Perhatian Yang Baru Nak Jadi Bapa! Ini 5 Pilihan ‘Baby Carrier’ Terbaik Untuk Bayi Dan Anak Kecil

Perhatian Yang Baru Nak Jadi Bapa! Ini 5 Pilihan ‘Baby Carrier’ Terbaik Untuk Bayi Dan Anak Kecil
Ibu dan anak


Yang baru menjadi bapa, selamat datang ke dunia keibubapaan! Yang dah lama jadi bapa tapi masih tak pernah guna baby carrier ni, anda masih belum terlambat. Perkara asas perlu anda tahu adalah, bayi memang suka berada dalam pelukan anda. Tapi kalau nak menggendong bayi anda sepanjang hari pastinya bukan satu tugas yang mudah.

Memegang bayi sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi melakukan kerja harian lain juga boleh dikatakan agak bahaya ya. Sebab itulah wujudnya baby carrier ni. Dengan pembawa bayi yang ergonomik, ia bukan sahaja selesa untuk anda dan anak kecil anda, anda juga membawa bayi anda tanpa tangan, membebaskan tangan anda untuk melakukan pelbagai tugas. Bayi pun selesa berada di dalam dakapan anda. Jom lihat 5 pilihan terbaik baby carrier yang ada di pasaran Malaysia.

Ergobaby Omni Dream Carrier

Ergobaby Omni Dream Carrier
Pembawa bayi serba lengkap Ergobaby kini lebih lembut berbanding sebelum ini! Diperbuat dengan Kapas SoftTouch™, fabrik berusnya dibuat untuk memastikan anda dan bayi anda selesa dan selesa dalam pengembaraan besar dan kecil. Baby Carrier Omni Dream dengan ciri premiumnya yang dipertingkatkan memberikan keselesaan & kemudahan terbaik dalam pengembaraan besar dan kecil.

Kelebihan Ergobaby Omni Dream Carrier:

  • Boleh laras daripada bayi baru lahir kepada kanak-kanak kecil
  • Setiap posisi bawa yang anda perlukan termasuk pilihan menghadap ke hadapan
  • Sokongan lumbar berlapis untuk keselesaan belakang tambahan
  • Poket sisi yang digabungkan dan kantung boleh tanggal yang besar untuk kemudahan semasa dalam perjalanan
  • Tudung privasi untuk perlindungan matahari dan penyusuan
  • Fabrik Diperakui Standard 100 Oeko-Tex
  • Ada pilihan warna

Kekurangan Ergobaby Omni Dream Carrier:

  • Harga mahal

Spesifikasi Ergobaby Omni Dream Carrier:

Peringkat umur: bayi 1 minggu – 48 bulan
Berat bayi: 0- 20 kg
Harga: RM 794

Infantino Flip Advanced Carrier

Infantino Flip Advanced Carrier
Ianya ringan dan kukuh, itulah antara kriteria penting yang perlu ada pada setiap baby carrier. Walaupun design serta warnanya agak biasa dan tidak kelihatan mewah, namun ianya sungguh mudah digunakan dan selesa untuk si kecil. Infantino Flip Advanced Carrier boleh digunakan dengan beberapa cara, iaitu menghadap ke dalam, menghadap ke luar dan dijadikan pek di belakang badan anda. Menariknya, baby carrier ini juga dilengkapi dengan poket untuk anda menyimpan barangan keperluan seperti snek atau lampin bayi.

Kelebihan Infantino Flip Advanced Carrier:

  • Harga mampu milik
  • Mudah dijaga
  • Praktikal dan selesa
  • Dengan poket terbina dalam
  • Tali pinggang yang menyokong memindahkan berat badan ke pinggul pemakai

Kekurangan Infantino Flip Advanced Carrier:

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi Infantino Flip Advanced Carrier:

Peringkat umur: bayi 1 minggu – 36 bulan
Berat bayi: 0- 14.5 kg
Harga: RM 299

BABYBJÖRN Baby Carrier One Air

BABYBJÖRN Baby Carrier One Air
Produk Eropah ini dijual pada harga mencecah satu ribu ringgit. Itu termasuk jaminan 2 tahun. Baby carrier yang sporty ini boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik dan akan bertahan untuk bayi anda sehingga mereka berumur 3 tahun atau kira-kira 15kg. Pengguna merasakan kualiti binaan yang berkualiti sepadan dengan harga dan reputasi jenama. Anda juga boleh menggendong bayi anda dalam 4 cara berbeza! Ramai juga mengatakan ianya selesa untuk bayi dan juga ibu atau bapa yang memakainya.

