Wajib Ada 10 Barang Penting Ini Ketika ‘Staycation’!

Wajib Ada 10 Barang Penting Ini Ketika ‘Staycation’!
Melancong dan berkhemah


Setelah Kerajaan Malaysia mengumumkan peralihan fasa bagi negeri-negeri di Malaysia dengan kadar pengambilan vaksin meningkat, banyak sektor-sektor yang dibuka semula bagi menjana ekonomi negara. Salah satunya ialah sektor pelancongan.

Ramai rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksin dengan dua dos mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan cara masing-masing. Salah satu aktiviti yang popular yang sering dilakukan ialah staycation di daerah dan negeri masing-masing.

Walaupun ianya hanyalah sekadar aktiviti menginap di hotel-hotel yang berada berdekatan mereka. Persiapan rapi perlu juga dilakukan bagi melancarkan perjalanan staycation anda agar ia lebih bermakna. Orang kata biar dekat asal hati gembira. Eh, betul ke tu? Hiks!

Ini antara barangan penting yang perlu anda ada ketika staycation:

Bath Bomb (LUSH)

Bath Bomb (LUSH)

Mandi berendam dengan air hangat di dalam bathtub pastinya sungguh menenangkan. Percayalah mandian anda akan jadi lebih bermakna dengan mencampurkan larutan bath bomb pada air mandian anda. Mandian bersama bath bomb mampu membuatkan tubuh anda lebih segar kerana ia mengeluarkan aroma wangian yang menyegarkan mengikut pilihan anda. Tekstur air juga menjadi lebih lembut dan kerana ia mengandungi essential oils dan garam epsom yang mempunyai pelbagai khasiat. Terdapat juga beberapa keluaran bath bomb LUSH yang mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan kulit anda. Jenama LUSH adalah antara jenama paling digemari rakyat Malaysia kerana kepelbagaian jenis bath bomb nya dengan bentuk yang unik. Setiap bath bomb ni ada kegunaan yang berlainan tau!

Kelebihan :

  • Mengandungi pelbagai bau-bauan aromaterapi dan bahan-bahan semulajadi
  • Setiap jenis bath bomb mempunyai impak yang berbeza pada tubuh seperti memberi mood gembira
  • Sesuai untuk semua lapisan umur
  • Mudah didapati secara online
  • Bentuk dan warna yang unik
  • Sesetengah bath bomb mempunyai vitamin A, E, dan K baik untuk kesihatan kulit

Kekurangan :

  • Tidak mudah didapati secara fizikal di kedai-kedai biasa
  • Sensitif dan perlu disimpan dengan rapi

Spesifikasi Bath Bomb (QOWIY)

Saiz : Kecil / Sederhana / Besar
Berat : 200g
Jenis Product : Mandian
Mudah Dijaga : Tidak
Harga : RM25 – RM50

Minyak Pati (Young & Living)

Minyak Pati (Young & Living)

Jika anda seorang yang sukakan bau-bauan aromatik semulajadi, minyak Pati (Young & Living) ialah salah satu jenama minyak pati yang terkenal dan mempunyai ramai pengguna di Malaysia. Ia mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan yang pekat serta aromatik yang diperoleh secara berhati-hati melalui penyulingan stim, penekanan sejuk atau penorehan resin. Ianya diproses daripada bahan tumbuhan seperti daun, bunga, buah, akar, getah dan sebagainya. Antara jenis essential oil yang anda boleh bawa ketika staycation adalah seperti Peppermint untuk memberi kesegaran, bauan bunga-bungaan seperti Rose untuk menenangkan minda, serta bauan citrus seperti Orange, Bergamot dan Lemon untuk pastikan anda lebih bertenaga.

Kelebihan :

  • Mempunyai pelbagai pilihan ekstrak dengan khasiat yang tersendiri
  • Sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur
  • Mudah didapati daripada agen-agen berdaftar
  • Tiga cara penggunaan yang disarankan; menggunakan diffuser, sapuan dan pengambilan dalam makanan dan minuman
  • Sesetengah minyak pati seperti ‘Thieves’ boleh digunakan sebagai anti-bakteria sesuai dengan situasi pandemik kini.

Kekurangan :

  • Harga yang sangat mahal dan bukan mampu milik
  • Perlu disimpan dengan teliti tanpa terdedah kepada suhu panas atau cahaya terik matahari

Spesifikasi Minyak Pati (Young & Living)

Saiz : 5ml / 10ml / 15 ml
Berat :
Jenis Product : Cecair
Mudah Dijaga : Tidak
Harga : RM50 – RM 900

Pelitup Muka (3M KN95)

Pelitup Muka (3M KN95)

Dalam kehidupan norma baharu era Pandemik COVID-19 ini, pelitup muka wajib dipakai bagi setiap rakyat Malaysia. Banyak jenis pelitup muka pelbagai material yang telah digunakan secara meluas. Salah satunya pelitup muka ‘N95’. Ia merupakan pelitup muka yang mempunyai piawaian tinggi. Pelitup Muka dengan jenama 3M KN95 ialah sejenis pelitup muka yang dinilai, diuji dan diluluskan oleh NIOSH U.S. Ia diberi nama ‘N95’ kerana ia boleh memberi perlindungan sebanyak 95% kepada si pemakai dan menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.

