Manjakan Kaki Dengan Urutan Sempurna: Ini 5 Mesin Urut Kaki Terlaris di Malaysia

Manjakan Kaki Dengan Urutan Sempurna: Ini 5 Mesin Urut Kaki Terlaris di Malaysia
Peralatan rumah


Ramai individu yang bekerja dalam keadaan berdiri sepanjang hari, berjalan tanpa henti selain kerap menekan pedal brek apabila berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari antara punca kaki rasa terlalu sakit, lenguh, kejang dan sakit tumit. Tanpa mengira usia, setiap individu termasuk kanak-kanak hinggalah golongan berusia sering mengalami kesakitan pada kaki terutama sebelum tidur. Kepenatan berdepan dengan rutin harian padat terutama bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan membuatkan kaki mudah berasa sakit dan memerlukan urutan bagi melegakannya.

Ramai yang keberatan melakukan urutan pada kaki sendiri sebab risau tersalah urut dan menyebabkan masalah bertambah buruk. Kini, tidak perlu bersusah payah berkunjung ke spa atau pusat refleksologi, urutan kaki boleh dilakukan sendiri di rumah. Manjakan kaki dengan urutan sempurna melalui 5 mesin urut kaki terlaris di Malaysia seperti Gintell G-Feetie Foot Massager, ITSU iChillax, OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology, OSIM uPhoria Warm Leg Massager, dan SNOWFIT SnowFeet PRO XL.

Gintell G-Feetie Foot Massager

Gintell G-Feetie Foot Massager

Gintell G-Feetie Foot Massager mesin urut kaki yang ringan dari siri G-Beetle berfungsi untuk mengurut bahagian tapak kaki sahaja. Gintell G-Feetie Foot Massager memiliki tiga peringkat fungsi mode tekanan mengurut iaitu pilihan urutan putar secara lembut, sederhana dan kuat. Jadi pengguna boleh memilih tahap kekuatan mengurut telapak kaki berdasarkan apa yang diperlukan setiap kaki. Dengan teknologi urutan kaki 360 darjah, Gintell G-Feetie Foot Massager juga memiliki urutan jenis shiatsu secara serentak berserta tekanan udara dan terapi haba. Ia berfungsi untuk memastikan peredaran darah lebih lancar dan otot yang tegang dapat ditenangkan dengan betul. Pada bahagian atas pemuka Gintell G-Feetie Foot Massager terdapat panel kawalan pintar yang mudah dicapai. Ia juga sangat mesra pengguna atau kegunaan warga emas kerana aturannya mudah difahami. Penggunaan kuasa bagi Gintell G-Feetie Foot Massager juga sangat rendah dan ia sangat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Kelebihan Gintell G-Feetie Foot Massager:

  • Ringan seberat 5.8kg dan mudah dialihkan
  • Tekanan boleh laras 3 peringkat
  • Mesra pengguna, manual jelas dan mudah difahami
  • Bentuk sesuai diletakkan di mana sahaja ruang

Kekurangan Gintell G-Feetie Foot Massager:

  • Bunyi motor berfungsi agak kuat

Spesifikasi Gintell G-Feetie Foot Massager:

Kuasa: 36W
Warna: Sky Blue
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM548.00

OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology

OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology
OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology memiliki keistimewaan urutan tiga dimensi iaitu pada bahagian betis dan kaki. Dengan reka bentuk ergonomik yang elegan, OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology datang dengan panel kawalan mesra pengguna dilengkapi dengan 3 pilihan mod urutan automatik untuk memenuhi keperluan setiap individu. Penggunaan OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology secara berkala dikatakan mampu melancarkan peredaraan darah, memulih kaki yang tertekan dan menghilangkan ketegangan otot kaki akibat berdiri atau berjalan terlalu lama. Menawarkan khidmat mengurut selama 15 minit pada setiap sesi urutan, pengguna OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology juga boleh menetapkan masa dan 3 mod sesuai mengikut kemahuan anda pada tahap pemulihan, sederhana (mod bersantai) atau kuat (mod refleksologi). Reka bentuk OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology merupakan gabungan berbilang urutan seperti ketukan betis, urutan penggelek kaki 3D, urutan mampatan udara dan terapi haba untuk melegakan kaki yang letih.

