Selain Menghantar Surat & Bungkusan, Ini 5 Perkhidmatan Hebat Pos Malaysia Ramai Tidak Tahu

Selain Menghantar Surat & Bungkusan, Ini 5 Perkhidmatan Hebat Pos Malaysia Ramai Tidak Tahu
Lain-lain


Kecekapan perkhidmatan penghantaran Pos Malaysia menjadikan ia sebagai salah satu perkhidmatan syarikat kurier nasional pilihan ramai di Malaysia. Jenama Pos Malaysia sudah sinonim dengan khidmat penghantaran dikenali sebagai ‘Pos Laju’ tidak kira samada surat, dokumen, barang atau kargo. Pos Malaysia komited untuk memberi perkhidmatan kurier terbaik dengan mensasarkan penghantaran pada hari berikutnya atau lebih bungkusan diterima di seluruh negara.

Namun begitu selain khidmat penghantaran, Pos Malaysia sebenarnya mempunyai banyak lagi khidmat pelbagai untuk kemudahan ramai. Jika berbicara mengenai setem, penghantaran barangan dan bayaran bil-bil utiliti, pasti pejabat pos, terlintas dalam fikiran kita.

Perkembangan semasa banyak mempengaruhi perkhidmatan Pos Malaysia di negara ini. Inovasi dan transformasi telah dilakukan secara berterusan seiring dengan perkembangan teknologi untuk menjadi industri Pos Malaysia relevan dengan kehendak semasa dan permintaan rakyat. Oleh itu pelbagai perkhidmatan lain disediakan antaranya seperti Perbaharui Lesen & Insuran, Isian Semula Prabayar, Pembayaran Bil, Pembayaran Islamik, dan Perlaburan, Kewangan & Perbankan.

Perbaharui Lesen, Cukai Jalan & Insuran

Perbaharui Lesen, Cukai Jalan & Insuran
Pemilik Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan. Begitu juga dengan perlindungan Insurans dan Takaful, ia lebih kepada keperluan dan bukannya kemewahan.

Selain memperbaharui lesen kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau myeg, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan perbaharui lesen diseluruh pejabat Pos Malaysia di dalam negara. Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia tanpa perlu membuat temu janji.

Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih. Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan AskPos di laman rasmi atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Kelebihan Perkhidmatan Perbaharui Lesen, Cukai Jalan & Insuran

  • Urusan sangat cepat dan pantas
  • Lokasi strategik serta mudah dikunjungi
  • Tidak perlu temu janji
  • Tiada caj tersembunyi

Spesifikasi Perkhidmatan Perbaharui Lesen, Cukai Jalan & Insuran

Info https://www.pos.com.my/jpj
Hubungi +603-22672267 / 1-300-300-300
Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00am – 5.30pm

Isian Semula Prabayar

Isian Semula Prabayar
Anda kehabisan data atau kredit? Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan isian semula prabayar dengan Pos Malaysia. Caranya cukup mudah, setiap pelanggan hanya perlu daftar dan memiliki akaun bersama Pos Malaysia. Antara isian semula prabayar yang disediakan di laman web atau aplikasi Pos Malaysia khas untuk Mobile Reload, Online Game, IDD/STD (International Direct Dial, perkhidmatan yang membenarkan anda membuat panggilan daripada Malaysia ke negara lain) dan lain-lain lagi.

Untuk bahagian tambah nilai, sila pilih ruangan Reload, kemudian pilih Online dan pilih Jumlah Tambah Nilai yang anda mahu. Masukkan email anda di ruangan yang disediakan dan tekan butang Reload untuk proses yang seterusnya. Isian semula setiap prabyar boleh dilakukan bila-bila masa sahaja setiap hari dengan keselamatan setiap transaksi terjamin.

Kelebihan Perkhidmatan Isian Semula Prabayar

  • Mudah dan pantas
  • Beroperasi 24 jam
  • Boleh dipercayai
  • Selamat dan terjamin

Spesifikasi Perkhidmatan Isian Semula Prabayar

Info https://www.pos.cpm.my/pay
Hubungi +603-22672267 / 1-300-300-300
Waktu Operasi Setiap hari 24 jam

Pembayaran Bil

Pembayaran Bil
Perkhidmatan tambahan seperti mengutip bayaran bil utiliti (elektrik dan air), pembayaran Astro, pembayaran balik pinjaman pelajaran, cukai pintu, cukai tanah, cukai taksiran, pembelian borang universiti, bayaran pencen dan sebagainya turut disediakan Pos Malaysia. Khidmat ini memudahkan masyarakat luar bandar terutamanya menikmati kemudahan tersebut di kawasan berhampiran kediaman mereka tanpa perlu ke bandar. Ini menjadikan perkhidmatan pembayaran bil di Pos Malaysia antara yang begitu penting dan merupakan institusi yang begitu dekat dengan masyarakat. Walau bagaimanapun, ada beberapa jenis pembayaran yang dikenakan caj. Pos Malaysia baru telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen bagi pembayaran bil Astro di kaunter pejabat pos mulai 1 September 2021 tahun lalu.

