• HOME
  • New Article
  • Lain-lain
  • Premis & Kediaman Diserang Makhluk Perosak? Ini 5 Pengendali Kawalan Haiwan & Serangga Perosak Bertauliah Di Lembah Klang

Premis & Kediaman Diserang Makhluk Perosak? Ini 5 Pengendali Kawalan Haiwan & Serangga Perosak Bertauliah Di Lembah Klang

Premis & Kediaman Diserang Makhluk Perosak? Ini 5 Pengendali Kawalan Haiwan & Serangga Perosak Bertauliah Di Lembah Klang
Lain-lain


Masalah serangga dan haiwan perosak boleh terjadi di mana-mana sahaja, tidak kira premis bangunan baru atau lama, kawasan luar bandar atau bandar. Antara makhluk perosak ini seperti semut, lalat, cicak, nyamuk, lipas, tikus, anai-anai, pepijat, lipan, tebuan, dan burung. Jika ruang kediaman atau premis perniagaan sudah kelihatan tanda-tanda diserang makhluk perosak segeralah cari penyelesaian supaya tidak memudaratkan keselamatan penghuninya.

Kawalan serangga dan haiwan perosak adalah penting untuk keselesaan dan kesihatan pemilik kediaman atau premis perniagaan. Namun, sebelum mendapatkan perkhidmatan syarikat yang menjalankan servis kawalan makhluk perosak, sebagai pengguna anda perlu pastikan syarikat itu bukan saja berdaftar, malah pekerjanya seharusnya mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak yang sah dari Lembaga Racun Makhluk Perosak. Ini antara lima pengendali kawalan haiwan dan serangga perosak bertauliah yang ada disekitar Lembah Klang.

Pest React

Pest React
Pest React antara syarikat menawarkan servis kawalan makhluk perosak berkualiti tinggi yang popular di Malaysia khususnya bagi penduduk Lembah Klang. Pest React sudah berpengalaman selama hampir 17 tahun menyelesaikan pelbagai masalah dari sekecil-kecil hingga berskala besar. Pest React menawarkan sesi rundingan secara percuma dengan pelanggan terlebih dahulu diberi penerangan terperinci pemilihan penggunaan racun makhluk perosak dan kesannya. Pakar Pest React akan segera hadir ke premis dengan kenderaan khas dilengkapi pelbagai kemudahan servis kawalan makhluk perosak. Sekaligus dapat menjimatkan masa menjalankan tugasan dengan segera dan berkesan. Selepas servis, pelanggan akan dijanjikan tempoh jaminan100 peratus wang akan dikembalikan jika masalah tidak selesai.

Kelebihan produk

  • Berpengalaman 17 tahun
  • Menawarkan sesi rundingan secara percuma
  • Dilengkapi pelbagai kemudahan servis kawalan makhluk perosak
  • Jaminan100 peratus wang akan dikembalikan

Kekurangan produk

  • Hanya ada satu cawangan

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.pestreact.com/
https://www.facebook.com/PestReact/
Lokasi 22A, Jalan Sepadu 25/123A, Taman Perindustrian Axis, Seksyen 25, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Tutup Sabtu dan Ahad
Harga Tidak dinyatakan

Kamal & Kamal Pest Control

Kamal & Kamal Pest Control
Kamal & Kamal Pest Control menawarkan khidmat kawalan serangga dan haiwan perosak bukan sahaja di Lembah Klang tetapi beberapa negeri lain di Malaysia. Kamal & Kamal Pest Control memiliki rangkaian di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang. Kamal & Kamal Pest Control ditubuhkan hampir 37 tahun sejak 1985 mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Kamal & Kamal Pest Control berpengalaman dalam perkhidmatan kawalan makhluk perosak terutama serangga di samping menggunakan bahan kimia yang mesra alam. Kamal & Kamal Pest Control menawarkan pakej perkhidmatan bermula serendah RM420 setahun untuk kediaman dan sehingga RM2,000 bergantung kepada saiz rumah. Pelanggan juga akan diberi jaminan ganti rugi selama 2 hingga 7 tahun selepas perkhidmatan. Berbaloi bukan?

Kelebihan produk

  • Ada 9 cawangan di Malaysia
  • Mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara
  • Menggunakan bahan kimia yang mesra alam
  • Jaminan ganti rugi selama 2 hingga 7 tahun selepas perkhidmatan

Kekurangan produk

  • tiada

Spesifikasi produk

Hubungi http://www.kamalandkamal.com/
https://www.facebook.com/kamalandkamal
Lokasi Wisma Kamal & Kamal, 24 Jalan Melur 43, Taman Melur, 68000, Ampang Selangor
Masa Operasi Isnin hingga Sabtu jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tutup hari Ahad
Harga Pakej setahun serendah RM420.00

Ikari Shodoku Malaysia

Ikari Shodoku Malaysia
Ikari Shodoku Malaysia diilhamkan daripada kepakaran kebersihan dan teknologi Jepun selama lebih 60 tahun. Ikari Shodoku Malaysia menawarkan rangkaian inovatif penyelesaian pengurusan makhluk perosak sesuai untuk diaplikasikan di rumah atau ruang komersil. Ikari Shodoku Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan profesional bukan sahaja menghapuskan haiwan dan serangga perosak tetapi juga untuk mengawal mikrob berbahaya termasuk bakteria, virus, kulat serta allergen dan toksin. Perkhidmatan Ikari Shodoku Malaysia direka berdasarkan prinsip IPM tertumpu pada penggunaan teknologi, produk inovatif dan pengalaman.

