Mencabar & Menyeronokkan! Ini 5 Aktiviti dan Permainan Mesti Cuba Di Genting SkyWorlds Theme Park

Mencabar & Menyeronokkan! Ini 5 Aktiviti dan Permainan Mesti Cuba Di Genting SkyWorlds Theme Park
Melancong dan berkhemah


Terletak di Genting Highlands Pahang, Genting SkyWorlds Theme Park dibina di tapak seluas 26 ekar mempunyai 26 permainan dan tarikan untuk pengunjung dari semua peringkat umur sudah dibuka sepenuhnya sejak Februari 2022. Tidak hanya jauh dari kesibukan bandar, taman tema ini menjadi lokasi tepat untuk mencari keseronokan pada tahap maksimum dengan mendedahkan pelbagai permainan yang menarik dan menguji tahap ketahanan mental serta fizikal anda. Genting SkyWorlds Theme Park adalah destinasi paling praktikal untuk bergembira bersama keluarga atau teman khususnya pada hari minggu.

Malah Genting Skyworlds Theme Park akan membawa pengunjung mengembara ke dunia unik yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Setiap ‘dunia’ akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan yang dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif.

Terkini, terdapat promosi ekslusif istimewa sah sehingga 30 Jun 2022 iaitu Pakej 1-Hari Tiket+ Pergi Balik Awana SkyWay – (Dewasa) RM160 (Kanak-Kanak) RM137 atau Pakej promosi 2 Hari Taman Tema & Bilik 2H1M berharga serendah RM456. Untuk tempahan dan maklumat lanjut layari https://www.gentingskyworlds.com/ atau melalui aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds (tersedia untuk dimuat turun melalui Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery). Namun harga boleh berubah tertakluk kepada promosi dari masa ke semasa.
Jom cuba antara lima aktiviti dan permainan yang mencabar dan menyeronokkan ini di Genting SkyWorlds Theme Park!

Central Park (Night at The Museum, Independence Day, ESD Global Defender)

Central Park (Night at The Museum, Independence Day, ESD Global Defender)
Bahagian Central Park merupakan kawasan terbesar di Genting SkyWorlds Theme Park. Terdapat tarikan pelbagai dikawasan ini antaranya Natural History Museum atau pertunjukan air pancut yang menakjubkan di Lake of Dreams. Tarikan utama paling menarik di Central Park pastinya Night at The Museum memberikan pengalaman seolah-olah berada di muzium nyata filem popular tersebut. Cuba permainan berpasangan ‘Shot the Monkey’ dengan mengira jumlah mata terkumpul untuk mencari pemenang. Rasailah pengalaman menakjubkan di Independence Day: Defiance di bahagian Central Park. Pengunjung dibawa meneroka dunia moden sambil menikmati kota 4D, sebuah pengembaraan dari bumi yang menunjukkan keindahan Kuala Lumpur ke angkasa lepas tetapi diserang oleh makhluk asing akan buatkan anda berdebar. Bagi mereka yang inginkan kelainan, ESD Global Defender adalah aktiviti pilihan terbaik di Central Park. Permainan ini akan berpusing 360 darjah dan penumpang boleh mengawal kedua-dua sayap pesawat pada sebelah kiri dan kanan seolah-olah sedang menembak musuh.

Kelebihan produk

  • Bahagian paling besar
  • Memiliki tarikan dan aktiviti utama wajib cuba
  • Level keseronokan sangat mencabar
  • Produk di kedai cenderamata sangat menarik

Kekurangan produk

  • Lokasi paling sesak dan ramai pengunjung

Spesifikasi produk

Pautan https://www.gentingskyworlds.com/en/world/central-park.html
Level Mild & High
VQ reservation Dibenarkan
Harga Termasuk dalam tiket utama

Ice Age (Sid’s Rock ‘N’ Slide, Mammoth Fun Zone)

Ice Age (Sid's Rock ‘N’ Slide, Mammoth Fun Zone)
Rentas masa ke zaman pra-sejarah di dunia Ice Age. Sertai Sid dan rakan-rakannya di Ice Age: Expedition Thin Ice dalam perjalanan mereka melalui gua ais, Geotopia dan terowong lava untuk mencari dan menyelamatkan pekhemah Campo De Sid yang hilang. Acorn Adventure membawakan pengalaman menaiki rollercoaster mendebarkan yang menampilkan Scrat dalam usahanya untuk mencari buah oak yang elusif di atas puncak pergunungan bersalji. Pengembaraan diteruskan di Sid’s Rock N Slide bersama Sid dan Diego dengan menaiki permainan kayu balak yang dihanyutkan air penuh aksi. Sementara itu, Mammoth Fun Zone menjanjikan keseronokan, keterujaan dan suasana yang penuh bertenaga untuk si comel. Pancutan air yang keluar secara tiba-tiba dari mulut Ikan Piranha menambahkan lagi keseronakan kanak-kanak. Ada dua lagi permainan bakal dibuka tidak lama lagi iaitu Ice Age: Expedition Thin Ice dan Acorn Adventure.