Kelebihan OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology:

  • Urutan yang cemerlang pada tapak kaki
  • Reka bentuk mewah
  • Boleh laras
  • Ada pemampatan udara dan pemanasan untuk kaki juga betis
  • Bunyi senyap

Kekurangan OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology:

  • Urutan dibetis agak sederhana

Spesifikasi OGAWA EliteX 3D Foot Reflexology:

Kuasa: 60W
Warna: Ultra Black
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM1999.00

ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager

ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager
ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager terapii urutan kaki dengan hanya 1 sentuhan berkesan melancarkan peredaran darah, melegakan keletihan kaki dan meningkatkan kualiti tidur. Reka bentuk ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager yang minimalis dan berat yang ringat sekitar 3.8kg memudahkan untuk penyimpanan atau di bawa ke mana-mana sahaja. ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang, suami isteri atai ibu bapa di kampung kerana memiliki sistem yang mesra pengguna. Terdapat 3 penggelek urut dengan mod urutan kekuatan dan tekanan udara boleh laras berdasarkan pilihan masing-masing. Mepunyai reka bentuk berzip, sarung pada bahagian dalam ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager boleh ditanggalkan dan dibasuh untuk tujuan kebersihan. Terdapat 2 pilihan tetapan masa yang berbeza iaitu sekitar 15 hingga 30 minit untuk setiap sesi urutan. Memiliki panel kawalan skrin sentuh, pengguna ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager pasti berpuas hati dengan fungsi intensiti udara dan haba berfungsi sebagai termoterapi membantu memanjakan otot kaki secara menyeluruh.

Kelebihan ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager:

  • Sangat ringan hanya seberat 3.8kg
  • Pelbagai ciri tetapan yang berbaloi seperti fungsi intensity udara dan haba
  • Lapisan kaki boleh tanggal untuk pembersihan yang mudah
  • Bunyi senyap

Kekurangan ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi ITSU iChillax Heat Therapy Foot Massager:

Kuasa: 30W
Warna: White
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM2288.00

OSIM uPhoria Warm Leg Massager

OSIM uPhoria Warm Leg Massager
OSIM uPhoria Warm Leg Massager merupakan hasil gabungan teknik terapi urutan tradisional Tui Na dan kepakaran teknologi moden terkini. OSIM uPhoria Warm Leg Massager memiliki 8 pilihan program urutan shiatsu seperti High heels, Toning, Energize, Sleep, Reflexology, Relax, Sports Recovery dan Senior, sesuai untuk semua peringkat umur. OSIM uPhoria Warm Leg Massager memiliki cakera menguli boleh laras agar sesuai dengan saiz kaki setiap pengguna demi keselesaan posisi ketika mengurut dan duduk. Terdapat ciri khusus 5-in-1 massage fine-tuned, iaitu urutan kaki seakan di spa yang mampu melegakan tekanan dan ketegangan otot pada kaki terutama di bahagian betis dan tapak kaki. Antaranya urutan Tui Na, urutan picit lilit, urutan refleksologi, urutan getaran dan terapi hangat. Pilihan Urut Tui Na sesuai untuk individu sakit otot terkumpul dan ketegangan. Urutan getaran sangat dicadangkan jika ada sakit urat varikos. Urutan picit lilit sesuai untuk otot yang sakit dan tegang manakala urutan picit dan uli liputan penuh untuk memberi lebih tenaga pada kaki anda yang letih. Bagi pilihan urutan refleksologi, hasilkanya kaki dapat dimanjakan secara menyeluruh. Rangsang bebola dan lengkungan yang dikenakan pada kaki mengaktifkan titik refleks penting untuk kesihatan lebih baik. Akhir sekali pilihan terapi hangat sangat diperlukan jika tapak kaki anda sering sejuk dan kebas bertujuan melancarkan peredaran darah.