Kelebihan :

  • Ketat dan tidak mudah terbuka (ergonomic)
  • Jika dipakai dengan fitting yang betul, hanya berlaku kebocoran kecil di sekitar hujung topeng.
  • Mengurangkan pendedahan kepada partikel halus yang berada dalam udara.
  • Pelitup muka ini memiliki lapisan polimer plastik polipropilen dengan bahan sintesis menjadikan ianya lebih tebal.
  • Mudah untuk bernafas
  • Selesa digunakan untuk jangka masa panjang
  • Dibungkus secara individual

Kekurangan:

  • Harga yang lebih mahal daripada pelitup muka biasa

Spesifikasi Pelitup Muka (3M KN95)

Saiz : Kecil / Sederhana / Besar
Berat :
Jenis Product : Plastik
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM6 1pcs

Krim Pelindung Matahari (Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+):

Krim Pelindung Matahari (Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+)

Tidak kira samada anda lelaki atau wanita, krim pelindung matahari adalah barangan yang perlu ada sekiranya anda merancang untuk staycation di kawasan yang berdekatan dengan pantai. Ia dapat membantu anda melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ adalah satu produk krim pelindung matahari yang wajib untuk dibawa sentiasa. Ianya mengandungi royal jelly, hyaluronic acid dan mix citrus essence sebagai bahan utama melindungi wajah anda.

Kelebihan :

  • Ramuan kandungan bahan yg membantu melembabkan kulit
  • Kalis peluh dan air
  • Boleh digunakan untuk semua jenis kulit
  • Tidak melekit dan mudah meresap

Kekurangan Krim Pelindung Matahari :

  • Penutup perlu dibuka setiap kali penggunaan
  • Kandungan alkohol yang agak tinggi

Spesifikasi Krim Pelindung Matahari (Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+):

Saiz : 50ml
Berat : 50g
Jenis Product : Krim
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM 35

Air Mineral (Spritzer):

Air Mineral (Spritzer)

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Pastikan ketika anda staycation, bekalan air mineral sentiasa mencukupi bagi mengelakkan tubuh anda dehidrasi terutamanya dalam menghadapi cuaca panas dan selepas beraktiviti. Semestinya, air Mineral Spritzer adalah air semulajadi yang paling laris dijual di Malaysia. Jika ada diantara anda yang perasan, air mineral dari jenama Spritzer ini mempunyai rasa berlainan dengan air mineral berjenama lain.

Kelebihan Air Mineral (Spritzer):

  • Sumber air semulajadi bawah tanah
  • Ditapis secara higenik mengikut piawaian antarabangsa
  • Tiada kewujudan mikroplastik
  • Kandungan Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi
  • Pelbagai saiz bergantung kepada keperluan anda

Kekurangan Air Mineral (Spritzer):

  • Antara jenama air mineral berharga mahal

Spesifikasi :

Saiz : 250ml / 600ml / 1.5L / 6 L
Berat :
Jenis Product : Cecair
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM 3.00 – RM 7.00

Snacks (Snickers):

Snacks (Snickers)

Percayalah yang staycation anda jadi tiada serinya sekiranya tiada snacks yang anda bawa bersama. Walaupun rutin makan anda berjalan seperti biasa ketika bercuti, snacks tetap perlu ada sebagai pelengkap percutian anda. Memandangkan anda dalam keadaan gembira, lebih baik digandakan kegembiraan anda itu dengan mengambil snacks jenis coklat. Contoh terbaik adalah Coklat Snickers. Ia adalah sejenis bar coklat yang terdiri daripada nougat di atas karamel dan kacang tanah yang disalut dengan coklat susu. Bayangkan, di saat terdesak pada waktu malam anda terjaga dan berasa lapar. Nak sambung tidur, perut pula mula berkeroncong. Nak masak, eh lupa pula sedang staycation. Kan senang jika makanan snek seperti Snickers ada, boleh lah dibuat alas perut dan memberi sedikit tenaga sebelum mencari makanan lain kan.

Kelebihan :

  • Membantu menahan lapar
  • Harga yang berpatutan
  • Mempunyai saiz yang pelbagai
  • Memberi tenaga

Kekurangan :

  • Kandungan kalori tinggi
  • Kandungan gula yang tinggi

Spesifikasi Snacks (Snickers) :

Saiz :
Berat : 20g / 50g
Jenis Product : Makanan
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM 1.70- RM 3.20

Penyembur Disinfektan (Dettol):

Penyembur Disinfektan (Dettol)

Apabila anda menginap di sebuah hotel, homestay ataupun yang berkaitan, sentiasalah berwaspada tentang kebersihan diri dan keluarga. Seeloknya, sembur cecair disinfektan sebagai langkah berjaga-jaga setibanya anda di penginapan. Ini adalah untuk membunuh virus dan juga mengelakkan daripada iritasi kulit. Penyembur Disinfektan berjenama Dettol terbukti mampu membunuh 99.9% kuman dan bakteria termasuk E-Coli, Salmonella dan virus selsema. Tanpa disangka, ianya menjadi tular sejurus selepas ramai yang berkongsi keberkesanannya lebih-lebih lagi selepas wabak COVID-19 melanda negara.

