5 Khidmat Perancang Perkahwinan Popular Untuk Tunang, Nikah & Bersanding Di Lembah Klang

5 Khidmat Perancang Perkahwinan Popular Untuk Tunang, Nikah & Bersanding Di Lembah Klang
Lain-lain


Kebenaran penganjuran majlis sosial seperti majlis bertunang, nikah dan majlis perkahwinan telah dibenarkan kembali beroperasi di seluruh Malaysia. Ia memberi nafas baharu kepada pengusaha industri perkahwinan terutama yang berdepan risiko gulung tikar selepas berbulan mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun kapasiti keseluruhan kehadiran tetamu masih lagi mengikut SOP yang ditetapkan.

Semua bakal pengantin pasti mahukan perjalanan majlis berjalan lancar dan tampak meriah. Setiap perancangan majlis bahagia anda perlu dilakukan lebih awal bagi mengenal pasti butik pengantin, pelamin dan katering yang sesuai mengikut kemampuan diri. Kebanyakan mempelai pastinya inginkan majlis meriah dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan tetapi pada harga yang berpatutan. Untuk majlis sekali seumur hidup ini, biarlah ia menjadi majlis yang akan diingati selamanya. Jika anda tiada pengalaman atau kekurangan masa, serahkan tugas penting ini kepada khidmat perancang perkahwinan sahaja. Bagi yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan tahun ini di sekitar Lembah Klang, gunakanlah lima khidmat perancang perkahwinan popular ini untuk memudahkan serta melancarkan perjalanan hari bahagia kalian.

Reka Teemor

Reka Teemor
Menjadi pilihan artis ternama dan juga golongan vip, Reka Teemor merupakan hab perancang perkahwinan mewah berada di kelasnya tersendiri. Reka Teemor tidak asing dalam industri perancang perkahwinan malah menjadi idaman ramai bakal mempelai. Reka Teemor bermula dalam industri hiasan dalaman bermula sejak 2006 dan merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan hebat. Gahnya pelamin di hari persandingan menjadi lambang betapa utuhnya ikatan cinta pasangan yang pernah mendapat tawaran dan perkhidmatan kelas pertama Reka Teemor.
Buat masa ini Reka Teemor menawarkan khidmat seperti merealisasikan konsep perkahwinan, pernikahan atau pertunangan mengikut tema tersendiri, pelamin, gubahan hantaran dan dekorasi majlis sahaja. Jika bajet tidak menjadi satu masalah buat anda dan pasangan, maka Reka Teemor adalah pilihan terbaik. Majlis pernikahan, pertunangan atau perkahwinan yang mendapat sentuhan daripada khidmat jenama ini, pastinya membuatkan mata yang melihat hilang kata-kata dek keindahan majlis impian bertukar realiti

Kelebihan produk

  • Majlis tampak mewah dan ekslusif
  • Bertaraf global
  • Menawarkan khidmat dekorasi, gubahan hantaran dan pelamin mengikut tema pilihan
  • Mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan

Kekurangan produk

  • Harga kayangan

Spesifikasi produk

Hubungi https://rekateemor.com/
https://www.instagram.com/rekateemor/
https://www.facebook.com/pages/category/Business-service/Reka-Teemor-118365064849411/
Alamat No.35-1, Jln Putra Mahkota 7/4A, Putra Heights 47650 Petaling Jaya, Selangor
Masa Beroperasi Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 6 petang). Tutup Sabtu dan Ahad
Harga Tidak dinyatakan

The Wedding Heritage

The Wedding Heritage
The Wedding Heritage diibaratkan sebagai pusat sehenti selain menyediakan semua keperluan mempelai dengan konsep berbeza. The Wedding Heritage menerima tempahan melangsungkan majlis pertunangan, pernikahan atau perkahwinan di sebuah banglo indah dan menyediakan semua kelengkapan perkahwinan di bawah satu bumbung. Di The Wedding Heritage, pengantin hanya perlu membawa diri dan tidak perlu risau mengenai hal lain kerana diuruskan sepenuhnya perancang perkahwinan ini.

Termasuk solekan, katering, kanopi, pelamin, khidmat jurugambar, cenderahati, hantaran dan busana. Ia pasti tidak membebankan keluarga mempelai yang perlu mengemas, menyusun atur semula selepas majlis berlangsung. Lokasi The Wedding Heritage menjanjikan keselesaan dan pengalaman seperti berada di rumah sendiri. Hiasan dalaman mewah dan keluasan memukau menjadikan acara tampak gah di mata tetamu. Di sini turut menyediakan perkhidmatan penginapan supaya ahli keluarga dapat berkumpul menjelang hari bahagia. The Wedding Heritage menyediakan tiga lokasi terpilih iaitu di Ampang (500 tetamu), Kota Damansara (2000 tetamu) dan Putrajaya (sehingga 3000 jemputan).

Kelebihan produk

  • Ada tempat penginapan
  • Semua di bawah satu bumbung
  • 3 pilihan lokasi mengikut tetamu
  • Hiasan dalaman mewah

Kekurangan produk

  • Perlu tempahan awal

Spesifikasi produk

Hubungi https://theweddingheritage.com/
https://ms-my.facebook.com/theweddingheritageTWH/
Alamat Seksyen 6, 6, Jalan Cecawi 6/5a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Masa Beroperasi Buka setiap hari (dengan temujanji)
Harga Pakej serendah RM 9500

NikahSatu

NikahSatu
NikahSatu merupakan platform perancang perkahwinan digital tempatan. Seiring perkembangan teknologi hari ini, kewujudan NikahSatu mewarnai khidmat perancang perkahwinan sedia ada. Nikahsatu, memperkenalkan kempen penyelesaian perkahwinan secara digital penuh. Bakal pengantin boleh merancang pakej perkahwinan idaman, lengkap dengan pemilihan tarikh acara, senarai jemputan, perkhidmatan fotografi, busana perkahwinan, lokasi, aksesori dan sebagainya di dalam satu hub sahaja. Nikahsatu diwujudkan sebagai kaedah penyelesaian digital dan fizikal untuk bakal pengantin. Pakej yang dipilih di sini membantu bakal mempelai mengurangkan masa merancang perkahwinan sekaligus mengurangkan stres. Buat masa ini khidmat NikahSatu hanya sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kuantan, Ipoh, Johor Bharu dan Kota Baharu sahaja.