Kelebihan produk

  • Aktiviti menarik sesuai untuk kanak-kanak
  • Lokasi menarik untuk OOTD
  • Kemudahan tempat simpan barang peribadi

Kekurangan produk

  • Permainan di sini akan membuatkan pengunjung basah terkena air
  • Ada dua tarikan masih belum dibuka untuk pengunjung

Spesifikasi produk

Pautan https://www.gentingskyworlds.com/en/world/ice-age.html
Level Medium & Mild
VQ reservation Dibenarkan
Harga Termasuk dalam tiket utama

Andromeda Base (Terraform Tower Challenge, Alpha Fighter Pilots, Boot Camp Training)

Andromeda Base (Terraform Tower Challenge, Alpha Fighter Pilots, Boot Camp Training)
Andromeda Base adalah bahagian khas buat pengunjung yang suka akan cabaran. Terraform Tower Challenge merupakan permainan nombor satu paling menggerunkan di Genting Skyworlds. Ketakutan terasa ketika menaiki permainan ini dengan jeritan para penumpang yang jelas kedengaran dari kejauhan lagi menawarkan keterujaan dan keseronokan berskala galaksi dengan pemandangan yang hebat dari kedudukan yang baik. Latih tubi diteruskan di Boot Camp Training yang menguji kekuatan fizikal di tahap minimum memandangkan anda akan dipakaikan tali keselamatan yang membantu untuk berjalan dititian, memanjat tembok dan pagar, serta tali gelongsor. Manakala Alpha Fighter Pilots akan membawa para pengunjung merasai simulasi 360 darjah peperangan angkasa yang mengujakan.

Kelebihan produk

  • Bahagian paling mencabar
  • Tarikan utama dan popular
  • Kemudahan tempat simpan barang peribadi

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk individu mempunyai penyakit terutama masalah jantung
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang kecil dan ketinggian minimum adalah diwajibkan

Spesifikasi produk

Pautan https://www.gentingskyworlds.com/en/world/andromeda-base.html
Level Medium & High
VQ reservation Dibenarkan
Harga Termasuk dalam tiket utama

Rio! (Blue Sky Carousel, Samba Gliders, Rio Carnaval Chaos!)

Rio! (Blue Sky Carousel, Samba Gliders, Rio Carnaval Chaos!)
Bagi menghangatkan suasana, anda boleh memilih untuk bermain dan merasai pengalaman di Rio! Terdapat tarikan aktiviti dan permainan berwarna-warni seperti Blue Sky Corousel, Samba Gliders dan Rio Carnaval Chaos! Di sini adalah tumpuan untuk semua peringkat umur samada dewasa juga kanak-kanak. Jangan lepaskan peluang menikmati kawasan kejiranan Santa Teresa sambil merakam gambar indah berlatar muzik samba sepanjang jalan. Pastikan anda semak masa persembahan yang akan diadakan di Rio Centro Stage ini. Ketika itu jangan lepaskan peluang bertemu watak-watak utama animasi Rio!

Kelebihan produk

  • Aktiviti menarik sesuai untuk kanak-kanak
  • Lokasi menarik untuk OOTD
  • Bahagian paling meriah dan berwarna-warni
  • Ada banyak kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti tandas, ruang makan dan kerusi rehat

Kekurangan produk

  • Waktu persembahan kadangkala bertukar masa

Spesifikasi produk

Pautan https://www.gentingskyworlds.com/en/world/rio.html
Level Mild & Medium
VQ reservation Dibenarkan
Harga Termasuk dalam tiket utama

Robots Rivet Town (Bigweld’s Zeppelins, Rivet Town Roller)

Robots Rivet Town (Bigweld's Zeppelins, Rivet Town Roller)
Diadaptasi dari filem RoBoTS, nikmati keriangan untuk seisi keluarga di dunia Robots Rivet Town yang meriah juga berwarna-warni seperti di Rio! Pengunjung boleh cuba menaiki Bigweld’s Zeppelins untuk menyaksikan pemandangan Robots Rivet Town yang begitu indah. Terletak di bahagian bawah adalah permainan Rivet Town Roller, permainan kapsul yang sedikit mencabar dan sesuai untuk mereka yang berani. Bawa si kecil berkumpul untuk keseronokan keluarga tanpa henti dalam dunia Robot yang meriah! Biarkan imaginasi mereka melonjak sambil anda membina keseronokan tersendiri bersama keluarga, rakan-rakan juga tersayang! Jangan lepaskan peluang membawa pulang buah tangan seperti produk dari filem RoBoTS!

Kelebihan produk

  • Aktiviti menarik sesuai untuk mereka yang suka cabaran
  • Lokasi menarik untuk OOTD
  • Tersedia kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti tandas, dan ruang makan
  • Cenderamata yang dijual di bahagian ini sangat menarik

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai untuk individu mempunyai penyakit terutama masalah jantung

Spesifikasi produk

Pautan https://www.gentingskyworlds.com/en/world/robots-rivet-town.html
Level Mild & High
VQ reservation Dibenarkan
Harga Termasuk dalam tiket utama

Jangan lupa untuk muat naik Aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds ketika berkunjungan ke taman tema ini. Aplikasi ini membolehkan pengunjung untuk mengemudi dan menikmati tarikan-tarikan di taman ini secara efektif. Aplikasi ini juga turut diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ) iaitu perkhidmatan tempahan dan perancangan jadual kunjungan. Ciri ini membolehkan pengunjung membuat tempahan bagi tarikan dan permainan yang terpilih sebelum dan pada masa kunjungan ke Genting SkyWorlds. Genting SkyWorlds Theme Park juga sangat mengutamakan kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan semua pengunjungnya. Hanya pengunjung yang telah mendapat vaksinasi penuh dibenarkan untuk masuk ke Genting SkyWorlds Theme Park.

Dibina di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Genting SkyWorlds Theme Park bakal membawa anda satu pengalaman yang mengujakan dan melangkaui imaginasi. Untuk menikmati Genting SkyWorlds Theme Park dengan sepenuhnya, pengunjung harus memakai pakaian yang selesa dan kasut tertutup. Anda dinasihatkan untuk membawa bersama sehelai jaket atau kardigan untuk cuaca sejuk di Genting Highlands.



Related posts