10 Pilihan Lampu LED Terbaik 2021 Untuk Bilik Tidur Si Insomnia

10 Pilihan Lampu LED Terbaik 2021 Untuk Bilik Tidur Si Insomnia
Peralatan rumah


Insomnia atau masalah susah untuk tidur malam adalah gejala yang sering berlaku kepada manusia. Individu yang mengalami masalah insomnia akan mengambil masa yang panjang berbaring di atas katil untuk menunggu saat mata boleh terlelap adakalanya sehingga waktu matahari hampir terbit. Malam diciptakan untuk beristirahat dan siang diciptakan untuk aktif melakukan pelbagai urusan kerja bagi manusia normal. Namun bagi si insomnia, hari-hari mereka pasti bertukar sukar dan tertekan jika dibelenggu masalah ini berterusan. Tiada siapa mahu masalah ini mengganggu kualiti kerja dan produktiviti seharian kita. Setiap yang berlaku ada penyebabnya dan sudah tentu ada penawar kepada masalah ini.

Antara cara terbaik untuk mengatasi masalah insomnia ialah dengan mencipta suasana bilik tidur yang selesa. Tempat tidur yang yang selesa dan tenang sangat membantu anda untuk tidur dengan mudah dan nyenyak. Penggunaan lampu yang sesuai adalah cara ideal untuk miliki suasana kamar beradu yang baik.

Pencahayaan ruang di bilik tidur bukanlah terhad hanya kepada lampu jenis kalimantang sahaja, cuba bertukar lampu jenis mentol LED. Lampu bilik tidur perlu mewujudkan suasana harmoni dan tenang. Sumber lampu di ruang kamar beradu disarankan menggunakan lampu LED dengan voltan bersesuaian demi keselesaan. Bersesuaian dengan fungsinya sebagai ruang peribadi, lebih banyak waktu digunakan untuk berehat menghilangkan penat dan stres. Ramai berpendapat bahawa pencahayaan malap dan tidak terlalu terang seperti lampu LED yang boleh dilaras adalah suasana terbaik untuk bilik tidur. Lampu LED juga adalah penyelesaian paling jimat tenaga dan pintar.

Nah! Ini 10 pilihan lampu LED terbaik sepanjang tahun 2021 di Malaysia dicadangkan untuk individu penghidap masalah tidur atau insomnia.

PHILIPS SceneSwitch 3 Light Setting

PHILIPS SceneSwitch 3 Light Setting

Penggunaan lampu tidur mungkin mengambil masa yang agak lama, iaitu di pasang pada lewat malam hingga keesokan paginya terutama bagi mereka yang kurang gemar untuk tidur dalam suasana gelap gelita. Pemilihan lampu LED dari jenama PHILIPS SceneSwitch 3 Light Setting mempunyai keupayaan cahaya boleh laras kepada tiga tahap adalah salah satu langkah bijak. Ini kerana anda boleh melaraskan biasan cahaya mengikut situasi tertentu sama mahu lebih terang atau lebih malap. Lampu LED ini juga dapat menjimatkan 86% lebih banyak tenaga elektrik. Cahaya lampu yang tepat dalam bilik penghidap sindrom insomnia adalah penting untuk tidur yang lebih berkualiti.

Kelebihan produk

  • Lampu LED boleh dimalapkan
  • Keselamatan mata dan keselesaan.
  • Mod pencahayaan yang berbeza
  • Jimat tenaga dan tahan lebih lama

Kekurangan produk:

  • Harga dipasaran lebih tinggi
  • Mempunyai satu warna

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Belanda (dihasilkan di China)
Saiz & Diameter A60
Cadangan penggunaan 9W – 3.5W – 1.5 W
Harga RM56

Dusk to Dawn Sensor Yellow LED Bulb

Dusk to Dawn Sensor Yellow LED Bulb

Lampu tidur selalunya datang dengan rekaan lebih ringkas dan berfungsi menghasilkan biasan cahaya tidak terlalu terang. Lampu tidur juga kini terdapat dalam pelbagai bentuk dan rekaan. Selain itu peranan mentol LED juga perlu dititikberatkan bagi memadankan lampu tidur yang anda miliki. Mentol dengan cahaya kuning paling sesuai untuk lampu tidur selain mentol merah, biru atau hijau jika anda menggemarinya. Pilihan mentol lampu kuning daripada jenama Dusk to Dawn Sensor Yellow LED Bulb bukan sahaja membantu dalam pencahayaan malam hari namun menghalau daripada segala jenis serangga seperti nyamuk daripada menggigit anda.

