Percutian Mewah & Romantik Bersama Tersayang. Ini 5 Penginapan Terapung Terbaik Di Malaysia

Melancong dan berkhemah


Tidak perlu ke luar negara, Malaysia terkenal di mata dunia memiliki pulau dan pantai yang cantik menjadi pilihan ramai pasangan untuk berbulan madu atau meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan bersama tersayang. Bukan itu sahaja malah konsep penginapan di laut atau pantai yang disediakan cukup kreatif dan privasi antaranya seperti penginapan jenis terapung di atas air. Dengan kemudahan dan pekhidmatan tahap maksimum, kebanyakkan penginapan terapung ini sangat mewah dan lebih eksklusif khas untuk pengunjung yang ingin bermadu kasih mendapatkan lebih ketenangan. Bayangkan, butiran pasir pantai memutih dihiasi barisan pokok kelapa yang melampai. Di penjuru laman dan laluan jalan kaki, hiasan tumbuhan bunga menambahkan lagi seri persekitaran penginapan terapung ini. Panorama lautan luasnya pasti membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati pandang pertama.

Bilik-biliknya yang mengadap keindahan alam serta pemandangan pasti akan memukau hati setiap pengunjung yang menginap. Deruan ombak mampu memberi ketengan dan kicauan ungas hutan menyeru ketenangan yang pastinya tidak terdapat di tempat lain. Penginapan jenis terapung merupakan destinasi yang sesuai untuk meluangkan masa dengan insan tersayang. Antara lima penginapan terapung terbaik di Malaysia untuk percutian kalian bersama tersayang seperti berikut:

Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan

Teringin berendam dalam kolam renang bersama tersayang, tetapi inginkan privasi? Anda boleh memilih untuk bercuti ke rangkaian hotel lexis di Port Dickson iaitu Lexis Hibiscus Port Dickson. Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan penginapan terapung di atas laut selat Melaka menjanjikan privasi yang diimpikan kerana setiap bilik disediakan kolam renang untuk dinikmati tanpa sebarang gangguan.

Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus Port Dickson bagaikan sekuntum bunga raya mekar di atas laut yang luas. Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan 639 villa dilengkapi kolam renang yang terdiri daripada 117 bilik menara dan 522 bilik vila di atas air. Kala senja, sorotan lampu pada setiap bilik penginapan menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini. Pada malam hari, luangkan masa bersama si dia menyaksikan pancuran air setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau yang sangat mempesonakan.

Kelebihan Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Kolam renang privasi
  • Terdapat mini Sauna di setiap bilik
  • Bilik besar, bersih dan eksklusif
  • Panorama indah di setiap penjuru penginapan

Kekurangan Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Tempahan penuh pada cuti sekolah

Spesifikasi Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: https://www.lexishibiscuspd.com/
https://www.facebook.com/lexishibiscuspd/
Lokasi: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Pakej: Promosi ‘Minimun Stay’. Dengan percutian minimun 2 malam, nikmati potongan 15% dengan pembelian di laman web rasmi
Harga: Bermula RM880.00 – RM7460.00

Avani Sepang Gold Coast Resort, Selangor

Avani Sepang Gold Coast Resort juga menawarkan penginapan berkonsep terapung atas air serba ekslusif. Bagi yang tinggal di Lembah Klang, resort terapung ini seringkali menjadi pilihan dek kerana jarak pemanduan yang tidak begitu jauh kerana terletak di daerah Sepang, Selangor. Kalau penginapan terapung sebelum ini berbentuk bunga raya, Avani Sepang Gold Coast Resort pula terkenal dengan bilik atas laut berbentuk kelapa sawit.

Avani Sepang Gold Coast Resort menawarkan lebih 315 bilik yang luas dengan empat jenis penginapan yang boleh dipilih. Resort ini menjanjikan lokasi yang tepat untuk bulan madu dan percutian bagi sekeluarga. Dikelilingi perairan Selat Melaka, suasana romantik pasti menjelma dengan pemandangan matahari terbenam dapat dilihat dari setiap bilik. Avani Sepang Gold Coast Resort, berstatus lima bintang ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti sukan air, cruise, memancing dan berbasikal.

