5 Model Kenderaan Terkini & Baharu Bakal Muncul Penghujung 2022 Di Malaysia. Buat Tempahan Segera!

Kereta dan motosikal


Penduduk di Malaysia ketika ini dikatakan sudah mula membeli kenderaan baharu dan terkini bersandarkan kepada jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang berterusan selepas merekodkan prestasi memberangsangkan. Peralihan lancar ke fasa endemik serta pembukaan semula sempadan antarabangsa, banyak sektor menunjukkan tanda pertumbuhan dalam aktiviti perniagaan, walaupun belum mencapai tahap sebelum pandemik. Begitu juga dengan sektor automotif negara, dek kerana itu pelbagai model kenderaan terkini dan baharu bakal muncul penghujung 2022 ini.

Langkah ini sememangnya positif kerana ia akan membantu industri automotif memenuhi tempahan yang tertunggak. Pada masa yang sama ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan kompetitif, mendorong minat belian pelanggan melalui tempahan lebih awal. Antara 5 model kenderaan terkini dan baharu bakal muncul penghujung tahun 2022 ini di Malaysia seperti berikut.

Perodua Alza 1.5L AV

Perodua Alza Serba Baharu baru sahaja dilancarkan, sedia menerima tempahan dan bakal menemui pengguna pada penghujung tahun 2022. Ditawarkan menerusi tiga varian iaitu 1.5L X, 1.5L H dan 1.5L AV merupakan spesifikasi paling tinggi memiliki ruang dalamannya cukup selesa dan luas malah unjuran kaki untuk penumpang belakang juga amat memuaskan.

Perodua Alza 1.5L AV dikuasakan enjin 1,496cc, 4 silinder, DOHC, EFI, dwi VVTi yang mampu menjana 104.6 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm menerusi kotak gear D-CVT. Capaian penggunaan bahan api juga menunjukkan kenderaan ini menjimatkan. Kini barisan tempat duduk kedua mempunyai corong penyaman udara di bahagian bumbung penumpang, ia cukup menyamankan.

Bagi menambah keselesaan, kerusinya juga boleh dilaras ke hadapan dan belakang. Perodua Alza 1.5L AV dilengkapi sistem keselamatan terbaik Bantuan Pemanduan Pintar Perodua menerusi sistem Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 3.0 seperti Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Kawalan Nyahoperasi Pedal, Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

Kelebihan Perodua Alza 1.5L AV

  • Mempunyai sistem infotainmen bersaiz sembilan inci
  • Ruangan kabin dengan tujuh tempat duduk
  • Penyediaan lampu utama, belakang serta lampu nyalaan siang (DRL) LED.
  • Dilengkapi 6 beg keselamatan
  • Tampil premium dengan kerusi kulit dan fabrik dwi-ton

Kekurangan Perodua Alza 1.5L AV

  • Tempoh menunggu tempahan agak lama

Spesifikasi Perodua Alza 1.5L AV

Pasaran https://www.perodua.com.my/our-models/new-alza.html
https://www.facebook.com/Perodua/videos/796962821643924/
Enjin 1,496cc
Warna Kelabu Vintage, Hitam Elegan, Merah Garnet, Perak Glittering dan Putih Ivory
Harga RM75,500.00

Toyota Veloz 1.5

Model crossover premium serba baharu dengan tujuh tempat duduk, Toyota Veloz bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ini adalah model pengganti Toyota Avanza ditawarkan dengan varian 1.5 serba baharu yang mempunyai spesifikasi tertinggi dan boleh ditempah di semua bilik pameran sah Toyota.

Toyota Veloz 1.5 dilengkapi dengan ciri tersendiri iaitu ruang dalaman yang lebih besar bersaiz kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk keselesaan keluarga. Toyota Veloz 1.5 menampilkan reka bentuk dinamik yang menyerlah dan progresif, sesuai untuk generasi hari ini dan akan datang. Prestasi pemanduan Toyota Veloz 1.5 lebih unggul berbanding Avanza sebelumnya dengan platform dan suspensi pacuan roda hadapan (FWD) baharu.

Model serba baharu ini menggunakan enjin 1.5L yang sangat cekap (2NR-VE) dengan anjakan berurutan CVT 7-kelajuan yang menyediakan transmisi kuasa cekap untuk pecutan lancar dan berkuasa, sambil memastikan kecekapan bahan api yang sangat baik.