Kelebihan produk :

  • Jangka hayat lebih lama
  • Mempunyai sensor
  • Mampu menjimatkan tenaga
  • Menghalau serangga

Kekurangan produk:

  • Mentol akan menyala secara automatik dalam keadaan gelap
  • Cahaya yang terang tidak boleh dilaras

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz & Diameter Luminous Flux 600 lm
Cadangan penggunaan Input Voltage: AC 85V-265V / Output Voltage: AC 40V-45V
Harga RM49.90

RYET Mentol E27 lumen 400 LED, IKEA

RYET Mentol E27 lumen 400 LED, IKEA

Jika bilik tidur anda mempunyai siling yang tinggi, penggunaan mentol LED- RYET Mentol E27 lumen 400 LED dari IKEA antara yang terbaik sebagai lampu siling tinggi. Siling tinggi lebih baik dipasang lampu pendan atau lampu yang tergantung sama ada tunggal atau kluster kerana jarak lampu dengan siling serta lantai boleh diselaraskan. Berbanding lampu lekap pada siling, ia membuatkan sesuatu ruang terlebih pencahayaan umpama berada dalam stadium yang sarat dengan lampu limpah.

Kelebihan produk :

  • Berbentuk bulat putih opal
  • Harga berpatutan
  • Tidak mengandungi raksa
  • Berkualiti tinggi dan tahan lebih lama

Kekurangan produk:

  • Tidak boleh dimalapkan
  • Plastik polikarbonat

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Sweden
Saiz & Diameter Fluks berkilau 400 lm
Cadangan penggunaan Kuasa 5 W
Harga RM5.90

MOLGAN Pencahayaan LED, IKEA

MOLGAN Pencahayaan LED, IKEA

Apabila masuk waktu tidur, bantu si kecil mengatasi rasa takut atau tidur dalam gelap menggunakan lampu malam LED dari jenama Molgan keluaran IKEA. Nyalaan lembut memberi ketenangan dan membantu anak kecil tidur dengan nyenyak selain dapat mengelakkan mereka tumbuh dewasa Bersama sindrom insomnia.

Kelebihan produk :

  • Diuji dan diluluskan untuk kanak-kanak.
  • Sumber lampu LED bina dalam
  • Didatangkan dalam warna putih
  • Bersaiz kecil dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja

Kekurangan produk:

  • Kendalian menggunakan bateri
  • Skru untuk memasang dinding tidak disertakan

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Sweden
Saiz & Diameter 8.0 cm
Cadangan penggunaan Menggunakan bateri jenis AA
Harga RM29.90

LED STRIP LIGHT ARR-04009-300-12V-IC MIX, HousesLightings

LED STRIP LIGHT ARR-04009-300-12V-IC MIX, HousesLightings

Produk Cahaya tidak langsung (indirect light) daripada LED STRIP LIGHT ARR-04009-300-12V-IC MIX memberi lebih pilihan untuk bilik tidur anda samada berwarna putih, merah jambu atau biru, melatari siling dan hiasan di atas kepala katil. Lampu LED STRIP LIGHT ARR-04009-300-12V-IC MIX adalah sumber cahaya moden yang mesra alam. Apabila rosak dan terbakar, lampu LED tidak berbahaya kerana mereka tidak menggunakan bahan mengandungi merkuri. Walaupun kos memasang lampu jenis LED STRIP LIGHT ini agak tinggi, tetapi berbaloi dari segi tenaga yang digunakan juga jangka hayatnya. Pasti faktor kewangan tidak perlu dijadikan masalah sekiranya ia mampu memberikan keselesaan dan mengubah rutin tidur kita di malam hari bukan?

