5 Pencuci Lantai Mesra Alam Berkesan Hapuskan Bakteria. Rumah Bersih, Lantai Berkilat!

5 Pencuci Lantai Mesra Alam Berkesan Hapuskan Bakteria. Rumah Bersih, Lantai Berkilat!
Lain-lain


Apa jua jenis material lantai rumah anda, membersihan lantai rumah adalah antara rutin penjagaan rumah yang perlu sentiasa dilakukan secara berjadual. Lantai antara bahagian yang perlu dipastikan aspek kebersihannya kerana ia membabitkan keselesaan ramai. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai anak masih kecil, tumpuan perlu diberikan pada lantai bagi memastikan bahagian itu kekal bersih dan selamat untuk mereka. Tanpa sedar kita lazim terdedah kepada bakteria dalam rutin harian terutama ketika duduk atau berbaring di atas lantai. Oleh itu lantai perlu dicuci dengan kerap berikutan ia antara lokasi bakteria membiak. Apabila anda mengabaikan penjagaan itu, ia secara tidak langsung menyebabkan berlaku masalah kesihatan, permukaan lantai tidak selesa dipijak, berkuman serta berhabuk.

Bagi anda yang tercari-cari produk cucian lantai rumah, dicadangkan untuk menggunakan jenis mesra alam atau eco-friendly. Zaman sekarang tidaklah terlalu sukar untuk mencari produk pencuci mesra alam. Semakin banyak jenama yang dihasilkan oleh pengeluar yang prihatin demi membantu menyelamatkan alam sekitar selain selamat untuk diri dan persekitaran. Berikut ialah 5 pilihan pencuci lantai mesra alam yang menjadi pilihan ramai pengguna di pasaran Malaysia. Paling menarik berkesan menghapuskan bakteria, bersih, kilatan lantai lebih bersinar dan selamat.

Ecominim Eco Friendly Concentrated Floor Cleaner – Oceanic Breeze 1L

Ecominim Eco Friendly Concentrated Floor Cleaner - Oceanic Breeze 1L
Ecominim Eco friendly Concentrated Floor Cleaner – Oceanic Breeze dirumuskan dengan formula baharu untuk menghilangkan kesan kotoran dengan lebih efektif pada lantai efektif tanpa meninggalkan sebarang kesan melekit. Ianya mampu membunuh bakteria dan seterusnya meninggalkan permukaan lantai bersih dan berkilat dengan haruman yang berpanjangan dan menyegarkan daripada bauan bayu laut. Wangian segar dari pencuci lantai Ecominim Eco friendly Concentrated Floor Cleaner – Oceanic Breeze mampu bertahan lebih lama. Ecominim Eco friendly Concentrated Floor Cleaner – Oceanic Breeze diiktiraf menggunakan bahan organik semulajadi berasaskan tumbuhan. Ia bebas SLES/SLS, paraben, silicon, phthalate, fosfat, formaldehid, betaine/CDE, dan pewarna. Ecominim Eco friendly Concentrated Floor Cleaner – Oceanic Breeze juga terbukti selamat kepada bayi dan haiwan peliharaan.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Mampu membunuh bakteria
  • Bebas SLES/SLS, paraben, silicon, phthalate, fosfat, formaldehid, betaine/CDE, dan pewarna.
  • Menghilangkan kesan kotoran dengan lebih efektif
  • Haruman segar berpanjangan

Kekurangan produk

  • Jauhi daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan
  • Sukar ditemui dipasaran biasa

