K-Drama Alert: Filem dan Drama Sedang Berlangsung dan Akan Datang untuk Ditonton Pada Mei 2023

K-Drama Alert: Filem dan Drama Sedang Berlangsung dan Akan Datang untuk Ditonton Pada Mei 2023
Gaya hidup


Demam Korea ni takkan pernah surut! Sebab akan ada sahaja K-drama atau filem terbaru muncul dari masa ke masa menghiburkan kita semua. “An nyeong ha seyo!” Kami kembali lagi dengan senarai terbaru K-drama dan filem paling best untuk Mei tahun 2023 ini. Khas buat peminat K-drama dan filem Korea, jom lihat senarai ini.

Filem – Dream

Filem - Dream
Peminat Park Seo Joon dan IU sila hadir! Filem Dream ini adalah mengenai sekumpulan orang yang cuba bertanding di acara bola sepak antarabangsa tahunan dikenali Piala Dunia Gelandangan. Park Seo Joon memainkan watak Yoon Hong Dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib selepas terperangkap dalam insiden yang tidak dijangka. Dia menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk, namun akhirnya dia benar-benar menjaga dan mempercayai ahli pasukannya.

Satu lagi bintang ditunggu-tunggu, IU memainkan watak sebagai Lee So-min, seorang penerbit stesen penyiaran yang mahu menghasilkan dokumentari pasukan bola sepak. Dengar cerita filem ini berjaya menduduki tangga teratas box office selepas ditayangkan pada 26 April. Hebat bukan?

Spesifikasi Dream:

Genre: Komedi, drama, sukan
Jumlah episode: (filem)
Tayangan: 26 April
Pelakon: Park Seo-joon, IU, Jong-soo Kim, Chang-Seok Ko
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=hkB2hONVv2o

Drama – The Good Bad Mother

Drama - The Good Bad Mother
Biasanya drama berkaitan emak ni mesti sedih kan? Drama The Good Bad Mother ini dikatakan sebagai sebuah drama yang menyentuh hati mengisahkan tentang ibu dan anak yang berusaha mencari kebahagian mereka tersendiri. Drama ini dibintangi Ra-miran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin, dan telah menemui penonton pada 26 April ini di Netflix secara global.

Ra Mi-ran memainkan watak sebagai Young-soon, yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi seorang ibu yang ‘teruk’ untuk anaknya. Manakala Lee Do-hyun akan membawa watak Kang Ho, yang menjadi seorang pendakwa raya bagi memenuhi hasrat ibunya namun, hilang ingatan dan bertukar menjadi kanak-kanak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan. Buat yang masih belum ‘move-on’ dengan Lee Do-Hyun dalam drama The Glory, boleh lah mengubat rindu menatap wajahnya dalam drama ini pula. Drama ini masih ‘on-going’ di Netflix dan dijangka semua episod akan dikeluarkan menjelang Jun.

Spesifikasi The Good Bad Mother:

Genre: Komedi, kehidupan, drama, kekeluargaan
Jumlah episode: 14
Tayangan: 26 April
Pelakon: Lee Do-Hyun, Ahn Eun-jin, Ra Mi-ran, Yoo In-soo
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=wyk2FtMAXfY

Drama – Family: The Unbreakable Bond

Drama - Family: The Unbreakable Bond
Drama Family: The Unbreakable Bond ialah komedi thriller terbaru yang akan menghiburkan hari-hari anda. Ia mengenai Jang Hyuk yang membawa watak sebagai Kwon Do Hoon yang mempunyai dua kehidupan berbeza. Dia adalah seorang penembak tepat berkemahiran tinggi dan salah seorang ejen rahsia terbaik dalam Perkhidmatan Perisikan Negara.

Isterinya Kang Yoo Ra dimainkan oleh Jang Nara tidak mengetahui tentang kehidupan rahsia suaminya dan percaya dia seorang pekerja syarikat perdagangan tetap. Isterinya sering marah kerana suaminya kerap terlapas akan perkara-perkara penting dalam hal kekeluargaan mereka. Apa yang menarik adalah setiap karakter di dalam drama ini ada penceritaannya tersendiri menjadikan keseluruhan drama ini menarik untuk tontonan ramai. Episod drama ini masih ditayangkan dan dijangka tamat pada 23 Mei.

