Khas Untuk Penggemar Kopi, Ini 10 Pilihan Mesin Espresso Terbaik 2021

Khas Untuk Penggemar Kopi, Ini 10 Pilihan Mesin Espresso Terbaik 2021
Peralatan rumah


Kalau dah namanya peminat tegar minuman kopi, tak sah kalau tak hirup secawan kopi sebelum memulakan hari anda kan? Tak kira panas atau sejuk, siang atau malam, kopi bagaikan tiada hadnya. Lihat sahajalah, kini semakin banyak kafe-kafe hipster yang rata-ratanya menjual pelbagai jenis minuman berunsurkan kopi sebagai menu tarikan utama. Sekali dua ke kafe-kafe ni tidaklah terasa sangat, namun jika berhari-hari anda mungkin mengeluh kerana harga minuman berunsurkan kopi ni bukan murah tau.

Pernah terfikir untuk beli mesin kopi sendiri dan nikmati kopi tanpa had dalam kehidupan anda? Berbaloi atau tidak membeli mesin kopi sendiri bergantung kepada apa yang anda cari daripada meminum kopi itu sendiri. Ini kerana ada yang mencari rasa unik setiap biji kopi dan ada juga yang mahu menikmati kadar kafein tertentu. Dan untuk mendapatkan rasa yang tepat dengan citarasa anda, pemilihan mesin kopi perlulah betul.

Khas buat penggemar kopi khususnya espresso, ini pilihan mesin terbaik untuk anda:

Nespresso Lattissima Touch

Nespresso Lattissima Touch

Mesin kopi ini menawarkan kemudahan luar biasa untuk anda nikmati pelbagai resipi kopi dan susu di rumah sendiri dengan hanya pada butang sentuhannya. Terdapat 6 butang resipi pada satu sentuhan, ianya cepat dalam penyediaan. Fungsi perkhidmatan pencucian intuitif memastikan mesin dalam keadaan yang terbaik dan memberikan kopi yang berkualiti dari semasa ke semasa. Tekanan maksimum mesin ini adalah 19 bar.

Kelebihan produk:

  • Kepanasan laju.
  • Mod penjimatan tenaga.
  • Pam tekanan tinggi.
  • Resipi susu satu sentuhan.
  • Tekanan maksimum mesin 19 bar.

Kekurangan produk:

  • Harga di pasaran agak tinggi.

Spesifikasi:

Berat : 4.5 Kilogram
Tangki air : 0.9 Liter
Bekas susu segar boleh alih : 0.35 Liter
Dimensi : 17.3cm x 32cm x 25.8 cm
Tekanan maksimum : 19 bar
Harga : RM 1599

NESCAFE Dolce Gusto Mini Me

NESCAFE Dolce Gusto Mini Me

Ada yang jatuh cinta tatkala melihat reka bentuk mesin kopi ini yang begitu moden dan cantik. Saiznya yang tidak begitu besar sesuai diletakkan di mana sahaja kerana ia tidak memakan ruang yang banyak. Mesin kopi ini sangat mudah untuk digunakan dan sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas namun tetap nampak bergaya. Tekanan maksimum mesin ini adalah 15 bar.

Kelebihan produk :

  • Cara penggunaannya sangat mudah
  • Mudah dibersihkan
  • Terdapat pelbagai jenis perisa kopi untuk dinikmati
  • Harga mampu milik

Kekurangan produk:

  • Hanya boleh digunakan untuk kapsul Nescafe Dolce Gusto sahaja

Spesifikasi:

Berat : 2.5 Kilogram
Tangki air : 0.8 Liter
Dimensi : 24 cm x 16.31cm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 560

Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso

Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso

Penggemar espresso sudah pasti inginkan kopi yang diekstrak dengan baik kan? Dengan had tekanan pam sehingga 15 bar, yang merupakan faktor terpenting dalam mengekstrak kopi, hasilnya bagaikan tiada beza dengan espresso mahal yang anda beli di kedai. Mesin ini juga mempunyai hos untuk ‘steam’ susu jika anda terasa ingin minum kopi bersusu seperti latte dan cappuccino.

