Rapikan Rumput-rumput Di Halaman Rumah Anda Dengan 5 Pilihan Mesin Pemangkas Rumput Yang Berkualiti Di Malaysia

Rapikan Rumput-rumput Di Halaman Rumah Anda Dengan 5 Pilihan Mesin Pemangkas Rumput Yang Berkualiti Di Malaysia
Peralatan rumah


Mempunyai halaman rumah yang besar dan luas adalah impian setiap manusia. Halaman yang luas membolehkan anda untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersukan serta bercucuk tanam. Namun dari segi penjagaannya, anda perlu memberi lebih fokus terutama sekali pada kualiti rumput. Lebih-lebih lagi rumput yang senang membiak dan cepat memanjang. Jika terbiar, mesti rumput akan panjang dan tumbuh tidak sekata.

Rumput yang panjang dan tidak terurus akan menyebabkan halaman rumah anda nampak tidak menarik. Dan ia juga menampakkan yang anda tidak ambil berat berkenaan keadaan sekeliling rumah anda. Jadi sebelum anda dikata sedemikian, eloklah jika anda merapikan sendiri rumput-rumput di halaman rumah anda menggunakan mesin pemangkas rumput. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu anda buat dan pada masa yang sama ada juga aktiviti berfaedah yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Tak tahu nak beli jenama apa dan model apa? Jom kita lihat 5 pilihan mesin pemangkas rumput yang berkualiti di Malaysia.

BOSSMAN BTB-20M / BTB20M 9″ Cordless Grass Trimmer 8500RPM

BOSSMAN BTB-20M / BTB20M 9" Cordless Grass Trimmer 8500RPM
Bossman BTB-20M adalah sebuah model mesin pemangkas rumput tanpa wayar bergred profesional yang mempunyai diameter bilah pemotong setebal 9 inci atau 230mm. Dengan kelajuan 8500 rpm, mesin pemangkas rumput ini boleh memotong dan merapikan rumput daripada pelbagai sudut mengikut kesesuaian persekitaran melalui kepala bilah pemotong yang boleh diputar dan rekaan aci atau shaft lurus yang mudah dikemudi di mana-mana kawasan. Selain itu, ia turut mempunyai sejenis roller atau tayar dibahagian sisi supaya ia mudah digerakkan untuk anda merapikan rumput pada sudut yang sukar, menjadikan kerja memotong dan merapi anda lebih cepat. Anda tidak perlu risau tentang sudut yang lebih tinggi atau jauh, kerana mesin pemangkas rumput ini mempunyai fungsi boleh laras yang membolehkan anda menentukan kepanjangannya mengikut kegunaan anda. Ia juga turut mudah dibuka dan ditutup kerana butang utamanya terletak pada pemegang, sangat praktikal dari segi keselamatan sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku. Bermula dengan harga RM 142.50 untuk mesin sahaja, sehinggalah 482.50 untuk set mesin berserta bateri 4.0Ah, sudah tentu berbaloi untuk anda miliki mesin ini.

Kelebihan BOSSMAN BTB-20M / BTB20M 9″ Cordless Grass Trimmer 8500RPM:

  • Bilah pemotong setebal 9 inci atau 230mm
  • Kepala pemotong boleh berputar dan shaft yang lurus
  • Roller di bahagian sisi
  • Fungsi laras
  • Butang utama terletak pada pemegang

Kekurangan BOSSMAN BTB-20M / BTB20M 9″ Cordless Grass Trimmer 8500RPM:

  • Kelajuan hanya 8500 rpm

Info BOSSMAN BTB-20M / BTB20M 9″ Cordless Grass Trimmer 8500RPM:

Nama Produk: BOSSMAN BTB-20M / BTB20M 9″ Cordless Grass Trimmer 8500RPM
Jenama: BOSSMAN
Harga: RM 142.50 (mesin sahaja), RM 342.50 (mesin +bateri 2.0Ah), RM 422.50 (mesin +bateri 3.0Ah), RM 482.50 (mesin +bateri 4.0Ah)

Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23

Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23
Bosch, sebuah jenama terkenal yang diketahui ramai turut menampilkan rangkaian produk mesin pemangkas rumput tanpa wayarnya sendiri iaitu Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23. Mempunyai berat hanya sekitar 1.9 kg, ia dicipta ringan supaya dapat dikendalikan dengan mudah dan mengurangkan kepenatan pada yang menggunakannya untuk tempoh yang agak lama. Dengan kelajuan 12500 rpm, mesin pemangkas rumput ini menggunakan tali pintal tajam yang menggantikan fungsi bilah. Tali pintal ini dilindungi oleh gelendong atau stool separa automatik yang bertindak melindungi dan membantu tali pintal dalam memberikan pemotongan atau perapian yang lebih optimum. Mesin pemangkas rumput ini sangat ringkas, hanya dua langkah diperlukan untuk memasang sebelum menggunakannya, anda hanya perlu sambungkan kedua bahagian batang pemegang dengan satu klik, selaras dengan gelendong atau stool dan ia terus boleh digunakan. Selain ringan, mesin ini juga bersifat ergonomik dan seimbang, ia mempunyai pemegang boleh laras untuk memotong dan merapi dalam apa jua ketinggian. Setiap pembelian akan disertakan kabel dan wayar yang panjang untuk anda memotong dan merapikan rumput anda pada jarak yang agak jauh.

