5 Tablet Bajet Terbaik Di Malaysia 2022. Tablet Bawah RM1000 & Berkualiti!

5 Tablet Bajet Terbaik Di Malaysia 2022. Tablet Bawah RM1000 & Berkualiti!
Peralatan mudah alih dan aksesori


Tablet kini adalah satu keperluan bagi setiap isi rumah. Memiliki sebuah peranti mudah alih yang berkeupayaan seperti tablet sudah menjadi satu perkara wajib untuk individu yang sering bergerak dan melakukan tugasan harian dan lebih penting adalah kefungsinya yang perlu menyamai laptop atau komputer. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan permintaan untuk tablet sekaligus menjadikan lebih banyak pilihan tersedia di pasaran. Ada banyak jenis tablet di pasaran dan terkini untuk kegunaan isi rumah, kerjaya atau pendidikan ramai memilih untuk memiliki tablet pada harga bajet. Pengguna boleh memilih bermula dari tablet ringan sesuai untuk mengambil nota ketika di dalam kelas atau mesyuarat sehinggalah tablet dengan grafik terbaik bagi menonton filem atau permainan video.

Selain itu, antara faktor penting adalah saiz serta berat peranti mudah alih berkenaan untuk dibawa dan tidak membebankan pengguna jika diletakkan dalam beg sandang atau mungkin tas tangan yang bersaiz sederhana. Ini 5 tablet bajet terbaik di Malaysia untuk tahun 2022, pastinya mesra poket dan berkualiti untuk dimiliki.

Huawei MatePad T10 Tablet

Huawei MatePad T10 Tablet
Sama seperti rangkaian telefon pintar mereka, HUAWEI turut mempunyai kategori tablet bajet yang memenuhi keperluan pengguna berbeza iaitu MatePad T Series. MatePad T Series datang dalam dua pilihan berbeza antaranya MatePad T10. MatePad T10 adalah pilihan lebih murah bagi anda yang mahukan tablet untuk digunakan bersama papan kekunci dan pen serta menawarkan versi simkad LTE atau WiFi. MatePad T10 mempunya skrin FHD 9.7 inci dilengkapi pelindung mata yang disahkan oleh TÜV Rheinland serta sudut kanak-kanak bagi menapis kandungan dan mengurus aplikasi.

Menerusi sudut ini, ibu bapa boleh memantau segala aktiviti anak dari peranti seperti menetapkan masa untuk bermain, melihat pemasangan aplikasi baru di tablet anak atau melihat kandungan dilayari. MatePad T10 turut memiliki fungsi graviti sensor dan algoritma untuk mengesan sama ada pengguna sedang berbaring dan menggunakan tablet. MatePad T10 menyokong external memori sehingga 512GB (microSD) Android 10 dan mempunyai sambungan WiFi dan GPS. Kamera utamanya adalah 5MP dan kamera hadapan pula 2MP.

Kelebihan produk

  • Sambungan pantas dan stabil
  • Mempunyai sambungan WiFi dan GPS
  • Mesra kanak-kanak
  • Bateri kapasiti sebesar 5100 mAh

Kekurangan produk

  • Kualiti kamera depan kurang baik

Spesifikasi produk

Saiz Skrin 9.7”
Tempoh jaminan 12 Bulan
Harga RM799.00

Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2)

Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2)
Bagi mereka yang memerlukan peranti pintar dengan skrin besar, Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2) adalah pilihan yang menarik. Skrin paparannya sebesar 10.1 inci dengan harga mampu milik menjadi pilihan untuk pelajar juga warga emas. Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2) dengan Google Assistant terbina di dalamnya hadir bersama dok pengecas pintar, membolehkan ia berdiri sendiri tanpa dipegang. Dengan Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2) paparan tugasan, kalendar dan nota penting boleh dilihat dengan jelas dari skrin besarnya.

Sistem bunyi dihasilkan keluar menerusi dua speaker di kiri dan kanan, menyokong sistem bunyi Dolby Atmos untuk bunyi persekitaran lebih asli. Mengambil gambar juga masih boleh dilakukan di tablet ini, menggunakan kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2) juga disasarkan kepada individu yang gemar menonton video atau filem kerana mempunyai jangka hayat bateri lama selain paparan skrin jelas. Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2) membenarkan sambungan WiFi dan mempunyai slot simkad sendiri.

Kelebihan produk

  • Skrin besar
  • Google Assistant terbina di dalamnya
  • Hadir bersama dok pengecas pintar
  • Jangka hayat bateri lama

Kekurangan produk

  • Stok kurang di pasaran

Spesifikasi produk

Saiz Skrin 10.1″
Tempoh jaminan 1 Tahun
Harga RM789.00

Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE

Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE
Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE model keluaran Samsung menawarkan pengalaman sebuah tablet asas kepada penggunanya dan mesra kanak-kanak. Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE boleh digunakan untuk menulis nota ataupun melakar lukisan menggunakan S Pen. Kemudian pengguna boleh menyimpannya dalam format pilihan seperti dokumen pejabat mahupun gambar. Kapasiti bateri Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE adalah 5100mAh menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE boleh disambung tanpa sebarang wayar ke projektor terpilih dengan hanya beberapa sentuhan untuk menyampaikan pembentangan. Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE menggunakan skrin dengan nisbah 4:3 iaitu 8 inci beroperasi pada quad core berkelajuan 2.0GHz dan dipadankan dengan RAM 2GB. Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen LTE dengan setoran dalamannya sebanyak 32GB mempunyai resolusi HD 1280 x 800 piksel, kamera belakang 8MP dengan fokus auto, tetapi tiada LED Flash manakala kamera depannya pula 2MP.