Kelebihan BABYBJÖRN Baby Carrier One Air:

  • Penyelenggaraan yang mudah dan boleh dibasuh mesin
  • Selesa dan diperbuat daripada bahan mudah bernafas
  • Dengan sokongan pinggang dan belakang, selesa dipakai dan mudah di belakang – sesuai dengan jenis badan yang berbeza
  • Kualiti tinggi
  • Ringan
  • Waranti panjang

Kekurangan BABYBJÖRN Baby Carrier One Air:

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi BABYBJÖRN Baby Carrier One Air:

Peringkat umur: baru lahir– 36 bulan
Berat bayi: 0- 15 kg
Harga: RM 1,199

Meinkind 2-In-1 Convertible Baby Carrier

Meinkind 2-In-1 Convertible Baby Carrier
Baby carrier dengan jenama Meinkind bagus untuk ayah dan ibu, dengan tali bahu boleh laras(25″-45″) yang sesuai untuk semua jenis badan yang berbeza, daripada kecil molek hingga ibu atau bapa yang bersaiz besar. Ia direka bentuk dengan bentuk C, padan dengan bentuk tulang belakang bayi, mengekalkan bentuk kaki bayi agar bayi selesa dan duduk dalam jangka masa yang lama dengan selamat. Dari depan menghadap ke luar dan menghadap ke dalam, untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak, ke pinggul, ke belakang, anda akan selesa, dan begitu juga dengan anak anda! Ia membolehkan bayi anda meneroka dunia semasa berada dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

Kelebihan Meinkind 2-In-1 Convertible Baby Carrier:

  • Terdapat tudung matahari untuk melindungi bayi anda juga!
  • Keselesaan maksimum ibu bapa dan bayi
  • Boleh dipelbagaikan cara guna
  • Sesuai untuk pemakai yang berbadan besar

Kekurangan Meinkind 2-In-1 Convertible Baby Carrier:

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi Meinkind 2-In-1 Convertible Baby Carrier:

Peringkat umur: baru lahir– 48 bulan
Berat bayi: 0- 15 kg
Harga: RM 399

Chicco Hip Seat Baby Carrier

Chicco Hip Seat Baby Carrier
Chicco Hip Seat Baby Carrier adalah produk berkualiti oleh jenama Itali dan terdapat dalam warna kelabu, kuning air atau navy. Ia sesuai untuk membawa bayi yang baru lahir sehinggalah ke umur 36 bulan. Anda boleh mempelbagaikan cara penggunaan mengikut keselesaan bayi sama ada menghadap ke dalam atau ke luar. Hip seat base yang ada pada produk ini juga membuatkan bayi lebih selesa untuk tempoh yang agak lama. Namun disebabkan material yang digunakan adalah polyester, bayi mungkin akan berasa hangat jika berada di kawasan terdedah cahaya matahari.

Kelebihan Chicco Hip Seat Baby Carrier:

  • Nampak cantik dan moden
  • Sangat serba boleh (bayi hingga kanak-kanak)
  • Selesa untuk bayi dan ibu bapa

Kekurangan Chicco Hip Seat Baby Carrier:

  • Material agak panas untuk bayi

Spesifikasi Chicco Hip Seat Baby Carrier:

Peringkat umur: baru lahir– 36 bulan
Berat bayi: 0- 15 kg
Harga: RM 599

Antara faktor penting dalam pemilihan baby carrier terbaik adalah, keselesaan dan aspek keselamatan bayi. Cara kedudukan terutama untuk bayi yang baru lahir sangat penting agar bayi tidak lemas atau merosakkan anggota badan bayi yang pastinya sangat sensitif.

Setiap produk ini berbeza harganya mengikut material dan fungsi tambahan yang ada. Carilah produk yang berkualiti tinggi, lebih kukuh agar ianya lebih tahan lama.



Related posts