5 Cadangan Tab Mandi Bayi Mengikut Bajet Anda. Ciri & Keselamatan Terjamin Buat Si Manja

5 Cadangan Tab Mandi Bayi Mengikut Bajet Anda. Ciri & Keselamatan Terjamin Buat Si Manja
Ibu dan anak


Waktu mandi adalah saat paling ajaib antara ibu bapa dan bayi mereka. Ketika ini adalah komunikasi paling menyenangkan buat bayi kerana mendapat sentuhan sepenuhnya daripada ibu bapa tersayang. Semasa memandikan bayi memberi kesempatan kepada ibu bapa untuk menyentuh serta memegang mereka. Walau bagaimanapun, pastikan momen ini berjalan dengan baik dan lancar. Keselamatan bayi adalah perkaran paling utama perlu peka ketika proses mandian berlangsung dan ibu bapa yang memandikan anak mereka juga harus berada dalam posisi yang selesa.

Sediakan perkakas mandian serta barang-barang yang diperlukan dengan lengkap sebelum memandikan bayi. Sekiranya segala-galanya diuruskan dengan baik, bayi akan dapat dimandikan dengan lebih sempurna dan seronok. Selain set mandian bayi, tab mandi bayi antara kelengkapan terpenting yang perlu disediakan untuk rutin harian ini. Hari ini di pasaran, terdapat pelbagai jenis tab mandi bayi mengikut saiz, bentuk, warna, fungsi dan ciri-ciri yang tersendiri mengikut keperluan ibu bapa. Sangat disyorkan jika pemilihan tab mandi bayi mempunyai ciri dan fungsi keselamatan yang terjamin untuk si manja. Antara lima tab mandi bayi mengikut bajet 2023 yang dicadangkan seperti berikut.

Richell Bath Inflatable Alpha

Richell Bath Inflatable Alpha
Richell Bath Inflatable Alpha tab mandi bayi buatan Jepun direka dengan teliti khas untuk bayi baru lahir sehingga ketinggian mencapai 60cm. Richell Bath Inflatable Alpha mempunyai permukaan PVC berkusyen sangat lembut sesuai untuk badan bayi yang masih belum kuat. Richell Bath Inflatable Alpha memiliki sudut untuk bayi bersandar dan mempunyai material seakan garisan anti lincir sebagai pencegahan untuk mengelak si manja tergelincir ketika mandi. Terdapat lubang khas untuk membuang air dan ianya membantu pengguna membersihkan tab mandi ini dengan cepat serta mudah. Dinding sekeliling yang tebal dan berisi udara pastinya menyenangkan tugas si ibu atau bapa kerana mampu menyokong lengan agar lebih selesa untuk memegang bayi ketika mandi. Hadir dengan warna hijau epal, Richell Bath Inflatable Alpha boleh dilipat ke saiz kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja. Tab mandi jenis ini sangat dicadangkan untuk ibu bapa yang gemar melancong atau kerap pulang ke kampung halaman. Richell Bath Inflatable Alpha membantu menjimatkan ruang dan ianya mudah untuk disimpan jika memiliki ruang terhad di kediaman atau kenderaan.

Kelebihan Richell Bath Inflatable Alpha:

  • Berkusyen lembut
  • Sesuai untuk travel
  • Mengekalkan kehangatan air lebih lama
  • Material kalis licin
  • Sudut sandaran yang sempurna memastikan bayi baring dengan selesa

Kekurangan Richell Bath Inflatable Alpha:

  • Tidak sesuai untuk suhu air 50 darjah ke atas

Spesifikasi Richell Bath Inflatable Alpha:

