5 Bajet Ipad & Tablet Terkini Harga Bawah RM1000 Di Malaysia

5 Bajet Ipad & Tablet Terkini Harga Bawah RM1000 Di Malaysia
Peralatan mudah alih dan aksesori


Ipad dan tablet merupakan peranti mudah alih yang lebih besar dari telefon pintar. Suka ataupun tidak, pada era kini pengetahuan ICT menguasai dunia dan seisinya, jika perhatikan keadaan sekeliling pengguna gajet seperti ini pada hari ini sudah dianggap sebagai barangan keperluan tidak kira untuk sesiapa sahaja samada warga tua, dewasa, golongan muda malah untuk kanak-kanak.
Gajet seperti Ipad dan tablet bukan saja medium komunikasi sebaliknya menjadi tempat untuk mengetahui maklumat semasa, produktiviti tugasan harian selain komunikasi antara individu sehingga kepada kelompok besar. Pada hari ini juga bukan menjadi kehairanan apabila kita melihat kanak-kanak sudah memegang ipad dan tablet mungkin untuk menonton kartun atau sebagainya malah bukan satu perkara pelik, murid di peringkat sekolah rendah sudah memiliki peranti ini sendiri.
Kini menerusi ipad dan tablet sahaja boleh melaksanakan persidangan video, menghadiri seminar atas talian, menghantar mesej, mencari maklumat, merakam suara dan mengambil gambar. Melalui aplikasi dalam setiap gajet tersebut juga kreativiti dapat ditingkatkan seperti gubahan muzik, lukisan dan banyak lagi. Mencari ipad dan tablet terkini dengan storan yang baik dan memuaskan? Ini cadangan gajet ipad dan tablet bajet iaitu ditawarkan pada harga bawah RM1,000.

Lenovo Tab P11 Plus

Lenovo Tab P11 Plus
Lenovo Malaysia, memperkenalkan model terbaru tabletnya, Lenovo Tab P11 Plus yang didatangkan dengan inovasi teknologi terkini. Bagi pengguna yang masih mencari-cari kombinasi tablet pada harga bejat model terbaru dari Lenovo ini adalah jawapan yang tepat terutama menerusi pelbagai fungsi yang ditampilkan.
Lenovo Tab P11 Plus memfokuskan kepada sokongan multimedia pada tablet ini, maka ia turut dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos terbina untuk penawaran audio menarik, selain turut menawarkan projektor terbina untuk membolehkan pengguna membuat tayangan video atau gambar terus ke skrin besar menggunakannya.
Lenovo Tab P11 Plus dikuasakan oleh pemproses CPU Mediatek MT6785 Helio G90T (12 nm) dengan storan 6GB RAM 64GB ROM. Peranti ini juga mempunyai skrin 11.0-inci IPS LCD. Ia mempunyai kamera belakang 13 MP, (wide), AFMP dan menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps dan LTE-A. Ia juga dilengkapi dengan Li-Po 7700 mAh dengan ketebalan peranti 7.5 mm, seberat 490g, dan menggunakan Android 11.

Kelebihan Lenovo Tab P11 Plus

  • Bateri 7,700mAh tahan lama
  • Bunyi yang baik dengan pembesar suara Dolby Atmos
  • Skrin memuaskan dengan paparan IPS 2K yang jelas
  • Ringan dan nipis

