5 Hotel Paling Unik Di Asia Tenggara. Sekali Seumur Hidup Mesti Menginap!

5 Hotel Paling Unik Di Asia Tenggara. Sekali Seumur Hidup Mesti Menginap!
Melancong dan berkhemah


Asia Tenggara mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik dan penginapan percutian unik yang belum kita terokai keindahan serta keistimewaannya. Negara kita sendiri, Malaysia tidak terlepas mempunyai pelbagai tarikan tersendiri, malah beberapa negara jiran kita juga tidak terkecuali. Selain memberikan kebahagiaan dan keseronokkan ketika bercuti dan menginap di hotel terpilih, secara tidak langsung dapat membantu menjana kembali pendapatan penggiat industri pelancongan akibat wabak pandemik yang lalu.

Terdapat pelbagai jenis penginapan unik ditawarkan di Asia Tenggara, pilihan bergantung kepada saiz percutian, konsep percutian, bajet dan kemudahan. Bagi pengembara solo, pilihan jenis penginapan tidak terhad daripada resort hingga kapsul selagi ia tidak melebihi bajet ditetapkan. Berbeza situasi untuk percutian membabitkan keluarga, semestinya penginapan jenis hotel dan villa dengan tema keluarga menjadi pilihan. Sekali seumur hidup apa kata cuba menginap di 5 hotel paling unik di Asia Tenggara seperti berikut.

Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL Malaysia

Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL Malaysia
Grand Hyatt Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan jenama anak patung ikonik antarabangsa menawarkan Barbie Ultimate Staycation: Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL. Terdapat 14 bilik bertemakan Barbie yang dihiasi dalam warna merah jambu dan dilengkapi dengan kemudahan seperti apa yang anda lihat di dalam filem Barbie.
Keseluruhan bilik meliputi tingkat 33 hotel mewah bertaraf lima bintang itu dengan akses ke tingkat khusus ini adalah untuk tetamu berdaftar sahaja. Tetamu Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL boleh memilih Kamar Barbie seluas 47-meter persegi dan Suite Barbie seluas 105-meter persegi, kedua-duanya dihiasi dengan tema tertentu, iaitu Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie Extra.
Selain bilik khas, Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL juga menyediakan Kafe Barbie ala ‘restoran kaca’ yang menjanjikan sarapan pagi, minum petang dan koktel malam. Setiap pakej penginapan Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL termasuk sarapan, tempat letak kenderaan, WIFI, hadiah kejutan dan sesi minum petang ‘Barbie Pink Afternoon’, dari jam 12 pm hingga 2.30 pm keesokan harinya.

Sebab anda mesti menginap di Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL Malaysia:

  • Penginapan ekslusif dan mewah
  • Cenderamata patung Barbie diberikan percuma
  • Ruang khas tanpa gangguan tetamu lain
  • Miliki pelbagai ruang berfoto

Sebab anda mungkin skip Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL Malaysia:

  • Tempahan awal diperlukan (Penuh pada hujung minggu, cuti umum & cuti sekolah)

Spesifikasi Barbie Staycation, Grand Hyatt, KL Malaysia:

Konsep: Urban / Permainan
Info: https://barbiestaycation.com/
Lokasi: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga: Bermula RM1,999.00 sehingga RM4,756.00

Seaventures Dive Rig Resort, Sabah, Malaysia

Seaventures Dive Rig Resort, Sabah, Malaysia
Seaventures Dive Rig Resort, Sabah penginapan berkonsep pelantar minyak satu-satunya di dunia di tengah laut terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul. Penginapan ini sering menjadi pilihan penggemar aktiviti selam skuba dari seluruh dunia kerana kedudukannya di segi tiga batu karang Sabah yang memiliki pelbagai jenis spesis hidupan laut untuk diterokai.
Terumbu karang disekitar ini juga menarik dan cantik. Ditambah pula airnya yang jernih dan bersih. Akses untuk menyelam adalah mudah kerana Seaventures Dive Rig Resort, Sabah menyediakan elevator yang membawa tetamu terus turun ke bawah. Seaventures Dive Rig Resort, Sabah meraih status PADI 5-star Dive Resort menawarkan 27 bilik serba lengkap dengan penghawa dingin termasuk bilik dengan 2 katil dan bilik untuk keluarga.
Di Seaventures Dive Rig Resort, Sabah mempunyai pelbagai kemudahan dan aktiviti termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, bungy jump, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang. Aktiviti BBQ juga diadakan pada hujung minggu sambil ditemani alunan muzik live band.