Kelebihan produk

  • Jimat masa
  • Pelan bayaran ansuran 0% interest hingga 24 bulan.
  • Khidmat ditawarkan untuk pelanggan di 6 negeri
  • Menyediakan khidmat lokasi majlis, busana, fotografi dan kad jemputan

Kekurangan produk

  • Produk & busana bergantung kepada lokasi majlis

Spesifikasi produk

Hubungi https://nikahsatu.com/
Alamat 32, Floor 1, Jln Tun Mohd Fuad 2 Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Masa Beroperasi Buka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 8 malam
Harga Pakej serendah RM9000

Magica Events

Magica Events
Magica Events menawarkan rangkaian pakej perancang perkahwinan lengkap dan menarik di ruang dewan yang besar serta eksklusif. Selain majlis perkahwinan, pelbagai majlis sosial lain turut ditawarkan mengikut pilihan kapasiti tetamu dan pengunjung. Untuk pakej majlis perkahwinan, khidmat Magica Events meliputi urusan lokasi dewan acara, katering, busana, solekan, aksesori dan hiburan. Ada tiga lokasi perkahwinan ditawarkan iaitu di Star Avenue Lifestyle Mall Subang, Quill City Mall, KL dan Space U8 Shah Alam.

Setiap dewan agam direka begitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti moden. Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier memukau dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantai kaca sepanjang 22 meter bersambung dengan pentas utama yang dihias bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih diikuti alunan muzik.

Kelebihan produk

  • Ruang dewan besar dan ekslusif
  • Pakej meliputi dewan acara, katering, busana, solekan, aksesori dan hiburan.
  • Ada tiga lokasi perkahwinan ditawarkan
  • Dilengkapi fasiliti moden

Kekurangan produk

  • Perlu tempahan awal

Spesifikasi produk

Hubungi https://magicawedding.com.my/wp/
https://www.facebook.com/pg/magicasubang/posts/
Alamat No. 3 Jalan Zuhal U5/179 Level 4 Star Avenue Lifestyle Mall, 40150 Shah Alam, Selangor
Masa Beroperasi Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Isnin tutup.
Harga Tidak dinyatakan

Laman Nur Kasih

Laman Nur Kasih
Buat kalian yang mengimpikan majlis bahagia berkonsep taman, maka Laman Nur Kasih adalah perancang perkahwinan yang tepat untuk dipilih. Laman Nur Kasih menyediakan khidmat majlis pertunangan, nikah dah perkahwinan di bawah satu bumbung. Dengan pakej ditawarkan, bakal mempelai tidak perlu bimbang memikirkan mengenai persiapan majlis. Anda hanya perlu membuat tempahan seawal enam bulan dari tarikh majlis yang ditetapkan.

Pakej ini termasuk katering, kanopi, pelamin, fotografi, makan beradab, sistem PA, bilik pengantin dan ruang inap keluarga. Jauh daripada hiruk-pikuk kota, melakukan majlis perkahwinan di Laman Nur Kasih akan lebih privasi tanpa mengganggu jiran atau terpaksa menutup laluan tertentu. Dilengkapi dengan chalet (dua bilik besar) untuk kegunaan keluarga pengantin, ia lebih selesa dan mudah memastikan urusan majlis berjalan lancar. Landskap taman yang disediakan juga sudah cukup membuatkan tugasan jurugambar atau juruvideo menjadi lebih mudah bagi merakamkan saat indah ratu dan raja sehari.

Kelebihan produk

  • Untuk majlis berkonsep taman
  • Pakej termasuk katering, kanopi, pelamin, makan beradab, sistem PA, dan bilik pengantin
  • Lebih privasi
  • Chalet disediakan untuk kegunaan keluarga pengantin

Kekurangan produk

  • Tempahan seawal enam bulan dari tarikh majlis

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.facebook.com/lamannurkasih/
https://www.instagram.com/explore/locations/518602723/laman-nur-kasih-wedding-garden/?hl=ms
Alamat Lot 10750 Jalan FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Harga Serendah RM8.80 per pax

Tugas utama perancang perkahwinan adalah sebagai koordinator atau penyelaras sesebuah majlis perkahwinan. Jika dahulunya peranan perancang perkahwinan digunakan oleh golongan berpendapatan tinggi, golongan VIP dan selebriti terkenal, kini khidmat ini mampu digunakan oleh orang biasa atau berpendapatan sederhana. Ada banyak pakej menarik yang disediakan mengikut bajet pasangan yang ingin berkahwin.

Tahukah anda, menggunakan khidmat perancang perkahwinan lebih menjimatkan kerana semua perkara iaitu bermula daripada andaman, dekorasi, pelamin, katering, fotografi, videografi dan sebagainya di ambil dari satu pihak sahaja. Walau bagaimanapun anda harus berwaspada dengan khidmat perancang perkahwinan yang tidak wujud bagi mengelakkan hari bahagia anda bertukar duka.



Related posts