Saiz: 34L
Umur: NB hingga ketinggian bayi 60cm
Harga: RM150.00

Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub

Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub
Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub adalah tab mandi bayi jenis tiga peringkat yang popular di serata negara. Memiliki bentuk seakan ikan paus yang comel, Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub memiliki dua warna pilihan iaitu kelabu dan biru. Setelah mempunyai bayi, pasti anda sedar mereka sangat cepat membesar, oleh itu Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub adalah penyelesaian mudah untuk mandikan si kecil. Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir sehingga usia sekitar 12 bulan ke atas.
Ia mempunyai 3 tahap peringat penggunaan iaitu tahap 1 untuk kegunaan bayi baru lahir hingga 3 bulan, Tahap ke 2 untuk bayi berusia 3 bulan hingga 6 bulan dan akhir sekali tahap 3 khas untuk si manja berusia 6 bulan ke atas. Hadir dengan kain jaring yang selesa dan lembut, ia sangat sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir untuk baring dengan selesa ketika mandi. Jika bayi anda sudah boleh duduk sendiri, kain jaring ini boleh dibuka untuk memberi lebih keselesaan kepada si manja duduk tegak. Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub mempunya palam longkang atau saluran untuk keluarkan air dengan cepat. Ia pasti menjadikan kerja membersih menjadi lebih mudah. Cangkuk di bahagian atas membenarkan tab mandi ini digantung sekali gus mengeringkan bahagian mandi dengan sempurna.

Kelebihan Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub:

  • Tekstur dalaman tidak licin
  • Mempunyai reka bentuk ergonomik
  • Selesa untuk bayi baru lahir
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub:

  • Jaring mudah bercendawan jika tidak keringkan dengan baik

Spesifikasi Skip Hop Moby Smart Sling 3-Stage Tub:

Saiz: 70cm (L) x 48cm (W) x 29cm (H)
Umur: NB hingga 6Bulan++
Harga: RM239.00

Rotho Top Xtra Bath Tub

Rotho Top Xtra Bath Tub
Rotho Top Xtra Bath Tub, produk mandian bayi keluaran Jerman dengan pilihan warna klasik kelabu, putih dan biru. Rotho Top Xtra Bath Tub memiliki reka bentuk ergonomik, anatomi dan pelapik mandi yang kalis gelincir sesuai dengan tubuh bayi. Memiliki saiz dalaman yang luas, Rotho Top Xtra Bath Tub boleh memuatkan dua orang bayi serentak dan tahan beban sehingga berat 55kg. Setiap bahagian sisi kiri atau kanan mempunyai tempat duduk yang sama dan tidak berbeza sesuai untuk kegunaan bayi kembar atau ibu bapa yang memiliki lebih daripada seorang bayi. Palam khas direka untuk memudahkan kerja membersihkan tab mandi dengan pengeluaran air yang pantas. Permukaan Rotho Top Xtra Bath Tub juga mudah dibersihkan hanya perlu dibasuh menggunakan sabun lalu dikeringkan. Dihasilkan daripada Polipropilena yang berkualiti tinggi dan boleh dikitar semula, Rotho Top Xtra Bath Tub memberikan jangka hayat penggunaan yang panjang. Walaupun harga agak tinggi, namun ia masih berbaloi untuk dimiliki.

Kelebihan Rotho Top Xtra Bath Tub:

  • Boleh muat 2 bayi tahan hingga 55kg
  • Berkualiti dan ahan lama
  • Lulus ujian kimia melalui institusi ujian bebas
  • Memiliki 3 warna klasik yang menarik

Kekurangan Rotho Top Xtra Bath Tub:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Rotho Top Xtra Bath Tub:

Saiz: 1050 x 475 x 215 mm
Umur: NB hingga 12bulan++ (sehingga tinggi 101cm)
Harga: RM303.00

Mothercare Little and Loved Baby Bath

Mothercare Little and Loved Baby Bath
Mothercare jenama pilihan ibu bapa yang dipercayai diseluruh dunia mempunyai pelbagai jenis tab mandi bayi keluarannya. Mothercare Little and Loved Baby Bath adalah pilihan yang ideal jika kalian memiliki bayi berjantina perempuan kerana hadir dengan warna merah jambu dan corak di sisi yang comel. Selain Mothercare Little and Loved Baby Bath, ada beberapa lagi siri tab mandian Mothercare seperti Sleepy Safari, Spring Flower, dan You Me and Sea. Reka bentuk dan ciri-ciri adalah sama seperti Mothercare Little and Loved Baby Bath, yang membezakan produk ini adalah warna dan corak sisinya sahaja. Mothercare Little and Loved Baby Bath adalah tab mandi yang selesa dan selamat untuk memandikan bayi dengan sokongan belakang dan tepi berbentuk bulat. Seperti tab mandi lain, ia juga memiliki garisan anti lincir sebagai pencegahan untuk mengelak si manja tergelincir ketika mandi. Mothercare Little and Loved Baby Bath mempunyai palam saliran praktikal yang memudahkan tugas si ibu atau bapa mengosongkan air tempat mandi sekelip mata.

