Bersih & Selamat. Ini 5 Penapis Air Popular Dengan Teknologi Termaju Di Malaysia 2022

Bersih & Selamat. Ini 5 Penapis Air Popular Dengan Teknologi Termaju Di Malaysia 2022
Peralatan rumah


Kita lazimnya disyorkan untuk minum lapan gelas air sehari. Namun, jumlah pengambilan air mungkin berbeza mengikut usia, tahap aktiviti atau kesihatan seseorang. Ditambah pula dengan keadaan cuaca tidak menentu di Malaysia, air bersih pasti menjadi pilihan ideal untuk menghidrat semula badan. Air bersih adalah satu keperluan asas bagi setiap manusia dalam memenuhi keperluan harian. Dengan penggunaan penapis air, pengguna boleh memiliki keperluan air bersih samada bersuhu sejuk, suam atau panas sepanjang masa dengan satu butang.
Pemasangan penapis air di rumah adalah antara usaha untuk memastikan bekalan air yang digunakan terjamin kebersihan dan bebas bahan tercemar yang boleh membahayakan kesihatan. Penapis air berfungsi sebagai menapis pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik yang berbahaya dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya. Hari ini terdapat banyak pilihan penapis air di Malaysia yang ditawarkan dengan teknologi canggih serta terkini.

Kebanyakkan jenama terkemuka berlumba-lumba ingin memberikan khidmat pemasangan penapis air paling terbaik kepada pelanggan. Bagaimanapun, pemasangan penapis air tidak menjamin tahap kebersihan air sekiranya sistem penapis air tidak diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan. Jangan risau, di sini kami akan cadangkan antara 5 penapis air popular dengan teknologi termaju di Malaysia yang berbaloi untuk dimiliki. Paling penting penapis air ini memberikan khidmat penghantaran percuma, pemasangan percuma, servis percuma serta jaminan tempoh yang panjang tertakluk kepada terma dan syarat.

Cuckoo Titan

Cuckoo Titan
Cuckoo merupakan jenama nombor satu penapis air di Malaysia. Terbaharu, Cuckoo memperkenalkan penapis air berteknologi terkini iaitu Cuckoo Titan. Cuckoo Titan didatangkan dengan rekaan elegan, langsing dan kompak seberat 11 kilogram, mudah dimuatkan di mana-mana ruangan tidak kira di rumah atau pejabat. Cuckoo Titan hasil inovasi teknologi penapis air bebas tangki yang diyakini lebih efisien dalam menawarkan air minuman bersih, beralkali ringan, berkualiti dengan peringkat suhu termasuk air sejuk, suam dan panas.

Cuckoo Titan dilengkapi fungsi untuk menyediakan Air Pensterilan yang dapat menyingkirkan racun serangga dengan membasuh bahan memasak seperti buah-buahan, sayuran serta mampu membasmi sehingga 99.9 peratus kuman. Cuckoo Titan disertakan Mod Smart Cup bagi memudahkan pengguna mengisi air mengikut isipadu gelas sekali gus mengelakkan air tumpah. Cuckoo Titan juga didatangkan dengan faucet boleh laras bagi memudahkan anda mengisi atau menggunakan air dengan mudah dari mana-mana arah.

Terdapat juga beberapa fungsi pintar lain seperti sistem navigasi suara, mod penjimatan tenaga, mod pencahayaan dan ciri keselamatan sentuhan yang tersembunyi bagi menghalang air daripada keluar sewaktu ia tidak digunakan.

Kelebihan Cuckoo Titan

  • Rekaan mengagumkan
  • Servis berkala percuma setiap empat bulan
  • Memiliki sistem Pensterilan Elektrolisis ‘in & out’
  • Diuji serta terbukti oleh Institut Persekitaran Dan Kerja Air Korea (KEWWI)

Kekurangan Cuckoo Titan

  • Stok terhad

Spesifikasi Cuckoo Titan

Pasaran https://www.cuckoo.com.my/products/water-purifiers/titan
Kapasiti Air berterusan Sejuk/Panas/Suam
Jenis Filter Nano Positive Filtration System
Harga (Runcit) RM 4300.00.00 / (Sewa Beli) RM110.00* sebulan

SK Magic Jiksoo RIA

SK Magic Jiksoo RIA
SK magic jenama popular di Korea Selatan menawarkan pelbagai pilihan penapis air antaranya SK Magic Jiksoo RIA. SK Magic Jiksoo RIA menggunakan teknologi sistem panas, sejuk dan suhu bilik tanpa tangki yang hanya aktif apabila adanya sumber air. SK Magic Jiksoo RIA membawa teknologi tercanggih dengan sistem penapisan nanoteknologi yang boleh membuang bahan tercemar berbahaya daripada air minuman dan memastikan penghantaran air bersih.