Kelebihan Toyota Veloz 1.5

  • Rupa dan kualiti dalaman kelas premium
  • Baris ke-3 dengan ruang kaki yang baik
  • Memiliki lebih port pengecasan
  • Ruang  penumpang sangat luas iaitu sebesar MPV segmen-C
  • Susunan tempat duduk yang fleksibel

Kekurangan Toyota Veloz 1.5

  • Ruang kargo terhad

Spesifikasi Toyota Veloz 1.5

Pasaran https://toyota.com.my/vehicles/mpv/all-new-veloz-OT
https://www.facebook.com/ToyotaMalaysia/
Enjin 1,500cc
Warna Silver Metallic with Black Roof, Blue Metallic with Black Roof, White, Metallic Bluish Black, dan Red Metallic.
Harga bermula RM95,000.00

Honda HR-V (e:HEV RS)

Honda HR-V Serba Baharu, varian paling unik e:HEV RS sudah mula menerima tempahan sejak dilancarkan pada Jun 2022 dan menerima sambutan luar biasa. Bakal meluncur laju di jalan raya sekitar hujung tahun ini, Honda HR-V (e:HEV RS) menerima pembaharuan menyeluruh terutama aspek estetik.

Bahagian depannya didominasi oleh Rekaan Baharu Sporty Gril Hadapan, sementara rekaan belakangnya dihiasi Jalur Lampu LED. Honda HR-V (e:HEV RS) menawarkan pengalaman pemanduan berprestasi apabila pilihan enjin 1.5L VTEC Turbo menawarkan teknologi serta enjin pengecas turbo. Ia mampu menghasilkan kuasa 181PS dan 240 Nm tork bagi pemanduan lebih responsif dan mengujakan. Ia juga hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

Model Honda HR-V (e:HEV RS) ini 39mm lebih panjang dan rendah 15mm daripada generasi terdahulu serta rekaan luaran yang tampil lebih elegan gaya fastback. Lampu utama dan gril ciri baharu serta untuk varian RS termasuk dengan lampu membelok Sequential dan lampu belakang melintang yang menyerlahkan model terbaharu ini. Didatangkan dengan enjin teknologi e:HEV yang dijana dengan Pemanduan Multi-Mode Pintar (i-MMD) bagi prestasi enjin lebih responsif untuk SUV kompak ini.

Kelebihan Honda HR-V (e:HEV RS)

  • Rekaan lebih sporty tampil lebih elegan gaya fastback
  • Memiliki 3 mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.
  • Ciri keselamatan utama dan Honda Sensing menjadi antara yang termaju
  • 5 pilihan warna menarik

Kekurangan Honda HR-V (e:HEV RS)

  • Tidak miliki tempat duduk boleh laras kuasa

Spesifikasi Honda HR-V (e:HEV RS)

Pasaran https://www.honda.com.my/model/hrv?gclid=CjwKCAjwg5uZBhATEiwAhhRLHoY4t2ks_kguOXVkW6EADa_JyDa5wDbqa0dn3dTzwyb9Nc9ady494BoCPe4QAvD_BwE

https://www.facebook.com/hondamalaysia

Enjin 1,500cc
Warna Ignite Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Ruse Black Metallic
Harga bermula RM140,800.00

Renault Zoe R135

Renault Zoe R135 kenderaan elektrik sepenuhnya (EV), ditawarkan dengan ciri penambahan kuasa dan jarak berbanding model terdahulu serta pengalaman pemanduan lebih lancar juga responsif. Renault Zoe R135 dengan kuasa maksimum 100kW dan tork 245Nm dijana dengan bateri 52kWh Z.E. 50 baharu.

Bateri ini mampu menjangkau perjalanan sehingga 395km berbanding generasi sebelumnya. Ia peningkatan 25 peratus (standard WLTP) tanpa penambahan dimensi. Renault Zoe R135 menawarkan pengecasan pantas (arus terus -DC) dengan penambahan ‘plug’ combo CCS2 ke dalam pilihan pengecasan Type 2 arus ulang-alik (AC) sedia ada.

Menerusi pengecas DC selama 30 minit, ia mampu menjangkau jarak sehingga 145km dan untuk AC Type 2, daripada sifar ke 100 peratus, dalam tempoh tiga jam (22kW) dan 9 jam 30 minit (7.4kW). Renault Zoe R135 memiliki kluster meter bersaiz 10 inci TFT boleh laras antara muka, mod-B satu pedal, rim aloi bersaiz 16 inci, lampu utama LED dan lampu membelok dinamik. Sistem infotainmen bersaiz tujuh inci dengan Easy Link dan keterhubungan Android Auto dan Apple CarPlay serta enam pembesar suara.

