10 Makanan Kucing Basah & Kering Terbaik Untuk Semua Peringkat Umur di Malaysia

10 Makanan Kucing Basah & Kering Terbaik Untuk Semua Peringkat Umur di Malaysia
Gaya hidup


Mempunyai kucing yang comel dan aktif adalah impian setiap pencinta kucing. Melihat kepada gelagat kucing-kucing ini pastinya menjadi satu terapi yang mampu melegakan stress dan menenangkan minda. Membela kucing boleh diibaratkan seperti menjaga seorang bayi. Anda perlu ada ilmu pengetahuan supaya kucing anda boleh membesar dengan sihat. Salah satu ilmu yang anda perlu tahu dalam penjagaan kucing adalah pemilihan makanannya.

Secara umumnya, makanan kucing terdiri daripada dua kategori iaitu jenis kering (dry food) atau basah (wet food). Kedua-dua ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Makanan kucing diklasifikasikan melalui kandungan airnya, dry food mempunyai kadar air di bawah 14% manakala wet food 60%. Wet food dimasak pada suhu tinggi menjadikan ianya lebih tahan lama berbanding dry food, tetapi ia akan mudah rosak apabila dibuka manakala dry food lebih tahan lama walaupun terdedah selama beberapa jam.

Selain itu, tekstur kibble pada dry food melambatkan pembentukan plak pada gigi kucing berbanding wet food. Ia juga memiliki kadar air yang tinggi dan mampu mengelakkan dehidrasi. Jika anda mempunyai masalah untuk memilih makanan yang sesuai untuk kucing anda, sila rujuk senarai 10 makanan kucing jenis kering dan basah terbaik ini untuk si comel yang masih kecil dan dewasa di Malaysia.

Makanan basah

Whiskas Tasty Mix Pouch Adult 1+ Chicken With Tuna & Carrot In Gravy Wet Cat Food

Whiskas Tasty Mix Pouch Adult 1+ Chicken With Tuna & Carrot In Gravy Wet Cat Food
Gabungan lazat ayam, tuna & lobak merah dalam makanan pastinya menjadi kesukaan kucing kesayangan anda. Setiap bungkusan mengandungi 41 nutrien penting untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga. Lebih istimewa, makanan basah kucing premium ini, diperbuat daripada ikan asli, daging ayam segar dan sayur-sayuran berkhasiat dalam kuah yang lazat. Ia juga mengandungi Omega 6 untuk menyokong kulit & bulu yang sihat. Apa yang penting, makanan ini juga akan menggalakkan pengambilan air untuk menyokong penghidratan.

Kelebihan Whiskas Tasty Mix Pouch Adult 1+ Chicken With Tuna & Carrot In Gravy Wet Cat Food:

  • Ramuan ikan asli, ayam & sayur-sayur dalam kuah.
  • Dengan 41 nutrien penting untuk meningkatkan kesihatan & tenaga.
  • 100% nutrisi lengkap dan seimbang.
  • Diperkuat dengan OMEGA 6 untuk bulu yang sihat.
  • Mengandungi antioksidan (vitamin E dan selenium) untuk sistem imun yang sihat.

    Kekurangan Whiskas Tasty Mix Pouch Adult 1+ Chicken With Tuna & Carrot In Gravy Wet Cat Food:

    • Perlu dihabiskan segera selepas dibuka

      Info Whiskas Tasty Mix Pouch Adult 1+ Chicken With Tuna & Carrot In Gravy Wet Cat Food:

      Kandungan: Air, Produk sampingan ayam, Daging Ayam, Tuna, Gluten Gandum, Agen Pemekat, Lobak Merah, Produk Sampingan Tuna, Mineral, Perisa, Minyak Kacang Soya, Vitamin, Asid Amino, Asid Sitrik, Pewarna, EDTA, Natrium Nitrit, Antioksidan.
      Negara asal pengeluar: Amerika
      Saiz: 80g
      Umur: 1+ Tahun

      Fancy Feast Adult Royale Fine Flakes of Tuna Wet Cat Food

      Fancy Feast Adult Royale Fine Flakes of Tuna Wet Cat Food
      FANCY FEAST® Adult Royale Fine Flakes of Tuna Wet Cat Food mengandungi potongan tuna putih tulen bersaiz gigitan yang akan menarik perhatian kucing anda. Ia juga sesuai untuk kucing yang kurang selera makan atau sangat cerewet dengan makanan mereka. Makanan kucing ini juga mengandungi vitamin E untuk menyokong bulu dan kulit kucing anda. Ianya dihasilkan oleh pasukan pakar masakan dan pakar pemakanan kucing, jadi anda boleh yakin bahawa makanan ini bukan sahaja enak tetapi juga berkhasiat.

      Kelebihan Fancy Feast Adult Royale Fine Flakes of Tuna Wet Cat Food:

      • Potongan tuna yang lembut dan lazat dalam sup makanan laut yang kaya.
      • Rasa yang lazat
      • Sesuai untuk kucing yang kurang selera makan
      • Didatangkan dalam tin yang mudah dihidangkan
      • Disediakan oleh pakar masakan dan pakar pemakanan kucing
      • Dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi

        Kekurangan Fancy Feast Adult Royale Fine Flakes of Tuna Wet Cat Food:

        • Mengandungi sedikit garam tambahan

          Info Fancy Feast Adult Royale Fine Flakes of Tuna Wet Cat Food:

          Kandungan: Agen Pembentuk Gel Udang Tuna, Vitamin E
          Negara asal pengeluar: Amerika
          Saiz: 85g
          Umur: Dewasa

          Royal Canin Intense Beauty Adult Gravy

          Royal Canin Intense Beauty Adult Gravy
          Pencinta kucing pasti pernah dengar jenama Royal Canin ini kan? Royal Canin ni berada di dalam kategori makanan premium untuk kucing kerana kualiti dan khasiatnya yang banyak untuk kucing anda. Sama seperti kebanyakan makanan basah kucing yang lain, produk ini juga dibungkus di dalam pouch yang mudah dikoyakkan dan sesuai dibawa ke mana sahaja. Makanan ini sesuai untuk kucing dewasa yang berbulu lebat khusunya. Ini kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 & omega-6 yang tinggi untuk membantu kucing anda mengekalkan bulu yang cantik dan kulit yang sihat. Ianya juga membantu mencegah kenaikkan badan berlebihan dan mempunyai kandungan protein yang optimum untuk perkembangan otot yang sihat.

          Kelebihan Royal Canin Intense Beauty Adult Gravy:

          • Meningkatkan sistem imun
          • Menguatkan tulang dan sendi
          • Mengekalkan bulu yang cantik dan kulit yang sihat
          • Menyokong sistem urinari yang sihat
          • Mengandungi omega-3 dan omega-6

            Kekurangan Royal Canin Intense Beauty Adult Gravy:

            • Tidak sesuai untuk anak kucing

              Info Royal Canin Intense Beauty Adult Gravy:

              Kandungan: Terbitan Daging Dan Haiwan, Bijirin, Terbitan Ikan Dan Ikan, Minyak Dan Lemak, Terbitan Asal Sayuran, Ekstrak Protein Sayuran, Mineral, Pelbagai Gula
              Negara asal pengeluar: Perancis
              Saiz: 85g
              Umur: Dewasa

              ME-O DELITE-Tuna Mousse With Goat Milk

              ME-O DELITE-Tuna Mousse With Goat Milk
              Walaupun jenama ini kurang dikenali, namun ianya menawarkan pelbagai khasiat terbaik sama seperti jenama terkenal lain di Malaysia. ME-O DELITE-Tuna Mousse With Goat Milk dihasilkan daripada daging dan ikan asli bertujuan untuk memberikan tekstur terbaik dengan perisa yang digemari anak kucing kesayangan anda. Antara kandungan terbaiknya adalah protein untuk mengekalkan jisim otot, mineral untuk menguatkan tulang dan gigi, Taurine Plus untuk penglihatan terbaik dan vitamin untuk meningkatkan fungsi badan serta sistem imun si comel anda.

