10 Tetikus Gaming Tanpa Wayar Terbaik di Malaysia Dengan Bajet Berbeza

10 Tetikus Gaming Tanpa Wayar Terbaik di Malaysia Dengan Bajet Berbeza
Permainan dan hobi


Sukan elektronik mempunyai pengikut dan penggemar yang sangat ramai di Malaysia. Populariti sukan elektronik semakin hari semakin meningkat ekoran daripada penerimaan yang sangat luar biasa khususnya dari golongan remaja dan pertengahan umur. Ramai yang bercita-cita mahu menjadi seorang pemain sukan elektronik profesional setelah melihat kejayaan anak-anak muda yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Bahkan ianya juga mampu menjana pendapatan lumayan apabila anda bergelar pemain profesional.

Disebabkan faktor inilah banyak syarikat-syarikat mula mengeluarkan aksesori-aksesori yang berkaitan dengan komputer. Salah satunya ialah tetikus gaming tanpa wayar. Sebenarnya, terdapat banyak perbezaan di antara tetikus biasa dengan tetikus gaming tanpa wayar walaupun kedua-duanya kelihatan sama. Antaranya adalah perbezaan resolusi DPI, rekaan dan jumlah butang yang ada pada tetikus. Tetikus gaming hanya boleh digunakan pada komputer atau komputer riba yang mempunyai kapasiti RAM yang besar (2gb) dan mempunyai spesifikasi hardware yang bersesuaian dengan permainan komputer. Selain itu, tetikus gaming juga mempunyai bentuk, fungsi dan ketahanan yang lebih lasak berbanding tetikus biasa. Ingin menjadi nama besar dalam bidang sukan elektronik? Ataupun mencari tetikus gaming yang bersesuaian dengan bajet anda? Berikut adalah 10 tetikus gaming tanpa wayar terbaik di Malaysia dengan bajet yang berbeza.

Razer DeathAdder V3 Pro

Razer DeathAdder V3 Pro
Razer DeathAdder V3 Pro ialah tetikus gaming tanpa wayar atau wireless yang ringan dan mempunyai bentuk ergonomik untuk keselesaan tangan anda. Ia direka untuk tangan kanan dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai saiz tangan yang lebih besar. Tetikus ini dilengkapi penderia optik focus Pro 30K memberi prestasi penjejakan yang sempurna pada pelbagai permukaan yang lebih luas termasuk kaca kerana ianya disokong oleh fungsi pintar untuk tujuan dan kawalan yang dipertingkatkan. Menarik lagi, Razer DeathAdder V3 Pro ini dihadirkan dengan Razer Hyperspeed wireless, 25% lebih pantas daripada teknologi wireless yang lain. Jangka hayat bateri tetikus ini juga bertahan sehingga 90 jam bagi penggunaan berterusan.

Kelebihan Razer DeathAdder V3 Pro:

  • Sangat ringan
  • Kependaman klik yang sangat rendah.
  • Kualiti binaan yang sangat baik
  • Jangka hayat bateri 90 jam
  • DPI 30,000
  • Suis Tetikus Optik Gen-3
  • Bentuk ergonomik

Kekurangan Razer DeathAdder V3 Pro:

  • Hanya sesuai untuk tangan bersaiz lebih besar.
  • Saiz yang besar menyukarkan penyimpanan

Spesifikasi Razer DeathAdder V3 Pro:

Berat: 59g
DPI: 30,000
Sambungan: Wireless, Bluetooth
Ketahanan Bateri: 90 jam

Logitech G Pro X Superlight

Logitech G Pro X Superlight
Sama seperti namanya, Logitech G PRO X SUPERLIGHT ialah tetikus gaming tanpa wayar yang sangat ringan dengan hanya 63 gram. Ia menawarkan prestasi yang menakjubkan, sama ada digunakan berwayar atau tanpa wayar, dengan kependaman klik yang sangat rendah, dan CPInya boleh disesuaikan dengan tepat dengan kenaikan 50. Tetikus ini sesuai untuk semua saiz tangan dengan sebarang jenis cengkaman, walaupun butang sisi mungkin sukar dicapai dengan cengkaman hujung jari jika anda mempunyai tangan kecil. Anda boleh memprogram semula semua butangnya dan anda boleh menetapkan butang G-Shift untuk memberi anda lapisan kedua kawalan.