Kelebihan produk :

  • Menjimatkan tenaga
  • Mempunyai pilihan tahap keterangan lampu melalui alat kawalan jauh
  • Mempunyai pilihan warna yang pelbagai lebih dari dua rona
  • Mampu mengubah mood bilik tidur mengikut warna tema

Kekurangan produk:

  • Kos pemasangan yang tinggi
  • Ada banyak jenis kualiti yang dijual di pasaran. Awas jangan tertipu dengan produk tiruan dan tidak selamat

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz & Diameter 5 meter per roll & Beam angle: 180°
Cadangan penggunaan 1.44w per meter
Harga RM56.00

MR.DIY E27 Daylight Round Shape LED Bulb 13W

MR.DIY E27 Daylight Round Shape LED Bulb 13W

MR.DIY E27 Daylight Round Shape LED Bulb 13W, produk keluaran jenama tempatan yang dipercayai dan dijual disetiap outletnya dengan harga yang berpatutan. Berbentuk bulat, mentol LED jenis ini sangat menjimatkan tenaga sehingga 80%. MR.DIY E27 Daylight Round Shape LED Bulb 13W sesuai untuk ruang dalaman seperti bilik tidur samada untuk kegunaan siang atau malam hari. Jika anda individu yang sukar untuk melelapkan mata dalam kegelapan, penggunaan lampu daripada jenis ini mampu menemani malam anda tanpa perlu risau penggunaan tenaga yang lebih atau membazir.

Kelebihan produk :

  • Jimat dari segi penggunaan tenaga
  • Bebas merkuri
  • Harga murah dipasaran
  • Sesuai untuk ruang dalaman

Kekurangan produk:

  • Datang dalam satu bentuk sahaja iaitu bulat
  • Pencahayaan tidak boleh laras

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz & Diameter Size: L6.8cm x H13cm, 130W Bulb / 26W LED bulb & Beam angle: 205°
Cadangan penggunaan Watt 13W / Voltan- 220-240V / 50-60Hz
Harga RM10.90

Curtain LED Lantern Lights, Typo (Cotton On)

Curtain LED Lantern Lights, Typo (Cotton On)

Tahukah anda, lampu dan cahaya di dalam dekorasi antara perkara paling utama dan nadi tema ruang bilik tidur anda. Kesilapan dalam menentukan aspek ini ‘membunuh’ seluruh ketenangan dan waktu tidur anda. Ingin kelainan dalam menata ruang kamar? Pilih lampu Curtain LED Lantern Lights daripada premis Typo (Cotton On). Lampu jenis ini sangat cantik dan menyerikan ruang kamar selain membantu memberi ketenangan untuk waktu tidur kalian pada malam hari.

Kelebihan produk :

  • Mempunyai pilihan warna LED seperti putih, kuning, biru dan multicolor
  • Ada 100 kuantiti LED
  • Lampu LED adalah jenis kalis air
  • Didatangkan Bersama dengan remote dan USB controller

Kekurangan produk:

  • Kurang sesuai untuk kegunaan di ruang kamar kanak-kanak kerana saiz lampu LED yang kecil, mudah masuk ke dalam mulut
  • Satu lampu LED rosak, tidak boleh diganti dengan yang baru

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz & Diameter Lebar: 1m/ Tinggi: 1m
Cadangan penggunaan USB DC5V
Harga RM31.50

Lighting Ranger LED Battery Operated String Lights

Lighting Ranger LED Battery Operated String Lights

Lighting Ranger LED Battery Operated String Lights ialah jenis lampu yang tahan lama dan tahan lasak. Lampu LED ini tidak akan memanas dan tidak mengeluarkan haba jika menggunakannya terlalu lama. Jadi, ianya sangat sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja tanpa merimaskan. Lampu Lighting Ranger LED Battery Operated String Lights sangat sesuai bagi sesiapa yang tidak sukakan cahaya yang terang kerana ianya mempunya dome yang akan memberi cahaya malap tidak dan menyakitkan mata.

