Istimewa Ramadan – Abadikan Momen Hari Raya Tahun Ini Dengan 5 Telefon Bimbit Model Baharu

Istimewa Ramadan - Abadikan Momen Hari Raya Tahun Ini Dengan 5 Telefon Bimbit Model Baharu
Peralatan mudah alih dan aksesori


Pejam celik tak lama lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan dan seterusnya berhari raya di bulan Syawal. Terasa cepat masa berlalu tatkala melihat gambar-gambar yang diabadikan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Untuk meraikan hari raya pada tahun ini, selain daripada baju baru, molek juga jika ianya dipadankan dengan telefon bimbit baru. Boleh lah anda selfie dan wefie berkali-kali tanpa jemu nanti.

Seiring dengan teknologi yang berkembang pesat ketika ini, hampir setiap hari pengeluar-pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba mengeluarkan model telefon bimbit baru dengan kelebihan masing-masing. Jadi untuk raya tahun ini anda nak pilih model yang mana ya? Yang penting kualiti kameranya perlu terbaik untuk menghasilkan gambar setaraf kamera dan DSLR. Buat anda yang tercari-cari model telefon bimbit baharu untuk mengabadikan kenangan berhari raya pada tahun ini, artikel ini khas untuk anda. Jom kita lihat senarai 5 telefon bimbit model baharu yang anda perlu miliki menjelang syawal.

Istimewa Ramadan 2023 – Abadikan Momen Hari Raya Tahun Ini Dengan 5 Telefon Bimbit Model Baharu

Vivo X90

Vivo X90
Memfokuskan fotografi sebagai tarikan utama, model baharu siri Vivo X90 akhirnya rasmi berada di pasaran Malaysia. Vivo bekerjasama dengan Zeiss untuk memastikan kemampuan kamera pada peranti ini dapat menarik perhatian ramai. Bukan itu sahaja, Vivo X90 turut dijana dengan cip iaitu MediaTek Dimensity 9200 – cip peranti mercu baharu yang turut dipadankan dengan cip ISP Vivo tersendiri, Imaging Chip V2. Dengan saiz skrin 6.78″ AMOLED beresolusi 1260 x 2800, telefon bimbit ini dikuasakan oleh bateri 4810mAh dengan pengecasan 120W dan pengimbas cap jari bawah skrin. Untuk kualiti kameranya pula, di belakang adalah 50MP f/1.75 (sudut lebar), OIS + 12MP f/1.98 (potret/telefoto) 2x zum optikal + 12MP f/2.0 (sudut ultra-lebar).

Kesemua kamera belakang pada telefon bimbit ini menggunakan teknologi Zeiss dan turut mempunyai lapisan Zeiss T* pada setiap lensa. Kamera swafoto di bahagian hadapan pula adalah 32MP f/2.45. Untuk mendapatkan hasil gambar-gambar yang menarik, pelbagai mod-mod potret telah ditambah termasuk mod Zeiss Cinematic untuk rakaman video bokeh. Dari segi pilihan warna, anda perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan kerana kedua-dua warna yang ditawarkan adalah sangat menarik dan elegan iaitu breeze blue dan asteroid black.

Kelebihan Vivo X90

  • Kamera menggunakan teknologi Zeiss
  • Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9200
  • Pilihan warna yang menarik dan elegan
  • Pengecasan cepat 120W
  • Dilengkapi speaker stereo

Kekurangan Vivo X90

  • Tiada teknologi pengecasan tanpa wayar
  • Tiada slot micro SD

Spesifikasi Vivo X90

Nama Produk Vivo X90
Jenama X90
Dimensi 6.46 x 2.93 x 0.37 inci
Berat 214.9 g
Resolusi 1260 x 2800 pixels
Harga RM 3699
Pautan https://www.senheng.com.my/vivo-x90-5g.html

Honor X9a 5G

Honor X9a 5G
Honor telah melancarkan peranti pertama untuk tahun 2023 yang dikenali sebagai Honor X9a 5G. Memfokuskan kepada kamera yang lebih berkualiti, telefon bimbit ini lebih tahan lasak walaupun saiznya kecil. Menggunakan panel OLED yang lebih berkualiti dan bukan lagi skrin LCD, ternyata skrin yang digunakan juga turut menyokong warna 10bit. Ia menjadikan warna skrin nampak lebih cantik, terang, tajam dan penggunaan di bawah cahaya matahari juga lebih jelas.

Rekaan telefon bimbit ini juga tampak sangat premium lebih-lebih lagi dengan panel kaca tahan lasak yang berada di belakangnya. Peranti ini dijanakuasakan dengan sistem operasi Magic UI 6.1.0 berasaskan Android 12. Dari segi kualiti dan prestasi kameranya, ia menggunakan sistem tri-kamera 64+5+2 MP iaitu konfigurasi yang lebih baik dengan sokongan kamera sudut ultra-lebar serta kamera swafoto 16MP. Turut menyokong pengecasan pantas 40W, telefon bimbit ini juga menggunakan bateri berkapasiti 5100mAh.

