Selamat & Selesa. Ini 5 Hotel Popular Di Jakarta Mengikut Bajet Anda

Selamat & Selesa. Ini 5 Hotel Popular Di Jakarta Mengikut Bajet Anda
Melancong dan berkhemah


Menjadi kebiasaan kepada kita untuk menempah penginapan hotel terbaik sekiranya pergi bercuti atau urusan perniagaan. Kebanyakkan memilih untuk menempah hotel dengan harga berpatutan jika bercuti, ia sebagai salah satu cara untuk berjimat cermat.

Setiap kali merancang percutian, selain daripada tempat selesa untuk menginap, tempat makanan dan destinasi menarik untuk dilawati juga penting untuk mendapat kepuasan penuh. Persekitaran menyenangkan dan selamat, bilik selesa serta kepelbagaian kemudahan ditawarkan antara faktor utama yang dititikberatkan ketika mencari hotel penginapan saat bercuti.

Ketika ini, ramai memilih ibu negara Indonesia iaitu Jakarta sebagai destinasi pelancongan pilihan luar negara kerana tidak memerlukan modal yang sangat besar. Jakarta menjadi satu daripada kota raya paling ramai penduduk di dunia dengan lebih 30 juta penduduk. Ibu negara Indonesia ini menawarkan banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti tempat bersejarah, membeli-belah, hiburan dan mercu tanda negara.

Lebih menarik tukaran matawang di Jakarta juga lebih rendah, segalanya masih murah apabila berada di sana. Malah, kos perkhidmatan, makanan dan penginapan di Jakarta lebih berkualiti dan bertaraf lima bintang walaupun harga yang ditawarkan masih rendah dan berpatutan. Walau bagaimanapun perkara pertama yang dicari jika ingin melancong di Jakarta ialah tempat penginapan yang selesa, dan selamat. Antara 5 hotel popular di Jakarta yang memenuhi kriteria tersebut mengikut bajet tertentu seperti di bawah.

Wyndham Casablanca Jakarta

Wyndham Casablanca Jakarta
Wyndham Casablanca Jakarta merupakan salah datu daripada rangkaian hotel terkemuka Wyndham Hotels & Resorts mula beroperasi sejak tahun 2018. Wyndham Casablanca Jakarta berstatus lima bintang dan menawarkan lebih 280 bilik penginapan ekslusif gaya kondominium termasuk kamar satu, dua dan tiga bilik tidur serta Suite Presidential mewah.

Terletak di kawasan segitiga emas Jalan Casablanca, Wyndham Casablanca Jakarta memiliki kedudukan yang strategik berhampiran dengan kawasan utama perniagaan, pusat pentadbiran, pusat membeli-belah terkemuka dan kawasan hiburan utama. Terdapat beberapa kemudahan disediakan khas untuk tetamu Wyndham Casablanca Jakarta antaranya kolam renang bersaiz besar ala lagun, jakuzi, kolam renang kanak-kanak, gimnasium, spa, bilik mesyuarat dan dewan pelbagai kapasiti.

Untuk menjamu selera jika ingin hidangan berkonsep Asia, tetamu boleh memilih untuk ke Café One dan jika ingin menikmati hidangan stik Wagyu mewah, Riva Bar & Grill adalah lokasi ideal. Manakala untuk sumber hiburan yang santai, kalian boleh ke Casablanca Lounge. Wyndham Casablanca Jakarta mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan & Ekonomi Kreatif Indonesia sebagai penginapan yang mencapai tahap bersih, kesihatan, keselamatan dan kelestarian alam sekitar yang cemerlang.

Kelebihan Wyndham Casablanca Jakarta:

  • Kedudukan strategik di tengah bandar
  • Berstatus lima bintang yang mewah dan ekslusif
  • Terdapat lebih 280 kamar
  • Mendapat banyak pengiktirafan

Kekurangan Wyndham Casablanca Jakarta:

  • Penduduk tempatan lebih mengenali sebagai Park Lane Hotel Jakarta

Spesifikasi Wyndham Casablanca Jakarta:

Konsep: Moden Kontemporari
Bintang: 5
Info: https://www.wyndhamcasablancajakarta.com/
Lokasi: Jalan Casablanca Kav. 18, Jakarta, Indonesia 12870
Harga: Bermula RM282.00