Air yang dihasilkan tulen dan penuh dengan mineral yang disertakan kawalan isi padu untuk memudahkan pengguna serta pensterilan UV tab air bagi menjamin kebersihan. SK Magic Jiksoo RIA turut hadir dengan sistem penapisan nanoteknologi yang menghilangkan klorin, bau dan pelbagai sebatian organik lain yang berbahaya, membuang zarah besar dalam air seperti karat, habuk dan pasir.
Teknologi berkenaan turut mampu menghapuskan bakteria, virus, mikroorganisma dan logam berat serta mengekalkan mineral dan berupaya menapis mikroplastik. Kemunculan penapis air SK Magic Jiksoo RIA ini sangat tepat lebih-lebih lagi ketika dunia masih berada pada fasa endemik.

Kelebihan SK Magic Jiksoo RIA

  • Menjimatkan tenaga dengan menggunakan 730Wh setiap hari
  • Rekaan butang sentuh mesra pengguna
  • Penulen air tanpa tangki
  • Sistem pensterilan UV mengelak dari segala bentuk pencemaran

Kekurangan SK Magic Jiksoo RIA

  • Outlet masih kurang di Malaysia

Spesifikasi SK Magic Jiksoo RIA

Pasaran https://www.skmagic.com.my/product/jiksoo-ria/
Kapasiti Air berterusan Sejuk/ Suam /Panas
Jenis Filter NanoTech PAC, Carbon Block Sediment
Harga (Runcit) RM3,800.00 / (Sewa Beli) RM105.00* sebulan

Coway Kecil

Coway Kecil
Jenama Coway antara penapis air terawal masuk ke pasaran Malaysia sekaligus mencetuskan fenomena tersendiri untuk dimiliki setiap kediaman dan premis pejabat. Paling terbaharu Coway memperkenalkan penapis air bersaiz kecil namun tampil dengan teknologi termaju dan berkuasa tinggi iaitu Coway Kecil.

Coway Kecil dapat memenuhi trend minimalis dalam kalangan masyarakat urban dan moden kerana tidak memakan ruang yang banyak. Coway Kecil menjadi penyelesaian terbaik dalam mendapatkan 5 pilihan tetapan suhu air sempurna bagi pelbagai tujuan seperti memasak, menghasilkan minuman dan merebus melalui tawaran ciri penetapan suhu untuk beberapa kombinasi. Ia menggunakan paparan digital yang memperlihatkan lagi kemodenan Coway KECIL ini selain dilengkapi dengan fungsi pengekstrakan air satu sentuhan digital inovatif.

Lebih menarik, pengguna juga tidak perlu menunggu air penuh dalam tangki malah boleh mengambil air biasa secara terus pada bila-bila masa sahaja sepantas 0 saat. Paling penting, air yang diperoleh juga bersih dan selamat dengan teknologi pembersihan segera yang digunakan.

Kelebihan Coway Kecil

  • Kecil tetapi pintar
  • Perkhidmatan servis percuma iaitu dua bulan sekali selama 5 tahun
  • Mempunya 5 tetapan suhu
  • Promosi bulanan terkini hanya RM59. Harga sewaan asal RM99
  • Mendapat pengiktirafan sijil halal Jakim,

Kekurangan Coway Kecil

  • Tidak sesuai untuk keluarga besar

Spesifikasi Coway Kecil

Pasaran https://www.coway.com.my/products/water-purifier/kecil
Kapasiti 1.35L Sejuk/Panas
Jenis Filter Nanotrap™ – Plus Inno-Sense (D) (Post-Carbon + Fine)
Harga (Runcit) RM3590.00 / (Sewa Beli) RM59.00* sebulan

LG PuriCare™ Water Purifier

LG PuriCare™ Water Purifier
LG PuriCare™ Water Purifier menawarkan penapis penulenan air pelbagai warna dengan tiga fungsi utama iaitu pensterilan automatik, penggantian penapis mudah dan langganan penapis. LG PuriCare™ Water Purifier mempunyai sistem penapis puri empat peringkat yang dapat menyingkirkan sembilan logam berat (merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, aluminum, tembaga, mangan dan zink).
LG PuriCare™ Water Purifier mampu menyingkirkan 99.99 peratus norosvirus, bakteria dan bahan cemar berbahaya, disamping mengekalkan kandungan mineral penting seperti natrium dan kalium bagi menjamin keselamatan dan kesegaran air minuman. Penapis air ini memiliki ciri pintar pilihan kuantiti air bermula 120ml, 250ml, 500ml dan 1000ml.

