Tenangkan Diri Dengan Jenama ‘Scented Candle’ Terbaik Ini Di Rumah

Tenangkan Diri Dengan Jenama ‘Scented Candle’ Terbaik Ini Di Rumah
Lain-lain


Perasan tak, kadang-kala bila mood tengah ‘swing’ hampir semua perkara seakan tidak kena sahaja. Serabut dan penat dengan kerja di pejabat, terpaksa menghadap kesesakan trafik yang teruk, sampai ke rumah pula hati seperti tidak tenang memikirkan pelbagai perkara.

Kadang-kala apa yang kita perlukan adalah bau-bauan wangi atau aromaterapi yang mampu menenangkan jiwa. Sesetengah bauan seperti Lavender, cedarwood dan vanilla mempunyai magis yang boleh menjadikan kita tenang dan lebih relax.

Sebab itulah banyak terjual lilin aromaterapi atau ‘scented candle di pasaran sehingga pening nak pilih yang mana satu. Namun, anda harus berhati-hati kerana tidak semua diperbuat daripada bahan berkualiti dan sesetengahnya mampu memberi kesan tidak baik kepada kesihatan seseorang. Jom lihat 5 jenama lilin dengan bauan wangi terbaik di pasaran.

Tenangkan Diri Dengan 5 Jenama ‘Scented Candle’ Terbaik Ini Di Rumah

Scents Of Memento

Scents Of Memento
Ditubuhkan pada 2019, Scents of Memento, sebuah syarikat wangian yang berpangkalan di Kuala Lumpur, diasaskan atas prinsip menghidupkan semula kenangan melalui deria bau. Wangiannya dicipta berdasarkan 3 kriteria utama iaitu, bercerita, membangkitkan emosi dan menghidupkan semula kenangan terindah anda. Daripada wangian, mereka meluaskan produk kepada lilin wangian yang diperbuat dengan hanya bahan-bahan terbaik dari seluruh dunia. Antara wangian yang ada adalah, Hotel Room dengan gabungan Basil, Bergamot,Caraway, Iris, Lilac, Lime, Mandarin Orange, Patchouli dan Vetiver. Bauan ini mampu menukar bilik anda kepada bauan seakan di penginapan hotel berprestij yang mewah. Bahan lilinya juga adalah daripada lilin soya dan lilin lebah.

Kelebihan Scents Of Memento

  • Pelbagai jenis bauan mewah
  • Bahan-bahan premium terbaik
  • Berasal dari syarikat wangian
  • Bekas lilin yang tampak elegan

Kekurangan Scents Of Memento

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Scents Of Memento

Jenama Scents Of Memento
Negara asal Malaysia
Berapa jenis wangian 10
Berat 230g
Harga RM 130

Håndlavet

Håndlavet
Lilin dari Håndlavet semuanya dibuat dengan 100% lilin soya semulajadi. Lilin lilin soya sangat bersih dalam pembakaran dan ia membakar lebih perlahan dan lebih sejuk. Ia tidak mempunyai toksin atau bahan pencemar yang bermakna kurang berkemungkinan mencetuskan alahan dan menghasilkan jelaga yang sangat sedikit juga. Bahan-bahan Håndlavet diimport dari negara luar dengan bahan-bahan mesra alam tanpa merosakkan Bumi. Håndlavet membawa koleksi bauan bunga dan buah-buahan.

Kelebihan Håndlavet

  • Bauan segar dan menenangkan
  • Diperbuat daripada lilin soya berkualiti
  • Minyak pati tulen asli
  • Dibungkus cantik sesuai untuk dijadikan hadiah
  • Bahan-bahan premium terbaik
  • Harga berpatutan

Kekurangan Håndlavet

  • Hanya boleh dibeli secara online

Spesifikasi Håndlavet

Jenama Håndlavet
Negara asal Malaysia
Berapa jenis wangian Lebih 20 jenis
Berat 193g
Harga RM 70

Bath and Body Works

Bath and Body Works
Siapa sahaja yang tak kenal dengan jenama Bath and Body Works ini kan? Dari wangian badan, buih mandian, hinggalah ke produk lilin wangian dihasilkan. Menariknya lilin-lilin wangi di sini dijual bersama pelbagai jenis aksesori tambahan yang cantik-cantik. Sudahlah bauan wangi, ianya juga boleh dijadikan hiasan di dalam ruangan bilik atau rumah. Lilin yang digunakan juga adalah lilin soya dicampurkan dengan beberapa minyak pati semulajadi dengan bauan pelbagai.

Kelebihan Bath and Body Works

  • Diperbuat daripada lilin soya berkualiti
  • Minyak pati tulen asli
  • Dibungkus cantik sesuai untuk dijadikan hadiah
  • Mempunyai aksesori tambahan

Kekurangan Bath and Body Works

  • Harga sedikit mahal

Spesifikasi Bath and Body Works

Jenama Bath and Body Works
Negara asal Amerika Syarikat
Berapa jenis wangian Lebih 100 jenis wangian
Berat 411g
Harga RM 150

Zephyrie

Zephyrie
Terokai bauan berbeza yang akan mencipta suasana berbeza di rumah. Apa yang penting, lilin daripada Zephyrie menggunakan bahan berkualiti dengan campuran lilin soya dan juga lilin lebah. Lilin ini mengeluarkan bauan yang lebih kuat dan membakar lebih lama. Setiap bauan adalah daripada bahan premium yang selamat dihidu untuk semua orang.

Kelebihan Zephyrie

  • Diperbuat daripada lilin soya dan lilin lebah berkualiti
  • Dibungkus cantik sesuai untuk dijadikan hadiah
  • Gabungan minyak pati premium

Kekurangan Zephyrie

  • Buan tidak terlalu kuat

Spesifikasi Zephyrie

Jenama Zephyrie
Negara asal Malaysia
Berapa jenis wangian 10 jenis
Berat 200g
Harga RM 105

ANBO

ANBO
Sesiapa yang melihat lilin daripada ANBO ini pasti akan jatuh hati. Cantik-cantik rekaannya sehinggakan boleh menjadi dekorasi menarik di rumah anda. Koleksi ‘Limited edition’ ANBO direka khas dengan bekas seramik dan sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang. Bekas seramik ini setelah habis lilinnya, boleh digunakan untuk keperluan lain seperti bekas pen atau pensil dan sebagainya. Lilin ANBO juga diperbuat daripada lilin lebah dan selamat untuk dibakar. ANBO juga mempunyai bauan bersiri kopi dan ianya sungguh unik, malah menjadi antara produk popular di ANBO.

Kelebihan ANBO

  • Diperbuat daripada lilin lebah berkualiti
  • Bekas seramik limited edition yang cantic
  • Dibungkus cantik sesuai untuk dijadikan hadiah
  • Gabungan minyak pati premium
  • Bauan kopi yang unik

Kekurangan ANBO

  • Saiz kecil

Spesifikasi ANBO

Jenama ANBO
Negara asal Malaysia
Berapa jenis wangian
Berat 120g
Harga RM 88

Khas untuk penggemar lilin dengan bauan ini, perkara paling utama perlu diambil perhatian adalah bahan yang digunakan dalam proses pembuatan lilin tersebut. Bahan-bahan semulajadi seperti lilin soya atau lebah adalah terbaik. Lilin daripada bahan kimia berbahaya mampu menjejaskan kesihatan anda jika dihidu dalam tempoh yang panjang.

Pastikan anda membakar lilin ini di kawasan yang luas dan mempunyai pengudaraan yang baik. Jauhkan lilin daripada bahan mudah terbakar seperti langsir atau fabrik.



Related posts