5 Suplemen Kalsium Terbaik Di Malaysia Untuk Tulang Yang Lebih Sihat dan Kuat

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh yang penting. Tulang yang kuat membantu tubuh menjadi sihat sekaligus menjamin kualiti kehidupan yang sempurna. Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan mengekalkannya sihat. Peratusan kalsium tubuh banyak terdapat dalam tulang dan diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Kalsium juga membantu pembekuan darah, transmisi neuron, pengecutan otot, berperanan dalam mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Setiap tubuh manusia membina tulang baharu dengan pantas. Tetapi apabila umur meningkat saban tahun, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang baru yang akan dibina. Faktor peningkatan usia menyebabkan kepadatan tulang mula berkurangan selain menipis. Oleh kerana itu, setiap individu perlu memastikan tulang kekal kuat dan sihat dengan pengambilan diet atau makanan tambahan (suplemen) berasaskan kalsium. Ia sangat penting bagi membekalkan tulang dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang mencukupi, ia meningkatkan risiko mengalami tulang reput (osteoporosis). Ini antara 5 pilihan suplemen kalsium terbaik di Malaysia dicadangkan untuk anda agar tulang menjadi lebih sihat dan kuat.
Caltrate Bone & Muscle 50+
Penuaan merupakan proses semula jadi yang berlaku kepada semua manusia dan tidak dapat dielak. Penjagaan kesihatan seawal usia sehingga dewasa mempengaruhi tahap kesihatan seseorang menjelang usia emas mereka. Caltrate Bone & Muscle 50+ suplemen kalsium diimport dari Australia, terbaik dicadangkan untuk individu dewasa berusia 50 tahun ke atas. Produk ini dipercayai dan laris dipasaran. Pengambilan makanan tambahan ini dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan yang lebih berkualiti. Selain mengandung kalsium, Caltrate Bone & Muscle 50+ diformulasikan bersama Vitamin D3, Magnesium dan Zink yang baik untuk kesihatan tulang serta membekalkan nutrien mencukupi.
Kelebihan produk
- Dijual dipasaran pada harga yang berbaloi
- Produk dipercayai dan laris dipasaran khas untuk warga emas
- Satu botol tahan untuk tempoh kegunaan satu bulan setengah
Kekurangan produk
- Mengandungi produk kacang soya. Tidak sesuai untuk individu yang mempunyai alahan tertentu
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 100 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Untuk kegunaan orang dewasa berusia 50 tahun ke atas. Ambil satu tablet, dua kali sehari selepas makan. |
Harga | RM54.98 |
Amway Nutrilite Cal Mag D Plus
Nutrilite Cal Mag D Plus merupakan jenama suplemen kalsium pilihan ramai dan dipercayai sejak berzaman keluaran Amway. Produk ini memberikan nutrien dan mineral yang optimum untuk tulang yang lebih kuat dan lebih sihat, hasil formula dipertingkatkan dan ditambah Vitamin D. Penyerapan kalsium ke dalam tulang bertambah baik kerana dos harian Cal Mag D Plus mengandungi lebih banyak Vitamin D berbanding dengan 3 cawan susu. Nutrilite Cal Mag D Plus memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi, mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Produk ini juga sesuai untuk kegunaan wanita hamil dan ibu dalam pantang yang memerlukan nutrisi tambahan membantu mengatasi masalah kekejangan otot, dan sakit sendi, sakit tumit.