Kelebihan :

  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Boleh disembur pada semua jenis permukaan dan objek
  • Mudah didapati di mana-mana pasaraya dan platform online
  • Harga yang sangat berpatutan

Kekurangan :

  • Wangian yang menusuk hidung
  • Tidak boleh terdedah pada suhu yang tinggi

Spesifikasi :

Saiz : – 225ml / 450ml
Berat :
Jenis Product : Cecair
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM14 – RM24

Ubat-ubatan (Panadol Actifast):

Ubat-ubatan (Panadol Actifast)

Sekiranya anda seorang yang mudah sakit dan pening kepala lebih-lebih lagi di dalam kenderaan atau di bawah panas terik, perlu diingatkan untuk anda sentiasa membawa ubat-ubatan asas terutamanya sekali paracetamol berjenama Panadol Actifast. Ia mampu memberi kelegaan dan membantu melegakan demam sakit yang tidak serius seperti sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit otot dan sendi dan sebagainya.

Kelebihan :

  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mudah didapati dimana-mana kedai dan pasaraya
  • Lebih cepat berkesan berbanding paracetamol lain
  • Harga yang sangat murah

Kekurangan:

  • Boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan
  • Berbahaya kepada yang mempunyai masalah darah tinggi.

Spesifikasi :

Saiz : 10 tablet
Berat :
Jenis Product : Ubat-ubatan
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM 8.81

Laundry Bag (IKEA Snafs Laundry Bag):

Laundry Bag (IKEA Snafs Laundry Bag)

Laundry bag atau beg basuh baju juga tidak kurang pentingnya. Memang tidak dinafikan di mana-mana tempat penginapan telah disediakan beg plastik untuk mengisi pakaian kotor. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga ianya perlu dibawa lebih-lebih lagi jika anda bercuti di kawasan pantai. Berkemungkinan air laut dan pasir daripada pakaian anda boleh membasahkan beg anda sekiranya plastik tersebut bocor dan menyebabkan beg anda berbau. Jadi IKEA Snafs Laundry Bag adalah jawapannya. Tidak akan ada sedikitpun air laut atau pasir yang akan bocor kerana materialnya yang kalis air.

Kelebihan :

  • Diperbuat daripada polyester
  • Mudah dibawa ke mana-mana
  • Tidak meresap apa juga jenis basahan dan bau
  • Harga yang sangat murah

Kekurangan :

  • Saiz yang kecil dan tiada pilihan saiz lain
  • Material Polyester mudah terbakar

Spesifikasi :

Saiz : 47 cm X 65 cm
Berat :
Jenis Product : Polyester
Mudah Dijaga : Mudah
Harga : RM 7- RM10

Powerbank (Xiaomi Power Bank 2C 20000mAH):

Powerbank (Xiaomi Power Bank 2C 20000mAH)

Staycation adalah waktu yang paling sesuai untuk anda memenuhkan memori telefon bimbit anda dengan gambar-gambar bersama keluarga. Pasti ramai di anatra anda mahu memuat naik gambar-gambar menarik sepanjang staycation anda untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan di media sosial. Untuk mengelakkan kehabisan bateri handphone anda dengan cepat, powerbank lah penyelamatnya. Lebih-lebih lagi jika anda berada di luar tempat penginapan anda. Untuk kadar mengecas telefon dengan cepat, Xiaomi Power Bank 2C 20000mAH mempunyai keupayaan tersebut.

Kelebihan Powerbank (Xiaomi Power Bank 2C 20000mAH)

  • Kapasiti Super 20000mAH
  • Terdapat 2 port USB yang mampu menyokong 5.1V / 2.4A, 9V/2A, dan 12V / 1.5A
  • Tenaga maksimum 18V dan didatangkan dengan sokongan Quick Charge
  • Kecil dan padat, mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan Powerbank (Xiaomi Power Bank 2C 20000mAH)

  • Tiada pilihan warna lain, hanya warna putih yang mudah kotor.
  • Besar dan berat jika dibandingkan dengan powerbank jenama lain.

Spesifikasi Powerbank (Xiaomi Power Bank 2C 20000mAH)

Saiz : 150.6 x 72.2 x 26.3 mm
Berat :
Jenis Product : Barangan Elektronik
Mudah Dijaga : Tidak
Harga : RM 71

Ya, bercuti memang seronok! Tapi jika tidak teliti kepada perkara-perkara penting yang perlu dibawa ini, ia mungkin akan mencacatkan memori percutian staycation anda. Rancanglah dengan teliti, buat checklist sebelum memulakan perjalanan.
Senarai barangan keperluan ini hanyalah cadangan. Ianya mungkin berbeza mengikut keperluan individu. Contohnya, untuk anda yang berkeluarga, senarai barangan penting berbeza daripada anda yang masih bujang. Khas untuk anda yang sudah merancang untuk staycation tu, bercuti-bercuti juga, keselamatan dan kesihatan diri perlu diberi perhatian utama okay?



Related posts