#LaptopBajet – 5 Laptop Terbaik Untuk Kegunaan Pelajar Bawah RM3,000 Di Malaysia 2022

#LaptopBajet - 5 Laptop Terbaik Untuk Kegunaan Pelajar Bawah RM3,000 Di Malaysia 2022
Peralatan mudah alih dan aksesori


Sebagai seorang pelajar kebanyakkan mereka mahu memiliki peranti yang memberi fokus kepada produktiviti serta ringan, mudah dibawa ke mana saja tanpa sebarang bebanan berat. Laptop merupakan antara barang keperluan wajib untuk pelajar yang belajar di pusat pengajian tinggi untuk menyelesaikan pelbagai tugasan yang diberikan mengikut pengajian tertentu. Pelajar hari ini lebih gemar kepada peranti yang mampu beroperasi dalam mod seperti laptop kerana ia bukan saja mudah di bawa ke mana sahaja malah memiliki ciri terkini.

Sektor pendidikan hari ini terpaksa melalui pelbagai perubahan mendadak termasuk peralihan kepada kaedah pembelajaran digital. Boleh dikatakan semua pelajar hari ini harus memiliki sekurang-kuranya sebuah laptop untuk menyiapkan diri dengan kaedah pembelajaran hari ini tidak kira apa jua bidang yang dicuburi. Jika boleh, sebelum membeli laptop pilihan cuba cari spesifikasi sesebuah laptop yang terbaik untuk anda pada julat harga tersebut. Ini penting kerana sebagai seorang pelajar, pasti anda ingin barang keperluan wajib anda ini boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang di pusat pengajian. Bajet laptop anda bawah RM3,000? Ini 5 laptop terbaik untuk kegunaan pelajar di Malaysia 2022.

HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor

HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor
HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor mempunyai reka bentuk minimalis dalam warna klasik Space Grey dan Mystic Silver yang elegan. Hanya seberat 1.56kg dan berukuran 16.9mm, ia memenuhi setiap senario penggunaan pantas terutama untuk pelajar. HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor didatangkan dengan paparan penuh yang menyokong ciri perlindungan mata dan 11th Gen Intel® Core™ i5 processor baharu.
Ia juga mempunyai teknologi canggih seperti peranti super, butang kuasa cap jari, sokongan Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi dan keupayaan pengecasan pantas. Dengan sistem ini, pengguna boleh meleret ikon dari peranti HUAWEI lain ke MateBook mereka, yang akan berfungsi sebagai hab untuk pengalaman pejabat pintar dengan kerjasama peranti. HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor baharu memanfaatkan keupayaan tercanggih seperti peranti super untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti anda.
HUAWEI MateBook D15 melalui Super Device Multi-Screen Collaboration, anda boleh menikmati ciri Multi-Screen Collaboration yang disertakan dengan tiga mod; Mirror Mode, Extend Mode dan Collaborate Mode.

Kelebihan HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor

  • Reka bentuk minimalis
  • Pilihan 2 warna iaitu Space Grey dan Mystic Silver –
  • Menyokong ciri perlindungan mata
  • Sokongan Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi

Kekurangan HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor

  • Tiada lampu latar papan kekunci

Spesifikasi HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel Core i5 Processor