Buat anda yang menggunakan lebih dari satu nombor untuk tujuan peribadi, kerja mahupun bisnes, anda tidak perlu risau kerana telefon bimbit ini mempunyai slot dwi sim. Didatangkan dengan pilihan tiga warna iaitu Titanium Silver, Emerald Green dan Midnight Black, anda pasti akan terpukau dengan pilhan warna bagi telefon bimbit ini. Ia amat premium, elegan dan mampu menarik perhatian anda yang melihatnya buat pertama kali.

Kelebihan Honor X9a 5G

  • Skrin 120Hz dengan perlindungan kaca tahan lasak.
  • Rekaan cantik dan selesa di dalam tangan.
  • Menyokong 5G.
  • Magic UI yang ringan dan lancar.
  • Pengecas pantas 40W diberikan dengan setiap pembelian.

Kekurangan Honor X9a 5G

  • Prestasi sederhana
  • Tiada slot mikro SD
  • Audio Mono

Spesifikasi Honor X9a 5G

Nama Produk Honor X9a 5G
Jenama Honor
Dimensi 161.6 x 73.9 x 7.9 mm
Berat 175 g
Resolusi 1080 x 2400 pixels
Harga RM 1499
Pautan https://www.hihonor.com/my/phones/honor-x9a/buy/?skucode=0060100222401

Huawei Mate 50 Pro

Huawei Mate 50 Pro
Huawei telah melancarkan sebuah peranti yang dikenali sebagai Huawei Mate 50 Pro buat pasaran tempatan. Peranti kelas flagship yang ditawarkan ini sangat menonjolkan sisi-sisi rekaan yang serba mewah didatangkan dengan spesifikasi canggih terkini yang pasti akan menambat hati peminatnya. Ia dilengkapi dengan skrin 6.74″ OLED FHD+ dan sokongan refresh rate 120Hz.
Selain itu, ia turut dijanakuasakan dengan cip Snapdragon 8+ 4G, memori 8GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W secara wireless. Kamera utama bagi peranti ini pula menggunakan sistem XMAGE bersama sensor utama 50MP OIS sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar, dan telefoto 64MP OIS.

Sementara itu, terdapat juga sistem telefoto yang membolehkan anda melakukan zum optikal 3.5X dan zum digital sehingga 100X. Kamera hadapannya yang berkualiti 13MP juga turut diipadankan dengan sistem imbasan wajah 3D. Telefon bimbit ini juga mempunyai variasi warna istimewa salah satunya adalah warna oren bersama dengan kaca kukuh yang dinamakan Kunlun Glass berketahanan tinggi. Peranti ini menggunakan sistem operasi terkini HarmonyOS 3.0 serta mempunyai kemampuan kalis air IP68. Selain itu, terdapat juga stereo speaker, pengimbas cap jari dan juga sokongan NFC padanya.

Kelebihan Huawei Mate 50 Pro

  • Kemampuan kalis air IP68
  • Sistem imbasan sesentuh dan muka
  • Boleh dicas secara wireless
  • Kunlun Glass berketahanan tinggi
  • Speaker stereo yang kuat dan jelas

Kekurangan Huawei Mate 50 Pro

  • Tidak menyokong 5G
  • Tiada Google Mobile Service
  • Harga yang mahal

Spesifikasi Huawei Mate 50 Pro

Nama Produk Huawei Mate 50 Pro
Jenama Huawei
Dimensi 161.5 x 76.1 x 7.98 mm
Berat 206 g
Resolusi 2700 x 1224 pixels
Harga RM 3329
Pautan https://shopee.com.my/product/267286698/21561539964?gclid=Cj0KCQiA6LyfBhC3ARIsAG4gkF_XE8VrrcnY28hXLfPChTJBjF1K-ghLAObk3OOPT2nRZoLf_CijIo0aAhLoEALw_wcB

Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Ultra
Berbeza dengan model S23 dan S23 Plus, kelebihan paling ketara ke atas telefon pintar ini terletak pada kamera belakangnya. Galaxy S23 Ultra yang didatangkan dengan built-in S-Pen ini dilengkapi dengan sensor ISOCELL HP2. Dengan sensor ini, mengambil gambar pada waktu malam (lampu rendah) akan menjadi lebih mudah dan gambar yang dihasilkan lebih berkualiti. Terdapat empat kamera di belakang telefon bimbit ini dengan masing-masing mempunyai resolusi 200 MP (wide), 12 MP (ultrawide), 10MP (telefoto, zum optik 3x), dan 10 MP (zum optik telefoto 10x).

Ia turut menampilkan ciri seperti Quad Pixel yang dikatakan mampu menangkap imej dengan fokus yang lebih tajam pada objek. Selain itu, Samsung juga menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penstabil (OIS) untuk menangkap imej yang lebih stabil dengan melaraskan cahaya ambien. Dengan cara itu, bunyi bising dapat dikurangkan dengan ketara. Selain dari aspek kamera, penambahbaikan Galaxy S23 Ultra boleh dilihat pada chipset yang menggunakan versi khas Snapdragon 8 Gen 2 atau dipanggil ‘for Galaxy’.