Kelebihan Mothercare Little and Loved Baby Bath:

  • Ruang yang selesa dan sesuai untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan ke atas
  • Memiliki sokongan belakang bayi
  • Palam saliran air yang praktikal
  • Anti lincir

Kekurangan Mothercare Little and Loved Baby Bath:

  • Jaring sokongan dijual berasingan

Spesifikasi Mothercare Little and Loved Baby Bath:

Saiz: Tidak dinyatakan
Umur: NB higga 12bulan++
Harga: RM108.00

Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub

Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub
Jenama tab mandi bayi Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub boleh dikatakan antara terlaris di negara kita ketika ini. Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub adalah tab mandi bayi berkualiti dan mesra poket. Selain hargaya yang berpatutan, ia datang dengan tiga pilihan warna untuk model jenama Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub ini iaitu pink putih, biru putih, dan hijau putih. Diperbuat daripada getah lembut TPR, Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub adalah bebas BPA serta selamat untuk si manja. Ia mempunyai reka bentuk yang serasi dan sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 5 tahun. Bahagian tepi Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub lebih tebal, memberi keselesaan, keselamatan dan ketahanan tambahan kepada bayi juga pengguna. Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub mudah dilipat dan di bawa ke mana-mana kerana menjimatkan ruang juga ringan.

Kelebihan Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub:

  • Harga berpatutan
  • Bebas BPA
  • Permukaan getah yang lembut
  • Menjimatkan ruang dan ringan.

Kekurangan Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub:

  • Mudah berlumut jika tidak dikeringkan dengan betul

Spesifikasi Marchever Foldable Bathtub Baby Bath Tub:

Saiz: 76cm x 46cm x 21cm
Umur: NB hingga 5 tahun
Harga: RM38.80

Sebaik sahaja tali pusat bayi sudah tertanggal dengan sendirinya, boleh mula memandikan si manja dengan merendamkan badannya dalam tab mandi pelbagai saiz dan jenis mengikut pilihan ibu bapa. Letakkan tikar anti licin pada lantai bilik air dan di dalam tab mandi agar kurang kesan licin jika terkena sabun. Isi tab mandian dengan air suam secukupnya.

Jika bayi sudah boleh duduk, isikan air hingga pada kedalaman pusatnya. Masukkan bayi ke dalam tab mandi secara perlahan-lahan dan pastikan sebelah tangan ibu atau bapa sentiasa ada bersama si manja. Selepas selesai mandi, Gunakan kain lap lembut untuk membersihkan muka, leher dan badan bayi. Bahagian alat kelamin dan bawah dilakukan selepas itu. Perlahan-lahan, angkat bayi keluar daripada tab mandian dan balut mereka dengan tuala kering lembut bagi memastikan mereka kekal hangat. Pastikan air mandian bayi dalam tab mandi dibuang. Cuci tab mandi bayi agar tidak terlekat sisa kotoran atau sisa sabun mandian. Keringkan tab mandi dan tempatkan di tempat yang tidak terdedah dengan kuman atau bakteria.

Perlu diingatkan, semasa memandikan bayi, ibu bapa sepatutnya bebas daripada gangguan dan berada dalam keadaan tenang dan yakin. Elakkan sebarang masalah seperti panggilan telefon dan sebagainya agar si bayi tidak ditinggalkan keseorangan di dalam tab mandi. Risiko untuk bayi lemas dalam tempoh beberapa saat adalah tinggi walaupun dalam air yang sangat cetek.



Related posts