Skrin 15.6 inci
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM2,788.00

HONOR MagicBook X 14

HONOR MagicBook X 14
Laptop HONOR MagicBook X 14 baru sahaja dilancarkan di Malaysia Ogos 2022 lalu. HONOR MagicBook X 14 dikuasakan duo pemproses AMD Ryzen 5 5500U dan kad grafik bersepadu hadir dengan dua versi iaitu 8GB RAM + 256GB SSD dan 8GB RAM + 512GB SSD. Laptop ini sangat ringan, mudah dibawa ke mana-mana dan skrin boleh dibuka selebar 180 darjah sekali gus memudahkan perkongsian tugasan sebagai pelajar bersama rakan.
Paparan skrin HONOR MagicBook X 14 turut diiktiraf Persijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland. Selain memberikan paparan selesa pada mata dengan pengurangan cahaya biru hingga 50 peratus, HONOR MagicBook X 14 didatangi dengan skrin paparan HD FullView untuk memberikan pengalaman visual terbaik.
Hanya menekan Fn+P, anda boleh mengaktifkan mod prestasi untuk melakukan tugasan berat seperti perisian canggih, mengedit video dan permainan dalam talian dengan kadar pemprosesan data berkelajuan ultra-pantas. Prestasi tiada tandingan itu menjadikan HONOR MagicBook X 14 lebih menonjol dan diperkasakan lagi dengan WiFi-6 untuk mencapai jalur frekuensi 5G.

Kelebihan HONOR MagicBook X 14

  • Rekaan premium ringan ultra-mudah alih
  • Paparan skrin FullView melindungi mata
  • Nipis dan ringan (berat 1.38 kg/ ketebalan 15.9mm)
  • Hayat bateri ultra panjang
  • Mengekalkan suhu supaya tidak terlalu panas dan tiada bunyi bising

Kekurangan HONOR MagicBook X 14

  • RAM tidak boleh dinaik taraf

Spesifikasi HONOR MagicBook X 14

Skrin 14 inci
Tempoh Jaminan 1 Tahun
Harga RM2,599

Acer Aspire 3 A315-59

Acer Aspire 3 A315-59
Acer Malaysia memberi nafas baru kepada segmen utama peranti keluarannya iaitu untuk tugasan harian, pembelajaran dan hiburan. Untuk segmen berkenaan, Acer Malaysia memperkenalkan laptop generasi baharu daripada barisan Acer Aspire 3 A315-59 dipadankan dengan spesifikasi berbeza. Bagi laptop mampu milik khusus untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran, Acer Aspire 3 A315-59 adalah pilihannya dan ia dilengkapi dengan variasi pemproses Intel Core i5 dan i7.
Acer Aspire 3 A315-59 juga didatangkan dengan unit pemproses grafik (GPU) Intel Iris X serta dilengkapi dengan sistem storan generasi baharu iaitu PCIe NVMe 512GB bersama-sama padanan memori (RAM) 8GB binaan DDR4. Acer Aspire 3 A315-59 sememangnya direka khas untuk kegunaan pelajar dan keluarga menggunakan skrin paparan 15.6 inci Definisi Penuh (FHD) dengan padanan panel IPS.
Peranti ini juga didatangkan dengan pra pemasangan Microsoft Office Home, Student 2021, dan Intel® Iris® Xe Graphics. Saiznya yang kecil serta ringan memberi kelebihan dalam aspek mobiliti apabila pengguna tidak lagi perlu membawa beg laptop yang besar sebaliknya ia boleh dimasukkan di dalam bekas yang kecil seolah-olah pengguna sedang membawa fail.

Kelebihan Acer Aspire 3 A315-59

  • Dilengkapi dengan variasi pemproses Intel Core i5 dan i7
  • Wujud unit pemproses grafik (GPU) Intel Iris X
  • Padanan memori (RAM) 8GB binaan DDR4.
  • Skrin paparan Definisi Penuh (FHD) dengan padanan panel IPS