Selain itu, pengguna LG PuriCare™ Water Purifier boleh memantau penggunaan air, menyemak sejarah pensterilan dan menetapkan jadual pensterilan pengguna dari telefon pintar dengan hanya perlu menyambungkan penapis air ini ke aplikasi LG ThinQ™ melalui WiFi.

Fungsi bimbingan suara juga menyediakan panduan untuk pensterilan suhu tinggi, penggantian penapis dan tetapan fungsi. LG PuriCare™ Water Purifier menyediakan pelan langganan penapis yang mana perkhidmatan ini akan menghantar penapis gantian ke rumah pelanggan setiap enam bulan.

Kelebihan LG PuriCare™ Water Purifier

  • Pensterilan automatik
  • Penggantian penapis mudah
  • Faucet boleh laras empat arah
  • LG ThinQ™ dan bimbingan suara
  • Kawalan air panas dan isipadu air

Kekurangan LG PuriCare™ Water Purifier

  • Reka bentuk sedikit aneh

Spesifikasi LG PuriCare™ Water Purifier

Pasaran https://lgpuricaremalaysia.com.my/water-purifier-wd516an-navy/
Kapasiti Air berterusan Sejuk/ Suam / Panas
Jenis Filter Sistem Penapis Puri 4 Peringkat UF ULTRA FILTRATION
Harga (Runcit) RM3200.00 / (Sewa Beli) RM65.00* sebulan

Snaptec Aurra Plus

Snaptec Aurra Plus
Ramai orang menganggap lebih mahal harga penapis air maka lebih berkualiti produk air yang dihasilkan. Tanggapan itu mungkin tidak tepat kerana terdapat penapis air yang dijual pada harga berpatutan namun kualiti airnya tetap terbaik antaranya jenama Snaptec. Snaptec Aurra Plus ditawarkan dengan harga berpatutan dan paling inovatif di pasaran Malaysia dengan penggunaan WiFi sepenuhnya dan skrin sentuh 7 inci interface.

Snaptec Aurra Plus menggunakan bahagian dan komponen terbaik dengan kerjasama Jerman, Korea, Malaysia dan China untuk menjana DNA Watertrack Snaptec, penapisan Nano+ dan sambungan Internet. Penapisan tiga kali ganda, air panas tanpa tangki dan pencahayaan mood adalah semua ciri unik bagi siri Aurra Plus.

Snaptec Connect merupakan aplikasi khas tersedia untuk penapis air Snaptec Aurra Plus berkebolehan mengesan tahap penghidratan pengguna. Hadir dengan tangki kekuli tahan karat dan bebas bakteria, Snaptec Aurra Plus memiliki tiga pilihan suhu yang mampu membekalkan air minuman mengikut kesukaan seisi rumah. kepada anda.

Kelebihan Snaptec Aurra Plus

  • Mempunyai profil hidrat peribadi
  • Menggunakan kuasa yang sedikit
  • Suhu boleh dilaraskan dan mengagihkan jumlah air
  • Penapis, tiub dan penyambung disahkan NSF (ANSI-42&61)
  • Jaminan penggunaan produk untuk jangka panjang

Kekurangan Snaptec Aurra Plus

  • Kurang promosi

Spesifikasi Snaptec Aurra Plus

Pasaran https://snaptec.com.my/snaptec-aurra-plus/
Kapasiti Air berterusan Sejuk/Panas
Jenis Filter Triple Nano Filtration
Harga (Runcit) RM1980.00 / (Sewa Beli) RM70.00* sebulan

Memiliki penapis air hari ini bukan lagi simbol kemewahan, sebaliknya satu keperluan di setiap kediaman. Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup aktif, rakyat Malaysia juga disaran mencari alternatif untuk memperbaharui kehidupan seisi keluarga. Setiap individu perlu mengambil berat mengenai air minuman diminum dan berhenti minum sumber air biasa kerana ia adalah kolam pembiakan bakteria dan alga. Sumber air bertakung akan menyebabkan air minuman tidak bersih dan tidak selamat dalam masa sama sumber air daripada bahan tercemar boleh mengancam kesihatan manusia.

Untuk peringatan bersama ada beberapa penapis air yang diragui status kebersihan dan keselamatannya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama. Penapis air jenis ini menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran. Ia banyak dijual di pasaran tempatan ketika teknologi penapisan air mula mendapat perhatian ramai.



Related posts