Kekurangan Lenovo Tab P11 Plus

  • Tiada bicu fon kepala 3.5m

Spesifikasi Lenovo Tab P11 Plus

Saiz 11 inci
Pemproses Mediatek MT6785 Helio G90T
Harga RM999.00

Redmi Pad

Redmi Pad
Xiaomi baru-baru ini telah mengeluarkan tablet kelas pertengahan iaitu Redmi Pad. Terdapat tiga varian Redmi Pad di Malaysia dengan sambungan WiFi iaitu RAM 3GB + Storan 64GB, RAM 4GB + Storan 128GB dan RAM 6GB + Storan 128GB. Redmi Pad menggunakan cip Mediatek Helio G99 6nm sebagai kuasa penggerak utama. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR4X sehingga 6GB, serta storan UFS 2.2 sehingga 128GB.
Redmi Pad boleh bersambung ke WiFi 2.4GHz/5GHz untuk internet serta memiliki Bluetooth v5.3. Kelebihan paling utama Redmi Pad adalah pada skrin LCD 90Hz seluas 10.61-inci tanpa takuk dan lubang, serta resolusi 2K (2000×1200). Tahap kecerahan tertinggi mencecah 400 nits. Terdapat dua kamera pada Redmi Pad iaitu di bahagian belakang 8MP dan hadapan 8MP ultra lebar, dengan sudut pandang seluas 105-darjah.
Menariknya, Redmi Pad mempunyai FocusFrame yang sangat berguna ketika persidangan video kerana boleh menetapkan muka pengguna sentiasa di tengah video walaupun pengguna sedang bergerak. Sistem bunyi stereo Redmi Pad dihasilkan oleh empat pembesar suara di kiri dan kanan tablet yang menyokong teknologi Dolby Atmos untuk bunyi sekeliling yang menawan.

Kelebihan Redmi Pad

  • Bateri tahan lama sebesar 8,000mah
  • Ada 3 pilihan warna iaitu kelabu, perak dan hijau
  • Bunyi yang baik dengan pembesar suara Dolby Atmos
  • Miliki FocusFrame, berguna ketika persidangan video

Kekurangan Redmi Pad

  • Kurang promosi
  • Tiada sokongan internet mudah alih
  • Tiada slot kad SIM

Spesifikasi Redmi Pad

Saiz 10.61 inci
Pemproses MediaTek Helio G99 6nm
Harga RM899.00

Oppo Pad Air

Oppo Pad Air
Menyedari tablet menjadi antara salah satu peranti yang menjadi pilihan pengguna, Oppo melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Oppo Pad Air. Ditawarkan pada harga mampu milik, Oppo Pad Air dilengkapi dengan paparan IPS berukuran 10.36 inci dengan resolusi 2000×1200 dan menawarkan kadar penyegaran semula 60Hz.
Oppo Pad Air dijana dengan pemproses saiz pertengahan iaitu Snapdragon 680 dan didatangkan dengan dua variasi storan berkapasiti 64GB dan 128GB. Kedua-dua variasi tersebut mempunyai 4GB RAM. Oppo Pad Air turut mempunyai ciri penambahan RAM yang membolehkannya ditambah pada peranti secara maya. Daripada sudut rekaan peranti yang berketebalan 6.94 mm dengan berat hanya 440 gram, Oppo Pad Air kelihatan premium kerana badannya dihasilkan daripada aluminium.
Oppo Pad Air dilengkapi dengan ciri Multi Screen Connect yang menyokong pengguna menjalankan pelbagai tugas dengan dengan telefon pintar mereka. Ia turut dilengkapi dengan perisian Color 12.1 dan mempunyai pelbagai ciri tambahan seperti pelancaran dua aplikasi serentak. Oppo Pad Air sesuai untuk pengguna yang sering menjadikan tablet untuk medium menonton hiburan kerana ia dilengkapi dengan empat pembesar suara yang disokong Dolby Atmos.

Kelebihan Oppo Pad Air

  • Bateri tahan lama berkapasiti 7,100mah
  • Bunyi yang baik dengan pembesar suara Dolby Atmos
  • Rupa premium
  • Dilengkapi dengan perisian Color 12.1

Kekurangan Oppo Pad Air

  • Tiada bicu fon kepala 3.5m

Spesifikasi Oppo Pad Air

Saiz 10.36 inci
Pemproses Cipset Qualcomm Snapdragon 680
Harga RM791.00

Nokia T20

Nokia T20
Jika anda peminat jenama Nokia, Nokia T20 adalah jenis tablet bajet yang tidak harus dilepaskan. Nokia T20 hadir dengan skrin 10.4-inci, dikuasakan oleh pemproses CPU Unisoc T610 (12 nm) dengan memori serta storan 4GB RAM, 64GB ROM. Nokia T20 menyokong paparan 2K, sekaligus dioptimasikan untuk menikmati kandungan multimedia melaluinya, disamping turut menambah ciri Google Kids Space khusus untuk kanak-kanak.
Nokia T20 hadir dengan Android 11 dengan kemaskini sistem operasi selama 2 tahun, dan sekuriti bulanan selama 3 tahun. Dari segi bateri, Nokia T20 menawarkan sokongan penggunaan bateri sehingga 15 jam untuk pelayaran web, atau menikmati filem selama 10 jam lamanya. Nokia T20 mempunyai kamera belakang 8 MP, AFMP dan menyokong Wifi, Bluetoth, GPS, HSPA dan LTE Cat4 150/50 Mbps. Ia juga dilengkapi dengan Li-Po 8200 mAh dengan ketebalan peranti 7.8 mm, seberat 470g.

