10 Pilihan Suplemen Vitamin C Paling Dipercayai & Laku Di Pasaran Malaysia Ketika Pandemik

10 Pilihan Suplemen Vitamin C Paling Dipercayai & Laku Di Pasaran Malaysia Ketika Pandemik
Kesihatan dan kecantikan


Hampir dua tahun kita hidup dalam era pandemik yang masih belum ada kesudahan sejak tahun 2019. Para penyelidik dan pakar perubatan bertungkus lumus mencari cara melindungi dan mengurangkan komplikasi dijangkiti COVID-19 agar kita mampu kembali kepada kehidupan normal.

Ketika awal-awal wabak ini melanda, tular di pelbagai laman sesawang dan media sosial mengenai vitamin C ‘diangkat’ sebagai antara cara pencegahan dan rawatan pandemik yang melanda dunia. Penggunaan Vitamin C dalam setengah-setengah kajian kepada pesakit COVID-19 dikatakan membantu mencegah dan merawat radang paru-paru namun belum ada kajian saintifik yang tepat.

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik ialah nutrien yang mempunyai peranan sebagai antioksida yang menghalang radikal bebas daripada membuat kerosakan pada sel badan. Vitamin C dianggap berperanan dalam meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit berjangkit seperti selesema atau influenza. Pelbagai kebaikan vitamin C untuk tubuh, selain sebagai antioksida, luka cepat sembuh, mencantikkan kulit, menambah kolagen dan meningkatkan imuniti.

Oleh itu sebagai ikhtiar mengelak virus jahat ini, ramai yang mengambil langkah awal dengan mengamalkan pengambilan vitamin C dalam pemakanan seharian melalui buah-buahan dan sayur-sayuran semata-mata untuk mencegah atau pulih daripada jangkitan COVID-19. Tidak kurang juga ramai dalam kalangan masyarakat hari ini lebih gemar mendapatkan vitamin C melalui produk suplemen daripada farmasi dan pasaran dalam talian kerana mengamalkannya jauh lebih mudah dan cepat.

Antara 10 jenama suplemen vitamin C yang dipercayai dan menjadi rebutan di pasaran Malaysia untuk tahun 2021 ini seperti Blackmores Vitamin, Berocca Performance Effervescent Tablet, Redoxon Doubel Action Vitamin C Effervescent, Shaklee Sustained-Release Vita-C Release, 21st Century Vitamin C, Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula, VitaHealth Vitamin C with Zinc, Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium, ChildLife Essentials Liquid Vitamin C, dan Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc.

Blackmores Vitamin C 500mg

Blackmores Vitamin C 500mg

Blackmore vitamin C 500mg merupakan jenama pilihan ramai dan dipercayai sejak berzaman. Produk ini mengandungi sebanyak 500mg vitamin C. Suplemen ini juga dirumus agar mudah untuk ditelan mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan kesihatan. Satu biji suplemen ini membantu pengguna mendapatkan keperluan harian vitamin C yang mencukupi bagi tubuh badan

Kelebihan Blackmores Vitamin C 500mg :

  • Tanpa perasa tiruan, pengawet dan garam
  • Untuk keperluan harian
  • Mudah ditelan
  • Dijual dipasaran pada harga yang berbaloi

Kekurangan Blackmores Vitamin C 500mg:

  • Produk ini tidak disarankan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
  • Perlu disimpan disuhu bawah 30C dan kering serta terlindung daripada cahaya matahari.

Spesifikasi Blackmores Vitamin C 500mg

Negara Keluaran: Australia
Bilangan kapsul: 60 biji
Cadangan penggunaan: 1 tablet sehari selepas makan
Harga: RM23.00

Berocca Performance Effervescent Tablet

Berocca Performance Effervescent Tablet

Jika anda ingin mendapatkan pelbagai vitamin dan zat mineral, anda harus mendapatkan Berocca Performance Effervescent Tablet dengan segera! Diformulasi dengan gabungan vitamin C, B, kasium, magnisium dan zink, ianya membantu meningkatkan ketajaman mental dan tenaga anda. Suplemen ini juga merupakan antara carian popular rakyat Malaysia diseluruh farmasi dan jualan atas talian ketika pandemik ini, lebih-lebih lagi setelah tular menjadi pilihan amalan harian mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad

Kelebihan Berocca Performance Effervescent Tablet :

  • Rasa yang menyegarkan dan tidak mempunyai gula
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Terdapat tiga perasa iaitu oren, mangga dan beri
  • Terbukti secara teknikal, setiap tablet mengandungi 12 essential vitamin dan mineral.

