Tidur Si Comel Pasti Lebih Lena Dengan 5 Pilihan Tilam Bayi Terbaik Ini

Tidur Si Comel Pasti Lebih Lena Dengan 5 Pilihan Tilam Bayi Terbaik Ini
Ibu dan anak


Pemilihan tilam yang betul penting untuk kesihatan bayi anda. Ramai ibu bapa tersalah memilih tilam yang akhirnya membuatkan bayi merasa tidak selesa untuk tidur dan lantas membuatkan bayi meragam.

Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu jenis fabrik yang digunakan pada tilam, saiz, keselesaan serta ketebalan tilam yang terbaik untuk bayi anda.Tilam yang terlalu nipis atau keras memberi risiko kecederaan pada kepala bayi jika mereka berguling atau menyiarap. Namun jika terlalu tebal akan menyukarkan mereka untuk bergerak dan mungkin bayi akan lewat belajar meniarap.

Apa yang penting adalah keselesaan pada tilam tersebut. Dengan pemilihan fabrik yang betul, saiz yang betul, bayi anda pasti akan berasa gembira. Elakkan tidur bersama bayi tau! Bukan apa, banyak kes bayi meninggal dunia dilaporkan hanya kerana si ibu atau bapa terhimpit bayi tanpa sedar ketika tidur yang akhirnya menyebabkan bayi sukar bernafas.
Khas untuk anda yang sedang menunggu kelahiran si comel, jom lihat beberapa pilihan tilam bayi terbaik ini.

Ikea SKÖNAST

Ikea SKÖNAST
Barangan Ikea sememangnya terkenal di serata dunia. Dalam kepelbagaian produk kelengkapan rumahnya, Ikea juga menjual tilam khas untuk bayi, dan kesemua tilam bayinya mematuhi piawaian keselamatan yang ketat agar anda dan juga bayi anda dapat tidur lena setiap malam. Menariknya, sarung tilam bayi ini yang boleh ditanggalkan dan dibasuh di dalam mesin basuh direka bentuk untuk memberikan pengalihan udara yang baik di samping mempunyai zip yang selamat untuk kanak-kanak.

Kelebihan

  • Bebas daripada bahan api kimia
  • Sarung tilam boleh ditanggalkan dan dibasuh
  • Zip yang selamat untuk bayi
  • Mempunyai pengalihan udara yang baik

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal
  • Tidak sesuai untuk mesin pengering

Spesifikasi

Jenis fabrik Poliester 64 %, 36% kapas
Saiz tilam 60x120x8 cm
Berat 3.08 kg
Harga RM 300- 500

Red Castle Cocoonababy

Red Castle Cocoonababy
Sekilas pandang tilam ni memang boleh nampak betapa selesanya ia. Rasanya jika ada dijual saiz dewasa, tidak mustahil ramai yang akan membelinya. Tilam ini direka unik berbentuk kepompong untuk si comel dan ia adalah ilham dari saintis Perancis serta pakar perubatan dalam neonatologi. Bentuk tilam ini direka sebegini agar bayi merasakan seperti di dalam rahim dan ia sangatlah sesuai untuk bayi yang dilahirkan pramatang. Tilam ini juga dikatakan mampu membantu dalam mengatasi masalah kolik pada bayi, dan sindrom kepala rata serta banyak lagi.

Kelebihan

  • Direka oleh pakar perubatan neonatologi
  • Bayi merasa seakan di dalam Rahim
  • Sesuai untuk bayi pramatang dan normal
  • Membantu bayi mendapatkan tidur berkualiti
  • Membantu kurangkan kolik pada bayi dan sindrom kepala rata

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Tidak sesuai digunakan jika bayi sudah mula meniarap

Spesifikasi

Jenis fabrik cotton, wadding, polyester
Saiz tilam 69x40x19cm
Berat 1 kg
Harga RM 749- 799

GETHA Baby Good Latex Mattress

GETHA Baby Good Latex Mattress
Uniknya tilam ini adalah ratusan lubang yang bertujuan untuk menjadikan sistem pengudaraan lebih baik secara semulajadi. Ia juga mempunyai unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar berterusan. Dengan cara ini, tiada lagi haba dan kelembapan daripada badan terperangkap pada tilam. Bayi pun akan tidur lebih baik dan selesa tanpa gangguan. Permukaan tilam ini kalis air memudahkan ibu bapa membersihkan jika terdapat kotoran yang tidak diingini.

Kelebihan

  • Hypoallergenic
  • Sesuai untuk pengidap alergi dan asma
  • Memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang
  • Tidak beracun

Kalis air

  • Sesuai untuk bayi hingga 3 tahun
  • Kekurangan
  • Warna putih dan tidak didatangkan dengan cadar

Spesifikasi

Jenis fabrik Premium French wool, susu getah asli
Saiz tilam 60x120x12cm / 70x130x12cm
Berat
Harga RM 600- 764

Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set

Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set
Khas untuk ibu bapa yang baru lepas bersalin ingin pulang ke kampung halaman berpantang dan sebagainya, set tilam daripada Comfy baby ini adalah pilihan yang tepat. Bukan hanya tilam, anda juga akan set bantal bayi. Ia didatangkan dengan alas serat buluh yang mudah untuk dicuci serta lapisan memory foam bertujuan mengurangkan tekanan pada badan dan dapat memberikan keselesaan kepada bayi untuk tidur lebih lama. Lubang mikronya juga direka bertujuan untuk menyerap penuh dan memberikan pengaliran udara yang baik agar tilam sentiasa terasa sejuk.

Kelebihan

  • Kalis air
  • Set travel
  • Menggunakan bahan semula jadi
  • Dirawat 100% probiotik semula jadi
  • Perlindungan alergi tungau debu
  • Menyokong postur dan peredaran darah

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk tidur seharian di rumah, lebih kepada travel kerana tilam tidak terlalu tebal

Spesifikasi

Jenis fabrik Memory foam, serat buluh asli
Saiz tilam 60x120x3cm
Berat
Harga RM 231- 245

Bumble Bee Latex Playpen Mattress

Bumble Bee Latex Playpen Mattress
Tilam ini sesuai digunakan sebagai alas untuk playpen bayi anda. Terdapat pelbagai saiz yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian lokasi. Produk Bumble Bee ini menggunakan getah berkualiti tinggi dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Ia juga direka sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Menariknya lagi, tilam ini direka untuk membantu mencegah sesak nafas dan mengurangkan risiko SIDS yang amat digeruni.

Kelebihan

  • Tidak alergenik
  • Anti-bakteria
  • Anti-kulat
  • Diperbuat daripada 100% lateks berkualiti tinggi
  • Mencegah sesak nafas
  • Mengurangkan risiko SIDS
  • Terdapat pelbagai saiz

Kekurangan

  • Tidak kalis air

Spesifikasi

Jenis fabrik Getah asli berkualiti tinggi, cotton
Saiz tilam pelbagai
Berat pelbagai
Harga RM 127- 634

Sesetengah tilam mungkin berharga mahal disebabkan bahan berkualiti serta manfaatnya kepada bayi anda. Ketahuilah, tidur berkualiti amat penting untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan emosi bayi. Jika bayi tidur dengan selesa, ibu bapa juga akan mendapat tidur yang cukup. Justeru, jangan pandang enteng dengan pemilihan tilam bayi okay?

Elakkan membeli tilam terpakai atau menggunakan tilam lama untuk bayi. Ini kerana kulit bayi sangat sensitif serta memerlukan penjagaan rapi. Segala bakteria atau kulat tidak mampu dilihat dengan mata kasar, pastinya boleh membahayakan bayi anda.



Related posts