‘Syurga’ Si Kecil! Ini 5 Kedai Mainan Best Di Lembah Klang Khas Untuk Anak Anda

‘Syurga’ Si Kecil! Ini 5 Kedai Mainan Best Di Lembah Klang Khas Untuk Anak Anda
Ibu dan anak


Mainan dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Jarang sekali ada kanak-kanak yang tidak berminat dengan permainan, menerima hadiah hari lahir berupa permainan atau ke kedai mainan. Apa jua yang bersangkut paut dengan mainan adalah kesukaan utama kanak-kanak dari umur beberapa bulan hingga menginjak umur belasan tahun. Buktinya, kebanyakan ibu sentiasa merungut kerana kepenatan menyimpan barang mainan anak-anak mereka yang bersepah di seluruh sudut rumah dan kadangkala ‘bergunung’ banyaknya. Namun begitu ibu bapa masih bermurah hati membeli dan menambah koleksi mainan untuk anak tersayang di rumah.

Memang sukar untuk mengawal keinginan kanak-kanak yang sentiasa menginginkan koleksi permainan yang pelbagai. Mereka sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan terlalu berminat mengumpul pelbagai koleksi permainan dengan fungsinya tersendiri mengikut usia kanak-kanak. Jangan tidak tahu, ada ramai kanak-kanak yang tidak sabar menunggu hari kelahiran kerana ketika itu terdapat banyak hadiah berupa permainan bakal dimiliki. Ingin membeli permainan baru atau menghadiahkan anak anda dengan permainan baru sempena hari jadi mereka? Ini 5 lokasi kedai mainan di Lembah Klang yang merupakan ‘syurga’ dunia kepada mereka.

Toys”R”Us, KLCC

Toys"R"Us, KLCC
Toys”R”Us merupakan premis mainan kanak-kanak yang sudah lama bertapak di Malaysia dan sinonim dengan rakyat negara ini. Di sekitar Lembah Klang terdapat lebih kurang 16 cawangan Toys”R”Us untuk dikunjungi. Di Toys”R”Us ada pelbagai pilihan permainan untuk semua peringkat umur daripada bayi sehingga kanak-kanak yang lebih besar. Antara jenama permainan popular menjadi pilihan ibu bapa serta kegilaan si kecil adalah seperti Hot Wheels, anak patung Barbie dan senjata Nerf.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk ke rak permainan outdoor yang menawarkan produk seperti basikal, skuter, kasut roda, bola dan kolam renang. Toys”R”Us juga menawarkan pelbagai permainan interaktif dan berkemahiran untuk bayi mengembangkan motor saraf mereka. Toys”R”Us juga menyediakan kemudahan membalut hadiah, pilih sahaja kertas pembalut idaman, staf yang bertugas akan membungkus hadiah pelanggan sekreatif mungkin. Untuk mendapatkan harga yang lebih jimat atau diskaun menarik, jangan lupa untuk menjadi sebahagian daripada ahli kelab Toys”R”Us.

Kelebihan produk

  • Ada banyak cawangan di Malaysia
  • Pelbagai pilihan mainan untuk semua peringkat umur kanak-kanak
  • Ada khidmat bungkus dan balut hadiah
  • Dengan kad ahli, ada harga diskaun diberikan

Kekurangan produk

  • Reka bentuk dalaman premis tidak pernah berubah

Spesifikasi produk

Lokasi KLCC, Second Level LC 203, Ramlee Mall, Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Hubungi https://www.toysrus.com.my
https://www.facebook.com/toysrusmy/
Buka Setiap hari Isnin hingga Ahad
Waktu Operasi 10 pagi hingga 8 malam

Janie & Joe, Bangsar Village I

Janie & Joe, Bangsar Village I
Terletak di Bangsar Village I, kedai mainan Janie & Joe boleh dianggap permata tersembunyi sebenar kanak-kanak. Tidak seperti kedai mainan lain, fokus premis Janie & Joe adalah menjual alat permainan yang menyeronokkan, berinteraktif, berpendidikan dan pakar dalam mainan untuk kanak-kanak keperluan pendidikan khas. Selangkah masuk ke Janie & Joe pengunjung akan disajikan dengan pelbagai jenis alat permainan yang berwarna-warni dan comel antaranya rumah anak patung bersaiz besar. Bahkan bahagian luaran kedai yang bercorakkan kereta api, patung teddy bear, bola dan kapal terbang sudah memadai untuk menarik minat si kecil untuk berlari masuk ke sini.