Kekurangan Berocca Performance Effervescent Tablet :

  • Perlu dilarutkan di dalam air
  • Satu tablet berocca mengandungi 8kcal kalori

Spesifikasi Berocca Performance Effervescent Tablet

Negara Keluaran: Switzerland
Bilangan kapsul: Datang dalam 3 pek berbeza iaitu 15,30 dan 45 tablet.
Cadangan penggunaan: Kegunaan 1 tablet sekali sehari dilarutkan di dalam air.
Harga: RM27-RM62.90

Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent

Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent

Dirumus dengan vitamin C dan zink, Redoxon Double Action Effervescent bertindak secara sinergi dalam menguatkan ketahanan tubuh badan dan sistem imun. Suplemen ini sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Penambahan nutrien zink membantu meningkatkan fungsi otot dan penjanaan tenaga otot. Selain itu, kandungan sumber mineralnya membantu menjadikan kulit dan rambut kelihatan lebih sihat. Pengguna hanya perlu larutkannya di dalam secawan air untuk memenuhi keperluan vitamin badan.

Kelebihan Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent :

  • Mempunyai nutrien zink
  • Mempunyai dua pilihan perasa yang enak iaitu orange dan blackcurrant.
  • Suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga, samada kanak-kanak dan warga emas.
  • Untuk kanak-kanak berusia 6 tahun hingga 12 tahun disarankan mengambil setengah tablet sahaja untuk dilarutkan di dalam air

Kekurangan Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent:

  • Tidak digalakkan untuk pesakit Phenylketonuria
  • Tiub bungkusan perlu disimpan dengan rapi di bawah suhu 25C sahaja

Spesifikasi Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent

Negara Keluaran: German
Bilangan kapsul: Datang dalam 3 pek berbeza iaitu 10, 30 dan 45 tablet.
Cadangan penggunaan: Kegunaan 1 tablet sekali sehari dilarutkan di dalam air.
Harga: RM18.90- RM56.90.

Shaklee Sustained-Release Vita-C

Shaklee Sustained-Release Vita-C

Shaklee Sustained Release Vita C Plus. Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh dengan fungsi utama sebagai antioksidan yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh kita. Shaklee Sustained-Release Vita-C Release merupakan suplemen larut air yang diperbuat dari ekstrak jagung. Antara kelainan suplement ini ialah ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang memberikan dos berjumlah 500 mg selama lima jam untuk meningkatkan kadar penyerapan dan kebaikkan vitamin C. Dengan penambahan 120 mg bioflavonoid sitrus, bahan tersebut memaksimalkan keberkesanan suplemen ini.

Kelebihan Shaklee Sustained-Release Vita-C:

  • Sesuai untuk perut sensitif
  • Formulasi sistem pelepasan berperingkat
  • Terdapat bioflavonoid sitrus
  • Cepat dan berkesan diserap oleh badan ketika demam

Kekurangan Shaklee Sustained-Release Vita-C:

  • Harga pasaran yang agak mahal
  • Perlu kerap minum air. Air diperlukan untuk penyerapan secara optimum

Spesifikasi Shaklee Sustained-Release Vita-C

Negara Keluaran: USA
Bilangan kapsul: Satu botol mempunyai 180 tablet
Cadangan penggunaan: 1-2tablet sehari selepas makan
Harga: RM69.90

21st Century Vitamin C

21st Century Vitamin C

21st Century Vitamin C didatangkan dalam bentuk tablet. Diformulasi dengan 1000mg vitamin c, ianya membantu menguatkan imun badan dan pembentukkan kolagen agar badan dan kulit kekal sihat. Rumusan kolagen yang terdapat dalam suplemen ini iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. 21st Century Vitamin C dirumus tanpa sebarang bahan pengawet atau perasa tiruan membuatkan ianya menjadi pilihan seisi keluarga.

