5 Bib Bayi Multifungsi Baget Bawah RM50, Comel Dan Harga Berpatutan Di Malaysia

5 Bib Bayi Multifungsi Baget Bawah RM50, Comel Dan Harga Berpatutan Di Malaysia
Ibu dan anak


Setiap bayi mempunyai peringkat umur tertentu untuk terus ‘membesar’ memasuki pelbagai fasa yang kadangkala merisaukan kita sebagai seorang ibu dan bapa. Ada ketika, kadangkala proses membesar mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui seperti muntah susu dan gatal gusi. Hal ini akan menyebabkan kulit bayi rengsa, beruam dan pakaian menjadi cepat kotor dek kerana muntah atau air liur yang terkena.

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Ketika berusia enam bulan dan ke atas pula, menjadi lumrah bayi mula mempunyai kemahuan menyuap makanan sendiri sehingga menyebabkan satu rumah comot angkara si kecil. Tambahan lagi jika keadaan ini berlaku ketika ibu bapa membawa anak mereka keluar. Kesemua keadaan ini bakal mengundang si ibu dan bapa bertukar menjadi ‘hijau’ atau naik angin.

Sabar! Dalam fasa ini ibu bapa sepatutnya memberi rangsangan dan bantuan kepada si kecil supaya dia meneruskan fasa untuk membesar ini jika tidak memudarat kesihatan. Bagi mengelakkan bayi anda terus comot ketika muntah, gatal gusi atau semasa makan, pemakaian bib atau tuala makan pada lehernya adalah idea paling disarankan. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan agar si manja berada dalam keadaan terurus dan paling penting selesa. Ingin mencari bib bayi untuk kegunaan harian dengan harga berpatutan di Malaysia? Ini 5 jenama bib bayi multifungsi dan comel untuk dimiliki tahun 2022.

Kuku Duckbill Reversible Bandana Bibs

Kuku Duckbill Reversible Bandana Bibs
Kuku Duckbill jenama barangan bayi yang popular berasal daripada negara China mengeluarkan bib istimewanya tersendiri iaitu Reversible Bandana Bibs. Setiap pek Reversible Bandana Bibs mengandungi 2 helai bib dengan corak berbeza ke dua-dua belah sesuai untuk bayi lelaki dan perempuan. Ia juga boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan mengikut kesesuaian pakaian si manja anda.

Diperbuat daripada seratus peratus kain kapas, Reversible Bandana Bibs sangat selesa, ringan, serasi dengan kulit sensitif dan mudah menyerap cecair serta kotoran. Saiznya yang memanjang di bahagian hadapan sudah cukup untuk memelihara pakaian bayi daripada terkena kotoran. Reversible Bandana Bibs mempunyai dua butang sesuai mengikut ukuran keselesaan leher bayi pelbagai umur. Reversible Bandana Bibs juga mudah dibasuh dengan menggunakan tangan sahaja.

Kelebihan Kuku Duckbill Reversible Bandana Bibs

  • Design terkini dan menarik
  • Boleh menggunakan kedua-dua belah bib
  • Ringan dan tidak panas
  • Sesuai untuk kegunaan bayi berkulit sensitif

Kekurangan Kuku Duckbill Reversible Bandana Bibs

  • Tidak boleh dicuci menggunakan kaedah dry cleaning

Spesifikasi Kuku Duckbill Reversible Bandana Bibs

Material: 100% cotton
Saiz: 38x20cm / 35x20cm
Umur: 3 hingga 24 bulan
Harga: RM33.90

Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton

Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton
Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton adalah jenama yang laris dipasaran dek harganya yang sangat berpatutan. Ada 39 jenis design dan corak yang pelbagai, Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton kelihatan sangat comel khas untuk bayi berumur 3 hingga 12 bulan sahaja. Saiz bibnya agak kecil berbanding bib jenama lain di pasaran, namun fungsinya sudah cukup bagus dan berupaya menyerap cecair daripada air liur bayi atau makanan yang tertumpah terkena pakaian.

Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton sememangnya menggunakan kain kapas asli yang selesa untuk kulit bayi, mengelakkan kulit sekeliling leher kerengsaan. Direka tanpa sebarang bahan toksin atau bahan kimia berbahaya, Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton mudah dicuci dengan sekali bilasan.

Kelebihan Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton

  • Harga murah dan berpatutan
  • Material bebas toksin
  • Menggunakan 100% kain kapas asli
  • Penyerapan cecair yang baik

Kekurangan Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton

  • Tidak sesuai untuk bayi berbadan besar

Spesifikasi Wobbies Baby Bibs Toddler 100% Cotton

Material: 100% cotton
Saiz: 40cm x 29cm
Umur: 3 hingga 12 bulan
Harga: RM1.10

Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib

Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib
Untuk ibu bapa yang ingin bawa bayi kesayangan bersiar-siar di luar atau melancong ke destinasi menarik, Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib adalah bib dicadangkan untuk kalian. Setiap set Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib mempunyai 20 helai bib dalam 2 corak berbeza dan cukup untuk kegunaan sehingga 2 minggu lamanya.

Setiap helai bib ini sangat ringan, hanya mempunyai berat sekitar 6.5gram dan cukup selesa untuk dipakaikan kepada bayi bermula usia 6 bulan ke atas. Walaupun kelihatan agak nipis, namun Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib mempunyai kuasa kalis cecair yang baik tanpa sebarang kotoran berjaya menembusi pakaian si manja. Istimewanya Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib berbanding jenama bib disposable lain, ia boleh diguna semula. Ya! boleh diguna semula dengan cara membersihkan permukaan yang kotor dengan tisu hygiene yang sesuai.