Kelebihan produk :

  • Kalis air
  • Lasak
  • Selamat untuk disentuh dengan tangan
  • Menjimatkan tenaga

Kekurangan produk:

  • Menggunakan mode bateri
  • Butir LED yang rosak tidak boleh diganti

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz & Diameter Panjang 10 meter
Cadangan penggunaan Voltan yang sangat rendah
Harga RM39.00

UPPLYST Lampu dinding LED, IKEA

UPPLYST Lampu dinding LED, IKEA

UPPLYST, Lampu dinding LED, daun hijau juga keluaran IKEA ini direka khas untuk lampu bilik tidur di malam hari. Tidak hanya sesuai untuk kamar beradu si kecil, bagi bilik tidur individu yang mengalami masalah tidur juga ideal untuk dimiliki. Berbentuk seakan daun hijau, suasana tenang bilik tidur membantu tubuh berasa lebih nyaman dan selesa untuk melelapkan mata seakan berada dipersekitaran alam semula jadi.

Kelebihan produk :

  • Diuji dan diluluskan untuk kanak-kanak.
  • Sentiasa kukuhkan kord pada dinding dengan pengancing kord yang disertakan.
  • Produk ini mempunyai pengesahan tanda CE
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan produk:

  • Plastik polipropilena
  • Hanya mempunyai satu bentuk dan warna

Spesifikasi produk

Negara Keluaran Sweden
Saiz & Diameter Lebar 23 cm X Tinggi 8 cm X Panjang 29 cm
Cadangan penggunaan Panjang kord: 2.0 / Kuasa: 1.6 W
Harga RM59.00

MR DIY Battery Powered LED Desk Lamp /Night Light DL015

MR DIY Battery Powered LED Desk Lamp /Night Light DL015

MR DIY Battery Powered LED Desk Lamp /Night Light DL015 ,lampu LED yang sesuai bagi sesiapa yang menginginkan cahaya lampu yang sederhana di dalam bilik mereka dan tidak terlalu terang. Produk ini juga wajib dimiliki setiap pengguna kerana mudah dibawa ke mana dengan penggunaan mode bateri sahaja. Ada dua pilihan tahap keterangan yang dimiliki MR DIY Battery Powered LED Desk Lamp /Night Light DL015 iaitu lampu normal sesuai untuk membaca dan lampu malam untuk tidur. Lampu LED jenis ini mampu menerangi sekitar 360 darjah sekitarnya dan tidak akan panas dan mengeluarkan haba tinggi jika menggunakan terlalu lama.

Kelebihan produk :

  • Mudah untuk dibawa ketika travel
  • Ringan
  • Kalis air
  • Murah

Kekurangan produk:

  • Setiap penggunaan hanya untuk tempoh 10 jam sahaja
  • Menggunakan bateri

Spesifikasi produk

Negara Keluaran China
Saiz & Diameter Lebar 23 cm X Tinggi 8 cm X Panjang 29 cm
Cadangan penggunaan Menggunakan bateri AA (800mAh)
Harga RM20.90

Setiap ruang kediaman memerlukan teknik pencahayaan yang mempengaruhi perbezaan mood dan suasana. Bagi si insomnia, kenal pasti pemilihan lampu terutamanya jenis LED dan fungsi jenis-jenis lampu LED yang boleh digabung dan boleh digunakan secara lebih efektif mengikut keperluan terutamanya di bilik tidur anda! Kualiti tidur yang baik bakal menjamin tahap kesihatan dan kehidupan yang sempurna. Selain itu, lampu LED adalah trend popular terkini dan dapat menjimatkan lebih kos elektrik dalam jangka masa panjang.

Sekiranya anda mengalami proses kurang tidur, ini akan mengakibatkan gangguan neurotransmitter dan membawa kepada masalah lain iaitu anxiety atau murung. Justeru, individu yang berdepan masalah untuk tidur perlu segera mengubah cara hidup seharian antaranya dengan mewujudkan ruang kamar beradu selesa dan cahaya lampu yang tepat untuk aktiviti tidur. Jangan lupa juga untuk mendapatkan nasihat doktor serta mengelak penggunaan pil tidur untuk jangka panjang.



Related posts