Kelebihan Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23:

  • Ringan, hanya sekitar 1.9 kg
  • Kelajuan memotong pada 12500 rpm
  • Tali pintal menggantikan bilah tajam
  • Gelendong atau stool separa automatik
  • Mudah dipasang
  • Ergonomik dan seimbang

Kekurangan Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23:

  • Menggunakan kabel dan wayar

Info Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23:

Nama Produk: Bosch Grass Trimmer EasyGrassCut 23
Jenama: BOSCH
Harga: RM 190.00 untuk set lengkap

Keelat Lawn Mower Type D-KLMD001

Keelat Lawn Mower Type D-KLMD001
Keelat adalah sebuah jenama tempatan yang turut menawarkan mesin pemangkas rumput yang diberi nama model Type D – KLMD001. Ia adalah sebuah mesin pemangkas rumput ringan tanpa wayar yang menggunakan motor berkuasa 450w dengan kelajuan RPM maksimum 18000. Dikuasakan dengan bateri 12v yang boleh dicas semula, proses pengecasan mengambil masa yang sangat cepat dengan status pengecasan dapat dilihat melalui lampu indikator. Kepala bilah pemotong bagi mesin ini boleh dilaraskan ke beberapa sudut dengan hanya menekan butang untuk memudahkan anda memotong dan merapi rumput pada beberapa sudut dengan mudah. Dan untuk kestabilan maksimum, pemegang boleh laras juga disediakan untuk memudahkan kawalan mesin pemangkas rumput ini.

Batang pemegang atau aci boleh dilaraskan dari 90 ke 120 cm, anda boleh memilih untuk memanjangkan atau memendekkan mengikut sudut dan ketinggian yang anda ingin. Untuk mengelakkan daripada batu atau objek keras lain melayang ketika anda memotong atau merapikan rumput, sebuah besi pelindung turut disediakan sebagai penghalang pada kawasan bilah pemotong untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Satu set mesin pemangkas rumput ini didatangkan dengan 6 bilah pemotong iaitu 4 bilah besi dan 2 bilah plastik dan beberapa aksesori lain.

Kelebihan Keelat Lawn Mower Type D-KLMD001:

  • Jenama tempatan
  • Kelajuan maksimum 18000 rpm
  • Bateri 12v yang boleh dicas semula dengan cepat
  • Kepala bilah mudah laras
  • Besi pelindung bilah pemotong
  • Belian secara set yang menguntungkan; aksesori yang banyak

Kekurangan Keelat Lawn Mower Type D-KLMD001:

  • Harganya agak tinggi berbanding dengan cadangan lain.

Info Keelat Lawn Mower Type D-KLMD001:

Nama Produk: Keelat Lawn Mower Type D-KLMD001
Jenama: Keelat
Harga: RM 299.00 untuk set lengkap

Ladderman 12V / 24V Lithium Battery Cordless Grass Trimmer Lawn Mower

Ladderman 12V / 24V Lithium Battery Cordless Grass Trimmer Lawn Mower
Dengan berat sekitar 1.2 kg, Ladderman menawarkan mesin pemangkas rumput ringan dan tanpa wayar bagi memudahkan kerja-kerja memotong dan merapi rumput di sekitar halaman rumah anda. Kelajuan memotong bagi mesin pemangkas rumput ini bermula daripada 1000 sehingga 2000 rpm, cukup laju untuk sebuah mesin yang kecil dan ringan. Menggunakan teknologi dari Jerman, terdapat tiga jenis bilah sepanjang 11 sehingga 15 cm tersedia dalam pakej aksesorinya iaitu bilah plastik untuk kerja pemotongan rumput biasa, bilah besi untuk memangkas, dan cakera berbentuk gergaji untuk kerja-kerja pemotongan objek yang lebih tebal. Menggunakan dua jenis bateri berkuasa 12v dan 24v, masa pengecasan mengambil masa sehingga 2 jam untuk penggunaan penuh. Batang pemegang mesin ini boleh dilaraskan dari 1 sehingga 30 cm. Ia juga mempunyai butang pemula dan butang keselamatan pada pemegangnya untuk sebarang tindakan refleks yang cepat sekiranya terdapat kejadian yang tidak diingini. Kepala bilah pemotongnya juga boleh dilaras kepada beberapa sudut melalui butang yang tersedia bagi memudahkan anda memotong dan merapi rumput pada pelbagai sudut yang sukar. Dan untuk perlindungan kepada anda yang mengawal mesin ini, sebuah besi penghadang atau pelindung turut menutupi bahagian depan bilah pemotong supaya tiada sebarang percikan objek keras atau tajam mengenai anda atau orang sekeliling.