Di Janie & Joe, pengusahanya percaya kanak-kanak memerlukan mainan yang membantu mereka mengembangkan bahasa, kemahiran sosial, fizikal dan penyelesaian masalah. Oleh itu, disini anda akan menemui banyak permainan seperti set teka-teki, blok bangunan, kit seni dan kraf, bermain khemah, rumah anak patung, permainan, kit sihir, dan tunggangan. Semua mainan di berkualiti tinggi dan diimport dari serata negara. Minta nasihat di kaunter perkhidmatan pelanggan jika anda memerlukan bantuan memilih hadiah untuk si kecil tersayang.

Kelebihan produk

  • Menjual mainan menyeronokkan, berinteraktif, dan berpendidikan
  • Dekorasi premis yang menarik dan kreatif
  • Produk import dan berkualiti
  • Pakar dalam mainan untuk kanak-kanak keperluan pendidikan khas

Kekurangan produk

  • Harga produk ditawarkan agak tinggi dan mahal
  • Ada satu cawangan sahaja

Spesifikasi produk

Lokasi F23, 1st floor, Bangsar Village I, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur
Hubungi https://www.janieandjoe.com
https://www.facebook.com/janieandjoetoys/
Buka Setiap hari Isnin hingga Ahad
Waktu Operasi 10 pagi hingga 9 malam

Toy World, MyTown

Toy World, MyTown
Kedai mainan jenama Toy World juga tidak asing di Malaysia menawarkan pelbagai jenis mainan yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak anda. Alat permainan merupakan sebahagian besar daripada hidup anak anda, dan di Toy World menyediakan mainan terbaik yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Misi Toy World adalah untuk menyediakan permainan yang dapat memberikan keseronokan untuk kanak-kanak di samping menawarkan pembelajaran dalam bentuk alat permainan.

Ada sejumlah 13 cawangan Toy World di Lembah Klang yang boleh dikunjungi dengan tawaran permainan pada harga yang berpatutan untuk semua peringkat umur kanak-kanak. Toy World mendapat lesen daripada jenama terkenal di dunia seperti Disney untuk menjual mainan eksklusif yang boleh memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak di Malaysia. Selain itu di Toy World juga ada menjual pelbagai jenis mainan dari Marvel agar anak-anak anda dapat bermain dengan adiwira kegemaran mereka!

Kelebihan produk

  • Ada banyak cawangan di Malaysia
  • Pelbagai pilihan mainan untuk semua peringkat umur kanak-kanak
  • Harga berpatutan
  • Menjual mainan eksklusif

Kekurangan produk

  • Dekorasi premis sangat ringkas

Spesifikasi produk

Lokasi MyTown L2-047 & L2-048, Mytown Shopping Mall, No. 6, Jalan Cochrane, Cheras, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur.
Hubungi https://toyworld.com.my
https://www.facebook.com/toyworldonline/
Buka Setiap hari Isnin hingga Ahad
Waktu Operasi 10 pagi hingga 10 malam