Kelebihan produk
- Tanpa perasa tiruan, pengawet dan garam
- Sesuai untuk wanita hamil dan ibu dalam pantang
- Diformulasi dengan kandungan semulajadi
- Tidak mempunyai bahan yang mengakibatkan alahan
Kekurangan produk
- Produk ini tidak disarankan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 180 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Untuk dewasa, ambil satu tablet, tiga kali sehari ketika makan. |
Harga | RM76.50 |
Kordel’s Calcium & Magnesium Plus
Jika mencari suplemen kalsium pada harga bajet namun berkesan untuk kesihatan tulang, Kordel’s Calcium & Magnesium Plus sangat dicadangkan. Hampir 4 tahun kajian dilakukan untuk menghasilkan makanan tambahan ini dan berjaya membuktikan ia sangat berkesan untuk mengelak berlakunya kerapuhan tulang badan. Kandungan Kalsium dan Magnasium dibahagikan dengan nisbah 2:1 sesuai untuk keperluan kesihatan tulang, gigi, sendi dan otot. Kordel’s Calcium & Magnesium Plus dirumus bersama Vitamin D, Zink, Molybdenum, Manganese dan campuran cuka epal untuk kegunaan lelaki dan wanita bagi pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Produk ini juga sesuai untuk dijadikan makanan tambahan buat warga emas, wanita hamil dan ibu dalam pantang dengan nasihat pakar kesihatan.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Sesuai untuk warga emas, wanita hamil dan ibu dalam pantang
- Mudah ditelan
- Kandungan Kalsium dan Magnasium dibahagikan dengan nisbah 2:1
Kekurangan produk
- Simpan ditempat kering sahaja
- Menggunakan botol kaca. Mudah pecah jika jatuh
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 60 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Ambil 1 ke 4 tablet setiap hari pada waktu malam. |
Harga | RM24.90 – RM33.88 |
Shaklee OsteMatrix
Shaklee OsteMatrix tidak perlu diperkenalkan lagi, antara jenama suplemen kalsium terlaris dan dipercayai di Malaysia. Shaklee OsteMatrix diformulasi khas dengan campuran tujuh nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Pengambilan setiap hari menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah diukur dalam tempoh 12 jam sahaja. Sebiji Ostematrix dikatakan bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium atau 80 biji badam. Kalsium yang diserap digunakan badan untuk membina dan mengekalkan tulang menjadi kuat dan sihat. Selain itu, Shaklee OsteMatrix berkesan membantu mengurangkan risiko sakit belakang serta melindungi gigi kukuh sepanjang kehidupan anda.
Kelebihan produk
- Tablet bersaiz kecil, mudah ditelan
- Satu botol tahan untuk tempoh kegunaan lebih sebulan
- Diformulasi khas dengan campuran tujuh nutrien penting
- Berkesan untuk individu mempunyai masalah sakit tulang belakang
Kekurangan produk
- Perlu kerap minum air. Air diperlukan untuk penyerapan secara optimum
- Cara makan perlu ambil lebih daripada 1 tablet sehari
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 120 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Untuk dewasa sahaja. Ambil 3 tablet sekali sehari selepas makan. |
Harga | RM55.00 – RM61.25 |
Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D
Simptom penyakit tulang rapuh boleh dikurangkan dengan pengambilan Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D yang membantu menyokong kesihatan tulang dan gigi. Produk ini tidak mengandungi sebarang tambahan laktosa atau gluten. Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D formulasi bersama vitamin dan mineral penting mendorong penyerapan lebih kalsium untuk membantu mengekalkan kepadatan tulang secara keseluruhan. Jumlah kalsium yang mencukupi dalam satu tablet Life Extension Calcium Citrate with Vitamin D membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan dengan betul. Produk ini juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda.
Kelebihan produk
- Kapsul yang mudah diserap mendorong pengambilan kalsium yang optimum
- Tempoh kegunaan produk tahan sehingga 2 bulan
- Tidak mengandungi sebarang tambahan laktosa atau gluten
Kekurangan produk
- Perlu simpan ditempat sejuk dan kering
- Produk perlu dijauhi daripada kanak-kanak
Spesifikasi produk
Bilangan kapsul | 200 tablet |
---|---|
Cadangan penggunaan | Ambil satu kapsul untuk sekali hingga empat kali sehari ketika makan atau dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan. |
Harga | RM99 – RM150 |
Kalsium merupakan elemen penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kalsium diperlukan untuk beberapa proses fisiologi tubuh dan penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Penyerapan kalsium dalam tubuh manusia turut dibantu oleh vitamin D. Pengambilan kalsium bersama vitamin D akan mempercepatkan proses penyerapan kalsium. Oleh itu dicadangkan agar suplemen kalsium yang anda pilih turut ditambah dengan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dalam tubuh. Kedua nutrien tersebut bekerjasama untuk menjaga kesihatan tulang anda dan terbukti dapat mengurangkan risiko tulang reput dan patah tulang terutama kepada orang dewasa serta warga emas.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil produk suplemen, pastikan anda mengambil dalam dos yang betul dan dibenarkan. Penting diingatkan bahawa rawatan menggunakan suplemen kalsium bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk tulang. Dapatkan nasihat pakar atau hubungi pakar perubatan terdekat. Pengetahuan mengenai kandungan elemen kalsium adalah penting semasa memilih suplemen berasaskan kalsium. Pilihlah suplemen kalsium yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Suplemen yang berdaftar adalah dijamin keselamatan dan kualitinya, manakala suplemen yang tidak berdaftar dikhuatiri dicemari dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri.