Cuba 5 Ubat Gigi Ini Untuk Masalah Gusi Sensitif. Gusi Sihat, Senyuman Menawan!

Cuba 5 Ubat Gigi Ini Untuk Masalah Gusi Sensitif. Gusi Sihat, Senyuman Menawan!
Kesihatan dan kecantikan


Masalah gigi dan gusi sensitif boleh mengganggu kehidupan seharian individu yang mengalaminya. Ia adalah rasa tidak selesa atau sakit seperti ngilu apabila terkena makanan atau minuman panas, sejuk, manis dan masam. Masalah gusi bermula apabila plak terbentuk di bawah dan sepanjang garis gusi. Jangkitan awal gingivitis atau radang gusi menunjukkan gejala biasa seperti pendarahan gusi yang mudah, bengkak, meninggalkan rasa tidak selesa di mulut dan punca penyebab gigi ngilu serta nafas berbau.

Punca masalah gusi ialah manifold, iaitu tidak memberus gigi dengan betul, tidak menjaga kebersihan mulut atau tidak berjumpa dengan doktor gigi. Apabila masalah pendarahan gusi tidak diendahkan, ia mengundang perkembangan periodontitis yang boleh memusnahkan gusi, tulang dan tisu yang berkaitan dengan gigi. Rawatan awal perlu dilakukan sendiri di rumah seperti mengubah tabiat memberus gigi, dan menukar ubat gigi yang mempunyai kandungan untuk merawat masalah gigi dan gusi sensitif. Ini lima jenama ubat gigi disyorkan untuk anda yang mempunyai masalah gusi sensitif. Jika gusi anda sihat, senyuman anda sudah semestinya menawan!

SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste

SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste

SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste jenama ubat gigi sensitif nombor satu di negara. SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste dipercayai mampu meredakan rasa ngilu pada masalah gigi dan meningkatkan kesihatan pada gusi sensitif. SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste diformulasikan dwi-aksi yang bertindak membina lapisan di atas dan dalam tiub dentin gigi sensitif bagi menghalang rasa ngilu gigi sensitif, menanggal dan menyekat pembiakan bakteria pada plak yang seterusnya meningkatkan kesihatan gusi. SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste mengandungi potasium nitrat yang membantu menyekat rangsangan saraf daripada liang tubul yang terdedah sehingga mampu meresap jauh ke dalam dentin. Selain itu, kandungan Strontium asetat dalam ubat gigi ini pula mempunyai elemen serupa seperti kalsium dan menggantikan kalsium yang hilang. Ini akan mencegah pergerakan cecair dalam liang tubul yang menyebabkan rangsangan kesakitan. Teknologi NovaMin SENSODYNE Sensitivity & Gum Toothpaste pula terbukti secara saintifik untuk memulih gigi sensitif dengan membentuk lapisan seperti gigi dan menutup permukaan yang terjejas.

Kelebihan produk

  • Jenama ubat gigi sensitif nombor satu di negara
  • Diformulasikan dwi-aksi
  • Menanggal dan menyekat pembiakan bakteria
  • Kandungan Strontium asetat mempunyai elemen seperti kalsium

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Berat 100g
Cadangan penggunaan Guna dua kali sehari
Harga RM16.65

Colgate Sensitive Pro Relief Complete Protection

Colgate Sensitive Pro Relief Complete Protection

Colgate Sensitive Pro Relief Complete Protection jenama ubat gigi ini terbukti secara klinikal dan disyorkan oleh doktor gigi seluruh dunia sebagai penyelesaian terhadap sensitiviti gigi dan gusi untuk kelegaan segera dan tahan lama. Colgate Sensitive Pro Relief Complete Protection mengandungi teknologi Pro-Argin yang berkesan menyumbat tubul dentin yang terdedah. Formulasi ini akan menyekat penghantaran haba, sejuk, udara atau tekanan daripada merangsang reseptor dalam gigi, dengan itu menghalang punca rasa tajam yang tidak selesa. Dengan penggunaan kerap, Colgate Sensitive Pro Relief Complete Protection bertindak sebagai tembok penutup yang kukuh dan tahan lama, sebagai pelindung terhadap sensitiviti yang akan menghilangkan rasa sakit dan memberi kebebasan untuk menikmati makanan dan minuman kegemaran tanpa bimbang. Untuk kelegaan segera, gunakan Colgate Sensitive Pro Relief Complete Protection pada gigi sensitif dua kali sehari selama tidak lebih dua minit setiap sesi.

Kelebihan produk

  • Terbukti secara klinikal dan disyorkan oleh doktor gigi
  • Mengandungi teknologi Pro-Argin
  • Harga berpatutan
  • Mudah ditemui di pasaran

Kekurangan produk

  • Kesan dapat dilihat selepas penggunaan kerap

Spesifikasi produk

Berat 110g
Cadangan penggunaan Guna dua kali sehari
Harga RM11.30

Himalaya Sensitive Toothpaste

Himalaya Sensitive Toothpaste

Setengah-setengah ubat gigi menyediakan penyelesaian sementara iaitu hanya memberi rasa kebas terhadap gigi dan gusi daripada ketidakselesaan dari masa ke semasa. Oleh itu, penting untuk mendapatkan ubat gigi yang menyasarkan kepada punca sensitiviti gigi sebenar. Himalaya Sensitive Toothpaste adalah penemuan formulasi herba semulajadi daripada miswak, ekstrak kulit badam dan menthol yang berasaskan perlindungan Phyto yang memberikan kesan segera dan kelegaan berpanjangan untuk gigi yang sensitif. Himalaya Sensitive Toothpaste dikenali sebagai pakar herba untuk kesihatan gusi, dengan menggunakan 100% kandungan tumbuhan dan herba serta bahan yang bebas parabens. Himalaya Sensitive Toothpaste melindungi gusi anda, membantu mencegah pendarahan gusi, dan mengekalkan kesihatan gusi untuk kesegaran sepanjang hari.

Kelebihan produk

  • Diformulasi dengan tumbuhan semulajadi
  • Perlindungan Phyto yang memberikan kesan segera dan kelegaan berpanjangan
  • Menggunakan 100% kandungan herba
  • Bebas parabens

Kekurangan produk

  • Stok terhad di pasaran terpilih

Spesifikasi produk

Berat 100g
Cadangan penggunaan Guna dua kali sehari
Harga RM13.70

PARODONTAX Original – Help Fight and Prevent Bleeding Gums

PARODONTAX Original - Help Fight and Prevent Bleeding Gums

PARODONTAX Original – Help Fight and Prevent Bleeding Gums jenama tidak asing membantu ramai penghidap gigi dan gusi sensitif. PARODONTAX Original – Help Fight and Prevent Bleeding Gums ubat gigi berfluorida telah terbukti secara klinikal memperbaiki masalah gusi berdarah jika digunakan secara berterusan sehingga 12 minggu. PARODONTAX Original – Help Fight and Prevent Bleeding Gums melawan pembentukan plak dengan cara memecahkannya dan memusnahkan bakteria plak. Ia juga membantu untuk mencegah gingivitis, iaitu punca terjadinya masalah gusi berdarah. Kandungan ubat gigi ini mengandung natrium fluorida yang membantu untuk gigi lebih tahan reput dan tahan daripada dijangkiti bakteria, untuk mencegah daripada terjadinya kaviti (masalah gigi berlubang). Selain itu, PARODONTAX Original – Help Fight and Prevent Bleeding Gums juga mengandung natrium bikarbonat yang berfungsi untuk mencegah masalah pereputan gigi, gigi berlubang dan penyakit gusi, begitu juga untuk memutihkan gigi kita.

Kelebihan produk

  • Melawan pembentukan plak
  • Membantu untuk mencegah gingivitis
  • Mengandungi natrium fluoride dan natrium bikarbonat
  • Terbukti secara klinikal memperbaiki masalah gusi berdarah

Kekurangan produk

  • Kesan dapat dilihat selepas penggunaan kerap beberapa minggu

Spesifikasi produk

Berat 90g
Cadangan penggunaan Guna dua kali sehari atau tidak lebih tiga kali.
Harga RM12.26

Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing

Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing

Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing ubat gigi khas yang diformulasikan secara profesional untuk penjagaan kesihatan mulut dan merawat masalah gusi sensitif. Diinfusi dengan 5 ekstrak botani iaitu kekwa salji, sage, melur, minyak kayu putih dan cengkeh, Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing memberikan kesan kelegaan ekstra pada gusi dengan pantas. Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing mengandungi zink sitrat dan formula Dwi Tindakan untuk menanggalkan plak dengan efektif, menghapuskan 99.9 peratus bakteria dan mencegah pertumbuhan plak di antara celah gigi. Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing juga berupaya mencegah pertumbuhan bakteria jahat dengan pengurangan sebanyak 42 peratus terhadap punca bau mulut selama 12 jam selepas memberus. Gusi dan gigi sihat selepas penggunaan berterusan selama 7 hari. Darlie Gum & Teeth Protect Natural Soothing membawa pengguna gigi dan gusi sensitif satu langkah lebih dekat dengan senyuman yang sempurna.

Kelebihan produk

  • Diinfus dengan 5 ekstrak botani
  • Mengandungi zink sitrat
  • Formula Dwi Tindakan menanggalkan plak dengan efektif
  • Menghapuskan 99.9 peratus bakteria
  • Kesan penggunaan berterusan selama 7 hari

Kekurangan produk

  • Stok terhad di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Berat 140g
Cadangan penggunaan Guna dua kali sehari
Harga RM13.99

Summary

Jika anda menemui darah di dalam mulut ketika anda memberus gigi, ia mungkin petanda awal penyakit gusi. Simptom-simptom bagi penyakit gusi termasuklah gusi bengkak, gusi berdarah, nafas berbau busuk, gusi menyusut dan kehilangan gigi. Penjagaan kesihatan gigi dan gusii sama penting seperti menjaga bahagian anggota tubuh lain. Bagi mendapatkan gigi dan gusi yang sihat dan kuat, penjagaan sewajarnya dilakukan dari awal. Namun begitu, masih belum terlambat jika anda mempunyai masalah gusi sensitif dan tidak sihat, cuba beberapa ubat gigi khas yang sesuai dengan masalah dalam mulut anda.

Selain menggunakan ubat gigi sesuai untuk merawat masalah gusi sensitif, dapatkan pemeriksaan mulut anda di klinik gigi berdekatan. Rujuk pakar dan doktor gigi berpengalaman untuk nasihat atau sesi kaunseling yang lebih menyeluruh.



Related posts