              Kelebihan ME-O DELITE-Tuna Mousse With Goat Milk:

              • Diperbuat daripada daging dan ikan sebenar
              • Meningkatkan sistem imun
              • Menguatkan tulang dan gigi
              • Mengekalkan bulu yang cantik dan kulit yang sihat
              • Taurine plus untuk kesihatan penglihatan mata

                Kekurangan ME-O DELITE-Tuna Mousse With Goat Milk:

                • Jenama kurang dikenali

                  Info ME-O DELITE-Tuna Mousse With Goat Milk:

                  Kandungan: Tuna, Pati Tapioka yang Diubahsuai, Susu Kambing, Minyak Bunga Matahari, Gula Xanthan, Vitamin, Mineral
                  Negara asal pengeluar: Thailand
                  Saiz: 80g
                  Umur: Anak kucing

                  Kit Cat Petite Pouch Complete & Balanced Chicken & Beef In Aspic

                  Kit Cat Petite Pouch Complete & Balanced Chicken & Beef In Aspic
                  Kit Cat Petite Pouch telah dirumus dengan teliti untuk memberikan kucing anda diet yang lengkap dan seimbang. Ia dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk si comel dan sesuai untuk si bulu yang cerewet memilih makanan. Produk ini sarat dengan protein premium untuk memenuhi keperluan pemakanan kucing anda sambil meningkatkan kesihatan keseluruhan mereka melalui vitamin dan mineral. Ianya didatangkan dengan tin kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja.

                  Kelebihan Kit Cat Petite Pouch Complete & Balanced Chicken & Beef In Aspic:

                  • Mengandungi Taurine
                  • Tiada bahan sampingan
                  • Meningkatkan sistem imun
                  • Mengandungi vitamin dan mineral
                  • Mudah dihidang
                  • Sesuai untuk kucing yang cerewet dalam pemilihan makanan

                    Kekurangan Kit Cat Petite Pouch Complete & Balanced Chicken & Beef In Aspic:

                    • Jenama kurang dikenali

                      Info Kit Cat Petite Pouch Complete & Balanced Chicken & Beef In Aspic:

                      Kandungan: Air, Serpihan Dada Ayam, Daging Lembu, Minyak Kacang Soya, Agen Pembentuk Gel, Kalsium Fosfat, Vitamin, Mineral, Ekstrak Tuna, Natrium Klorida, Kalium Klorida, Taurin, Kolin Klorida, Frukto Oligosakarida
                      Negara asal pengeluar: Singapura
                      Saiz: 80g
                      Umur: Anak kucing & dewasa

                      Makanan kering

                      Whiskas Dry Junior Ocean Fish Flavour With Milk Kitten Food

                      Whiskas Dry Junior Ocean Fish Flavour With Milk Kitten Food
                      Dirumus khas untuk anak kucing berumur 2 sehingga 12 bulan, Whiskas Dry Junior Ocean Fish Flavour with Milk kitten food adalah formulasi kibble susu berkualiti yang diperkaya dengan 41 nutrien penting. Anak kucing kecil bergantung kepada susu ibunya yang membekalkan DHA dan kolostrum. Namun apabila ia semakin dewasa dan tidak lagi menyusu, ia memerlukan makanan pejal yang turut membekalkan khasiat yang sama untuk menyokong tumbesarannya. Adalah amat penting untuk anak kucing dibekalkan dengan makanan yang mempunyai nutrisi yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan pesat mereka. Oleh itu, makanan kucing keluaran Whiskas ini juga turut diformulasi dengan DHA dan kolostrum untuk memberikan kebaikan nutrisi yang diperlukan oleh anak kucing demi menjanjikan kehidupan yang sihat untuk seluruh jangka masa hayatnya.

                      Kelebihan Whiskas Dry Junior Ocean Fish Flavour With Milk Kitten Food:

                      • Mempunyai DHA, nutrisi yang terdapat dalam susu ibu kucing untuk perkembangan mata dan otak anak kucing
                      • Kolostrum membekalkan nutrien yang sangat penting
                      • Pemakanan lengkap untuk sistem imun yang sihat
                      • Nutrien penting (termasuk Kalsium, Fosforus dan Vitamin D) untuk pertumbuhan yang sihat dan gigi serta tulang yang kuat
                      • Omega 6 dan Zink untuk kot yang sihat

                        Kekurangan Whiskas Dry Junior Ocean Fish Flavour With Milk Kitten Food:

                        • Tidak sesuai kucing dewasa

                          Info Whiskas Dry Junior Ocean Fish Flavour With Milk Kitten Food:

                          Kandungan: Bijirin (Jagung dan beras), isi ayam / itik, Stearin kelapa sawit, Kacang soya, Perasa, Tepung gandum, Mineral, Gluten jagung, Vitamin, Garam beryodium, Minyak ikan, Metionin, Taurin, Pewarna, Kolostrum, Ekstrak Teh Hijau.
                          Negara asal pengeluar: Amerika
                          Saiz: 450g, 1.1 kg, 2.7 kg dan 6.5 kg
                          Umur: Anak Kucing

                          Purina One Healthy Adult with Salmon and Tuna Dry Cat Food

                          Purina One Healthy Adult with Salmon and Tuna Dry Cat Food
                          Purina One Healthy Adult with Salmon and Tuna Dry Cat Food adalah sebuah produk makanan kucing yang diformulasi khas untuk membantu kucing anda mempunyai kesihatan yang nyata. Dirumus oleh pakar dengan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk nutrisi seimbang dan rasa yang lazat, ia pasti akan disukai oleh kucing anda. Bahkan, anda akan 6 tanda perbezaan terlihat pada kucing anda dengan perubahan yang mengambil masa dalam masa 3 minggu sahaja. Kini dengan IMMUNE DEFENCE PLUS+, produk ini dirumus khas dengan Beta Glukan, Vitamin C & E, Asid Lemak Omega 3 & 6. Formula ini berfungsi dalam menyokong pertahanan imun untuk membantu mengekalkan kesihatan kucing anda. Dengan memberi PURINA ONE® yang dibuat dengan salmon dan tuna sebenar sebagai bahan pertama, formulasi ini menyediakan nutrisi lengkap dan seimbang untuk membantu kucing anda kekal dalam kesihatan yang baik.

                          Kelebihan Purina One Healthy Adult with Salmon and Tuna Dry Cat Food

                          • Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang membolehkan penyerapan nutrien yang tinggi.
                          • Penghadamandan usus yang sihat melalui serat prebiotik
                          • Membantu mengurangkan pembentukan tartar dan plak dengan kibble rangup yang menggalakkan pengunyahan untuk kebersihan gigi
                          • Diperbuat daripada Salmon dan Tuna sebenar sebagai bahan utama

                            Kekurangan Purina One Healthy Adult with Salmon and Tuna Dry Cat Food:

                            • Tidak sesuai untuk anak kucing

                              Info Purina One Healthy Adult with Salmon and Tuna Dry Cat Food:

                              Kandungan: Salmon & tuna, Gluten jagung, beras, Jagung, isi ayam / itik, Gluten gandum, minyak haiwan, serbuk ayam, gandum, kacang soya kering, Vitamin (vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E), minerals (Kalsium, klorin, kolina, tembaga, iodin, zat besi, mangan, fosforus, potassium, selenium, sodium, zink) dan Asid amino (methionine and taurin), Inulin, pewarna karamel, Yis (sumber dari beta-glucans).
                              Negara asal pengeluar: Amerika
                              Saiz: 380g, 1.2 kg, 2.7 kg dan 6.6 kg
                              Umur: Kucing dewasa

                              IAMS Proactive Health Adult With Chicken And Salmon Meal

                              IAMS Proactive Health Adult With Chicken And Salmon Meal
                              Pastikan kucing anda berada pada tahap terbaiknya dengan IAMS Proactive Health Adult With Chicken and Salmon Meal. Ia adalah makanan kucing premium yang menawarkan nutrisi yang lengkap dan seimbang kepada kucing dewasa. Menjadikan ayam dan salmon sebagai bahan utama, makanan kucing ini menawarkan makanan kering yang kaya dengan protein dan berperisa yang sangat diperlukan oleh kucing secara semulajadi. Ia dirumus khas dengan protein yang berkualiti, Omega 3 dan 6 serta ayam untuk kot yang sihat, dan menjamin kulit serta kekuatan otot kucing anda. Produk ini membantu melancarkan penghadaman kucing anda melalui kandungan formulasi fiber yang sihat dan prebiotik FOS semulajadi. Selain itu, ia juga adalah sumber pertahanan semulajadi yang dibuktikan secara saintifik mampu meningkatkan tahap Vitamin E pada kucing anda.