Kelebihan Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib

  • Kalis air melindungi pakaian daripada kotoran
  • Ringan dan mudah dibawa
  • 2 reka bentuk dalam setiap pek
  • Pembungkusan beg simpanan zip

Kekurangan Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib

  • Tidak sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah ruam dan kerengsaan di leher

Spesifikasi Happikiddo K-Mom Disposable Baby Bib

Material: Kalis Air
Saiz: 25cm x 35cm
Umur: bermula 6 bulan ke atas
Harga: RM27.00

FIFFY Baby Bib Peva

FIFFY Baby Bib Peva
FIFFY jenama yang dikenali ramai ibu bapa di Malaysia, mengeluarkan siri bibnya sendiri iaitu FIFFY Baby Bib Peva. FIFFY Baby Bib Peva dihasilkan daripada 100% bahan PEVA yang merupakan alternatif yang lebih sihat untuk PVC. Mempunyai design lutsinar bertujuan memudahkan FIFFY Baby Bib Peva dibersihkan dengan lebih mudah. FIFFY Baby Bib Peva memiliki tiga corak dan reka bentuk yang comel khas untuk bayi lelaki dan perempuan.

Memiliki pelekat mudah lekat dan tanggal, FIFFY Baby Bib Peva membantu memberikan bayi lebih keselesaan dengan ukuran di leher boleh laras. FIFFY Baby Bib Peva tidak mengganggu bahagian leher dan bayi akan setiasa berasa selesa. FIFFY, menjamin material bib ini juga tidak terlalu kasar hingga menggesel kulit bayi yang lembut. Selain itu pakaian bayi tidak akan basah dengan air liur dan kekal kering sepanjang hari bersama FIFFY Baby Bib Peva.

Kelebihan FIFFY Baby Bib Peva

  • Menggunakan 100% bahan PEVA
  • Corak yang comel
  • Bahagian leher bayi selesa
  • Harga berpatutan dan berbaloi

Kekurangan FIFFY Baby Bib Peva

  • Design tertentu sukar ditemui. Stok terhad

Spesifikasi FIFFY Baby Bib Peva

Material: 100% PEVA
Saiz: N/A
Umur: 3 bulan sehingga 24 bulan
Harga: RM14.90

Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib

Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib
Bib silikon merupakan pilihan terbaik untuk bayi yang sudah beralih ke fasa penerimaan makanan. Kebanyakkan ibu bapa memilih bib jenis ini kerana mudah dibasuh dan dikendalikan terutama ketika menjamu hidangan jenis bersup atau berminyak. Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib adalah jenama yang menjadi perhatian kerana kualiti silikonnya yang diperbuat daripada silikon gred makanan dan tergolong dalam produk mesra bayi.

Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib tidak bertoksik dan tidak berbau, dan ibu bapa boleh menggunakannya dengan yakin sekali! Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib mempunyai reka bentuk band silikon yang unik, ringan dengan bentuk bib di bahagian bawah untuk menangkap makanan yang dijatuhkan dan menjaga pakaian kekal bersih.

Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib dijamin tahan lama, memiliki FDA dan LFGB yang diuji oleh SGS. Ia mudah dibasuh, dibersihkan dan boleh diguna semula, hanya lap ringan untuk menjamin tahap kebersihannya. Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib juga selamat dimasukkan ke dalam periuk untuk dididihkan bersama pembasmian kuman.

Kelebihan Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib

  • Kalis air dan kalis minyak
  • Boleh digulung untuk diletakkan dalam beg
  • Mempunyai 4 warna iaitu hijau, biru, jingga, pink
  • Tahan lama dan mudah dibersihkan

Kekurangan Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib

  • Mudah rosak jika terkena matahari secara langsung

Spesifikasi Boboduck Baby Adjustable Waterproof Silicone Bib

Material: 100% Silikon Gred Makanan
Saiz: 23 x 29 cm
Umur: 4 bulan ke atas
Harga: RM24.50

Kenapa bayi perlukan bib? Si manja pada usia sebegini gemar bereksperimen dengan benda di sekeliling mereka. Menggunakan bib dapat mengelakkan masalah ruam dan pakaian menjadi kotor dek melekat dengan kesan makanan, muntah atau air liur yang susah untuk dibasuh atau hilangkan. Ada beberapa jenis bib multifungsi mengikut keperluan bayi antaranya ‘Bib Untuk Makan atau Menyusu’ dan ‘Drool Bib’ iaitu bib untuk menghapuskan air liur yang membasahkan pakaian. Sebelum membeli bib untuk bayi anda dipasaran, pastikan setiap bib mempunyai material yang bersesuaian dengan kulit bayi. Paling penting bib tersebut mestilah selesa dan ringan ketika dipakaikan kepada bayi anda.

Kajian mendapati, semakin bersepah tempat makan bayi, atau kerap bermain dengan air liurnya semakin banyak yang dipelajari. Oleh itu, usahlah ibu bapa gusar melihat si kecil makan bersepah atau berada dalam keadaan tidak terurus. Ini kerana, penyelidik mendapati bahawa si manja yang sudah biasa diberikan ruang sendiri lebih cepat belajar dalam jangka panjang. Bagi mengelakkan bayi anda berada dalam keadaan kotor, sediakan beberapa helai bib bersih untuk penggunaan setiap hari sehingga mereka sedikit berdikari dan belajar tidak membuat kotor.



Related posts