ARTOTEL Suites Mangkuluhur

ARTOTEL Suites Mangkuluhur
Sebuah lagi hotel lima bintang popular terletak di tengah-tengah pusat bandar Jakarta, ARTOTEL Suites Mangkuluhur menampilkan kelainan yang tersendiri. Jika anda gemar dengan penginapan berkonsep seni inspirasi budaya Indonesia, hotel ini sangat dicadangkan.
ARTOTEL Suites Mangkuluhur menawarkan lebih 358 bilik termasuk jenis Classic Studio, Artsy Studio, Classic Suites, Artsy Suites, Club Floor Suites, Chairman dan President Suite. Setiap kamar mempunyai pemandangan yang indah suasana Jakarta, katil selesa, bercitarasa mewah namun ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk setiap bilik seperti akses wifi, Netflix, mini bar, pengering rambut, barangan mandian dan tab mandi moden. ARTOTEL Suites Mangkuluhur turut menyediakan beberapa fasiliti terbaik dalam kelasnya tersendiri iaitu kolam renang terbuka dengan pemandangan indah, 11 bilik mesyuarat, restoran, dan gym.

Paling menarik, tetamu di sini berpeluang untuk menikmati makan malam yang indah di kaki langit Jakarta. ARTOTEL Suites Mangkuluhur telah bekerjasama dengan Lounge in the Sky Jakarta iaitu restoran yang memberikan pengalaman makan malam pada ketinggian 50m dari permukaan tanah dengan pemandangan indah 360 darjah.

Kelebihan ARTOTEL Suites Mangkuluhur:

  • Kedudukan strategik di tengah bandar
  • Berstatus lima bintang yang mewah dan ekslusif
  • Terdapat lebih 358 kamar dengan 7 jenis pilihan
  • Makan malam di Lounge in the Sky Jakarta pada ketinggian 50m
  • Penginapan terbaik untuk mencari hiburan di malam hari

Kekurangan ARTOTEL Suites Mangkuluhur:

  • Parkir agak terhad pada malam

Spesifikasi ARTOTEL Suites Mangkuluhur:

Konsep: Seni Kontemporari & Lifestyle
Bintang: 5
Info: https://artotelgroup.com/hotels/artotel-suites/mangkuluhur
Lokasi: Jalan Gatot Subroto Kav 2-3 Karet Semanggi, Jakarta Selatan DKI Jakarta, Indonesia 12930
Harga: Bermula RM180.00

éL Hotel Royale Jakarta

éL Hotel Royale Jakarta
éL Hotel Royale Jakarta berstatus empat bintang terletak di kawasan kota yang sibuk dan bangunan tinggi hutan konkrit bahagian Jakarta Utara. Berada di tengah-tengah ibu kota, persekitarannya terdapat kafe, bar tempatan dan mercu tanda Jakarta yang mempesonakan para pelancong.
éL Hotel Royale Jakarta menawarkan 303 bilik dengan enam jenis pilihan berbeza iaitu Deluxe Room, Superior Room, Premier Room, Junior Suite, Executive Suite dan Family Suite. éL Hotel Royale Jakarta sering dipilih sebagai lokasi untuk acara MICE kerana mempunyai beberapa buah bilik mesyuarat dan dewan besar boleh menampung antara 20 hingga 840 orang dalam satu masa.
Terdapat pelbagai fasiliti utama éL Hotel Royale Jakarta sediakan seperti kolam renang, spa, taman permainan kanak-kanak, dan pusat kecergasan. Jika perut terasa lapar, tetamu boleh memilih samada untuk menjamu selera di dua buah premis berbeza iaitu di Restoran Sapphire atau Ruby Lounge.
Ketika zaman endemik ini, éL Hotel Royale Jakarta tidak terkecuali melalui beberapa protokol amalan pembersihan yang ketat untuk jaminan keselesaan dan taraf kesejahteraan yang optimum bagi memastikan keselesaan penginapan para pengunjung.

Kelebihan éL Hotel Royale Jakarta:

  • Hotel bersih dan selesa. Amal protokal kebersihan yang ketat
  • Capaian wifi pantas dan percuma
  • Menawarkan 303 bilik dengan enam jenis pilihan berbeza
  • Kawasan strategik di tengah pusat bandar

Kekurangan éL Hotel Royale Jakarta:

  • Kawasan sekitar sesak ketika waktu puncak

Spesifikasi éL Hotel Royale Jakarta:

Konsep: Moden Estetik
Bintang: 4
Info: https://jakarta.el-hotels.com/
Lokasi: Jl. Raya Gading Kirana, RT.18/RW.8, Klp. Gading Bar., Kec. Klp. Gading, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14240, Indonesia
Harga: Bermula RM171.00

ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square

ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square
Jika anda kaki shopping, ibis Styles Jakarta Managga Dua Square adalah penginapan yang dicadangkan kerana terletak di sebelah pusat membeli-belah terkemuka di Jakarta. Nama ‘Mangga Dua’ itu sendiri sangat sinonim sebagai lokasi tumpuan untuk berbelanja terutama untuk kaum wanita mencari kain ela, telekung, tudung dan pakaian berfesyen.

ibis Styles Jakarta Managga Dua Square menawarkan penginapan tiga bintang yang menjimatkan namun masih selesa dan memuaskan. Memiliki 211 bilik keseluruhan, setiap bilik di ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square dilengkapi dengan akses wifi pantas percuma, TV LED, peti keselamatan dalam bilik, pengering rambut, bar mini, pembancuh kopi, selipar dan barangan mandian. Tetamu boleh meneroka Jakarta sama ada dengan memandu sendiri, menaiki bas atau menaiki kenderaan awam yang disediakan.