Kekurangan Acer Aspire 3 A315-59

  • Pemacu DVD tidak tersedia

Spesifikasi Acer Aspire 3 A315-59

Skrin 15.6 inci
Tempoh Jaminan 3 Tahun
Harga RM2,799.00

Microsoft Surface Go 3

Microsoft Surface Go 3
Pelajar hari ini lebih cenderung untuk memiliki peranti produktiviti yang bukan saja mudah dibawa ke mana saja malah mempunyai kefungsian yang baik. Microsoft memperkenalkan generasi Microsoft Surface Go 3 didatangkan dengan dua variasi iaitu Intel Pentium Gold 6500Y dan Intel Core i3-10100Y bersama-sama padanan memori (RAM) 4GB serta 8GB.
Untuk storan pula, Microsoft Surface Go 3 didatangkan dengan pemacu eMMC berjumlah 64GB serta SSD 128GB manakala untuk skrin paparan adalah 10.5 inci PixelSense. Padanan bersama sistem operasi Windows 11 memberi kelebihan paling optimum buat pengguna malah paling mengagumkan adalah jangka hayat bateri yang boleh menjangkau lebih 15 jam dengan penggunaan optimum tanpa perlu mengecas.
Sistem operasi Windows 11 ini banyak memberi kelebihan kepada Microsoft Surface Go 3 ini apabila mutu visual lebih tajam bersama taburan warna persis warna sebenar yang dilihat. Konsep hibrid iaitu gabungan laptop dan tablet ini berfungsi dengan baik untuk Surface Go 3 dan kepada pengguna yang mementingkan produktiviti serta mobiliti, peranti ini adalah jawapannya.

Kelebihan Microsoft Surface Go 3

  • Hayat bateri yang baik
  • Sangat ringan dan mudah alih
  • Kamera web 1080p
  • Pembesar suara yang baik

Kekurangan Microsoft Surface Go 3

  • Hanya satu port USB-C

Spesifikasi Microsoft Surface Go 3

Skrin 13 inci
Memori 64GB RAM
Harga RM2,088.00

JOI® Classmate 30

JOI® Classmate 30
SNS Network tampil memperkenal JOI® Smart Classroom, menawarkan ekosistem pendidikan pintar dengan perancangan dan pelaksanaannya membabitkan penggunaan peranti berteknologi canggih untuk pelajar. Bagi model JOI® Classmate 30 pula, laptop ini turut direka dengan kemasan tahan lasak sesuai untuk kegunaan harian tidak kira di mana sahaja sesi pembelajaran dilaksanakan.
Lebih mengagumkan, peranti ini mampu bertahan walaupun terjatuh daripada ketinggian dua kaki, serta mempunyai kemasan kalis kotoran dan air sehingga 100 cc. JOI® Classmate 30 memiliki pemproses Intel® Core™ i3-1005G1 yang menjanjikan prestasi lebih lancar serta mampu menampung keperluan pelbagai jenis tugasan pada satu masa.
Paling penting, JOI® Classmate 30 disertakan dengan skrin 14 inci berdefinisi tinggi, lebih luas untuk paparan yang jelas dan memuaskan. Untuk pelajar, anda tidak perlu bimbang kerana SNS Network menawarkan pakej SNS ONE Plan untuk peranti pintar JOI® Classmate 30 yang membolehkan anda menikmati kaedah pembayaran fleksibel dengan kos lebih rendah.

Kelebihan JOI® Classmate 30

  • Tahan lama dan lasak
  • Kalis air dan kotoran
  • Prestasi lebih lancar memiliki pemproses Intel® Core™ i3-1005G1
  • Harga mampu milik

Kekurangan JOI® Classmate 30

  • Sedikit berat

Spesifikasi JOI® Classmate 30

Skrin 14 inci
Tempoh Jaminan 12 Bulan
Harga RM1,499.00

Dipasaran sentiasa ada permintaan untuk produk segmen laptop terutamanya yang bersifat mampu milik untuk pelajar agar dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan baik. Terdapat banyak jenama laptop yang menawarkan spesifikasi baik untuk tugasan rutin di kampus atau sekolah pada harga bajet tertentu. Laptop dengan julat harga bawah RM3,000 kebiasaannya hadir dengan spesifikasi yang agak bagus, malah sudah cukup untuk memenuhi keperluan tugasan harian pengguna terutamanya pelajar.

Sebelum melangkah ke kedai elektronik, paling penting dilakukan adalah mengenal pasti kegunaan laptop kalian. Setiap peringkat penggunaan adalah tidak sama. Ada yang memerlukan laptop dengan spesifikasi yang lebih baik terutama untuk grafik atau suntingan berbanding pelajar di jurusan yang kurang menggunakan perisian berprestasi.



Related posts