Spesifikasi produk

Isipadu 1L
Cadangan penggunaan 2 penutup penuh (20ml) untuk 6L air
Harga RM13.52

METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner 739ml

METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner 739ml
METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner, pencuci lantai berasaskan tumbuhan untuk menanggalkan kesan kotoran, mengilatkan permukaan lantai serta meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia bebas pewarna, bebas aluminium, bebas paraben dan tiada toksik. Botol pencuci eco-friendly ini juga boleh dikitar semula. Hadir dengan 3 jenis bauan unik iaitu Almond, Lemon Ginger serta Spearmint, METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner mampu untuk membunuh bakteria dengan berkesan agar rumah anda terlindung dari sebarang kuman. Penggunaan pencuci mesra alam METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner menghasilkan kesan kilatan dengan lebih sempurna. Ia sangat serasi digunakan untuk permukaan lantai kayu yang keras dan berlamina tidak berliang supaya anda boleh menjimatkan masa membersih dan menikmati kehidupan. METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner menjadikan lantai lebih selamat untuk bayi kecil bermain di atasnya. METHOD Squirt + Mop Hard Floor Cleaner mudah digunakan, hanya sembur dan mop. Tidak perlu dibilas, permukaan jadi lebih selamat dan terbiodegradasi.

Kelebihan produk

  • Reka bentuk botol menarik
  • Sesuai untuk lantai berkayu dan lamina
  • Berasaskan tumbuhan
  • Bebas pewarna, bebas aluminium, bebas paraben dan tiada toksik
  • Ada 3 bauan menarik iaitu Almond, Lemon Ginger dan Spearmint
  • Botol boleh dikitar semula

Kekurangan produk

  • Stok terhad

Spesifikasi produk

Isipadu 739ml
Cadangan penggunaan 1 penutup penuh cukup untuk cucian lantai biasa dan tidak kotor
Harga RM16.92

Bio-Home Floor Cleaner – Lemongrass & Green Tea 1500ml

Bio-Home Floor Cleaner - Lemongrass & Green Tea 1500ml
Bagi rumah yang menghadapi masalah kehadiran serangga-serangga kecil yang merayap di atas lantai seperti semut dan lipas, Bio-Home Floor Cleaner -Lemongrass & Green Tea menyediakan penyelesaiannya untuk anda. Ia dihasilkan daripada bahan esktrak tumbuhan semulajadi yang berkesan untuk mencegah kehadiran serangga. Bio-Home Floor Cleaner-Lemongrass & Green Tea juga sesuai untuk tujuan pembersihan semua jenis permukaan lantai. Bio-Home Floor Cleaner -Lemongrass & Green Tea mampu membasmi bakteria dan kulat serta merta. Anda tidak perlu membilas dan formulasi cepat kering menyenangkan proses pembersihan dilakukan. Ianya juga tidak meninggalkan kesan melekit pada lantai anda. Kandungan yang pekat menjimatkan penggunaan selain mesra bayi dan selamat kepada individu yang mempunyai alahan. Ia tidak mengandungi sebarang bahan toksik disahkan oleh pakar dermatologi.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Mampu menghalau serangga
  • Dihasilkan daripada bahan esktrak tumbuhan semulajadi
  • Mampu membasmi bakteria dan kulat serta merta
  • Mesra bayi dan sesuai individu yang mempunyai alahan

Kekurangan produk

  • Perlu simpan di tempat yang kering sahaja

Spesifikasi produk

Isipadu 1500ml
Cadangan penggunaan Satu penutup penuh untuk kerja mengemop lantai. Tidak perlu dibilas
Harga RM10.99

Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner 1L

Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner 1L
Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner produk keluaran Malaysia menggunakan pati serai semulajadi dan pati lemon untuk mengurangkan kehadiran serangga seperti nyamuk, lipas, cicak dan lalat tanpa bahan racun serangga. Baunya lembut dan segar, pH sederhana, anti-statik, melindungi dari bakteria dan lantai nampak berkilat serta wangi. Tidak sekadar pencuci lantai, Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner boleh digunakan untuk mencuci longkang, tandas, Jubin dinding, bilah kipas atau ruang dapur. Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner bebas bahan kimia serta mengandungi minyak kayu putih (eucalyptus oil, citronella oil (Serai Wangi) dan pekatan lemon untuk menjadikan rumah lebih segar dan selamat. Formula wax atau lilin dalam sebotol Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner memberikan kesan kilaun dan tidak melekit pada lantai yang boleh bertahan selama beberapa hari. Ianya tidak bertoksik dan sesuai untuk pelbagai jenis lantai.