Kelebihan 21st Century Vitamin C:

  • Dikunyah
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan
  • Mempunyai rasa yang sedap iaitu perisa oren masam dan manis

Kekurangan 21st Century Vitamin C:

  • Perlu disimpan di dalam peti sejuk selepas dibuka
  • Perlu kerap minum air. Air diperlukan untuk penyerapan secara optimum

Spesifikasi 21st Century Vitamin C

Negara Keluaran: USA
Bilangan kapsul: 60 biji
Cadangan penggunaan: 1 biji sehari
Harga: RM 22.90

Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula

Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula

Dengan kandungan vitamin C sebanyak 500mg, Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula memastikan anda mendapat jumlah vitamin harian anda. Diperkaya dengan sumber vitamin C yang tinggi dari buah citrus dan acerola cherry, ianya membantu menguatkan tahap imun badan anda. Selain itu, ianya juga memastikan penyerapan vitamin dan mineral yang penting agar badan anda kekal sihat sentiasa. Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula juga dirumus agar tidak menyebabkan ketidakselesaan pada perut mengandungi 500mg vitamin C setiap tablet, tanpa pewarna tiruan, perisa atau pengawet.

Kelebihan Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula :

  • Esktrak buah citrus dan acerola cherry yang premium
  • Bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan
  • Formulasi yang memberikan keperluan harian
  • Mengandungi fitonutrien daripada ceri aserola, yang ditanam di ladang Nutrilite.

Kekurangan Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula:

  • Harga pasaran yang agak mahal
  • Perlu kerap minum air. Air diperlukan untuk penyerapan secara optimum

Spesifikasi Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula

Negara Keluaran: USA
Bilangan kapsul: 120 tablet
Cadangan penggunaan: Dewasa ambil satu tablet sehari, selepas makan
Harga: RM 156.10

VitaHealth Vitamin C with Zinc

VitaHealth Vitamin C with Zinc

VitaHealth Vitamin C with Zinc dirumus dengan kandungan sebanyak 1000mg vitamin C untuk kesihatan badan yang optimal. Ianya juga mengandungi ramuan campuran zink dan bioflavonoids untuk memaksimakan keberkesanan suplemen ini. Dengan teknologi pelepasan secara berperingkat, VitaHealth Vitamin C with Zinc memberikan perlindungan sepanjang hari. Suplemen ini diyakini berkesan untuk kesihatan tubuh badan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik.

Kelebihan VitaHealth Vitamin C with Zinc:

  • Dengan penambahan ramuan zink dan bioflavonoids, diformulasi dengan perlindungan sepanjang hari
  • Melindungi badan daripada radikal bebas
  • Sesuai untuk ibu mengandung bagi meningkatkan imuniti badan daripada jangkitan penyakit
  • Mengatur fungsi sistem kekebalan tubuh

Kekurangan VitaHealth Vitamin C with Zinc:

  • Pengambilan Bersama air kosong amat digalakkan bagi membantu penyerapan suplemen ini dengan lebih optimum
  • Sesuai untuk mereka berumur 12 tahun dan ke atas sahaja.

Spesifikasi VitaHealth Vitamin C with Zinc

Negara Keluaran: Australia
Bilangan kapsul: 30 biji & 60 biji
Cadangan penggunaan: Diambil 1 biji sehari, sebaik-baiknya pada waktu pagi sebelum atau selepas makan.
Harga: RM39.90-RM79.90

Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium

Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium

Cebion mengandungi 1000mg vitamin C untuk menguatkan ketahanan tubuh badan and sistem imunisasi. Diperkaya dengan kalsium, suplemen vitamin C membantu anda mendapatkan kalsium untuk kekuatan tulang. Cebion vitamin c 1000mg + calcium merupakan salah satu vitamin tambahan terbaik untuk kesihatan. Didatangkan dalam bentuk effervescent atau larut air dan menyediakan sokongan anti-oksida. Antara manfaat lain bagi produk ini ialah menguatkan gigi dan tulang yang sihat lebih sihat.