Kelebihan Logitech G Pro X Superlight:

  • Storan penerima USB
  • Kependaman klik yang luar biasa
  • Sangat ringan
  • Kualiti yang sangat baik
  • Serasi sepenuhnya dengan macOS dan Windows

Kekurangan Logitech G Pro X Superlight:

  • Terlalu besar untuk tangan kecil menggunakan cengkaman hujung jari
  • Hanya dua butang sisi

Spesifikasi Logitech G Pro X Superlight:

Berat: 63g
DPI: 25,600
Sambungan: Wireless, Bluetooth
Ketahanan Bateri: 70 jam

Keychron M3

Keychron M3
Keychron M3 ialah tetikus gaming wireless yang mempunyai prestasi sensor yang sangat baik dan kependaman klik yang memberikan pengalaman dalam permainan yang cepat dan responsif. Ia juga mempunyai kualiti binaan keseluruhan yang mengagumkan dan bentuk simetri yang selesa sesuai untuk kebanyakan saiz tangan. Bagaimanapun, ia tidak begitu ringan seperti kebanyakan tetikus FPS. Selain itu, walaupun kualiti Keychron M3 adalah yang baik secara keseluruhan, ia tidak meluncur dengan lancar seperti yang terdapat pada model dengan harga yang sama dari syarikat lain.

Kelebihan Keychron M3:

  • Bentuk simetri yang selesa sesuai untuk kebanyakan saiz tangan.
  • Kependaman klik yang sangat baik.
  • Kualiti binaan yang hebat.

Kekurangan Keychron M3:

  • Tidak seringan seperti kebanyakan tetikus FPS khusus
  • Tetikus tidak meluncur dengan lancar seperti yang terdapat pada banyak pilihan harga yang serupa

Spesifikasi Keychron M3:

Berat: 79g
DPI: 26,000
Sambungan: Wireless, Bluetooth
Ketahanan Bateri: 70 jam

Logitech G305 Lightspeed

Logitech G305 Lightspeed
Logitech G305 LIGHTSPEED adalah antara tetikus yang sangat sesuai digunakan untuk gaming. Kesemua enam butangnya boleh diprogramkan, dan prestasi sensornya sangat baik. Badan berbentuk telurnya hampir simetri, dan terdapat sepasang butang sisi di sebelah kiri dan butang di belakang roda skrol yang bertindak sebagai butang CPI. Apa yang menarik mengenai produk ini adalah jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 250 jam! Bagaimanapun tetikus ini agak berat berbanding tetikus lain dan kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz tangan agak besar.

Kelebihan Logitech G305 Lightspeed:

  • Jangka hayat bateri lama sehingga 250 jam
  • Terasa sangat terbina
  • Kependaman klik yang hebat
  • Banyak pilihan penyesuaian menggunakan perisian Windows atau macOS

Kekurangan Logitech G305 Lightspeed:

  • Agak berat
  • Mungkin terlalu kecil untuk orang yang mempunyai tangan yang lebih besar

Spesifikasi Logitech G305 Lightspeed:

Berat: 99g
DPI: 12,000
Sambungan: Wireless, Bluetooth
Ketahanan Bateri: 250 jam

SteelSeries Prime Wireless

SteelSeries Prime Wireless
SteelSeries Prime Wireless ialah tetikus gaming wireless yang hebat. Ia ringan, dan ia mempunyai bentuk yang ergonomik yang sangat sesuai untuk hampir semua saiz tangan. Dari segi prestasi, anda boleh melaraskan tetapan CPI dengan kenaikan 100 dalam julat yang luas. Menarik lagi, Suis Prestige OM™ bertindak sepantas kilat memberikan lebih 100 juta klik dan teknologi Quantum 2.0 Wireless yang ada pada produk ini menawarkan permainan bebas lag dengan pengoptimuman dwi saluran.