                              Kelebihan IAMS Proactive Health Adult With Chicken And Salmon Meal

                              • Nutrisi yang lengkap dan seimbang
                              • Ayam dan salmon sebagai bahan utama
                              • Kaya dengan protein dan persia
                              • Omega 3 dan 6
                              • Kandungan formulasi fiber yang sihat dan prebiotik FOS semulajadi.

                                Kekurangan IAMS Proactive Health Adult With Chicken And Salmon Meal

                                • Tidak sesuai untuk anak kucing

                                  Info IAMS Proactive Health Adult With Chicken And Salmon Meal

                                  Kandungan: Isi ayam / itik, Jagung, Gandum, Gluten jagung, Minyak ayam, Perasa, Pulpa bit, Salmon, Garam beryodium, Mineral, Sodium Bisulphate, Vitamin, Minyak ikan, Methionine, Taurin, Fructooloigosaccharide, Pengawet, L-Carnitine.
                                  Negara asal pengeluar: Amerika
                                  Saiz: 100g, 3 kg
                                  Umur: Kucing dewasa

                                  Meow Mix Tender Centers Basted Bites Chicken & Tuna Flavors Dry Cat Food

                                  Meow Mix Tender Centers Basted Bites Chicken & Tuna Flavors Dry Cat Food
                                  Gabungan kibble kering dan makanan basah menjadikan Meow Mix Tender Centers Basted Bites mempunyai rasa dan tekstur yang lazat yang akan disukai kucing anda. Makanan kucing kering ini menawarkan lapisan luar yang rangup dengan bahagian dalam yang lembut dan berisi untuk kombinasi dwi-tekstur yang lazat. Makanan kucing berperisa ayam dan tuna yang lazat ini juga memberikan pengalaman gigitan berperasa pada kucing anda melalui kaedah basted, yang menambah sensasi rasa tambahan yang pasti akan dinikmati oleh kucing anda. Dengan 100 peratus nutrisi seimbang lengkap, formulasi ini pastinya memenuhi keperluan diet harian kucing anda. Dan kerana makanan kucing ini juga mengandungi vitamin dan mineral penting, ia adalah pilihan yang berkhasiat untuk kucing anda. Pelbagai rasa dan tekstur akan pasti menggembirakan kucing anda pada setiap hidangan dan akan meningkatkan seleranya.

                                  Kelebihan Meow Mix Tender Centers Basted Bites Chicken & Tuna Flavors Dry Cat Food

                                  • Kibble Dwi-tekstur yang menggabungkan rasa rangup diluar dan lembut di dalam
                                  • Makanan kering yang disediakan dengan kaedah basted memberikan gigitan berperisa pada kucing.
                                  • Campuran enak berpisa ayam dan tuna
                                  • 100% nutrisi seimbang lengkap
                                  • Mengandungi vitamin dan mineral penting

                                    Kekurangan Meow Mix Tender Centers Basted Bites Chicken & Tuna Flavors Dry Cat Food

                                    • Tidak sesuai untuk anak kucing
                                    • Jenama kurang dikenali

                                      Info Meow Mix Tender Centers Basted Bites Chicken & Tuna Flavors Dry Cat Food

                                      Kandungan: Jagung, ayam, gluten jagung, kacang soya, lemak haiwan, gandum, asid fosforik, kalsium karbonat, Tuna, gula jagung, Glycerin, L-lysine Monohydrochloride, kolina klorida, Potassium Sorbate, garam, Titanium Dioxide , Sulfat kalsiun, Vitamin (vitamin E Supplement, Niacin, Vitamin A Supplement, Thiamine Mononitrate, Riboflavin Supplement, D-calcium Pantothenate, Pyridoxine Hydrochloride, Vitamin B12 Supplement, Menadione Sodium Bisulfite Complex (source Of Vitamin K Activity), Vitamin D3 Supplement, Folic Acid, Biotin) , pewarna karamel, Taurin, Mineral (ferrous Sulfate, Zinc Oxide, Manganous Oxide, Copper Sulfate, Calcium Iodate, Sodium Selenite), Dicalcium Phosphate, Carrageenan, Dl-methionine, Klorida Potassium, Yellow 5, Asid Laktik, Red 40, Blue 2, daging ayam putih semulajadi, Bha , Ekstrak Rosemary
                                      Negara asal pengeluar: Amerika
                                      Saiz: 1.42 kg
                                      Umur: Kucing dewasa

