Legit dan Selamat! Ini 5 Laman Web Dipercayai Untuk Jual, Beli & Pemeriksaan Kenderaan Terpakai

Legit dan Selamat! Ini 5 Laman Web Dipercayai Untuk Jual, Beli & Pemeriksaan Kenderaan Terpakai
Kereta dan motosikal


Laman web jual beli kereta secara talian semakin popular di seluruh Malaysia pada hari ini. Dengan kemajuan teknologi yang pesat, proses jual beli kereta melalui laman web semakin mudah dan dipercayai. Pelanggan boleh memilih kereta yang diinginkan dan membuat pemeriksaan secara teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kereta tersebut melalui laman web tersebut.

Bagi mereka yang ingin membeli kereta secara talian, adalah penting untuk memilih laman web yang dipercayai dan selamat. Ini akan mengelakkan daripada terjebak dengan kereta yang tidak berpuas hati dan menjamin bahawa proses jual beli berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Oleh itu, pastikan laman web yang dipilih mempunyai sistem pemeriksaan dan pengesahan yang terbaik untuk memastikan bahawa kereta yang dijual memenuhi standard yang ditetapkan. Dengan menggunakan laman web yang dipercayai, pelanggan dapat membeli kereta dengan lebih yakin dan selamat.

Bagi yang mahir mengenai selok belok kenderaan, urusan jual beli kereta mungkin tiada masalah. Namun, jika anda kurang pengetahuan, pasti ada saja yang tidak kena. Lebih membimbangkan, banyak kes pembeli terpaksa menanggung kerugian besar kerana kenderaan yang diterima tidak sama seperti dijanjikan. Walaupun membeli kereta secara dalam talian mungkin seperti tidak wajar dan berisiko namun kaedah ini sebenarnya benar-benar selamat dan sangat mudah jika dilakukan menerusi platform yang betul. Disahkan dan selamat, ini antara 5 laman web yang boleh dipercayai untuk urusan jual, beli dan pemeriksaan kenderaan terpakai atas talian untuk 2022.

MyTukar

MyTukar
MyTukar merupakan platform perdagangan jual beli kenderaan terpakai digital yang paling pesat berkembang di Malaysia. MyTukar platform pilihan pelanggan kerana mewujudkan pengalaman jual beli yang lancar, pantas dan diperakui. Sejak penubuhannya pada 2018, myTukar telah berkembang pesat dengan memiliki lebih daripada 2,200 pengedar berdaftar dan 17 pusat pemeriksaan.

Selain menyediakan ruang pembelian kereta yang menyatupadukan segala aspek penting dalam satu proses yang mudah, khidmat MyTukar bermula daripada jualan sehingga ke perkhidmatan insurans dan pembiayaan kewangan.
MyTukar sentiasa menaik taraf infrastruktur luar talian serta sistem pengurusan inventori dan logistik berpusat, menjadikan proses pembelian kereta semudah membeli barangan harian secara online bagi pelanggan.
Terkini, MyTukar bekerjasama dengan Pembiayaan Rantaian Pembekalan dan P2P, CapBay untuk menjayakan program MyTukar Dynamic Dealership, iaitu pembiayaan satu klik bersepadu untuk kereta terpakai. MyTukar bakal melancarkan Program Pas ASEAN yang akan meningkatkan penyertaan wakil jualan kereta terpakai secara lebih meluas.

Menerusi platform digital dan infrastruktur luar talian myTukar, wakil jualan kereta terpakai tempatan akan dapat menjual kenderaan mereka di luar negara, begitu juga sebaliknya.

Kelebihan MyTukar

  • Proses mudah dan pantas
  • Platform sentiasa dikemaskini
  • Memiliki lebih 2,200 pengedar berdaftar dan 17 pusat pemeriksaan
  • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai syarikat besar
  • Platform sah diperakui

Spesifikasi MyTukar

Alamat Unit 3B-10-01, Level 10, Tower 3B, UOA Business Park, No 1 Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor
Hubungi 018-2271999
FB https://www.facebook.com/myTukar/
Info https://mytukar.com/

Carsome

Carsome
Carsome platform e-dagang kenderaan yang mengamalkan ketelusan dengan memaparkan harga sebenar tanpa caj tersembunyi bagi memastikan pelanggan mengetahui dengan tepat apa yang mereka perolehi. Platform Carsome menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pengguna dan penjual kenderaan terpakai dengan menjanjikan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap.

