Siri Premium. 5 Telefon Pintar Popular & Terlaris 2022 Yang Perlu Anda Dapatkan Segera

Siri Premium. 5 Telefon Pintar Popular & Terlaris 2022 Yang Perlu Anda Dapatkan Segera
Peralatan mudah alih dan aksesori


Telefon pintar premium pastinya mempunyai prestasi yang sangat hebat. Setiap jenama telefon pintar di dunia pasti akan mengeluarkan siri premiumnya tersendiri. Dengan adanya teknologi paling maju ini, telefon pintar jenis ini sesuai untuk kegunaan profesional dan harian. Disebabkan itu, peranti siri ini menjadi idaman ramai dan merangkul kategori paling popular dan terlaris di pasaran.

Dengan segala kelebihan ditawarkan, telefon pintar jenis dengan siri premium akan menjadi pilihan peranti paling berbaloi untuk dimiliki tahun ini. Ini antara 5 opsyen telefon pintar popular & terlaris 2022 yang perlu anda dapatkan segera seperti Apple iPhone 14, Pro and Pro Max, Huawei Mate Xs 2, Samsung Galaxy Z Flip4, Vivo X80 Pro dan Oppo Reno 8 Pro. Bukan sahaja memiliki kelebihan spesifikasi yang lebih bagus, bahkan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan nilai yang dibayar.

Apple iPhone 14 Pro Max

Apple iPhone 14 Pro Max
Apple memperkenalkan variasi peranti pintar paling ikonik mereka iaitu Apple iPhone 14 Pro Max untuk siri terbaharu kali ini. Apple iPhone 14 Pro Max menggunakan cip termajunya iaitu A16 Bionic dan masih mengekalkan rekaan tiga kamera. Sesuai dengan kegunaan pengguna pada hari ini yang mementingkan gambar dan video, Apple iPhone 14 Pro Max dilengkapi dengan sensor lensa utama 48 Megapiksel (MP) sekali gus meningkatkan kualiti gambar terutamanya pada pencahayaan kurang.

Apple iPhone 14 Pro Max memiliki saiz skrin 6.7 inci dengan paparan baharu Super Retina XDR dengan teknologi ProMotion. Ia memiliki pelindung ceramik di bahagian depan untuk ketahanan yang lebih baik. Teknologi ‘Dynamic Island’ Apple iPhone 14 Pro Max berkeupayaan perkakas dan perisian akan digembleng untuk menghasilkan pengalaman kepenggunaan yang sangat baik.
Apple iPhone 14 Pro Max juga dilengkapi dengan keupayaan keselamatan khusus untuk kecemasan dengan bantuan ‘SOS Kecemasan’ menggunakan satelit. Dengan pilihan empat warna menarik, pengguna boleh memilih kempunya kapasiti 128GB, 256GB, 512GB atau 1TB.

Kelebihan Apple iPhone 14 Pro Max

  • Reka bentuk yang cemerlang, kukuh dan kalis air
  • Skrin OLED sangat memuaskan
  • Hayat bateri panjang
  • Pembesar suara stereo dan output sangat baik
  • Kualiti foto dan video yang hebat

Kekurangan Apple iPhone 14 Pro Max

  • Tidak disertakan bersama pengecas

Spesifikasi Apple iPhone 14 Pro Max

Warna Deep Purple, Silver, Gold, Space Black
Jenis Pemproses A16 Bionic chip
Harga RM8,299.00

Huawei Mate Xs 2

Huawei Mate Xs 2
Huawei Mate Xs 2 telefon pintar boleh lipat terbaharu daripada HUAWEI memanfaatkan kelebihannya sebagai ultra-rata, ultra-nipis, ultra-ringan serta menampilkan spesifikasi terkini untuk memberi pengalaman hebat buat pengguna. Selain gabungan teknologi inovatif hebat, Huawei Mate Xs 2 juga menampilkan DNA inovasi teknologi HUAWEI, membawa pengalaman yang lebih baik, termasuk skrin besar yang lebih mengasyikkan dan interaksi inovatif yang lebih berkuasa.

Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti Huawei Mate Xs 2 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888 4G dan didatangkan dalam trim storan 8GB RAM dan 512GB tunggal. Huawei Mate Xs 2 juga memberi keselesaan pada pengguna dengan rekaan lengkungan di kiri dan kanan serta rupa bentuk yang ringkas dan elegan. Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar serta berat hanya kira-kira 255g dengan ketebalan 5.4mm, ia bakal memberikan pengalaman lebih mesra dalam satu tangan kepada pengguna.

Kelebihan Huawei Mate Xs 2

  • Kelajuan pengecasan sangat baik
  • Pembesar suara berkualiti tinggi
  • Kamera mempunyai kualiti hebat pada siang dan malam
  • Saiz lipatan sebesar tapak tangan dan ringan

Kekurangan Huawei Mate Xs 2

  • Aplikasi kamera tidak boleh digunakan antara muka skrin belakang dalam keadaan terlipat

Spesifikasi Huawei Mate Xs 2

Warna Violet, White, Black
Jenis Pemproses Snapdragon 888 4G
Harga RM7,999.00

Samsung Galaxy Z Flip 4

Samsung Galaxy Z Flip 4
Samsung Galaxy Z Flip4 berada pada kelas tersendiri khususnya perubahan serta kemajuan dalam skrin peranti boleh lipat. Samsung Galaxy Z Flip4 dilengkapi sistem Dolby Atmo, sekali gus penghasilan setiap bunyi untuk kandungan video adalah jelas tanpa mengabaikan kepadatan bunyi bass.

Ciri khusus paling menarik pada Samsung Galaxy Z Flip4p ialah ‘Multi Window’ iaitu peranti diletakkan dalam posisi 90 darjah dan pengguna boleh melayari tetingkap lain di bahagian bawah sambil panggilan video di bahagian atas. Inovasi berkenaan sangat membantu khususnya dalam arus teknologi pada masa kini apabila setiap urusan produktiviti boleh dilaksanakan tanpa masalah.
Keupayaan cip pemproses daripada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 juga jelas memberi keupayaan maksimum kepada Samsung Galaxy Z Flip4 termasuk padanan memori (RAM) 8GB untuk melancarkan setiap aplikasi tanpa masalah.

Kelebihan Samsung Galaxy Z Flip 4

  • Reka bentuk dan warna premium
  • Kapasiti bateri 3,700mAh dengan okongan pengecas pantas 25W
  • Kamera yang bagus dan boleh dipercayai
  • Tahan lasak

Kekurangan Samsung Galaxy Z Flip 4

  • Fungsi skrin penutup terhad

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip 4

Warna Bora Purple, Graphite, Pink Gold, Blue
Jenis Pemproses Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1
Harga RM4,899.00

Vivo X80 Pro

Vivo X80 Pro
Vivo X80 Pro buat julung kalinya mengetengahkan mod video gaya sinematik hasil kolaborasi dengan ZEISS Cinematic Video Bokeh baharu menghasilkan bokeh yang menonjol dengan kesan suar (flare) bujur. Vivo X80 Pro didatangkan dengan sistem empat kamera belakang Ultra-Sensing GNV 50 megapiksel (MP) lengkap dengan penstabilan imej optik (OIS), kamera sudut lebar 48MP, kamera Gimbal Portrait 12MP, kamera Periscope 8MP dan kamera depan 32MP.
Selain dual chip V1+ chip, X80 Pro turut disertakan konfigurasi Snapdragon 8 Gen 1, menawarkan prestasi lebih cekap tanpa menambah beban penggunaan bateri. Keseluruhan siri Vivo X80 Pro dilengkapi dengan LPDDR5 dan UFS3.1 yang dipertingkatkan bagi kadar kelajuan penggunaan dan storan lebih tinggi. X80 Pro turut didatangkan dengan Ultra Large Liquid Cooling Vapor Chamber yang memberikan lingkungan penyejukan permukaan maksimum serta membantu mengekalkan kestabilan.

