenis bauan lain
  • Mengandungi minyak argan
  • Kelembapan terbaik sepanjang hari
  • Pewangi semulajadi

Kekurangan Bath & Body Works EUCALYPTUS TEA:

  • Tidak dijual di kedai biasa
  • Harga agak mahal

Spesifikasi Bath & Body Works EUCALYPTUS TEA:

Jenama: Bath & Body works
Kandungan: 118ml
Harga: RM 105

Hysses Massage Oil Lavender Hinoki

Hysses Massage Oil Lavender Hinoki
Minyak urutan daripada Hysses ini melindungi daripada kerosakan selular daripada pendedahan kepada penceroboh kulit setiap hari dengan rangsangan antioksidan tambahan Vitamin E. Ianya juga dikatakan mampu menyuburkan dan membaiki penghalang semulajadi kulit. Hysses Massage Oil Lavender Hinoki berfungsi dengan menembusi lapisan kulit secara mendalam untuk menghidrat semula dan menyegarkan kulit daripada kekeringan pramatang dengan dedak padi dan minyak jojoba. Apa yang penting, minyak urutan ini tidak mengandungi silikon, tiada paraben, tiada wangian sintetik.

Kelebihan Hysses Massage Oil Lavender Hinoki:

  • 100% kandungan natural
  • Tiada bahan sintetik, tiada paraben, tiada SLS
  • Bauan Lavender digemari ramai
  • Terasa tenang dan rileks
  • Mudah meresap kepada kulit

Kekurangan Hysses Massage Oil Lavender Hinoki:

  • Penutup botol kurang praktikal

Spesifikasi Hysses Massage Oil Lavender Hinoki:

Jenama: Hysses
Kandungan: 165ml
Harga: RM 89.90

Cel-Lite Magic™ Massage Oil

Cel-Lite Magic™ Massage Oil
Minyak urut Cel-Lite MagicTM dikatakan mampu mencerahkan dan menyuburkan kulit dengan minyak sayur-sayuran tulen, vitamin E, dan minyak pati. Minyak grapefruit menambah baik tekstur kulit, manakala juniper membantu membersih dan menyahtoksik. Young Living adalah jenama yang terkenal dengan pelbagai produk minyak pati terbaik dengan pelbagai manfaat kepada kesihatan manusia. Anda hanya perlu urut pada bahagian yang diperlukan dan ianya perlu digoncangkan sebelum diguna.

Kelebihan Cel-Lite Magic™ Massage Oil:

  • 100% kandungan natural
  • Mengandungi minyak pati grapefruit, cedarwood, clary sage dan cypress juniper
  • Mudah meresap kepada kulit
  • Mencerah dan menyuburkan kulit

Kekurangan Cel-Lite Magic™ Massage Oil:

  • Perlu dibeli daripada ejen atau anda perlu menjadi ahli
  • Harga agak mahal

Spesifikasi Cel-Lite Magic™ Massage Oil:

Jenama: Young Living
Kandungan: 236ml
Harga: RM 198

The Body Shop Spa of The World™ French Lavender Massage Oil

The Body Shop Spa of The World™ French Lavender Massage Oil
Bauan Lavender sememangnya menjadi pilihan dalam memberikan ketenangan pada tubuh dan minda. Minyak urutan daripada The Body Shop ini disuntik dengan aroma Lavender dan gabungan minyak Jojoba, minyak Almond serta vitamin E bertujuan untuk melembabkan kulit anda. The Body Shop juga terkenal dengan pelbagai produk kecantikan dan penjagaan diri daripada gel mandian hinggalah kepada pewangi badan. Apa yang penting mereka menggunakan bahan organik dan semulajadi.

Kelebihan The Body Shop Spa of The World™ French Lavender Massage Oil:

  • Mengandungi bahan melembabkan kulit
  • Mudah diserap
  • Menenangkan badan dan minda
  • Dengan lavender dari selatan Perancis

Kekurangan The Body Shop Spa of The World™ French Lavender Massage Oil:

  • Harga agak mahal

Spesifikasi The Body Shop Spa of The World™ French Lavender Massage Oil:

Jenama: The Body Shop
Kandungan: 170ml
Harga: RM 105

Naturh Lavender Massage Oil

Naturh Lavender Massage Oil
Sekali lagi aroma Lavender menjadi pilihan dalam bahan utama produk minyak urutan badan. Lavender merupakan salah satu minyak pati yang paling popular dan serba boleh digunakan dalam aromaterapi. Faedah lavender sebenarnya telah ditemui lebih 2,500 tahun dahulu. Kerana sifat antioksidan, antimikrob, sedatif, penenang dan anti kemurungan yang kuat, manfaat minyak lavender berlimpah dan ia telah digunakan secara kosmetik dan terapeutik selama berabad-abad. Selain pati Lavender, minyak urutan Naturh ini juga mengandungi minyak Jojoba dan juga vitamin E untuk kesihatan kulit tubuh anda.

Kelebihan Naturh Lavender Massage Oil:

  • Melindungi sel kulit daripada rosak
  • Mengandungi bauan tenang Lavender
  • Dilengkapi minyak Jojoba dan Vitamin E
  • Mudah diserap

Kekurangan Naturh Lavender Massage Oil:

  • Perlu dicairkan atau ‘dilute’ dengan minyak lain

Spesifikasi Naturh Lavender Massage Oil:

Jenama: Naturh
Kandungan: 100ml
Harga: RM 100

Urutan pada tubuh penting dalam memberi kelegaan pada bahagian yang tidak selesa. Malah, urutan ini sebenarnya adalah suatu seni yang digunakan sejak dahulu lagi oleh pelbagai bangsa terutama masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional. Mereka yang pakar dengan urutan biasanya akan tahu bahagian yang mana wajar diurut dan urat yang berkaitan kawasan yang sakit. Urutan dengan minyak pilihan pastinya lebih baik dan menenangkan minda.

Pilihlah jenis minyak urutan yang mudah diserap untuk keselesaan sepanjang hari kerana sesetengah minyak yang agak pekat tidak mudah meresap dan akan membuatkan anda berasa tidak selesa.



Related posts