Kelebihan SteelSeries Prime Wireless:

  • Terasa sangat kukuh
  • Suis Prestige OM™ sepantas kilat memberikan lebih 100 juta klik
  • Quantum 2.0 Wireless menawarkan permainan bebas lag dengan pengoptimuman dwi saluran
  • Kaki tetikus meluncur dengan sangat licin
  • Kabel pengecasan mempunyai penyambung USB-C

Kekurangan SteelSeries Prime Wireless:

  • Butang CPI berada di bahagian bawah, menyukarkan perubahan segera

Spesifikasi SteelSeries Prime Wireless:

Berat: 80g
CPI: 18,000
Sambungan: Wireless, Bluetooth
Ketahanan Bateri: 100 jam

Razer Naga Pro

Razer Naga Pro
Razer Naga Pro ialah sebuah tetikus gaming yang mempunyai prestasi terbaik dalam MMO ataupun Massively Multiplayer Online Game, iaitu permainan video dalam talian yang dimain secara beramai-ramai dalam satu server. Mempunyai kelebihan hot-swap pada panel sisi yang mempunyai 2, 6 sehingga 12 butang yang telah diprogram termasuk input pergerakan atas bawah dan kiri kanan, ia dibuat dengan sangat baik menggunakan material PFTE yang memberikan pergerakan tetikus yang sempurna. Selain itu, tetikus gaming ini juga sangat responsif melalui sensornya yang sentiasa konsisten dan tepat. Anda yang mempunyai tangan bersaiz sederhana ataupun besar pasti selesa apabila menggunakan tetikus gaming ini.

Kelebihan Razer Naga Pro:

  • Sangat selesa untuk tangan bersaiz sederhana ataupun besar
  • Banyak butang yang telah diprogram
  • Sangat responsif
  • 12 butang pada panel tepi

Kekurangan Razer Naga Pro:

  • Software tiada pada macOS

Spesifikasi Razer Naga Pro:

Berat: 117.7 g
CPI: 20,000
Sambungan: Wireless, Receiver
Ketahanan Bateri: 150 jam

Corsair Dark Core RGB Pro

Corsair Dark Core RGB Pro
Corsair DARK CORE RGB Pro secara keseluruhannya adalah sebuah tetikus gaming tanpa wayar yang baik. Ia mempunyai sensor yang mampu mencapai sehingga 18,000 CPI, dan anda juga boleh mengubah CPI pada tetikus gaming ini. Ia juga sangat responsif dan mempunyai polling rate maksimum 2000Hz. Namun, ia agak berat dan kurang sesuai untuk ultra-light gaming. Tetapi di sebalik itu, ia agak selesa untuk digunakan dan direka bentuk untuk mereka yang kidal menggunakan grip telapak tangan atau palm grip, dan juga boleh dikawal menggunakan hujung jari serta claw grip buat mereka yang mempunyai tangan bersaiz besar.

Kelebihan Corsair Dark Core RGB Pro:

  • Kependaman klik yang hebat
  • Maksimum 2000Hz polling rate
  • Sangat selesa digunakan melalui grip telapak tangan
  • Slot untuk USB receiver

Kekurangan Corsair Dark Core RGB Pro:

  • Sensor selalu tidak berfungsi pada CPI yang ditetapkan
  • Tetikus yang berat

Spesifikasi Corsair Dark Core RGB Pro:

Berat: 132.1 g
CPI: 18,000
Sambungan: Wireless
Ketahanan Bateri: 50 jam

SteelSeries Aerox 9

SteelSeries Aerox 9
Steelseries Aerox 9 Wireless ialah sebuah tetikus gaming ringan untuk MMO/MOBA. Bentuk tetikus gaming ini menyerupai potongan bentuk berlian untuk mengurangkan berat keseluruhannya. Ia turut dilengkapi dengan butang CPI khas di belakang scroll wheel dan mempunyai 12 butang pada panel sisi di sebelah kiri. Mempunyai sensor yang sama, identik serta bentuk yang mesra untuk anda yang kidal sama seperti versi-versi yang sebelumnya. Tetikus gaming ini boleh disambung melalui USB receiver atau Bluetooth dan dicas menggunakan kabel yang tersedia.