MR. TOY, Central I-City

MR. TOY, Central I-City
MR. TOY merupakan jenama di bawah produk peruncit perkakasan rumah terunggul di Malaysia iaitu MR. D.I.Y. MR. TOY adalah jenama bisnes kedua daripada tiga jenama dalam MR. D.I.Y dan memiliki hampir 20 cawangan di Lembah Klang. MR. TOY dilancarkan pada tahun 2019 bagi memenuhi permintaan untuk barangan mainan mampu milik dan lebih nilai pada wang anda. Bahagian luaran dan dalaman kedai mainan MR. TOY memiliki dekorasi yang menarik berwarna biru muda, bercorakkan kereta api, dinosaur dan kapal terbang pasti menarik minat si kecil dan juga golongan dewasa. Di MR. TOY ada pelbagai pilihan permainan untuk semua peringkat umur daripada bayi sehingga kanak-kanak yang lebih besar. Walaupun jenama permainan dijual di MR. TOY tidak dikenali dan kurang ekslusif, namun semua permainannya berkualiti tinggi.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Dekorasi menarik
  • Ada banyak cawangan di Lembah Klang
  • Produk berkualiti

Kekurangan produk

  • Tiada jenama mainan popular

Spesifikasi produk

Lokasi Lot L4-13 & 14, Level 4, Central I-City, No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Hubungi https://www.mrtoy.com.my
https://www.facebook.com/mrtoyMY/
Buka Setiap hari Isnin hingga Ahad
Waktu Operasi 10 pagi hingga 10 malam

Hamleys, 1 Utama Shopping Centre

Hamleys, 1 Utama Shopping Centre
Majoriti kanak-kanak pasti memilih alat permainan jika diberi peluang. Kedai mainan terkemuka kanak-kanak Hamleys bukan sahaja untuk menggembirakan anak anda, malah menjadi alat pendidikan yang penting semasa kanak-kanak belajar dan mengembangkan kemahiran mereka melalui bermain. Hamleys berasal dari London dan sudah bertapak lebih 250 tahun membawa kegembiraan dan pengalaman yang ajaib kepada kanak-kanak di semua peringkat umur.
Premis mainan Hamleys yang terletak di 1 Utama Shopping Centre membawa rangkaian mainan yang mengagumkan daripada jenama gergasi, tetapi juga mempunyai rangkaian mainan sendiri seperti boneka haiwan dan mainan alat kawalan jauh. Di pintu masuk Hamleys dengan reka bentuk kedai yang berwarna-warni, pengunjung akan disambut oleh patung beruang Hamley dan Hattie yang comel. Semua produk permainan di sini berfungsi dan diuji di makmal untuk memastikan kualiti mainan Hamleys mematuhi Arahan Keselamatan Mainan.

Kelebihan produk

  • Reka bentuk kedai yang berwarna-warni
  • Mainan berjenama eksklusif dan popular
  • Mempunyai rangkaian mainan sendiri
  • Kualiti mainan Hamleys mematuhi Arahan Keselamatan Mainan.

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Hanya ada 1 cawangan di Malaysia

Spesifikasi produk

Lokasi 1 Utama Shopping Centre, Lot F319, 1st Floor Highstreet, New Wing, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi https://www.facebook.com/hamleysmalaysia/
Buka Setiap hari Isnin hingga Ahad
Waktu Operasi 10 pagi hingga 10 malam

Membeli permainan atau pemberian hadiah kepada anak-anak kecil dapat menggembirakan hati mereka. Bagaimanapun setiap yang kita berikan kepada anak perlulah ada tujuannya, walaupun matlamat utamanya adalah untuk melihat anak gembira. Tidak semua jenis permainan yang diminta oleh anak anda perlu dimiliki. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya lebih selektif dalam pemilihan permainan untuk anak anda. Jadi, ikut kemampuan sendiri dan pilihlah sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh anak ketika berada di kedai permainan. Pokok pangkalnya, kasih sayang dan masa anda adalah yang paling berharga dan mengatasi segala apa pun di dunia ini!

Ada setengah-setengah jenis permainan yang dibeli tidak bermanfaat untuk perkembangan minda kanak-kanak. Akhirnya yang penat tentulah si ibu yang terpaksa mengemas permainan yang setiap hari disepahkan oleh anak-anak. Jika ini berlaku, seharusnya anda berfikir sejenak di hadapan rak permainan kedai sebelum membuat keputusan permainan paling sesuai untuk anda miliki atau dihadiahkan kepada mereka.



Related posts