Kelebihan Ladderman 12V / 24V Lithium Battery Cordless Grass Trimmer Lawn Mower:

  • Kelajuan memotong dari 1000 sehingga 2000 rpm
  • Tiga jenis material bilah pemotong
  • Butang pemula dan keselamatan pada pemegang
  • Besi penghadang dan pelindung bilah pemotong
  • Harga yang murah

Kekurangan Ladderman 12V / 24V Lithium Battery Cordless Grass Trimmer Lawn Mower:

  • Berat sekitar 1.2 kg sahaja

Info Ladderman 12V / 24V Lithium Battery Cordless Grass Trimmer Lawn Mower:

Nama Produk: LADDERMAN 12V / 24V LITHIUM BATTERY CORDLESS GRASS TRIMMER LAWN MOWER
Jenama: Ladderman
Harga: RM 130.88 untuk set lengkap

Makita BBC231UZ 36V Cordless Brush Cutter

Makita BBC231UZ 36V Cordless Brush Cutter
BBC231UZ adalah sebuah mesin pemangkas rumput tanpa wayar keluaran jenama Makita yang mempunyai berat sekitar 7.1 kg. Ia datang dengan bentuk yang sangat eksklusif, lebih-lebih lagi pada bar pemegang ergonomik yang membolehkan anda memegang dengan kedua tangan dan menjadikannya lebih stabil. Dan untuk kestabilan maksimum, set mesin pemangkas rumput ini juga turut didatangkan dengan harness untuk bahu yang mempunyai strap bagi kedua-dua bahu anda. Untuk memudahkan kerja memotong dan merapikan rumput, bilah pemotong pada mesin pemangkas rumput ini bukan sahaja berpusing pada satu arah, ia boleh berpusing pada arah bertentangan untuk membersihkan bilah pemotong daripada serpihan-serpihan objek, rumput dan juga tumbuh-tumbuhan untuk kerja yang lebih efisien. Selain itu, mesin ini mesra alam sekitar kerana ia beroperasi tanpa sebarang pelepasan asap dan tidak menyebabkan pencemaran bunyi dan getaran berlebihan walaupun kelajuan memotong mencapai 7300 rpm. Menggunakan brushless DC motor, mesin ini tidak perlu penyelenggaraan yang tinggi kerana jangka hayat brushless DC motor lebih lama. Sebagai langkah keselamatan juga, lampu LED merah menjadi indikator kepada pengendalinya sebagai amaran jika bateri lemah atau mesin terlebih beban.

Kelebihan Makita BBC231UZ 36V Cordless Brush Cutter:

  • Berat sekitar 7.1 kg
  • Bar pemegang ergonomik
  • Harness untuk bahu
  • Bilah pemotong boleh berpusing pada arah bertentangan untuk pembersihan
  • Mesra alam sekitar, tiada pencemarah bunyi dan kurang getaran
  • Brushless DC Motor
  • Lampu LED merah sebagai indikator

Kekurangan Makita BBC231UZ 36V Cordless Brush Cutter:

  • Harga yang mahal

Info Makita BBC231UZ 36V Cordless Brush Cutter:

Nama Produk: Makita BBC231UZ 36V Cordless Brush Cutter
Jenama: Makita
Harga: RM 3010.70 untuk set lengkap

Halaman rumah yang bersih boleh mempengaruhi mood anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang suka berada di rumah ketika hari cuti. Jadikan aktiviti mengemas halaman rumah sebagai salah satu terapi untuk anda, salah satu caranya adalah dengan memotong atau merapikan rumput menggunakan mesin pemangkas rumput anda sendiri. Di samping anda berjimat kerana tidak perlu mengupah orang luar untuk melakukannya, anda juga ada aktiviti sampingan dan ia dikira sebagai aktiviti fizikal juga. Jadi, secara tak langsung anda mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga kesihatan mental dan fizikal. Badan anda sihat, dan minda anda juga tenang.

Yang penting, aspek keselamatan perlu diambil kira. Tidak kira berapa harga mesin pemangkas rumput yang anda beli, pastikan ia mempunyai perlindungan keselamatan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi anda mengendalikan mesin yang mempunyai bilah tajam. Risiko untuk anda tercedera sangat tinggi.



Related posts