Sebab anda mesti menginap di Seaventures Dive Rig Resort, Sabah, Malaysia

  • Status PADI 5-star Dive Resort
  • Menyediakan wifi percuma
  • Ada 2 pakej disediakan iaitu Pakej Diver & Pakej Non-Diver
  • Pakej termasuk pengangkutan bot dan makanan

Sebab anda mungkin skip Seaventures Dive Rig Resort, Sabah, Malaysia

  • Tutup setiap bulan Disember (Faktor cuaca & kerja-kerja membaik pulih)

Spesifikasi Seaventures Dive Rig Resort, Sabah, Malaysia:

Konsep: Laut / Selam Skuba
Info: https://seaventuresdive.com/
https://www.facebook.com/seaventures/
Lokasi: Pulau Sipadan berhampiran Pulau Mabul (Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Harga: Tidak Dinyatakan

Baan Suan Noi Hobbit Resort, Khao Yai, Thailand

Baan Suan Noi Hobbit Resort, Khao Yai, Thailand
Hobbit house terkenal di New Zealand kerana menjadi set penggambaran filem Lord of The Rings. Di Thailand juga tidak ketinggalan memiliki lokasi tumpuan pengunjung dan bilik penginapan berkonsep hobbit seakan di New Zealand. Jika anda dari Bangkok, untuk ke Baan Suan Noi Hobbit Resort, ini mengambil masa sekitar 3 jam untuk sampai ke daerah Khao Yai.
Baan Suan Noi Hobbit Resort, Khao Yai, Thailand menawarkan sebuah percutian unik dengan landskap berbukit menarik memiliki beberapa bilik berkonsep hobbit namum boleh memuatkan sehingga 6 ke 8 orang dewasa.
Terdapat 13 ‘rumah hobbit’, setiap kamar di Baan Suan Noi Hobbit Resort dilengkapi dengan dekorasi dan perabot dengan tema hobbit tertentu yang comel dan menakjubkan. Rasai keajaiban seperti dalam dogeng LOTR sambil berehat dalam suasana nyaman dan selesa.

Sebab anda mesti menginap di Baan Suan Noi Hobbit Resort, Khao Yai, Thailand:

  • Kelengkapan kamar tersedia perabot comel dengan saiz manusia sebenar
  • Persekitaran hijau yang nyaman
  • Wifi percuma
  • Miliki pelbagai ruang berfoto

Sebab anda mungkin skip Baan Suan Noi Hobbit Resort, Khao Yai, Thailand:

  • Lokasi jauh dari bandar

Spesifikasi Baan Suan Noi Hobbit Resort, Khao Yai, Thailand:

Konsep: Lanskap hijau / Fantasi
Info: https://www.facebook.com/Hobbitresortpage/
http://www.sikhio.com/
Lokasi: 292, Lat Bua Khao, Sikhio District, Nakhon Ratchasima 30340, Thailand
Harga: Bermula RM350.00

Mara River Safari Lodge, Bali Indonesia

Mara River Safari Lodge, Bali Indonesia
Percutian di Bali namun menginap di Safari. Kedengaran agak janggal, namun itu la keseronokkan sebenar jika berpeluang menginap di Mara River Safari Lodge, Bali Indonesia. Selain jolokan destinasi berbulan madu, Bali juga sebenarnya sesuai untuk kunjungan seisi keluarga terutama yang memiliki anak kecil.
Mara River Safari Lodge, Bali menampilkan konsep unik percutian mesra keluarga dan kanak-kanak bagi memberikan keseronokan kepada mereka. Terletak di Gianyar, Bali, tetamu yang menginap di Mara River Safari Lodge akan ditemani dengan beberapa spesis haiwan safari yang mengagumkan.
Bayangkan bangun pagi sambil menghirup kopi panas di balkoni sambil melihat haiwan-haiwan seperti kuda belang, badak sumbu, gajah dan zirafah, terasa seperti di Afrika. Tetamu Mara River Safari Lodge, Bali juga boleh memberi makanan kepada haiwan tersebut disediakan oleh pihak hotel.
Paling menarik ketika bersarapan di ruang restoran dengan dinding kaca, terlihat jelas beberapa ekor singa berkeliaran ke sana sini. Jangan risau dengan bau-bauan daripada haiwan, kerana gangguan bau langsung tidak ada semasa berada dalam kamar tidur kalian.