Pembeli mempunyai banyak pilihan kereta mengikut bajet dan paling penting boleh mengakses informasi lengkap sesebuah kenderaan sebelum membuat keputusan. Antaranya senarai ketidaksempurnaan, laporan pembaikan semula, harga serta melihat kereta dari dalam dan luaran menerusi pandangan 360 darjah secara dalam talian.

Selain itu, Carsome turut memberi jaminan satu tahun kepada pelanggan untuk ketenangan fikiran jangka panjang. Carsome juga menawarkan jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari yang mana jika pembeli merasakan kereta yang dipandu milik tidak sesuai, mereka boleh mengembalikan kenderaan dalam tempoh lima hari dengan bayaran balik sepenuhnya tanpa sebarang pertanyaan. Carsome turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kenderaan ke rumah supaya pelanggan dapat membeli dengan selesa dari kediaman mereka.

Kelebihan Carsome

  • Mudah, menjimatkan masa
  • Memaparkan harga sebenar tanpa caj tersembunyi
  • Banyak pilihan kenderaan mengikut bajet
  • Diberikan akses untuk menyemak butir kenderaan
  • Jaminan 1 tahun

Spesifikasi Carsome

Alamat CARSOME HQ, Level 9, KYM Tower, No 8, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi 1-800-82-3388
FB https://www.facebook.com/Carsome.my/
Info https://www.carsome.my/

ezAuto.my

ezAuto.my
Berbeza daripada platform jualan kenderaan sedia ada, ezAuto.my menyediakan platform jual beli kenderaan terpakai dengan cara pembidaan secara langsung. Ia lebih menjimatkan kos, pantas, selamat dan telus bagi pembeli dan juga penjual kenderaan terpakai.

Rangkaian platform ezAuto.my memiliki lebih 4,000 pengedar kereta terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak. Setiap pembeli yang menggunakan platform ezAuto.my boleh membuat tawaran tertinggi menerusi sesi bida secara langsung selepas kereta menjalani pemeriksaan rapi. ezAuto.my kemudiannya akan menawarkan harga untuk membeli kereta selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak, dokumen yang diperlukan dan bayaran akan disempurnakan dalam masa 24 jam.

Bagaimanapun, jika pemilik kereta memilih untuk menyertai sesi pembidaan langsung, satu harga rizab akan dibincang dan dipersetujui antara ezAuto.my dan pemilik kereta sebelum pembidaan. Sebelum sesi pembidaan, ezAuto.my akan mengadakan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang dihantar sebelum ia dijual.
Pemeriksaan ini akan menentukan nilai kenderaan berdasarkan sebarang pengubahsuaian yang dilakukan atau pun ada rekod penyelenggaraan yang buruk. Matlamat ezAuto.my untuk menginspirasikan tahap kepercayaan yang lebih tinggi daripada dan mencipta pengalaman yang dipercayai secara menyeluruh apabila membabitkan pembelian kereta terpakai.

Kelebihan ezAuto.my

  • Berkonsep pembidaan
  • Harga akan dipersetujui oleh pembeli dan penjual
  • Kenderaan akan menjalani pemeriksaan sebelum bidaan
  • Urusan mudah dan cepat sepantas 24 jam

Spesifikasi ezAuto.my

Alamat No. 15, Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
Hubungi 03 5888 9073
FB https://www.facebook.com/ezAuto.my
Info https://ezauto.my/

Mudah.my

Mudah.my
Mudah.my menjadi platform jual beli kenderaan terpakai pilihan nombor satu rakyat Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan kepada pembeli bermula daripada peringkat awal pembelian sehingga jaminan selepas jualan. Dengan Mudah.my, pembeli tidak perlu bimbang mengenai keadaan kenderaan kerana pemeriksaan lengkap dan jaminan perlindungan kenderaan disediakan.

Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records juga membuktikan komitmen Mudah.my mewujudkan proses jual beli kereta terpakai dalam talian yang mudah dan telus. Mudah.my dan platform bidaan kenderaan dalam talian, MUV menjalin kerjasama bagi menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai yang siap diperiksa serta lengkap dengan jaminan. Program dikenali sebagai Mudah Vehicle Inspection & Protection (mVIP) bertujuan memberi jaminan dan ketenangan minda kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai. Ia merangkumi tiga aspek utama iaitu pengesahan pendaftaran kenderaan dan perincian pemilikan.