Kelebihan Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium:

  • Rasa yang sangat sedap dan menyegarkan
  • Dirumus dengan kalsium
  • Hanya perlu dilarutkan dan sesuai untuk kanak-kanak
  • Memberikan tenaga bagi mengurangkan rasa keletihan

Kekurangan Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium:

  • Perlukan air untuk menggunakan suplimen ini
  • Tiub penyimpan perlu ditutup rapi & simpan ditempat kering sahaja

Spesifikasi Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium

Negara Keluaran: Germany
Bilangan kapsul: 10, 30 & 40 tablet
Cadangan penggunaan: 1 tablet sehari bagi dewasa dan 1/2 tablet sehari bagi kanak-kanak
Harga: RM10.50-RM39.90

ChildLife Essentials Liquid Vitamin C

ChildLife Essentials Liquid Vitamin C

ChildLife Essentials Liquid Vitamin C sesuai diamalkan oleh bayi berusia 6 bulan sehingga kanak-kanak 12 tahun. Diperkaya dengan Vitamin C, ianya membantu mengekalkan kesihatan yang optimum agar anak anda bebas daripada sebarang penyakit seperti demam, selesema atau batuk. Anda juga boleh menambah suplemen berbentuk cecair ini ke dalam minuman atau sajian makanan si manja. Dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Kelebihan ChildLife Essentials Liquid Vitamin C:

  • Berbentuk cecair
  • Didatangkan dalam perasa oren yang sedap
  • Tidak mempunyai bahan yang mengakibatkan alahan seperti gandum, susu, telur dan kacang soya
  • Membantu mengurangkan sakit dan tidak keselesaan semasa demam

Kekurangan ChildLife Essentials Liquid Vitamin C:

  • Didatangkan dalam botol kaca dan mudah pecah
  • Tidak sesuai untuk bayi baru lahir

Spesifikasi ChildLife Essentials Liquid Vitamin C

Negara Keluaran: USA
Bilangan kapsul: 118 mL
Cadangan penggunaan: Untuk bayi 6-12 bulan : 1/4 sudu teh sehari
Untuk kanak-kanak 1-3 tahun : 1/2 – 1 sudu teh sehari
Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas: 1-2 sudu teh sehari
Harga: RM27.90.

Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc

Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc

Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc mempunyai nutrisi penting yang diperlukan untuk membantu menjaga sistem ketahanan tubuh dengan penambahan nutrien daripada zink Suplemen ini merupakan jenis vitamin yang larut air dan cepat dikeluarkan oleh tubuh terutama melalui urin. Diformulasi dengan vitamin C sebanyak 1000 mg, ianya boleh didapati dalam dua perasa pilihan iaitu oren dan buah markisah. Istimewanya suplemen vitamin C berbanding produk lain mengandungi zink yang mampu mencantikkan kulit, rambut serta kuku selain membantu memperkuatkan sistem ketahanan tubuh dan juga membantu menurunkan rasa lelah. Zink juga merupakan mineral yang membantu menjaga sistem ketahanan tubuh serta melindungi sel-sel tubuh dari proses oksida. Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc sesuai diamalkan untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Kelebihan Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc:

  • Ditawarkan dalam dua perisa yang lazat
  • Vitamin C dengan campuran zink
  • Tidak mengandungi gula
  • Tidak berasid. Sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati

Kekurangan Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc:

  • Dos lebih rendah untuk kanak-kanak
  • Datang dalam bentuk tablet dan perlu dilarutkan dalam air

Spesifikasi Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc

Negara Keluaran: USA
Bilangan kapsul: 10,20 & 30 Tablet
Cadangan penggunaan: 1 tablet sehari bagi dewasa dan 1/2 tablet sehari bagi kanak-kanak
Harga: RM12.00 – RM35.90

Vitamin C merupakan nutrisi penting bagi meningkatkan imunisasi tubuh ditambah dengan wabak pandemik ketika ini, ramai mula mendapatkan vitamin itu sebagai langkah pencegahan namun kalian juga perlu berhati-hati ketika mengambil vitamin C. Ini kerana pengambilan vitamin C dalam dos berlebihan dapat menimbulkan kesan samping yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Sekiranya anda berniat untuk mengambil produk vitamin C sebagai suplemen, pastikan anda mengambil dalam dos yang betul dan suplemen yang berkualiti. Penting diingatkan bahawa rawatan menggunakan suplemen vitamin C bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk COVID-19. Dapatkan nasihat pakar atau hubungi pakar perubatan terdekat.



Related posts