Kelebihan Renault Zoe R135

  • Sistem infotainmen bersaiz tujuh inci dengan Easy Link
  • Bateri menjangkau perjalanan sehingga 395km
  • Tawar pengecasan pantas (arus terus -DC)
  • Kluster meter bersaiz 10 inci TFT boleh laras antara muka

Kekurangan Renault Zoe R135

  • Lampu kabus undur dan belakang sangat rendah

Spesifikasi Renault Zoe R135

Pasaran https://www.renault.com.my/model/ZOE#Exterior
https://www.facebook.com/RenaultMalaysia/
Enjin Elektrik Enjin
Warna Cyan, Silver, Gold
Harga RM175,000.

Mercedes Benz EQC 400 4MATIC

Ke arah kenderaan ciri pintar serta mesra alam, pelbagai jenis kenderaan elektrik (EV) ditawarkan ke pasaran tempatan. Mercedes Benz juga tidak kecuali, siri EQC 400 4MATIC adalah model saloon mewah generasi pertama kenderaan elektrik premium untuk jenama kenderaan ini.

Enjinnya mampu menjana 408 kuasa kuda (hp) dan tork 760Nm dengan keupayaan jarak perjalanan 373 hingga 437km menerusi satu pengecasan penuh. Baterinya dengan tenaga 80.0 kWH boleh dicas menggunakan pengecas AC. Ia mengambil masa tujuh jam 30 minit untuk mencapai tahap 10 hingga 100 peratus.

Bagi pengecas DC, ia mengambil masa sekitar 40 minit untuk mencapai tahap 10 hingga 80 peratus. Mercedes Benz EQC 400 4MATIC turut mempertingkatkan ciri keselamatan dan teknologi kecerdasan buatan. Ini menjadikan generasi baharu dalam varian EQ sudah lengkap dengan pengenalan segmen sedan yang direka khas berdasar seni bina modular. Menariknya, Mercedes Benz EQC 400 4MATIC direka bentuk dengan gaya sporty dan aerodinamik pastinya memenuhi gaya hidup pelanggan masa kini.

Kelebihan produk

  • Jarak pemanduan sejauh 373 hingga 437km
  • Kemampuan memecut 5.1 saat dengan kelajuan tertinggi 180km
  • Dikuasakan 408 kuasa kuda dengan kadar tork 760Nm
  • Ciri keselamatan dan teknologi kecerdasan buatan dipertingkatkan

Kekurangan produk

  • Harga tinggi dipasaran

Spesifikasi produk

Pasaran www.mercedes-benz.com.my
www.facebook.com/MercedesBenzMalaysia.
Enjin Elektrik Enjin
Warna High Tech Silver, Graphite Grey dan Polar White.
Harga bermula RM 390,000.00

Untuk awal tahun 2022 ini, mungkin ramai pembeli kenderaan meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa menunggu lama mencecah enam bulan untuk mendapatkan model kenderaan idaman masing-masing. Malah, isu tempoh menunggu lama bagi mendapatkan kereta yang ditempah bukan hanya membabitkan pengeluar tempatan, tetapi juga jenama kenderaan antarabangsa.

Masalah kekurangan bekalan cip mikro yang melanda industri automotif global sejak tahun lalu masih berterusan sehingga tahun ini menyebabkan pembeli kenderaan baharu terpaksa berhadapan tempoh menunggu lama sebelum menerima kenderaan yang ditempah mereka. Tidak kurang juga yang membatalkan pembelian kenderaan kerana terlalu lama menunggu.

Walau bagaimanapun, isu itu dikatakan semakin reda dan akan berakhir tidak lama lagi. Kepada individu yang sudah ‘merajuk’ mengenai isu ini, jom datang ke showroom model kenderaan kegemaran untuk buat tempahan semula kenderaan terkini yang akan muncul hujung tahun ini.

Bagi mereka yang menempah kenderaan serba baharu pada atau sebelum 30 Jun 2022 dan menerima kenderaan mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati harga yang lebih rendah kerana mereka layak untuk inisiatif pengecualian cukai jualan. Kerajaan Malaysia, telah mengumumkan bahawa semua kenderaan yang ditempah pada atau sebelum 30 Jun masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan pada atau sebelum 31 Mac 2023.



Related posts