Kelebihan Perkhidmatan Pembayaran Bil

  • Mudah dan pantas
  • Diiktiraf setiap organisasi yang dipertanggungjawabkan
  • Lokasi strategik serta mudah dikunjungi
  • Tidak perlu temu janji

Spesifikasi Perkhidmatan Pembayaran Bil

Info https://www.posonline.com.my/PosOnline.Web.Portal/
Hubungi +603-22672267 / 1-300-300-300
Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00am – 5.30pm

Pembelian & Pembayaran Islamik (Derma, Zakat & Pajak Gadai)

Pembelian & Pembayaran Islamik (Derma, Zakat & Pajak Gadai)
Jangan tidak tahu, di Pos Malaysia juga menyediakan perkhidmatan pembelian dan pembayaran secara Islamik seperti membayar zakat, menderma dan terbaru pajak gadai. Pos Malaysia Pos dan Bank Muamalat Malaysia telah memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama strategik dalam menawarkan perniagaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di lebih 80 cawangan Pos Malaysia terpilih. Proses permohonan Pos ArRahnu mudah, cepat dan tidak memerlukan dokumen seperti penyata bank atau slip gaji.

Pelanggan hanya perlu membawa emas untuk dicagarkan. Dengan Pos ArRahnu, peminjam kurang risiko berdepan tindakan saman atau muflis jika tiada kemampuan membayar balik pinjaman. Peminjam diberikan masa sehingga enam bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh melanjutkan tempoh pinjaman sehingga enam bulan tambahan. Pos ArRahnu juga menawarkan pembayaran yang fleksibel iaitu bayaran secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan yang memberi manfaat kepada peniaga kecil yang bergantung kepada keuntungan secara harian.

Kelebihan Perkhidmatan Pembelian & Pembayaran Islamik (Derma, Zakat & Pajak Gadai)

  • Berlandaskan syariat Islam
  • Kurang risiko
  • Tidak memerlukan sebarang dokumen
  • Diperakui dan dipercayai

Spesifikasi Perkhidmatan Pembelian & Pembayaran Islamik (Derma, Zakat & Pajak Gadai)

Info https://www.posonline.com.my/PosOnline.Web.Portal/PaymentStatic/NewList/9
Hubungi +603-22672267 / 1-300-300-300
Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00am – 5.30pm (Pajak Gadai)
Setiap hari 24 jam (Derma & Zakat)

Perlaburan, Kewangan & Perbankan

Perlaburan, Kewangan & Perbankan
ASNB dilancarkan bagi menggantikan Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang perlu diniagakan pada harga pasaran menjelang 1991. Seperti unit amanah dan pelaburan yang lain, sepanjang tempoh 30 tahun ini, pulangan dividen diberikan kepada pelabur ASNB ada turun naiknya namun ia masih kompetitif berbanding pelaburan lain dengan ciri yang sama.

Pos Malaysia diberikan akses berkerjasama dengan ASNB untuk memberikan khidmat pengeluaran wang, kemaskini akaun, pendaftaran dan lain-lain lagi kepada pelanggan. Selain pelaburan, Pos Malaysia juga menawarkan perkhidmatan kewangan dan perbankan.

Terkini, pelanggan Pos Malaysia dan Ria Money Transfer (Indonesia) boleh melakukan transaksi melalui aplikasi terkemuka Ria dan melengkapkan proses dengan membuat pembayaran tunai di mana-mana cawangan Pos Malaysia tanpa mengisi borang fizikal, seterusnya mempercepatkan proses transaksi di kaunter. Kemudahan itu memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, khususnya komuniti migran Indonesia di Malaysia selain menjadikan proses kiriman wang antarabangsa lebih mudah dan berekonomi.

Kelebihan Perkhidmatan Perlaburan, Kewangan & Perbankan

  • Kebolehcapaian yang baik
  • Servis yang cepat
  • Selamat
  • Berdaya saing
  • Pengalaman pengguna yang diperkemaskan.

Spesifikasi Perkhidmatan Perlaburan, Kewangan & Perbankan

Info https://www.pos.com.my/asnb
Hubungi +603-22672267 / 1-300-300-300
Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00am – 5.30pm

Pos Malaysia telah melakukan pelbagai inisiatif untuk kekal ‘hidup’ serta relevan dengan terus memberi perkhidmatan kepada pengguna. Pos Malaysia berjanji memberikan yang terbaik kepada pelanggan, sejak melaksanakan rancangan transformasi dengan hasrat untuk memacu pertumbuhan syarikat.

Transformasi itu juga dilaksana seiring dengan perkembangan ekonomi digital melalui penerapan inovasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan selain kekal menjadi penyedia perkhidmatan pelbagai yang utama di Malaysia.

Pos Malaysia telah mengorak langkah daripada sekadar penyedia perkhidmatan pos sehingga menjadi penyedia komunikasi, perkhidmatan kewangan, perlaburan dan penyelesaian rantaian bekalan yang dinamik.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pos Malaysia sudah berates tahun ditubuhkan. Sejarah perkhidmatan pos di Malaysia bermula seawal tahun 1800 iaitu sejak pemerintahan British. Menyusuri masa, perkhidmatan pos berkembang dan menyaksikan penubuhan serta kebangkitan firma pos negara iaitu Pos Malaysia. Ini bermakna, sudah lebih 222 tahun industri pos berkembang pesat di negara ini. Hebat bukan?



Related posts