Kelebihan produk

  • Baunya lembut dan segar, pH sederhana, anti-statik, melindungi dari bakteria
  • Harga berpatutan
  • Mampu menghalau serangga
  • Kesan kilaun dan tidak melekit pada lantai

Kekurangan produk

  • Stok terhad di pasaraya terpilih

Spesifikasi produk

Isipadu 1L
Cadangan penggunaan Gunakan 2 penutup ke dalam setengah baldi air 8 liter dan mop tanpa dibilas.
Harga RM11.90

TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner 2L

TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner 2L
TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner bersifat mesra alam diformulasikan berasas tumbuhan boleh dibiodegradasi atau dilupuskan dengan mudah tanpa meninggalkan kesan tidak baik terhadap kebersihan alam sekitar. TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner mampu membersihkan sebarang jenis kekotoran termasuk kesan degil yang sukar ditanggalkan seperti minyak dan kulat yang tumbuh di celahan Jubin lantai. Ia dilengkapi dengan bahan agen anti debu yang akan memelihara kebersihan lantai lebih lama selepas sekali cucian. Menjadikan lantai lebih bersih dan debu tidak melekat dengan cepat. TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner menghasilkan bau yang segar yang memberikan keselesaan serta membasmi 99.9 peratus bakteria yang terdapat pada lantai. TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner diperakui tidak mengandungi Fosfat, Agen Pemutihan, SLS/SLES, Paraben dan Methylisothiazolinone.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Diformulasikan berasas tumbuhan boleh dibiodegradasi
  • Dilengkapi dengan bahan agen anti debu
  • Membasmi 99.9 peratus bakteria
  • Bebas Fosfat, Agen Pemutihan, SLS/SLES, Paraben dan Methylisothiazolinone

Kekurangan produk

  • Reka bentuk sukar dibezakan, sama dengan produk jenama TLC lain
  • Perlu simpan di tempat yang kering dan jauh dari cahaya matahari

Spesifikasi produk

Isipadu 2L
Cadangan penggunaan Guna 1 setengah penutup dalam baldi air 5 liter. Mop dan biarkan sehingga kering. Tidak perlu dibilas.
Harga RM14.78

Lantai bersih berkilat, pastinya menjadi idaman kebanyakan orang. Bukan setakat bersih berkilat, pastikan penggunaan pencuci lantai membantu menghapuskan bakteria tersembunyi di lantai selain selamat digunakan. Pilihan pencuci lantai terbaik adalah jenis mesra alam atau eco-friendly. Kebanyakan produk pencuci lantai mesra alam diperbuat daripada bahan semulajadi atau berasaskan tumbuhan yang efektif untuk membersihkan rumah anda. Tetapi bukan sekadar bahan yang mesra alam, produk jenis ini juga menitik beratkan reka bentuk pembungkusan seperti botol yang diperbuat menggunakan plastik yang boleh diguna semula, kaca dan pembungkus plastik yang dikecilkan. Jom bertukar!

Kebersihan lantai tidak sewajarnya diabaikan kerana ia sentiasa menjadi satu daripada penanda aras tahap penjagaan kebersihan penghuni kediaman atau sesuatu premis. Bakteria yang paling banyak ditemui di lantai kotor adalah jenis bacteroidaceae, E coli, streptococcus dan salmonella. Sebenarnya proses pembersihan lantai tidak perlu dilakukan secara besar-besaran kerana boleh dilakukan setiap hari. Tahap kekotoran atau pembiakan kuman juga dapat dikurangkan dengan rutin membersih lantai berkala.



Related posts