Kelebihan produk

  • Bateri tahan lama
  • Menulis ataupun melakar lukisan menggunakan S Pen
  • Menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie
  • Penyambungan terus tanpa wayar ke projektor terpilih

Kekurangan produk

  • Stok terhad & sukar diperolehi
  • Kualiti kamera hadapan kurang memuaskan

Spesifikasi produk

Saiz Skrin 8″
Tempoh jaminan 1 Tahun
Harga RM979.00

Realme Pad (Wifi)

Realme Pad (Wifi)
Realme Pad (Wifi) adalah tablet pertama Realme di Malaysia. Realme Pad (Wifi) menawarkan peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik. Ia hadir dengan dua warna pilihan, iaitu kelabu dan emas. Terdapat beberapa varian Realme Pad (Wifi) ditawarkan samada dengan pilihan WiFi dan LTE. Realme Pad (Wifi) kuasanya digerakkan oleh cip Mediatek Helio G80, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Ia menampilkan rekaan nipis dengan tebal hanya 6.9mm dan berat hanya 440g. Skrin berukuran 10.4-inci terdapat di hadapan, jenis LCD dengan resolusi WUXGA+ (2000×1200). Realme Pad (Wifi) mempunyai bateri sebesar 7,100mAh dipasang di dalam, menyokong pengecasan pantas 18W menerusi USB-C. Sistem bunyi hebat padanya dihasilkan menerusi empat speaker stereo, menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos. Realme Pad (Wifi) menjadi peranti yang hebat untuk menonton video, di samping skrin besar dan resolusi tinggi. Kamera belakangnya hanya satu dengan sensor 8MP, sama juga dengan kamera depan 8MP. Kamera hadapan terletak di sisi tengah, sesuai untuk panggilan video secara melintang.

Kelebihan produk

  • Skrin besar
  • Ada 2 warna pilihan iaitu kelabu dan emas
  • Sistem bunyi hebat dihasilkan menerusi 4 speaker stereo
  • Resolusi kamera depan dan belakang tinggi

Kekurangan produk

  • Stok cepat habis

Spesifikasi produk

Saiz Skrin 10.4”
Tempoh jaminan 12 Bulan
Harga RM899.00

Teclast M40 Tablets Android 10.1

Teclast M40 Tablets Android 10.1
Teclast M40 Tablets Android 10.1 jenama tablet bajet dari negara China. Teclast M40 Tablets Android 10.1 pernah menjadi fenomena dan rebutan ramai untuk kegunaan pelajar dan pekerja sewaktu PKP sebelum ini. Selain harga yang ditawarkan sangat mesra poket, spesifikasi Teclast M40 Tablets Android 10.1 yang ditawarkan sangat baik dan merupakan peranti yang berkualiti. Teclast M40 Tablets Android 10.1 beroperasi menggunakan Android 10. Baterinya sebesar 6000 mAh dan sangat tahan lama. Teclast M40 Tablets Android 10.1 mempunyai 56-channel high sensitivity touch panel.

Saiz skrin Teclast M40 Tablets Android 10.1 juga besar iaitu 10.1-inci IPS (1920 x 1200) sesuai untuk membuat panggilan video, menghadiri mesyuarat atas talian atau menonton filem. Teclast M40 Tablets Android 10.1 menggunakan Cip pemprosesan UNISOC T618 dan mempunyai sambungan Wifi dan sim kad 4G. Sama seperti Lenovo Tab M10 HD Plus (Gen-2), ambil gambar yang cantik juga masih boleh dilakukan Teclast M40 Tablets Android 10.1 kerana memiliki kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP.

Kelebihan produk

  • Menggunakan Cip pemrosesan UNISOC T618
  • Skrin besar
  • Bateri tahan lama
  • Mempunyai 56-channel high sensitivity touch panel.

Kekurangan produk

  • Berat dan tebal

Spesifikasi produk

Saiz Skrin 10.1”
Tempoh jaminan 1 Tahun
Harga RM729.00

Penggunaan tablet kini bukan lagi aksesori tetapi satu keperluan terutamanya dalam penerapan kebiasaan baharu di negara ini. Mengikut trend dua tahun kebelakangan ini dengan konsep bekerja dari rumah bagi pekerja dan pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar, penggunaan tablet yang murah, terbaik dan mempunyai ciri menarik adalah pilihan utama. Kepenggunaan tablet hari ini bukan lagi satu aksesori tambahan untuk pengguna sebaliknya menjadi perkakasan wajib terutama dalam waktu masyarakat mengadaptasi normal baharu dalam kehidupan apabila setiap tugasan boleh dilaksanakan di mana saja tidak mengira waktu atau tempat.

Pengenalan tablet di pasaran sekitar lima tahun lalu, tablet masih dianggap sebagai aksesori tambahan memandangkan ketika itu tidak banyak tablet yang menawarkan spesifikasi serta pengalaman antara muka yang baik. Namun hari ini semuanya telah berubah mengikut peredaraan zaman. Sekurang-kurangnya tablet telah mendapat tempat dalam kalangan pengguna walaupun telah memiliki telefon bimbit sebagai gajet utama.



Related posts