Kelebihan produk:

  • Cara penggunaannya sangat mudah
  • Mudah dibersihkan
  • Mempunyai hos untuk ‘steam’ susu
  • Harga mampu milik

Kekurangan produk:

  • Harga pasaran agak mahal

Spesifikasi:

Tangki air : 1.25 Liter
Dimensi : 288cm x 315cm x 220 cm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 699

Gemilai Steam Pump Espresso Maker CRM3601

Gemilai Steam Pump Espresso Maker CRM3601

Membancuh kopi hampir semudah meminumnya! Mesin Espresso Gemilai Steam Pump yang bergaya ini bukan sahaja mampu memberikan rasa espresso yang kaya tetapi mempunyai jet wap tekanan tinggi. Jadikan hari anda lebih baik dengan kopi lazat hari ini!

Kelebihan produk:

  • Hanya menggunakan butang sentuh
  • Tekanan maksimum sehingga 15 bar
  • Mudah untuk digunakan
  • Dilengkapi dengan pam ULKA diimport dari Itali
  • Mesin semi automatik

Kekurangan produk:

  • Mesin agak berat iaitu 6.4kg
  • Sebahagian mesin diperbuat daripada plastik.

Spesifikasi:

Berat : 6.4 Kilogram
Tangki air : 1.7 Liter
Dimensi : 25.7cm x 28.6 cm x 31.5 cm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 699

Eupa TSK-1826B4 One-Touch Electronic Button Espresso Machine

Eupa TSK-1826B4 One-Touch Electronic Button Espresso Machine

Apa yang menarik mengenai mesin ini adalah ianya mesin automatik dan pastinya sesuai digunakan untuk seluruh ahli keluarga anda. Mesin ini beroperasi secara automatik sepenuhnya dari segi pengekstrakan kopi. Anda hanya perlu tekan butang khas untuk menyediakan espresso shot tanpa perlu mengubah tekanan suhu dan sebagainya. Untuk anda yang mahukan campuran susu, stimkan sahaja susu menggunakan mesin ini untuk dapatkan tekstur susu yang digemari. Tekanan maksimum mesin ini adalah 15 bar.

Kelebihan produk:

  • Cara penggunaan yang sangat mudah
  • Tekanan maksimum sehingga 15 bar
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Mempunyai ‘steam system’ untuk menghasilkan tekstur susu yang menarik
  • Tekanan air yang betul

Kekurangan produk:

  • Mesin agak berat iaitu 4.1kg

Spesifikasi:

Berat : 4.1 Kilogram
Tangki air : 1.2 Liter
Dimensi : 29mm x 230mm x 303 mm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 1599

BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso

BSboss Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump Driven Espresso

Zaman pandemik ni, kita seharusnya lebih bijak dalam berbelanja. Untuk anda yang benar-benar inginkan harga mesin kopi yang murah namun mahukan barangan yang berkualiti, ini adalah pilihan yang bijak. Bsboss adalah antara mesin espresso yang menawarkan harga mampu milik. Dengan tekanan sehingga 20 bar, mesin ini juga dilengkapi dengan ‘steamer’ susu bersama dua kawalan suhu berbeza.

Kelebihan produk:

  • Harga berpatutan
  • Mudah untuk digunakan
  • Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • Tekanan sehingga 20 bar
  • 2 kawalan suhu berbeza

Kekurangan produk:

  • Hampir keseluruhan produk diperbuat daripada plastik.

Spesifikasi

Tangki air : 1.5 Liter
Dimensi : 18 cm x 25 cm x 30 cm
Tekanan maksimum : 20 bar
Harga : RM 284.18

Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine

Petrus PE3320 20bar Semi-Automatic Espresso Coffee Machine

Khas untuk anda yang gemarkan konsep hipster, ini mungkin adalah mesin kopi impian anda! Lihat sahajalah reka bentuk retro yang cantik. Mesin Kopi Espresso Semi-Automatik Petrus PE3320 ini mempunyai tekanan sehingga 20 bar dengan harga yang berpatutan.