Kelebihan Avani Sepang Gold Coast Resort, Selangor

  • Berkonsep moden tradisional
  • Bilik luas, bersih dan pemandangan yang menarik
  • Tersedia port untuk melihat matahari terbit dan terbenam
  • Berstatus 5 bintang dan menerima banyak anugerah

Kekurangan Avani Sepang Gold Coast Resort, Selangor

  • Cuti umum dan cuti sekolah kolam renang utama sesak

Spesifikasi Avani Sepang Gold Coast Resort, Selangor

Hubungi: https://www.avanihotels.com/en/sepang/rooms
https://www.facebook.com/avanisepang/
Lokasi: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Pakej: Pakej Weekend Romantic Gateway- Nikmati diskaun 20% untuk penginapan 3H2M beserta makan malam romantik, dekorasi dan permintaan tambahan disediakan.
Harga: Bermula RM465.00 – RM2558.00

Pangkor Laut Resort, Perak

Pangkor Laut Resort, Perak, merupakan destinasi resort mewah menawarkan konsep penginapan terapung terletak di Pulau Pangkor, Perak. Tidak memiliki jalan darat, untuk sampai ke Pangkor Laut Resort, Perak pengunjung perlu menaiki bot laju persendirian yang disediakan terletak di Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Pangkor Laut Resort, Perak jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut sangat sesuai untuk kalian yang ingin menghabiskan masa bersama yang tersayang tanpa gangguan.

Pilihan bilik jenis Sea Villa yang berlantaikan air laut dicadangkan jika ingin merasai penginapan berkonsepkan ala perkampungan nelayan menjanjikan kedamaian yang sukar ditemui di bandar. Menghirup secangkir kopi bersama pasangan di ruang beranda yang menghadap laut cukup mengasyikkan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekeliling Pangkor Laut Resort, Perak seperti berkayak atau bawa pasangan melayari Selat Melaka dan gugusan pulau berhampiran sambil menyaksikan matahari terbenam.

Kelebihan Pangkor Laut Resort, Perak

  • Tersedia kemudahan bot laju persendirian
  • Penginapan mewah berkonsepkan ala perkampungan nelayan
  • Bilik privasi dan besar
  • Landskap indah dan menghijau
  • Lokasi mudah melihat burung enggang

Kekurangan Pangkor Laut Resort, Perak

  • Akses terhad hanya menggunakan jalan laut

Spesifikasi Pangkor Laut Resort, Perak

Hubungi: https://www.pangkorlautresort.com/
https://www.facebook.com/pangkorlautresort/
Lokasi: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak
Pakej: Tawaran Istimewa ‘Early Bookings & Superb Savings’. Tempah awal iaitu 21 hari sebelum menginap untuk menerima diskaun 21%
Harga: Bermula RM1100.00 – RM2830.00

The Ritz-Carlton Langkawi, Kedah

Ramai yang terpaku dan terpesona melihat keindahan seni reka bentuk The Ritz-Carlton Langkawi. Lagi-lagi penginapan jenis terapung ala sarang burung di atas air. The Ritz-Carlton Langkawi, penginapan mewah lagi ekslusif bertemakan alam semula jadi mempunyai pelbagai pilihan bilik mewah yang berlatar belakangkan hutan dan laut. Paling menarik, tiada sebarang gangguan yang boleh merosakkan mood percutian anda lebih-lebih lagi ketika bersama pasangan.

Kamar penginapan di reka dengan rekaan yang elegant dan romantik bagi pasangan yang inginkan percutian berbulan madu dalam suasana romantik. Di sini juga menyediakan pakej makan malam bercahayakan lampu lilin dan belayar ketika waktu senja. Jangan lepaskan peluang bawa pasangan menikmati outdoor spa di Teratak Mahsuri yang berhadapan dengan Laut Andaman. Sambil mendapat urutan, sambil mendengar bunyi ombak memukul pantai. Bagi pasangan yang mahu menikmati pelbagai tarikan Pulau Langkawi, anda boleh memilih menerusi program pilihan di The Ritz-Carlton Langkawi seperti melawat kawasan bakau, berkayak melalui paya ataupun berjemur secara terus dari kawasan bilik.

