Kecil Tapi Hebat! Ini 5 Pilihan Pembesar Suara Bluetooth & Wireless Terbaik 2022

Kecil Tapi Hebat! Ini 5 Pilihan Pembesar Suara Bluetooth & Wireless Terbaik 2022
Peralatan mudah alih dan aksesori


Dalam dunia yang mencabar ini, adalah penting untuk kita memastikan minda sentiasa sihat dan dapat rehat yang secukupnya untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan adalah perkara biasa. Justeru, hanya diri sendiri yang boleh menjadikan hidup lebih berwarna dan mengisinya dengan kebahagiaan. Namun, bagaimana?

Anda disarankan untuk mendengar lagu kegemaran tidak kisah apa jenis genre sekalipun kerana ia mampu mencetuskan idea baru dan lebih bertenaga. Teknologi semakin maju, terdapat pelbagai alat inovasi yang dicipta bagi membantu pengguna mendapatkan hasil penyampaian muzik yang lebih sensasi. Speaker atau pembesar suara adalah alat yang biasa digunakan untuk membuatkan bunyi muzik lebih jelas serta asyik. Antara pilihan pembesar suara masa kini adalah jenis mudah alih tanpa wayar, bersaiz kompak, audio beresolusi tinggi dan terus berhubung ke gajet atau peranti melalui capaian WiFi atau Bluetooth. Untuk tahun 2021, ini antara jenama pembesar suara jenis Bluetooth dan Wireless terbaik untuk dimiliki.

Cotton On – Typo Wireless Shower

Cotton On - Typo Wireless Shower
Jika mahukan audio ringkas bagi laptop atau telefon bimbit, anda mungkin boleh berkira-kira untuk mendapatkan Cotton On – Typo Wireless Shower yang bersaiz kompak. Diperbuat daripada material kalis air, pembesar suara tanpa wayar ini juga membolehkan pengguna menjawab panggilan telefon kerana dimuatkan bersama mikrofon. Gajet ini mempunyai kapasiti bateri yang membolehkannya bertahan sehingga dua ke lima jam bergantung kepada tahap volum suara yang digunakan. Cotton On – Typo Wireless Shower mempunyai reka bentuk moden sesuai untuk pelbagai jenis permukaan rata atau tidak dan datang dalam tiga warna ceria iaitu Khaki, Heather, dan Nude Pink. Mudah digunakan, anda hanya perlu menghubungkan pembesar suara Cotton On – Typo Wireless Shower dengan telefon bimbit, komputer atau sebarang peranti berdaya Bluetooth lain dan mainkan lagu kegemaran anda dengan kuat di kamar mandi.

Kelebihan produk

  • Kalis air boleh diletakkan dalam kamar mandi
  • Harga berpatutan
  • Terbina mikrofon, boleh menjawab panggilan telefon
  • Reka bentuk sesuai untuk pelbagai jenis permukaan rata atau tidak

Kekurangan produk

  • Bateri tidak tahan lama
  • Tiada tempoh jaminan

Spesifikasi produk

Tempoh Bateri Tahan 2 ke 5 jam bergantung kepada tahap penggunaan volum
Dimensi 82.5 x 82.5 x 76mm
Harga RM44.50 – RM55

JBL Flip 5 Portable Waterproof Bluetooth Speaker

JBL Flip 5 Portable Waterproof Bluetooth Speaker
Jenama JBL bagi pembesar suara mudah alih tidak perlu diperkenalkan lagi. Antara siri pilihan ramai dipasaran ketika ini ialah JBL Flip 5 Portable Waterproof Bluetooth Speaker mempunyai kesan audio kuat dan mampu membuat lontaran bunyi lebih jauh meskipun bersaiz kompak. Pembesar suara kalis air ini lengkap dengan sambungan Bluetooth yang membolehkan aktiviti seperti stream audio dapat dilaksanakan di mana sahaja walaupun dalam cuaca basah. Malah, baterinya juga mampu bertahan lebih 12 jam dan boleh dicas semula bagi menikmati audio dari peranti mudah alih ini di mana saja samada untuk mendengar muzik, menonton video, permainan video dan parti yang besar.
Datang dalam pilihan warna yang pelbagai, fungsi ‘anti-clipping’ memastikan penghasilan muzik yang kuat dan bebas gangguan walaupun ketika bateri lemah.

Kelebihan produk

  • Kalis air dan sesuai untuk semua jenis cuaca
  • Kesan audio kuat dan mampu membuat lontaran bunyi lebih jauh
  • Bateri tahan lama
  • Sesuai untuk kegunaan sebarang majlis atau parti
  • Ada pelbagai warna pilihan menarik

Kekurangan produk

  • Tiada binaan mikrofon dicipta untuk menjawab panggilan telefon
  • Harga berbeza dipasaran

Spesifikasi produk

Tempoh Bateri Tahan lebih 12 jam
Dimensi 181 x 69 x 74mm
Harga RM479 – RM649

Sonos – Roam Smart Portable

Sonos - Roam Smart Portable
Sama ada berada di rumah atau luar, anda boleh menikmati audio terbaik hanya dengan model Sonos – Roam Smart Portable, pembesar suara mudah alih tanpa wayar dengan audio beresolusi tinggi. Sonos – Roam Smart Portable boleh memainkan apa jua lagu dari peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth. Dengan unit pembesar suara bersaiz kompak seberat 1.85kg dimiliki Sonos – Roam Smart Portable, menerusi tawaran ekstra bass yang memberikan kekuatan audio mampu menggegar ruang bilik. Bunyi bass yang ditawarkan adalah cukup luar biasa dan mempunyai jangka hayat bateri selama 10 jam. Selain tahan lasak dan kalis air, Sonos – Roam Smart Portable adalah pemain muzik untuk sosial dengan pengeluaran bunyi 360 darjah menerusi rekaannya yang seakan sebuah silinder bergaya moden. Ada dua pilihan warna untuk pengguna iaitu warna hitam adan putih.