Spesifikasi Family: The Unbreakable Bond:

Genre: Komedi, aksi, thriller, drama
Jumlah episode: 12
Tayangan: 17 April
Pelakon: Jang Hyuk, Jang Na Ra, Chae Jung An, Kim Nam Hee
Trailer https://www.youtube.com/watch?v=_nVbLf7xWVc

Drama – Tale Of The Nine-Tailed 1938

Drama - Tale Of The Nine-Tailed 1938
“Tale of the Nine-Tailed,” yang disiarkan pada penghujung tahun 2020, mengisahkan gumiho jantan (musang berekor sembilan) Yi Yeon yang dibawakan oleh Lee Dong Wook dalam era moden. Walaupun Yi Yeon menemui pengakhiran yang menggembirakan dengan Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) dalam Musim 1, dia akan hanyut dalam kejadian yang tidak dijangka dan dipanggil ke tahun 1938. Musim baru akan menggambarkan perjuangan Yi Yeon yang terdesak untuk kembali ke hari ini di mana semua orang yang berharga baginya.

“Tale Of The Nine Tailed 1938” dijangka akan membawa aksi lebih dinamik dan karakter berwarna yang berlainan keseronokan daripada musim pertama. Dalam kesinambungan ini, ianya akan diterajui Lee Dong-wook, Kim Bum, Kim So-yeon dan Ryu Kyung-soo. “Tale Of The Nine Tailed 1938” yang diumumkan memulakan siaran pada 6 Mei.

Spesifikasi Tale Of The Nine-Tailed 1938:

Genre: Fantasi, sejarah, seram
Jumlah episode:
Tayangan: 6 Mei
Pelakon: Lee Dong-wook, Kim Bum, Kim So-yeon, Ryu Kyung-soo.
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=dFnD8zYGiBg

Drama – Black Knight

Drama - Black Knight
Kalau Kim Woo-bin yang berlakon, tak pernah tak best! Pasti ramai yang ternanti-nantikan lakonan beliau kan? Bakal ditayangkan di Netflix, ‘Black Knight’ adalah drama berdasarkan webtoon yang berlaku pada tahun 2017 di mana terdapat pencemaran udara yang teruk sehingga penduduk tidak dapat bertahan dan tidak boleh hidup tanpa alat sokongan pernafasan.

Siri ini mengisahkan kisah yang berlaku sebagai penghantar legenda 5-8 (Kim Woo Bin) bertemu dengan pelarian Sa Wol (Kang You Seok), yang mahu menjadi penghantar kerana mereka adalah satu-satunya harapan pelarian, dan perjuangan mereka menentang Kumpulan Cheonmyeong, sebuah organisasi yang bersemangat untuk memerintah dunia dengan kekejaman ganas mereka. Menariknya watak antagonis bukan calang-calang tau, ia dibawakan oleh Song Seung-heon yang memainkan watak Ryu Seok yang kejam.

Spesifikasi Black Knight:

Genre: Aksi, pengembaraan, Sci-Fi
Jumlah episode: 6
Tayangan: 12 Mei
Pelakon: Kim Woo-bin, Song Seung-heon, Kang You-seok, Esom
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=Z6UIKAcddes

Industri K-drama dan filem terus berkembang, dengan lebih daripada 60% daripada semua ahli Netflix menonton tajuk Korea tahun lepas. Sepanjang tahun 2023 ini, pastinya terdapat banyak lagi pilihan drama dan filem menarik akan dikeluarkan.

Dengan senarai terbaik ini, anda bolehlah plan waktu terbaik untuk menonton. Sama ada mahu menonton semasa ia disiarkan satu persatu atau nak binge-watch, selepas ditayangkan sepenuhnya, terpulang kepada anda. Yang pasti kita enjoy!



Related posts