                                      Hill’s Science Diet Adult 7+ Youthful Vitality Chicken & Rice Recipe Cat Food

                                      Hill's Science Diet Adult 7+ Youthful Vitality Chicken & Rice Recipe Cat Food
                                      Hill’s Science Diet Adult 7+ Youthful Vitality Chicken & Rice Recipe Cat Food adalah sebuah produk makanan kering kucing yang mempunyai nutrisi seimbang untuk menghalang tanda-tanda penuaan pada kucing dewasa anda. Ia menawarkan nutrisi lengkap untuk daya hidup dan kecerdasan otak, tenaga dan interaksi serta penumbuhan bulu yang lebat. Antioksidan pada makanan kucing ini membantu kesihatan otak kucing dalam berinteraksi secara sihat. Selain itu, kandungan protein dan campuran L-carnitine pula merangsang kucing anda untuk menjadi lebih aktif dan banyak bergerak. Selain itu, produk ini juga mengandungi mineral terkawal yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang dan pundi kencing kucing anda. Omega 3 dan 6 pula adalah asid berlemak yang membantu mengekalkan kesegaran dan kelembutan bulu kucing supaya sentiasa berkilat. Dan jika kucing anda seekor kucing yang cerewet dan memilih makanan, anda tidak perlu risau kerana produk ini diperbuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi, mudah dihadam dan sedap. Produk ini hanya sesuai untuk kucing dewasa yang berumur 7 bulan keatas sahaja.

                                      Kelebihan Hill’s Science Diet Adult 7+ Youthful Vitality Chicken & Rice Recipe Cat Food:

                                      • Nutrisi seimbang menghalang tanda-tanda penuaan
                                      • Antioksidan membantu interaksi kucing
                                      • Kandungan protein dan campuran L-carnitine untuk kucing yang lebih aktif
                                      • Mineral terkawal untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang dan pundi kencing
                                      • Omega 3 & 6 untuk mengekalkan kesegaran dan kelembutan bulu

                                        Kekurangan Hill’s Science Diet Adult 7+ Youthful Vitality Chicken & Rice Recipe Cat Food:

                                        • Tidak sesuai untuk anak kucing
                                        • Jenama kurang dikenali

                                          Info Hill’s Science Diet Adult 7+ Youthful Vitality Chicken & Rice Recipe Cat Food:

                                          Kandungan: Ayam, Beras perang, Gluten jagung, bijirin, Protein kacang, lemak ayam, perasa hati ayam, asid laktik, minyak kacang soya, tomato kering, sulfat kalsium, minyak ikan, klorin klorida, DL-Methionine, garam beryodium, Taurin, Brokoli, vitamin (Vitamin E Supplement, L-Ascorbyl-2-Polyphosphate (sumber dari Vitamin C), Niacin Supplement, Thiamine Mononitrate, Vitamin A Supplement, Calcium Pantothenate, Riboflavin Supplement, Biotin, Vitamin B12 Supplement, Pyridoxine Hydrochloride, asid folik, Vitamin D3 Supplement), Potassium klorida, mineral (Ferrous Sulfate, zink oksida, sulfat tembaga, Mangan oksida, iodat kalsium, Sodium Selenite), L-Carnitine, kalsium karbonat, perasa semulajadi, Mixed Tocopherols for freshness, Beta-Carotene.
                                          Negara asal pengeluar: Amerika
                                          Saiz: 1.58 kg, 3.5 kg, 10 kg
                                          Umur: Kucing dewasa

                                          Tidak kira wet food atau dry food, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika kucing anda serasi dengan wet food, maka teruskan dengan memberinya wet food. Begitu juga sebaliknya. Yang penting, anda perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan anda tentang kucing supaya anda tidak menghadapi masalah kelak. Kenali kucing anda, dan fahami selok belok tentangnya.

                                          Adalah amat penting untuk anda mengambil tahu rutin atau diet yang bersesuaian dengan kucing belaan supaya anda dapat terus menjaga dan membelanya dengan lancar. Tidak semua kucing sesuai dengan makanan yang anda pilih. Sama ada murah atau mahal, buatlah perbezaan dan pertimbangan dari segi kandungan makanan kucing tersebut.



                                      Related posts