Jom Usha 5 But Bola Sepak Terbaik Di Malaysia 2022

Permainan dan hobi


Peminat bola sepak sila hadir! Ha, sambil-sambil layan game, sarung sekali but atau kasut bola sepak, barulah feel dia sampai. Tak gitu? Khas untuk anda yang sedang mencari kasut bola terbaik di pasaran boleh teruskan pembacaan.

Antara faktor utama perlu difikirkan ketika mencari but bola sepak terbaik adalah, keselesaan, fleksibel, bahan yang digunakan, kadar cengkaman, perlindungan serta saiz serta bentuknya. Ini kerana tidak semua orang mempunyai bentuk kaki yang sama dan penting untuk anda mencari but yang selesa dan sesuai agar boleh bermain bola tanpa rasa sakit. FIFA World Cup 2022 di Qatar pun dah tak lama dah, jom usha but bola pilihan.

PUMA Ultra 1.3

But ini sangat ringan, sangat laju, sangat berkuasa dan telah dicipta dengan reka bentuk dan pembinaan yang canggih.  Bahagian atas ULTRAcut memberikan sokongan berbilang lapisan yang mengagumkan. Ultra-fast Peba SpeedUnit membantu anda untuk membuat pecutan lebih pantas dan tekstur unik menerusi Grip Control Pro dikatakan mampu memberikan anda kawalan serta keyakinan pada bola.

Kelebihan

  • GripControl Pro: Salutan PUMA untuk cengkaman semasa menyerang
  • MATRYXEVO: Teknologi ringan dibina dengan benang Karbon reaktif untuk sokongan semasa gerakan ke hadapan pantas
  • Tapak luar PUMA diselitkan dengan DNA spike berjalan untuk pecutan pantas
  • Design menarik

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk yang berkaki kembang

Spesifikasi

Nama Brand PUMA – ULTRA 1.3 FG
Berat 159g
Harga RM 589

Mizuno Morelia Neo III MIJ

Model Made In Japan ini menawarkan keselesaan terbaik daripada mana-mana but di pasaran, dalam pelbagai warna dan jenis permukaan termasuk SG, FG dan juga dalaman. Ianya dikatakan tahan lasak, begitu selesa dan ringan ketika beraksi.  Mizuno Morelia Neo III MIJ mempunyai semua ciri premium yang anda inginkan termasuk design istimewa tumit luaran, kulit Kangaroo berkualiti tinggi, dan direka bentuk untuk memastikan kesesuaian premium untuk kasut yang benar-benar sesuai dengan label ‘Made in Japan’. Kasut ini juga mempunyai ketahanan 24 jam beraksi.

Kelebihan

  • Diperbuat daripada kulit Kangaroo berkualiti tinggi
  • Memberikan rasa mewah dan deria sentuhan terbaik
  • Tapak luar memberikan cengkaman pijakan
  • Design menarik dengan pelbagai warna

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk yang berkaki kembang
  • Harga mahal

Spesifikasi

Nama Brand Mizuno Morelia Neo III MIJ
Berat 190g
Harga RM 750- RM 800

New Balance Furon V6 Pro

Kasut bola ini menggunakan kemajuan algoritma terkini pada rekaannya. Teknologi Fit Weave mampu memberikan pengguna ketahanan, regangan tepat di tempat yang diperlukan. Bahagian atas but bola sepak New Balance Furon V6+ Pro sangat lembut dan fleksibel. Kaki juga berasa terletak padat dan selesa dipakai.

Kelebihan

  • Selesa dipakai walau baru pertama kali penggunaan
  • Sangat ringan
  • Tapak luar memberikan cengkaman pijakan
  • Design menarik dengan pelbagai warna

Kekurangan

  • Terdapat review mengatakan kaki mudah melecet
  • Harga mahal

Spesifikasi

Nama Brand New Balance Furon V6 Pro
Berat 176g
Harga RM 600- RM 700

Adidas Predator Pulse

Kasut bola ini disukai ramai terutama peminat bola sepak kerana elemen reka bentuk dan gayanya yang popular. Ianya juga dipakai oleh beberapa barisan pemain hebat terkenal seperti David Beckham. Rekaan terkininya tampil dengan tahap prestasi baru dengan cengkaman hebat pada padang tanah yang kukuh. Adidas Predator Pulse didatangkan dengan tapak luar yang mencengkam yang direka khusus untuk permukaan dalaman rata. Sementara itu, kusyen lantunan di bahagian belakang but memberikan keselesaan dan fleksibiliti yang tiada tandingan.

Kelebihan

  • Diperbuat daripada kulit Kangaroo berkualiti tinggi
  • Tapak luar memberikan cengkaman pijakan
  • Sesuai untuk padang basah atau kering
  • Memberi keseimbangan yang baik
  • Fleksibel

Kekurangan

  • Sedikit berat

Spesifikasi

Nama Brand Adidas Predator Pulse
Berat 221g
Harga RM 900 – RM 1000

Nike Tiempo Legend 9 Elite

Bahagian atas kulit kanggaru premium yang disokong oleh pod buih lembut membolehkan anda meletakkan sepakkan anda dengan tepat. Ia juga menyediakan keseimbangan yang sangat baik sama ada anda berlari, menggelecek atau membelok untuk mencari hantaran yang sempurna. Nike Tiempo Legend 9 Elite  jauh lebih ringan, lebih tangkas dan lebih cantik daripada sebelumnya.

Kelebihan

  • Digunakan pemain hebat seperti Pique, Van Dijk, Henderson
  • Diperbuat daripada kulit Kangaroo berkualiti tinggi
  • Terasa ringan
  • Tapak luar memberikan cengkaman pijakan
  • Memberi keseimbangan yang baik
  • Sesuai untuk pemain berkaki lebar

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Nama Brand Nike Tiempo Legend 9 Elite
Berat 207g
Harga RM 979

Jika kasut itu digunakan oleh pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Eden Hazard, Jan Oblak, bukanlah bermakna anda juga akan menjadi hebat sepertinya. Hakikatnya skill setiap pemain itu juga yang menentukan prestasi dan kehebatan pada setiap permainan. Apa yang penting pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki sendiri. Jika anda tertarik dengan kasut Adidas dipakai Beckham, tidak semestinya ia sesuai untuk anda.

Terdapat kasut yang direka untuk mereka yang berkaki lebar dan sebaliknya. Kenali jenis kaki anda sebelum membeli kasut bola sepak yang sesuai okay?



Related posts