Skrinnya pula menggunakan reka bentuk Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.8 inci dengan resolusi QHD +. Di bahagian tengah skrin, terdapat punch hole untuk kamera hadapan 12 MP. Kamera hadapan ini boleh merakam video 4K pada 60fps, sama seperti kualiti kamera belakang. Masih lagi mengekalkan bateri berkapasiti 5,000 mAh, sedikit pembaharuan seperti sistem penyejukan turut dipasang pada telefon bimbit ini berfungsi untuk yang menjadikan bateri tahan lebih lama.

Kelebihan Samsung Galaxy S23 Ultra

  • Built-in S Pen
  • Bateri tahan lama
  • Kualiti kamera terbaik
  • Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penstabil (IOS)
  • Boleh merakam video 4K

Kekurangan Samsung Galaxy S23 Ultra

  • Reka bentuk tidak banyak beza dengan model sebelum

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 Ultra

Nama Produk Samsung Galaxy S23 Ultra
Jenama Samsung
Dimensi 163.4 x 78.1 x 8.9 mm
Berat 234 g
Resolusi 1440 x 3088 pixels
Harga RM 5699
Pautan https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23-ultra/?cid=my_pd_pla_adwords-search_multiple_always-on_ebizmxperformancemax_display-performance-max_none_hot_none_pfm&utm_source=adwordssearch&utm_medium=pla&utm_campaign=ebizmxperformancemax&utm_term=h&utm_content=none&gclid=Cj0KCQiA6LyfBhC3ARIsAG4gkF8NK3DRCc5iRhtyzVtb8PUP1f-FEKqI2qPt6-Z38syP7DYTdUbQO_QaAp43EALw_wcB&gclsrc=aw.ds

OnePlus 11 5G

OnePlus 11 5G
OnePlus telah melancarkan telefon pintar flagship mereka yang dikenali sebagai Oneplus 11. Walaupun tanpa nama “Pro”, telefon bimbit ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri premium, salah satunya ialah ia dikuasakan oleh cip terkini iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Jenama yang menampilkan artis antarabangsa Jackson Wang sebagai duta ini turut mendapat sentuhan dari pakar kamera, Hasselblad.

Terdapat banyak pembaharuan pada OnePlus 11, paling utama ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 4nm terbaru, bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 3.1 untuk saiz 128GB, atau UFS 4.0 bagi 256GB. Telefon ini dilengkapi dengan paparan 6.7-inci dan ia menggunakan panel Super Fluid AMOLED LTPO 3.0. Kerjasama dengan Hasselbald dinaik taraf dengan penggunaan sensor Sony sepenuhnya. Kamera utama OnePlus 11 mempunyai sensor IMX890 dengan resolusi 50MP. Kemudian, kamera ultralebar 48MP megguna pakai sensor IMX581 dan akhir sekali, kamera telefoto 32MP memanfaatkan sensor IMX709.

Tidak ketinggalan, kamera hadapan 16MP diperkasa sensor Sony IMX471. Dari segi penggunaan baterinya pula, tenaga di dalam OnePlus 11 dibekalkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia dicas pantas dengan kuasa SuperVOOC 100W. Terdapat dua pilihan warna ditawarkan untuk OnePlus 11 di Malaysia. Pertama adalah warna hijau dan kedua adalah warna hitam.

Kelebihan OnePlus 11 5G

  • Menyokong 5G
  • Bateri tahan lama
  • Bateri dicas dengan amat pantas
  • Kamera berkualiti tinggi dan melengkapi
  • Diperbuat dari material tahan lasak

Kekurangan OnePlus 11 5G

  • Tiada pengecas tanpa wayar
  • Tiada rating IP68

Spesifikasi OnePlus 11 5G

Nama Produk OnePlus 11 5G
Jenama OnePlus
Dimensi 163.1 x 74.1 x 8.5 mm
Berat 205 g
Resolusi 1440 x 3216 pixels
Harga RM 2273
Pautan https://shopee.com.my/product/506913228/14435702170?gclid=Cj0KCQiA6LyfBhC3ARIsAG4gkF-Kr1iVce4EAPpH0WV9lJRgBJE_7s8EIuxn_eNQtHBkiGHsjVxhscUaAlg6EALw_wcB

Teknologi yang semakin lama semakin berkembang pesat sentiasa membuahkan inovasi dari semasa ke semasa. Jika dahulu kita lebih bergantung pada kamera dan DSLR untuk hasil foto yang terbaik, sekarang anda tidak perlu risau kerana telefon bimbit juga mampu memberikan hasil setanding dengan kamera. Jadi tidak hairanlah jika ada sesetengah telefon bimbit mampu membuat rakaman dalam format 4K yang sebelum ini hanya mampu dilakukan menggunakan kamera. Jadi, buat anda yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit model baharu yang mempunyai kamera berkualiti, percayalah ia adalah pelaburan yang sangat berbaloi untuk anda.

Raya setahun sekali, tak salah jika anda nak berbelanja untuk sesuatu yang akan memberikan memori serta kenangan yang indah untuk anda dan keluarga. Memori dan detik-detik manis adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dan diulang kembali.



Related posts