Kelebihan Nokia T20

  • Reka bentuk tahan lasak dengan aluminium mudah dikendalikan
  • Paparan 10.4 inci yang cukup terang dengan kontras yang tinggi
  • Mempunyai bicu 3.5mm, slot kad microSD, model LTE pilihan
  • Bateri tahan lama

Kekurangan Nokia T20

  • Tiada sokongan HDR

Spesifikasi Nokia T20

Saiz 10.4 inci
Pemproses Unisoc T610
Harga RM869.00

Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022

Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022
Samsung telah memperkenalkan Galaxy Tab S6 Lite edisi 2022 di beberapa pasaran global terpilih termasuk Malaysia. Perbezaan yang paling ketara Samsung Galaxy Tab S6 Lite antara kedua-dua model keluaran tahun 2020 dan 2022 adalah pada penggunaan cipsetnya. Galaxy Tab S6 Lite 2022 yang terbaru ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 720G, manakala bagi keluaran 2020 menggunakan Exynos 9611.
Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022 menggunakan antaramuka OneUI 4.1 yang berasaskan Android 12. Selain itu Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022 masih lagi kekal menampilkan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, dan paparan WUXGA+ (2000 x 1200) beresolusi 10.4-inci. Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022 mempunyai dua kamera iaitu dibahagian belakang adalah 8MP manakala 5MP untuk bahagian hadapannya. Tablet dengan bateri berkapasiti 7,040mAh dengan jangka hayat bateri yang tahan lama. Istimewanya, Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022 turut menawarkan sokongan S Pen yang membantu menguruskan agenda harian anda.

Kelebihan Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022

  • S Pen yang berguna untuk pengambilan nota
  • Pembesar suara stereo yang baik
  • Skrin 10.4 yang besar dan memuaska
  • Mempunyai bicu fon kepala dan USB-C
  • Bateri tahan lama

Kekurangan Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022

  • Kurang promosi
  • Tiada Samsung DeX

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022

Saiz 10.4 inci
Pemproses Qualcomm Snapdragon 720G
Harga RM999.00

Penggunaan gajet mempunyai banyak faedah terutama dalam urusan pembelajaran dan komunikasi. Pada masa yang sama, faktor keperluan pengguna terhadap gajet seperti keperluan kognitif, afektif, peribadi, sosial dan keperluan melepaskan perasaan turut meningkatkan kadar penggunaan gajet seperti ipad dan tablet.

Penggunaan gajet seperti ipad dan tablet amat berkuasa mempengaruhi pengguna. Ipad dan tablet dengan skrin yang besar mampu memperkayakan idea pengguna dan memperagakan sesuatu keadaan secara lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti pengguna. Ini bermakna, ipad dan tablet mengukuhkan lagi maklumat yang sedia ada dalam diri pengguna dan akhirnya mengikat mereka agar terus kekal menggunakan gajet tersebut.
Disebabkan itu ada pelbagai segmen ipad dan tablet dijual dipasaran dari harga bajet hingga kelas atasan. Jika untuk kegunaan kanak-kanak atau fungsi penggunaan yang sederhana, maka ipad dan tablet harga bajet sangat dicadangkan untuk dimiliki.

Rata-rata, pengguna gajet menghabiskan 6 jam dalam talian sehari melayari Internet antaranya melalui medium seperti ipad dan tablet. Kajian menunjukkan sekiranya pengguna kerap menggunakan gajet ini lebih dari satu jam sehari dan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan psikologi, maka ia dianggap satu ketagihan. Oleh itu, cuba hadkan masa penggunaannya terutama buat kanak-kanak dan si kecil.



Related posts