Ini kerana ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square mempunyai akses terus ke lokasi di mana pengunjung dapat bergerak ke kawasan sekitar dengan mudah. Antara tempat menarik di sekitar kawasan hotel ini wajib singgah ialah Pusat Membeli-Belah Mangga 2 dan pelabuhan Kepulauan Seribu.

Kelebihan ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square:

  • Reka bentuk dan konsep hotel unik
  • Terletak di kawasan pusat beli-belah dan pusat hiburan
  • Dilengkapi dengan kolam renang saiz Olimpik
  • Restoran Streats, khas untuk tetamu menjamu selera pelbagai jenis hidangan

Kekurangan ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square:

  • Sesak ketika waktu puncak

Spesifikasi ibis Styles Jakarta Mangga Dua Square:

Konsep: Moden Pop
Bintang: 3
Info: https://all.accor.com/hotel/9103/index.en.shtml
Lokasi: Jl. Gn. Sahari No.1, Ancol, Kec. Pademangan, Jakarta, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14420, Indonesia
Harga: Bermula RM118.00

Hotel Zuri Express Mangga Dua

Hotel Zuri Express Mangga Dua
Masih berada di kawasan pusat membeli belah terkemuka Jakarta, iaitu Mangga Dua, Hotel Zuri Express Mangga Dua juga adalah pilihan ideal untuk tetamu yang ingin melakukan aktiviti berbelanja. Hanya 5 minit berjalan kaki anda akan segera sampai ke kawasan pusat membeli belah popular tersebut. Hotel Zuri Express Mangga Dua bukan saja menawarkan perkhidmatan yang terbaik tetapi turut menawarkan pengalaman penginapan santai persis berada di rumah.

Terdapat beberapa jenis bilik tetamu yang ditawarkan Hotel Zuri Express Mangga Dua iaitu jenis superior, deluxe, eksekutif dan suite yang pastinya sesuai dengan keinginan tetamu. Hotel Zuri Express Mangga Dua bukan saja menawarkan penginapan selesa tetapi juga sesuai untuk pelbagai aktiviti keraian termasuklah aktiviti berkumpulan yang dianjurkan agensi perniagaan.
Untuk menjamu selera ketika menginap, ia tidak menjadi masalah kerana di Hotel Zuri Express Mangga Dua menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman di kafe serta restorannya.

Kelebihan Hotel Zuri Express Mangga Dua:

  • Lokasi strategik untuk membeli-belah
  • Bersih dan selesa
  • Ruangan lobi selesa dan praktikal
  • Harga berpatutan

Kekurangan Hotel Zuri Express Mangga Dua:

  • Sesak ketika waktu puncak dan hujung minggu

Spesifikasi Hotel Zuri Express Mangga Dua:

Konsep: Moden artistik
Bintang: 3
Info: http://www.zhmhotels.com/hotel/zuri-express-mangga-dua/
Lokasi: Jl. Mangga Dua Dalam No.55-56, RT.6/RW.7, Mangga Dua Sel., Kecamatan Sawah Besar, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10730
Harga: RM99.00

Menurut Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, rakyat Malaysia dikatakan kekal sebagai sumber pelancong terbesar ke Indonesia dalam kalangan negara anggota Asean sejak bertahun lamanya. Mana tidaknya, Jakarta antaranya merupakan bandar besar menjadi hub tumpuan kegemaran rakyat kita samada untuk perniagaan atau berbelanja dengan kos yang rendah. Selain itu, Jakarta mempunyai banyak lokasi pelancongan dan semestinya memiliki pelbagai status dan konsep penginapan percutian menarik. Terdapat pelbagai jenis penginapan ditawarkan di Ibu Negara Indonesia ini, pilihan bergantung kepada saiz percutian, konsep percutian, bajet dan kemudahan
Untuk tip harga berbaloi ketika memilih penginapan di luar negara, pastikan anda memilih Bahasa dan nilai matawang ikut negara tersebut. Jika bahasa bertukar dan sukar difahami, anda boleh buat terjemahan menggunakan google translate. Kemudian anda bandingkan, memang ketara harga yang ditawarkan. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak.



Related posts