Mencari Perabot Berkualiti Pelbagai Bajet? Jom Intai 5 Kedai Perabot Online Di Shopee Malaysia

Mencari Perabot Berkualiti Pelbagai Bajet? Jom Intai 5 Kedai Perabot Online Di Shopee Malaysia
Peralatan rumah


Setiap kali berpindah rumah atau masuk musim perayaan, sesetengah individu mempunyai bajet khusus untuk mencantikkan kediaman seperti menukar dekorasi dan membeli perabot baharu. Tidak seperti dahulu, pelanggan perlu pergi ke satu per satu premis kedai perabot untuk mencari perabot idaman hati. Kini, hanya dengan melawat beberapa premis perabot secara atas talian, perabot idaman hati mudah diperolehi tanpa perlu membazirkan masa dan tenaga.

Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan dan keterbukaan yang luas terhadap trend membeli belah dalam talian seperti platform Shopee menyebabkan pengguna di Malaysia beralih kepada kaedah itu bagi semua kategori produk terutamanya perabot. Orang ramai dapat mengakses pelbagai pilihan dan nilai yang lebih baik yang selalunya lebih menguntungkan pengguna.

Hari ini menunjukkan masyarakat percaya dan yakin pada Shopee untuk memberikan pengalaman beli-belah dalam talian yang terbaik. Shopee kini menjadi aplikasi beli-belah harian pilihan untuk semua penduduk di rantau ini dan komited menjadikan e-dagang mudah dan dapat diakses oleh semua. Jika anda ingin mencari perabot berkualiti pelbagai bajet, ini 5 cadangan kedai perabot online di Shopee Malaysia dipercayai.

The Furnitures

The Furnitures

The Furnitures menembusi pasaran Shopee Malaysia dan berjaya meletakkan namanya sebaris dengan syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka lain. The Furnitures membawakan rangkaian luas perabot dan barangan keperluan rumah atau ruang pejabat.

Tidak kira sama ada anda mencari sofa, konsol televisyen, meja kopi atau koleksi perabot dan hiasan, ada sesuatu yang akan memenuhi kehendak dan bajet anda jika berbelanja di The Furnitures.
Daripada set katil sehingga perabot ruang makan sangat unik dan halus buatannya. The Furnitures di platform Shopee mempunyai keseluruhan 372 produk yang dijual, antara yang terlaris adalah meja belajar, meja makan, rak baju, kerusi, bekas mainan kanak-kanak, rak troli dapur, laci dan almari baju.

Kemahiran ketukangan yang digunapakai untuk menghasilkan ciri reka bentuk yang indah, The Furnitures sentiasa berada di hadapan dalam trend terkini reka bentuk perabot. Sah sehingga November 2022, dengan pembelian produk bernilai RM159 ke atas, diskaun RM5 diberikan dan pembelian RM299 ke atas, potongan RM10 akan diberikan serta merta.

Kelebihan The Furnitures:

  • Proses penghantaran pantas (2-3 hari bagi Semenanjung/ 4- 7 hari Sabah dan Sarawak)
  • Reka bentuk terkini
  • Harga berpatutan
  • Kualiti tahan lama

Kekurangan The Furnitures:

  • Untuk item bersaiz besar dan berat, maksimum 1 order sahaja dibenarkan

Spesifikasi The Furnitures:

Kadar Respon: 98%
Pengikut: 297.8k
Penilaian: 4.8 Bintang

Natural Signature Malaysia

Natural Signature Malaysia

Konsep Scandinavia semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia sehingga ia dikenal pasti sebagai trend hiasan dalaman untuk beberapa tahun ini. Natural Signature Malaysia turut menawarkan konsep Scandinavia yang membolehkan pelanggan mencari apa yang mereka inginkan untuk kediaman idaman.

Selain mempunyai platform jual beli secara dalam talian sendiri, Natural Signature Malaysia turut menjual hampir 158 produknya di platform Shopee. Natural Signature Malaysia menggunakan 99 peratus Solid Wood dengan mengekalkan semua simpulan kayu asli dan unsur semulajadi lain dalam perabot kayu getah menghasilkan sofa, almari, kerusi, katil, meja, jam, hiasan dinding dan aksesori untuk haiwan seperti kucing. Boleh dikatakan kebanyakkan perabot dan aksesori di Natural Signature Malaysia memberi tumpuan kepada penggunaan tema warna neutral dana lam yang mendamaikan.

Kelebihan Natural Signature Malaysia:

  • Memenuhi standard keselamatan kandungan semulajadi
  • Kos yang efektif dan menjimatkan
  • Tahan lama dan lasak
  • Reka bentuk ekslusif
  • Mudah dipasang

Kekurangan Natural Signature Malaysia:

  • Maksimum pembelian perabot besar 1 item sahaja dibenarkan

Spesifikasi Natural Signature Malaysia:

Kadar Respon: 97%
Pengikut: 138.5k
Penilaian: 5 Bintang

Best World Collection

Best World Collection

Sofa, armchair, meja kopi, meja konsol, almari pakaian, storage, katil rak dan banyak lagi perabot boleh dapatkan di Best World Collection. Mengambil tradisi reka bentuk terkini yang berkisar sekitar gaya kesederhanaan dan praktikaliti, perabot di Best World Collection pastinya memenuhi cita rasa pelanggan yang mahukan gaya hidup moden dan simple.