Kelebihan SteelSeries Aerox 9:

  • Direka dengan sempurna
  • Kependaman klik yang hebat
  • Semua butang boleh diprogramkan melalui software
  • Sambungan tanpa wayar melalui USB receiver atau Bluetooth

Kekurangan SteelSeries Aerox 9:

  • Bentuk kurang sesuai untuk anda yang bertangan kecil
  • Saiz besar, kurang sesuai untuk disimpan dalam bekas atau beg laptop

Spesifikasi SteelSeries Aerox 9:

Berat: 89 g
CPI: 18,000
Sambungan: USB receiver dan Bluetooth
Ketahanan Bateri: 180 jam

Razer Viper V2 Pro

Razer Viper V2 Pro
Razer Viper V2 Pro ialah sebuah tetikus gaming tanpa wayar dibawakan khas oleh Razer dalam siri Viper yang sangat terkenal. Ia mengekalkan bentuk simetri seperti bentuk sebelumnya tetapi mempunyai penambahbaikan yang maksimum. Razer telah mengurangkan berat tetikus gaming ini dengan menyingkirkan beberapa ciri-ciri dari model-model sebelumnya seperti grip sisi, lampu RGB dan pengawalan ambidextrous. Selain perubahan berat, tetikus gaming ini juga mempunyai sensor Razer Focus Pro 30K yang baru dan turut dilengkapi dengan suis optik. Dari segi prestasi batteri dan wireless, ia juga telah ditambahbaik oleh Razer.

Kelebihan Razer Viper V2 Pro:

  • Sangat ringan
  • Kependaman klik yang hebat
  • Bentuk simetri yang selesa
  • Pergerakan lancar pada permukaan mouse pad atau meja

Kekurangan Razer Viper V2 Pro:

  • Kurang petak penyimpanan untuk wireless receiver
  • Saiz besar, kurang sesuai untuk disimpan dalam bekas atau beg laptop
  • Kurang butang di panel sisi kanan

Spesifikasi Razer Viper V2 Pro:

Berat: 58 g
CPI: 30,000
Sambungan: USB receiver dan wireless
Ketahanan Bateri: 80 jam

ROCCAT Burst Pro Air

ROCCAT Burst Pro Air
ROCCAT Burst Pro Air adalah sebuah model tetikus gaming tanpa wayar pertama yang diperkenalkan dalam siri tetikus gaming jenama ROCCAT Burst. Ia mempunyai bentuk simetri yang sangat identik dengan jenama ini seperti model-model sebelumnya. Tetapi, terdapat juga penambahan dan perubahan baru seperti kemasukan empat zon RGB selain daripada satu seperti sebelum ini. Setiap satu zon RGB ini boleh diubahsuai melalui software yang disediakan. Tetikus gaming ini disambungkan tanpa wayar melalui USB receiver dan Bluetooth. Untuk pengecasan, kabel USB C juga turut diberikan.

Kelebihan ROCCAT Burst Pro Air:

  • Reka bentuk yang dibuat sempurna serta selesa digunakan
  • Sangat ringan

Kekurangan ROCCAT Burst Pro Air:

  • Kependaman klik yang kurang responsif

Spesifikasi ROCCAT Burst Pro Air:

Berat: 68 g
CPI: 20,000
Sambungan: USB receiver dan bluetooth
Ketahanan Bateri: 100 jam

Buat anda yang kaki gamers atau pun baru sahaja hendak bermula, semestinya mempunyai tetikus gaming adalah salah satu wishlist yang perlu anda capai. Ini kerana tetikus gaming yang mempunyai tahap responsif yang baik sangat membantu dalam permainan video anda. Kualiti tetikus gaming yang teruk pastinya akan menjejaskan prestasi serta kualiti permainan anda.

Selain itu, tetikus gaming mempunyai ciri-ciri yang sememangnya dikhaskan buat para gamers dengan kadar CPI yang tinggi, sensor yang lebih responsif serta panel butang tambahan tidak seperti tetikus-tetikus biasa. Apa yang lebih menarik adalah bentuknya yang ergonomik pasti tidak akan menimbulkan rasa-rasa lenguh atau sakit pada bahagian tangan anda lebih-lebih lagi anda menggunakannya dalam masa yang lama.

Jika anda serius mahu menjadi seorang pemain sukan elektronik yang profesional, sudah tiba masanya untuk anda melabur lebih untuk mencapai cita-cita tersebut. Biarpun harga tetikus gaming agak mahal berbanding dengan tetikus biasa, pastinya ia didatangkan dengan kualiti yang terbaik dan tahan lama untuk kegunaan kerap.



Related posts