Vivo X80 Pro juga dilengkapi dengan 3D Ultrasonic Large Fingerprint Sensor serba baharu yang boleh membuka kunci telefon dalam masa 0.2 saat. Vivo X80 Pro diberi penarafan IP68 bagi ciri ketahanan air dan habuk menampilkan 3D Ultrasonic Large Fingerprint Sensor, dengan lingkungan pengesanan 11.1 kali lebih besar daripada sensor cap jari titik tunggal biasa.

Kelebihan Vivo X80 Pro

  • Pengalaman fotografi mudah alih premium
  • Rekaan kalis air yang estetik
  • Konfigurasi Snapdragon 8 Gen 1, menawarkan prestasi lebih cekap
  • Menyokong FlashCharge 50W tanpa wayar dengan bateri 4,700 mAh

Kekurangan Vivo X80 Pro

  • Ada satu warna sahaja di pasaran di Malaysia

Spesifikasi Vivo X80 Pro

Warna Cosmic Black
Jenis Pemproses Snapdragon 8 Gen 1
Harga RM4,999.00

Oppo Reno 8 Pro

Oppo Reno 8 Pro
Oppo Reno 8 Pro sebuah peranti yang bakal memberi kepuasan kepada pengguna. Oppo Reno 8 Pro telah ditambah baik dari segi prestasi sistem menggunakan sistem ColorOS 13. ColorOS 13 direka bentuk untuk disepadukan dengan ciri privasi Android 13, selain reka bentuk Aquamorphic OPPO dan ciri pintar yang direka untuk sentiasa terhubung dan produktif.

Oppo Reno 8 Pro lebih lancar dan stabil, serta peningkatan hayat bateri dan keupayaan untuk memastikan lebih banyak aplikasi terbuka di latar belakang tanpa kehilangan status dalam aplikasi. Oppo Reno 8 Pro turut memiliki ciri perlindungan privasi asas Android 13 yang memastikan keselamatan menyeluruh apabila menggunakan peranti ini.

Private Safe direka dengan algoritma AES yang digunakan secara meluas dalam penyimpanan fail direktori peribadi bagi memastikan tahap keselamatan tinggi. Sistem ini juga dilengkapi ciri pemantauan kanak-kanak melalui posisi tubuh atau jarak skrin. Sekiranya kanak-kanak duduk dalam posisi tidak betul ketika menggunakan telefon seperti menundukkan atau menyengetkan kepala, sistem ini akan mengingatkan mereka untuk mengekalkan posisi yang betul bagi memperbaiki postur dan meringankan beban pada tulang belakang dan mata mereka.

Kelebihan Oppo Reno 8 Pro

  • Reka bentuk Aquamorphic bergaya
  • Keselamatan dan Privasi lebih dipercayai
  • Sistem palet tema baharu
  • Pengecasan super pantas

Kekurangan Oppo Reno 8 Pro

  • Banyak bloatware

Spesifikasi Oppo Reno 8 Pro

Warna Glazed Black, Glazed Green
Jenis Pemproses MediaTek Dimensity 8100-Max (5 nm)
Harga RM3,499.00

Kehidupan masyarakat di negara ini mengenai penggunaan gajet terutama telefon pintar semakin berubah tanpa disedari kesan dan impak berkenaan turut dirasai oleh semua sektor. Semua aktiviti harian sedikit demi sedikit terlaksana menggunakan telefon pintar, proses akan lebih berjalan lancar dengan kemudahan internet yang stabil.

Hari ini penggunaan telefon bimbit sudah menjadi kewajipan penggunaannya dalam diri setiap individu. Disebabkan itu, pembelian gajet atau telefon pintar berharga premium bukan sesuatu pembaziran pada masa kini malah memberi manfaat kerana mempunyai pelbagai fungsi berteknologi tinggi dan membantu dalam urusan harian.

Penawaran gajet seperti telefon pintar siri premium bukan sahaja membuatkan pengguna teruja, bahkan membuktikan keprihatinan pengeluar yang memahami kehendak pelbagai pengguna hari ini.



Related posts