Sebab anda mesti menginap di Mara River Safari Lodge, Bali Indonesia:

  • Haiwan safari menjadi pemandangan di luar tingkap kaca
  • Boleh memberi makan dan berinteraksi dengan haiwan
  • Pelbagai aktiviti disediakan sekitar hotel untuk tetamu terutama kanak-kanak
  • Tiada bau kurang enak (najis haiwan)

Sebab anda mungkin skip Mara River Safari Lodge, Bali Indonesia:

  • Elakkan berkunjung ketika cuti umum atau cuti sekolah Indonesia

Spesifikasi Mara River Safari Lodge, Bali Indonesia:

Konsep: Safari
Info: https://www.marariversafarilodge.com/
Lokasi: Bali Safari & Marine Park Jl. Profesor, Jl. Prof. Dr. Ida Bagus Mantra No.km 19, Serongga, Kec. Gianyar, Kabupaten Gianyar, Bali 80551, Indonesia
Harga: Bermula RM692.00 hingga RM1,798

Kwentong Dagat, Zambales, Philippines

Kwentong Dagat, Zambales, Philippines
Daerah Zambales, Filipina merupakan destinasi pelancongan menarik terutama buat pengunjung yang suka akan kedamaian pantai dan lautan luas. Kwentong Dagat, Zambales merupakan antara penginapan unik yang wujud di kawasan tumpuan pelancong terletak di perkampungan nelayan.
Kwentong Dagat, Zambales, Philippines sebuah resort dengan konsep kabin gaya pondok nipah unik untuk sesiapa yang ingin kelainan ketika bercuti. Menawarkan pemandangan pokok palma dan Laut Filipina Barat dari hadapan kamar, Kwentong Dagat, Zambales, Philippines memberi suasana santai dan sesuai untuk individu yang suka kedamaian.
Keselesaan menjadi keutamaan di Kwentong Dagat, Zambales, Philippines dengan setiap bilik tersedia penghawa dingin, kelangkapan perabot moden walaupun bilik berkonsep tradisional dengan pilihan bilik jenis Kabin Nipa Standard, Bilik Abaca atau penginapan Kabin Deluxe Nipa. Pada malam hari, tetamu di Kwentong Dagat, Zambales, Philippines boleh meminta staf bertugas untuk menyalakan unggun api untuk memanaskan badan sambil membakar marshmallow.

Sebab anda mesti menginap di Kwentong Dagat, Zambales, Philippines:

  • Kawasan persekitaran bersih dan selamat
  • Lokasi insta-worthy
  • Haiwan peliharaan dibenarkan namun ada caj tertentu
  • Harga murah dan berpatutan

Sebab anda mungkin skip Kwentong Dagat, Zambales, Philippines:

  • Sukar mencari makanan Halal untuk Muslim

Spesifikasi Kwentong Dagat, Zambales, Philippines:

Konsep: Pantai
Info: https://www.kwentongdagat.com/
https://www.facebook.com/kwentongdagat/
Lokasi: Brgy Sto Nino Purok 11 Liwliwa, San Felipe, 2204 Zambales, Filipina
Harga: Bermula RM56.00

Lokasi merupakan faktor penting bagi memudahkan dan melancarkan pergerakan serta perjalanan anda dari satu lokasi ke destinasi seterusnya ketika bercuti. Sekiranya jiwa anda lebih tertarik dengan kemeriahan ibu kota, sewajarnya memilih penginapan di tengah bandar. Ini kerana anda boleh mengunjungi tarikan berdekatan dengan hanya berjalan kaki seperti warga tempatan. Seandainya anda mendambakan ketenangan dan ingin merehatkan minda, tidak salah sekiranya memilih penginapan yang agak sunyi dan dikelilingi alam semula jadi.
Namun penting untuk anda memastikan bahawa lokasi penginapan ini, tidak terlalu jauh dengan kemudahan asas seperti kedai serba guna ataupun restoran bagi kesenangan anda sekiranya terdesak memerlukan barangan lain. Bagi memastikan pilihan anda tepat, disarankan anda menggunakan aplikasi Google Map untuk melihat lokasi penginapan.

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini pelbagai aplikasi inovasi seperti Trivago, Booking.Com, Agoda dan sebagainya adalah sumber yang boleh dipercayai ketika memilihan tempat penginapan agar menjadi lebih mudah. Malah, menjadi kelebihan buat pengembara untuk mendapatkan kemudahan tempat tidur yang lebih selesa pada harga promosi. Apa pun ambil langkah berjaga-jaga dalam memilih penginapan yang sesuai dengan cita rasa mahupun fasiliti diinginkan agar keselamatan dan keselesaan ketika menginap terjamin.



Related posts