Kelebihan produk

  • Diilhamkan daripada kepakaran kebersihan dan teknologi Jepun
  • Menghapuskan haiwan dan serangga perosak
  • Mengawal mikrob berbahaya termasuk bakteria, virus, kulat serta allergen dan toksin
  • Penggunaan teknologi & produk inovatif

Kekurangan produk

  • Hanya ada satu cawangan

Spesifikasi produk

Hubungi https://ikari.com.my/
https://www.instagram.com/ikarishodokumy/
Lokasi 7, Jalan Shamelin Niaga 1, Shamelin Heights Business Park, 56100 Kuala Lumpur
Masa Operasi Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Tutup Sabtu dan Ahad
Harga Tertakluk kepada jenis masalah

Rentokil Pest Control

Rentokil Pest Control
Rentokil Pest Control antara syarikat yang menjalankan servis kawalan makhluk perosak terbesar di Malaysia dan memiliki cawangan di seluruh negeri Semenanjung Malaysia juga Sabah dan Sarawak. Rentokil Pest Control telah melindungi banyak rumah kediaman dan perniagaan di Malaysia daripada makhluk perosak selama 55 tahun sejak 1967. Sebagai pakar, Rentokil Pest Control tidak pernah berhenti berinovasi untuk membawa penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk membantu pelanggan yang buntu dengan masalah ini. Rentokil Pest Control menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian berkesan untuk pelbagai jenis haiwan perosak seperti pengasapan, rawatan anti pra-pembinaan anai-anai serta pembasmian kuman dari udara mikrob untuk rumah dan perniagaan. Rentokil Pest Control mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak yang sah dari Lembaga Racun Makhluk Perosak

Kelebihan produk

  • Memilik cawangan setiap negeri di Malaysia
  • Berpengalaman hampir 55 tahun
  • Khidmat pengasapan, rawatan anti pra-pembinaan anai-anai & pembasmian kuman dari udara
  • Memiliki lesen sah dari Lembaga Racun Makhluk Perosak

Kekurangan produk

  • Pakej dan sebut harga tidak dinyatakan

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.rentokil.com.my/
https://www.facebook.com/rentokil.malaysia/
Lokasi No. 7 Jalan Utarid U5/13, SeksyenU5, 40150 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi Buka Isnin hingga Jumaat. Dari jam 8.30am hingga 6.00pm. Tutup hari Sabtu dan Ahad
Harga Tidak Dinyatakan

BlueLeafs Pest Control

BlueLeafs Pest Control
BlueLeafs Pest Control menawarkan perkhidmatan pengurusan dan penyelesaian kawalan haiwan perosak yang lengkap kepada sektor domestik, komersial dan perindustrian. BlueLeafs Pest Control menyediakan pemeriksaan dan laporan komprehensif untuk pelanggan dan menyelamatkan daripada semua masalah makhluk perosak. Selepas dua minggu yang pertama setelah servis kawalan serangga perosak dibuat pakar daripada BlueLeafs Pest Control, pelanggan mungkin akan melihat banyak serangga perosak yang muncul dan bertaburan. Jangan panik, ini bermakna servis yang dilakukan team BlueLeafs Pest Control telah berkesan. BlueLeafs Pest Control bukan sahaja menjamin harga yang berpatutan, tetapi mempunyai senarai pelanggan yang sering memuji dan meninggalkan ulasan positif mengenai perkhidmatan kawalan perosak mereka yang berkualiti tinggi.

Kelebihan produk

  • Menyediakan pemeriksaan dan laporan komprehensif kepada pelanggan
  • Khidmat diberikan kepadaa sektor domestik, komersial dan perindustrian
  • Harga yang berpatutan
  • Menerima banyak ulasan baik daripada pelanggan

Kekurangan produk

  • Mempunyai 1 cawangan sahaja

Spesifikasi produk

Hubungi https://blueleafspest.com/
https://www.facebook.com/blueleafspc/
Lokasi 85-2A, OG Business Park, Jalan Taman Tan Yew Lai, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi Buka Isnin hingga Jumaat. Tutup Sabtu dan Ahad
Harga Bermula daripada serendah RM150.00

Jika menghadapi masalah serangan haiwan perosak di rumah atau tempat kerja, patikan anda memilih pengendali kawalan haiwan & serangga perosak yang bertauliah. Lambakan pengendali kawalan racun perosak yang tidak berlesen adalah tidak beretika. Pentingnya untuk mendapatkan lesen kerana pengendali kawalan makhluk perosak perlu benar-benar memahami setiap racun yang digunakan untuk setiap masalah. Jika bancuhan racun kurang daripada yang sepatutnya, berkemungkinan besar tidak berkesan menghalau makhluk perosak dan jika berlebihan, boleh memudaratkan penghuni atau pelanggan. Pelanggan juga sepatutnya ada hak mengetahui jenis racun yang digunakan dan diiktiraf Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Sebelum servis kawalan haiwan atau serangga perosak dijalankan, anda digalakkan untuk membuat beberapa persediaan seperti melindungi perabot dengan kain alas, atau menyimpan makanan serta pakaian sebaiknya. Setelah proses kawalan serangga selesai, pastikan anak kecil, warga emas, individu yang mempunyai penyakit dan haiwan peliharaan tidak berada di dalam ruang atau kawasan yang diracun. Biarkan racun perosak kering sempurna dan sepenuhnya agar tidak memberi kesan terhadap kesihatan diri dan mengelakkan kesan racun ke atas serangga perosak terganggu.



Related posts