Kelebihan produk

  • Bateri tahan lama
  • Kalis air dan sesuai untuk semua jenis cuaca
  • Kekuatan audio luar biasa
  • Tahan lasak

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Tempoh Bateri Tahan sehingga 10 jam
Dimensi 161.45 x 119.7 x 119.7 mm
Harga RM1199 – RM1299

Sony SRS-XB13 EXTRA BASS Portable Wireless Speaker

Sony SRS-XB13 EXTRA BASS Portable Wireless Speaker
Sony sinonim sebagai jenama yang memfokuskan pengeluaran dan penghasilan inovasi audio bijak untuk para peminat muzik. Sony mempunyai beberapa siri pembesar suara mudah alihnya tersendiri diantaranya Sony SRS-XB13 EXTRA BASS Portable Wireless Speaker yang menggunakan sambungan bluetooth boleh memainkan muzik berterusan selama 16 jam dengan fungsi ‘extra bass’. Ditawarkan dalam 6 warna menarik iaitu Hitam, Taupe, Coral Pink, Lemon Yellow, Light Blue dan Powder Blue, Sony SRS-XB13 EXTRA BASS Portable Wireless Speaker mempunyai material kalis air dan kekotoran. Selain reka bentuk moden, Sony SRS-XB13 EXTRA BASS Portable Wireless Speaker mempunyai kualiti bunyi tinggi khas untuk pengguna yang inginkan pengalaman audio terbaik tanpa beban gajet yang berat. Hanya dengan saiz 9.5cm x 7.6cm dan seberat 0.253kg, Sony SRS-XB13 EXTRA BASS Portable Wireless Speaker boleh dipadankan dengan mana-mana peranti lain dan menghasilkan audio mantap.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Bateri tahan lama sehingga 16 jam
  • Kalis air
  • Ringan seberat 0.253kg sahaja
  • Ada kemasan tali penyangkut. Speaker boleh disangkut di mana sahaja

Kekurangan produk

  • Tidak boleh diletakkan di atas permukaan berpasir
  • Tidak boleh digabungkan dengan speaker lain walaupun di bawah jenama Sony

Spesifikasi produk

Tempoh Bateri 16 jam
Dimensi H 9.5cm x W 7.6cm. Diameter (Mono Speaker): 46mm
Harga RM219

Audio Pro Addon C3 Portable Multiroom WiFi Bluetooth Speaker

Audio Pro Addon C3 Portable Multiroom WiFi Bluetooth Speaker
Lebih daripada ‘rupa’ yang cantik, pembesar suara Audio Pro Addon C3 Portable Multiroom WiFi Bluetooth Speaker mempunyai reka bentuk ala-ala vintaj yang sangat menyenangkan mata melihatnya. Walaupun bersaiz kompak, namun pembesar suara ini mempunyai Audio Pro Multiroom, audio yang besar, kuat dan ‘bunyi sedap’. Memasang dan memadankan telefon dengan pembesar suara ini menggunakan bluetooth sangat mudah dan tidak mengambil masa lama. Seperti mana-mana pembesar suara yang menggunakan sambungan bluetooth, peranti Audio Pro Addon C3 Portable Multiroom WiFi Bluetooth Speaker mudah dipasang pada mana-mana platform iOS atau Android. Keseimbangan vokal dan muzik memang menarik perhatian kerana jarang berlaku pembesar suara bluetooth mempunyai kedua-duanya secara baik. Pengguna juga boleh menyimpan saluran radio kegemaran menggunakan pembesar suara ini.

Kelebihan produk

  • Menyokong format MP3, WMA, AAC, FLAC, Apple Lossless
  • Ada tiga warna pilihan iaitu Hitam, Kelabu dan Putih
  • Bateri tahan lama hingga 15 jam
  • Tempoh jaminan setahun

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Tiada binaan mikrofon dicipta untuk menjawab panggilan telefon

Spesifikasi produk

Tempoh Bateri Tahan sehingga 15 jam
Dimensi 115 x 215 x 135 mm
Harga RM1,349 – RM1,408

Walaupun telefon pintar atau tablet anda mempunyai alternatif pembesar suara terbina di dalam, ia sangat berbeza jika mendengar muzik atau audio daripada pembesar suara mudah alih Bluetooth dan Wireless. Bunyi dan audio yang keluar daripada ‘speaker’ mudah alih ini memberi kelainan untuk halwa telinga anda. Dengar dan rasakan sendiri prestasi serta kualiti bunyi yang terbaik daripada pelbagai pilihan pembesar suara mudah alih kesukaan yang terdapat di pasaran.

Apa saja aktiviti yang membabitkan muzik boleh menyebabkan diri rasa terhibur. Andai kata anda sedang berdepan dengan tekanan dan keresahan, gunakan bantuan pembesar suara mudah alih mendengar muzik kegemaran sebagai cara untuk menghiburkan diri sendiri sekaligus mengurangkan tekanan yang dihadapi. Selain itu, tekanan boleh dikurangkan melalui nyanyian. Cadangkan satu aktiviti hiburan seperti karaoke pada hujung minggu bersama sahabat ataupun keluarga untuk mengurangkan tekanan sepanjang hari bekerja. Perlukan alatan audio umpama sebuah konsert mini? Nah! Pilih sahaja pembesar suara Bluetooth dan Wireless idaman.



Related posts