Mengesahkan keadaan sebenar kenderaan melalui proses pemeriksaan 180 komponen secara komprehensif. Akhir sekali menawarkan peluang kepada pembeli untuk mendapatkan jaminan lanjutan bagi melindungi mereka daripada kos pembaikan pada masa akan datang.

Kelebihan Mudah.my

  • Jaminan berterusan
  • Mudah dan telus
  • Lebih jimat dan tiada kos tersembunyi
  • Mendapat mengiktirafan Malaysian Book of Records

Spesifikasi Mudah.my

Alamat HQ Mudah MY, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur
Hubungi 03-2712 3225
FB https://www.facebook.com/mudah.my/
Info www.mudah.my

Flea Market Harimau

Flea Market Harimau
Urusan jual beli kenderaan terpakai boleh dilakukan melalui atas talian seperti yang ditawarkan oleh platform Flea Market Harimau berperanan mempercepatkan peluang kenderaan lama dijual. Pembelian dan penjualan kenderaan di Flea Market Harimau juga sangat mudah, menjimatkan masa serta meyakinkan sesuai dengan situasi semasa.

Bagi setiap pelanggan kenderaan terpakai yang dijual atau dibeli melalui Flea Market Harimau, mereka mempunyai pilihan samada untuk memberi atau memiliki jaminan pembelian dan menuntutnya di Tiger Shoji Service Centre iaitu pusat perkhidmatan kereta premium jepun pertama yang ditubuhkan sejak 2012 di Malaysia.

Pelanggan Flea Market Harimau pasti berpuas hati kerana setiap proses pembelian kenderaan juga diuruskan sepenuhnya secara dalam talian bermula dari pemeriksaan kereta, pemindahan pemilikan sehinggalah pembiayaan. Menerusi Flea Market Harimau pengguna mempunyai banyak pilihan kenderaan terpakai mengikut bajet dan keperluan tanpa perlu menunggu kerana semua kenderaan sudah tersedia.
Semua kenderaan yang disahkan Flea Market Harimau juga melalui pemeriksaan dan bebas dari sebarang kerosakan besar membabitkan kebakaran, banjir dan kemalangan.

Kelebihan Flea Market Harimau

  • Mudah dan menjimatkan masa
  • Kenderaan bebas dari sebarang kerosakan besar
  • Melalui pemeriksaan rapi team Tiger Shoji Service Centre
  • Banyak pilihan kenderaan terpakai mengikut bajet dan kegunaan

Spesifikasi Flea Market Harimau

Alamat 20, Jalan Juruhebah U1/50, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
Hubungi 03-5567 0130
FB https://www.facebook.com/tigershoji.auto/
Info https://tigershoji.com/harimau

Industri kereta terpakai dikatakan mula mencatatkan peningkatan jualan pada 2021 selepas kebanyakkan ekonomi mula beroperasi semula selepas pandemik. Ini juga disebabkan faktor kekurangan cip semikonduktor yang berterusan lalu menyukarkan pengeluaran kereta baru.

Disebabkan perlu menunggu dalam tempoh yang sangat lama, ramai pembeli kenderaan bertukar arah mencari kenderaan terpakai dan bersedia menjual kenderaan sedia ada. Hari ini juga ramai rakyat Malaysia menggunakan kaedah pembelian dan penjualan kenderaan terpakai di dalam talian dan bukannya membeli daripada pengedar kereta terpakai.

Hakikatnya, sama ada di dalam talian atau luar talian, orang ramai tidak terkecuali daripada tawaran berunsur penipuan atau pembelian yang meragukan. Sebelum membuat keputusan membeli kenderaan terpakai, pembeli disarankan membuat tinjauan dan semakan harga jualan semasa di pasaran kedai kenderaan terpakai.

Pembeli juga digalakkan menghadirkan diri secara fizikal ke alamat syarikat jualan kereta terpakai untuk meninjau dan melihat kenderaan berkenaan selain berbincang dengan pemilik syarikat atau ejen penjual yang sah.
Jika boleh sentiasa menyimpan sebarang rekod perbualan dan transaksi pembayaran wang sebagai bukti dan memastikan urusan perjanjian jual beli melalui kaedah diperakui supaya tidak menjadi mangsa penipuan.



Related posts