Kelebihan produk:

  • Reka bentuk retro menarik
  • Sangat ringan
  • Sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan mesin kopi
  • Tekanan sehingga 20 bar
  • Harga berpatutan

Kekurangan produk:

  • Hampir keseluruhan bahagian mesin ini diperbuat daripada plastik.
  • Perlu dijaga dengan berhati-hati

Spesifikasi:

Berat : 4.5 Kilogram
Tangki air : 0.8 Liter
Dimensi : 21.7 cm x 28.9 cm x 29.1 cm
Tekanan maksimum : 20 bar
Harga : RM 327.80

Breville BES870 The Barista Express Espresso Coffee Machine

Breville BES870 The Barista Express Espresso Coffee Machine

Mesin kopi separa automatik, Breville BES870 The Barista Express membolehkan anda beralih dari mod manual ke automatik pada bila-bila masa! Pembersihan lebih mudah dengan saiznya yang padat dan butang amaran ‘Clean Me’. Sesuai diletakkan di ruangan pameran dapur kerana mesin ini mempunyai reka bentuk yang cukup menarik.

Kelebihan produk:

  • Anda boleh menukar mode operasi daripada manual ke automatic
  • Mempunyai fungsi pembersihan sendiri
  • Sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan mesin kopi
  • Material produk adalah Stainless Steel

Kekurangan produk:

  • Harga yang agak mahal
  • Bunyi agak bising

Spesifikasi:

Berat : 13 Kilogram
Tangki air : 2 Liter
Dimensi : 30.1 cm x 32.5 cm x 33.27 cm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 3,620

DeLonghi ECP3531 ECP35.31 Manual Coffee Machine

DeLonghi ECP3531 ECP35.31 Manual Coffee Machine

Pamerkan kemahiran barista anda dengan Mesin Kopi Manual DeLonghi ECP3531 ECP35.31! Ia mempunyai fungsi air panas, pemegang cawan keluli tahan karat dan tongkat wap boleh disesuaikan menjadi 2 tahap, yang membolehkan anda memilih antara busa berkrim untuk cappuccino atau susu panas untuk latte Caffe gaya Itali. Anda juga boleh membuat 2 espresso sekaligus!

Kelebihan produk:

  • Fungsi air panas
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Fungsi tutup secara automatik
  • Tekanan 15 bar
  • Menggunakan teknologi Thermoblock untuk memastikan kopi dengan suhu yang betul.

Kekurangan produk:

  • Tidak mempunyai pengisar biji kopi

Spesifikasi:

Berat : 4 Kilogram
Tangki air : 1 Liter
Dimensi : 18.5 cm x 24 cm x 30.5 cm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 799

Philips Fully Automatic Espresso Machines Series 3200

Philips Fully Automatic Espresso Machines Series 3200

Anda tidak perlu menjadi barista profesional untuk mengendalikan mesin ini! Yang diperlukan hanyalah 1 butang untuk membancuh 5 jenis kopi yang berbeza. Betul, dengan Philips Fully Automatic Espresso Machines Series 3200 anda dapat menikmati espresso, cappuccino, kopi biasa, latte macchiato dan americano sepanjang hari, setiap hari. Anda juga boleh mengisar biji kopi dengan pengisar biji kopi tersedia pada mesin ini.

Kelebihan produk:

  • Nikmati 5 jenis kopi dengan mesin ini
  • Butang sentuh yang mudah digunakan
  • Terdapat pilihan tahap kekuatan aroma kopi
  • Mudah untuk dibersihkan

Kekurangan produk:

  • Harga agak mahal
  • Bunyi agak kuat

Spesifikasi:

Berat : 8 Kilogram
Dimensi : 24.6 cm x 37.1 cm x 43.3 cm
Tekanan maksimum : 15 bar
Harga : RM 3,599

Pelbagai pilihan berbeza di dalam senarai ini akan membantu anda memahami jenis mesin kopi terbaik untuk kegunaan harian. Tidak semestinya harga yang mahal menjanjikan barangan yang berkualiti. Sebagai pengguna kaji terlebih dahulu kelebihan dan kelemahan setiap produk agar anda menjadi pengguna yang bijak.
Perkara yang paling penting dalam membuat pemilihan mesin kopi terbaik adalah tujuan sebenar anda ingin membeli. Tetapkan juga bajet yang ada dan buatlah perbandingan bijak. Membeli mesin kopi adalah pelaburan jangka masa panjang untuk anda yang benar-benar mencintai minuman ini.



Related posts