Best World Collection meluaskan portfolio produknya dari rangkaian perabot bajet dan kini menawarkan perabot lebih meluas merangkumi rangkaian perabot untuk ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur. Selain dari bahan berkualiti tinggi yang digunakan, kemahiran pertukangan menjadi nadi yang menghidupkan rangkaian perabot Best World Collection. Terdapat hampir 114 produk yang dijual di Best World Collection melalui platform Shopee dan diskaun RM3 akan diberikan untuk setiap pembelian RM50 ke atas.

Kelebihan Best World Collection:

  • Rekaan terkini dan moden
  • Pemasangan mudah dengan bantun buku manual
  • Harga berpatutan
  • Penghantaran pantas ke seluruh Malaysia

Kekurangan Best World Collection:

  • 1 barang untuk 1 penghantaran sahaja. Jika lebih, tempahan akan terbatal

Spesifikasi Best World Collection:

Kadar Respon: 99%
Pengikut: 138.2k
Penilaian: 4.9 Bintang

Bahagia Furniture Gallery

Bahagia Furniture Gallery

Bahagia Furniture Gallery satu jenama yang sedang meningkat naik dalam industri perabot dalam talian di Malaysia. Setiap perabot Bahagia Furniture Gallery dihasilkan di kilang sendiri untuk memenuhi kawalan kualiti tertinggi daripada proses pemilihan bahan yang terbaik hingga perabot siap. Ada keseluruhan 240 produk perabot berkualiti dan cantik boleh didapati di Bahagia Furniture Gallery termasuk perabot ruang tamu, perabot ruang makan dan bilik tidur.

Setiap kerusi atau sofa di Bahagia Furniture Gallery dibuat daripada HR foam yang dipatenkan dan dipilih khas kerana memiliki sifat seperti tegangan dan mampat. Manakala perabot kayu menggunakan kayu berkualiti yang terkenal dengan ketahanan semula jadi dan mudah dijaga.

Ia dibina dengan papan gentian ketumpatan sederhana dengan kemasan kayu venir serta PU lacquer. Rekaan eksklusif pelbagai rona dan tekstur bagi memenuhi tema, idea serta gaya tata hias boleh disesuaikan mengikut cita rasa, keperluan dan pilihan individu bagi memperindahkan lagi ruang kediaman masing-masing.

Kelebihan Bahagia Furniture Gallery:

  • Rekaan terkini dan moden
  • Tahan lama
  • Diskaun 10 peratus jika belanja lebih RM100.
  • Harga berpatutan
  • Penghantaran pantas
  • Nikmati diskaun tambahan apabila membayar dengan Atome

Kekurangan Bahagia Furniture Gallery:

  • Maksimum 1 unit per tempahan sahaja

Spesifikasi Bahagia Furniture Gallery:

Kadar Respon: 99%
Pengikut: 106.8k
Penilaian: 4.7 Bintang

MYFurnitureLab.com

MYFurnitureLab.com

MYFurnitureLab.com sudah beberapa tahun meneroka segmen perjualan secara dalam talian dengan platform Shopee. Ia sebagai tarikan terbaharu kepada pelanggannya untuk merasai pengalaman beli-belah perabot yang luar biasa. Di MYFurnitureLab.com menghimpunkan lebih banyak koleksi perabot membabitkan 94 item meliputi tradisional, moden, kekeluargaan, ruang pejabat, kontemporari dan bilik tidur.

Produk MYFurnitureLab.com sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan kerana menawarkannya pada harga mampu milik. MYFurnitureLab.com didorong oleh keperluan unik pelanggan dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah, kualiti yang lebih tinggi dan perkhidmatan yang lebih baik yang boleh diakses oleh semua.

Paling menarik, penghantaran perabot dari MYFurnitureLab.com tidak terhad untuk pasaran Malaysia sahaja, malah mereka bersedia menghantar perabot idaman ke seluruh pelanggan di Asia Tenggara.

Kelebihan MYFurnitureLab.com:

  • Kualiti terjamin
  • Selamat & Kalis Letupan
  • Rekaan minimalis dan terkini
  • Penghantaran pantas bukan untuk pasaran Malaysia sahaja malah Asia Tenggara

Kekurangan MYFurnitureLab.com:

  • Pembelian penghantaran 1 item untuk 1 penghantaran sahaja

Spesifikasi MYFurnitureLab.com:

Kadar Respon: 87%
Pengikut: 148.6k
Penilaian: 4.8 Bintang

Beralih kepada pemasaran secara digital kini adalah norma baharu dalam perniagaan, namun memasarkan produk di media-media sosial sahaja tanpa strategi serta kemahiran yang betul mungkin tidak akan memberi impak berkesan. Disebabkan itu jika kalian ingin membeli perabot, cuba masuk ke platform beli-belah dalam talian Shopee.

Di sini menyediakan tawaran terbaik dan diskaun menarik bagi membantu pelanggan membuat pilihan dengan belian terbaik. Dengan merebut tawaran itu di samping menikmati pengalaman membeli-belah secara dalam talian dan kekal selamat Shopee turun memberi bonus tambahan seperti penghantaran percuma ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian untuk produk atau perabot tertentu.
Kita tidak dapat lari daripada arus teknologi ini, justeru, pengguna yang ingin membuat pembelian di atas talian dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa membuat urus niaga di platform online antaranya dengan menyemak, ulasan, harga dan rekod penjual.



Related posts