Kelebihan OSIM uPhoria Warm Leg Massager:

  • Memiliki 8 pilihan program urutan shiatsu
  • Ciri khusus 5-in-1 massage fine-tuned termasuk urutan Tui Na
  • Cakera menguli boleh laras
  • Sesuai untuk kegunaan pelbagai peringkat umur terutama warga emas
  • Fungsi menghangat untuk peredaran darah lebih lancar

Kekurangan OSIM uPhoria Warm Leg Massager:

  • Stok terhad di pasaran
  • Agak berat 17.5kg

Spesifikasi OSIM uPhoria Warm Leg Massager:

Kuasa: 250W
Warna: Brown
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM2568.00

SNOWFIT SnowFeet PRO XL

SNOWFIT SnowFeet PRO XL
SNOWFIT SnowFeet PRO XL mesin urut kaki berkualiti premium namun ditawarkan pada harga yang berpatutan. Mempunyai 7 fungsi tetapan, SNOWFIT SnowFeet PRO XL mampu melakukan urutan roller, urut mengikis, urutan menguli, mod getaran, beg udara, haba dan urutan betis. Jangan tidak tahu, SNOWFIT SnowFeet PRO XL ada tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai mesin urut kaki paling laris penjualan secara atas talian di Malaysia. Mana tidaknya, perbezaan mesin urut ini dengan jenama antarabangsa lain berfungsi seakan sama dengan penawaran kualiti yang berbaloi untuk dimiliki. SNOWFIT SnowFeet PRO XL sesuai untuk kegunaan warga emas dan juga ibu hamil bagi memberi lebih kelegaan kepada tekanan yang diberikan kepada bahagian kaki. Ada 3 peringkat tahap urutan iaitu lembut, sederhana dan kuat untuk betis dan tapak kaki. SNOWFIT SnowFeet PRO XL juga boleh melakukan urutan stereoskopik pada buku lali dan betis kaki anda. Bahagian urutan yang fleksibel akan membawa keseronokan urutan yang 100 peratus selesa selain membentuk semula garis lengkung betis. Fungsi kawalan kitaran akan membiarkan mesin berhenti secara automatik selepas 15 minit sesi urutan. Mepunyai reka bentuk berzip, sarung pada bahagian dalam SNOWFIT SnowFeet PRO XL boleh ditanggalkan dan dibasuh untuk tujuan kebersihan.

Kelebihan SNOWFIT SnowFeet PRO XL:

  • Urutan kaki dan betis menguli yang kuat dan sedap
  • Sesuai untuk individu mempunyai saiz kaki ebih besar
  • Sarung lapik boleh tanggal untuk cucian
  • Bunyi yang senyap

Kekurangan SNOWFIT SnowFeet PRO XL:

  • Tidak sesuai untuk kaki bersaiz kecil

Spesifikasi SNOWFIT SnowFeet PRO XL:

Kuasa: N/A
Warna: Hitam/Putih
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM549.00

Sekiranya anda lakukan urutan kaki secara konsisten menggunakan mesin urut kaki, ia dapat membantu mengurangkan kesakitan yang membolehkan kita memperoleh tidur yang lebih lena dan berkualiti. Urutan kaki menggunakan mesin urut kaki juga boleh dilakukan kepada kanak-kanak dan warga emas, namun kekuatan tekanan itu perlulah ditetapkan dengan betul, sesuai mengikut usia. Antara manfaat yang diperoleh melalui urutan menggunakan mesin urut kaki ialah ia dapat melancarkan peredaran darah di sekitar kaki selain melegakan kesakitan yang ditanggung.

Jangan risau menggunakan mesin urut kaki, kerana kebanyakkan jenama mesin urut kaki yang dipercayai menggunakan tekanan sederhana tidak meninggalkan kesan buruk bahkan ia mampu membantu melegakan tekanan dan kesakitan pada kaki. Perkara utama yang perlu diketahui adalah tekanan pada bahagian kaki itu perlulah sederhana, tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan.



Related posts