Kelebihan The Ritz-Carlton Langkawi, Kedah

  • Bilik besar, moden, mewah dan ekslusif
  • Keselamatan dan pemantauan terjamin 24 jam
  • Suasana persekitaran romantik tidak kira siang dan malam
  • Staf ramah dan layanan dengan kelas tersendiri

Kekurangan The Ritz-Carlton Langkawi, Kedah

  • Bilik terhad

Spesifikasi The Ritz-Carlton Langkawi, Kedah

Hubungi: https://www.ritzcarlton.com/en/hotels/malaysia/langkawi/hotel-overview
https://www.facebook.com/theritzcarltonlangkawi/
Lokasi: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah
Pakej: Tidak dinyatakan
Harga: RM1550.00 – RM25,415.000

Mabul Water Bungalows, Sabah

Kecantikkan dan keunikan pulau di sekitar Semporna, Sabah memang tidak boleh disangkal lagi. Mabul Water Bungalows, Sabah merupakan penginapan terapung atas laut menjadi idaman dan kegemaran ramai pasangan berbulan madu dan juga kaki selam skuba. Kejernihan airnya pasti menjadikan aktiviti menyelam, snorkel atau mendayung sampan lutsinar bersama si dia sangat menyeronokkan. Pilihan bilik di Mabul Water Bungalows juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional dengan pelbagai kemudahan moden.

Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan mewah dan bercita rasa tinggi, menjadikan Mabul Water Bungalows, Sabah salah satu tarikan eksklusif yang terdapat disekitar pulau ini. Kemudahan, keselamatan dan perkhidmatan di Mabul Water Bungalows, Sabah adalah menyeluruh bagi memastikan kepuasan kepada tetamu yang hadir menginap di sini. Jika mengimpikan percutian ke Mabul Water Bungalows, Sabah, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di pulau nan indah ini.

Kelebihan Mabul Water Bungalows, Sabah

  • Keselamatan terjamin. Ada rondaan berkala oleh pasukan keselamatan
  • Reka bentuk tradisional dengan kemudahan moden
  • Lokasi paling ideal dan tercantik di dunia melihat matahari terbenam
  • Penginapan Insta-worthy

Kekurangan Mabul Water Bungalows, Sabah

  • Bilik penginapan terhad

Spesifikasi Mabul Water Bungalows, Sabah

Hubungi: https://www.mabulwaterbungalows.com/en/
https://www.mabul.com/mabul-water-bungalows/
Lokasi: Pulau Mabul, Semporna Sabah
Pakej: Tidak dinyatakan
Harga: Harga tertakluk kepada tarikh

Malaysia memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan keindahan pulau serta pantainya.  Dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak ada menawarkan keindahan pulau dan pantainya yang saujana mata memandang. Turut disediakan adalah aktiviti mengelilingi pulau, snorkeling dan menyelam yang pasti menawan hati anda dan pasangan yang ingin menerokai khazanah di bawah laut. Selain itu, untuk pasangan yang sedang bermadu kasih, percutian di pulau atau pantai peranginan banyak menawarkan sebuah percutian spa yang menyegarkan tubuh badan dan merehatkan minda. Jangan lupa untuk menempah hidangan makan malam yang romantik berlantaikan lautan yang luas

Percutian bersama yang tersayang selain dapat memupuk rasa kasih, ia juga bakal memberi peluang kepada anda berdua berehat seketika. Tidak kisah jika percutiaan tersebut berlangsung dalam masa yang singkat sekali pun, sedikit sebanyak mengingatkan anda kepada suasana romantik ketika bergelar pasangan kekasih atau bulan madu pada awal perkahwinan lagi-lagi jika menginap di atas resort mewah terapung.



Related posts