Suasana Bekerja Lebih Selesa dengan 5 Pilihan Kerusi Pejabat Ergonomik Terbaik Di Pasaran

Suasana Bekerja Lebih Selesa dengan 5 Pilihan Kerusi Pejabat Ergonomik Terbaik Di Pasaran
Lain-lain


Jika anda kerap menghabiskan masa berjam-jam lamanya di hadapan komputer bekerja, mungkin sudah tiba masanya untuk anda melabur sedikit wang untuk membeli kerusi bekerja yang ergonomik dan selesa. Musim pandemik mengubah gaya hidup kebanyakkan kita. Daripada bekerja di pejabat, pilihan bekerja dari rumah dilihat sangat praktikal untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Bila kerja di rumah ni, asalkan ada meja dan kerusi kira settle lah! Ramai juga menggunakan meja makan sebagai stesen bekerja di rumah. Lama kelamaan, akibat duduk dengan tempoh yang lama, sakit seperti sakit leher, sakit belakang akan timbul kerana postur badan yang tidak betul serta kondisi kerusi yang tidak begitu selesa.

Sebab itulah anda perlu mencari kerusi khas untuk bekerja ergonomik yang menyediakan semua sokongan yang diperlukan oleh badan. Kebanyakkan kerusi ini boleh dilaraskan untuk mencapai keselesaan yang maksimum.Jom lihat antara pilihan terbaik kerusi ergonomik ini.

Kerusi Pejabat Ergonomik SOKANO OC007

Kerusi Pejabat Ergonomik SOKANO OC007
Kerusi ini telah direka bentuk untuk keselesaan maksimum, dengan tempat duduk empuk yang lebih besar dan lebih padat, pilihan berbaring dari 90 darjah hingga 150 darjah, dan bantal pinggang dan kepala/leher boleh laras mengikut keselesaan anda. Fabriknya diperbuat dari bahan berkualiti tinggi, jahitan yang kemas menjadikannya sesuai untuk bekerja dalam tempoh yang lama. Menariknya, ia dilengkapi dengan tempat letak tangan yang pastinya akan memberikan keselesaan maksimum sewaktu bekerja.

Kelebihan

  • Tempat letak tangan boleh disesuaikan
  • Ketinggian boleh laras
  • Material tahan lasak
  • Sudut baring sehingga 150 darjah
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tiada tempat letak kaki

Spesifikasi

Size 61cm x 26cm x 58cm
Pilihan warna Hitam
Harga RM 169 – RM 179

AM Office Ergohuman Chair

AM Office Ergohuman Chair
Ergohuman menggabungkan set ciri ergonomik yang terbaik dengan bahagian belakang yang tinggi dan sandaran kepala. Reka bentuk sandaran yang unik dilihat mampu menampilkan kawasan lumbar yang menyokong postur badan malah ia lebih selesa dengan sandaran kepala boleh laras untuk sokongan yang lebih lengkap. Dengan fabrik berkualiti tinggi yang mempunyai pengaliran udara, anda boleh kekal sejuk walaupun terpaksa menghabiskan masa yang lama di hadapan komputer anda.

Kelebihan

  • Menyokong tulang belakang dan sokongan lumbar
  • Tempat letak tangan boleh laras
  • Tempat rehat kepala boleh laras
  • Ketinggian boleh laras
  • Material berjaring tahan lasak
  • Boleh dibaringkan
  • 3 pilihan warna

Kekurangan

  • Harga sangat mahal

Spesifikasi

Size 61cm x 26cm x 58cm
Pilihan warna Hitam, Biru, Putih
Harga RM 1,960

KOKUYO ENTRY Ergonomic Office Chair

KOKUYO ENTRY Ergonomic Office Chair
Dilengkapi dengan ciri pelarasan penting, kerusi pejabat ini boleh memberi anda keselesaan yang anda perlukan ketika bekerja. Tiada lagi sakit belakang kerana KOKUYO ENTRY dilengkapi dengan sandaran kepala empuk dan sistem sokongan lumbar boleh laras. Sokongan tersebut mempunyai 3 konfigurasi berbeza yang boleh anda laraskan agar sesuai dengan keperluan bahagian belakang anda. Dengan bahagian luar fabrik berjaring dan bahagian sandar boleh laras, anda boleh kekal sejuk dan santai sepanjang hari.

Kelebihan

  • Menyokong tulang belakang dan sokongan lumbar
  • Tempat letak tangan boleh laras
  • Tempat rehat kepala boleh ditanggalkan
  • Ketinggian boleh laras
  • Material tahan lasak
  • 5 pilihan warna
  • Kapasiti sehingga 80kg

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Size
Pilihan warna Hitam, Biru Indigo, Ungu gelap, Merah dan Kelabu
Harga RM 870

GRIFF Black PU Leather High Back Executive Chair

GRIFF Black PU Leather High Back Executive Chair
Sekali sekala berangan seperti bos tak salah kan? Kalau anda memang bos, ini adalah pilihan kerusi terbaik untuk anda! Ia mempunyai segala ciri yang anda mahukan untuk kekal selesa sepanjang hari. Penggayaan eksekutif belakang yang tinggi memastikan anda akan kekal disokong, manakala sudut sandar boleh dikunci dari 95 hingga 150 darjah. Ini bermakna anda boleh mencari kedudukan yang betul untuk keselesaan optimum. Dan jika pelarasan ketinggian diperlukan, tiada masalah! Ketinggian tempat duduk boleh laras memudahkan anda mencari ketinggian yang sesuai. Selain itu, dengan keupayaan pusing 360 darjah kerusi ini sedia untuk bergerak ke mana sahaja anda mahukan. Paling best, kerusi ini dilengkapi dengan mesin urutan!

Kelebihan

  • Fungsi urutan badan
  • Menyokong tulang belakang
  • Tempat letak tangan boleh laras
  • Ketinggian boleh laras
  • Material kulit PU
  • Sudut sandar sehingga 150 darjah
  • Boleh berpusing 360 darjah

Kekurangan

  • Tiada tempat letak kaki

Spesifikasi

Size 50cm x72cm x 65cm
Pilihan warna Hitam
Harga RM 219

IKEA Renberget Office Chair

IKEA Renberget Office Chair
Kerusi ini sesuai untuk anda yang mahukan gaya pejabat minimalis. Walaupun nampak simple, namun kerusi ini mampu memberikan keselesaan berpanjangan kepada pengguna. Kerusi ini mempunyai tilt tension boleh agar sesuai dengan pergerakan badan anda. Roda keselamatan mempunyai mekanisme brek sensitif tekanan yang memastikan kerusi tetap di tempatnya apabila anda berdiri, dan dilepaskan secara automatik apabila anda duduk. Kerusi ini mempunyai fabrik campuran poliester, kapas dan poliuretana. Fabriknya yang unik menjadikannya sangat mudah dibersihkan dan diselenggarakan untuk masa yang lama.

Kelebihan

  • Material mudah dibersihkan dan tahan lama
  • Roda dengan fungsi keselamatan
  • Gaya minimalis
  • Keselesaan berpanjangan
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tiada padding pada tempat letak tangan
  • Tiada sokongan lumbar
  • Tiada tempat letak kepala

Spesifikasi

Size 56cm x 110cm x 67cm
Pilihan warna Hitam
Harga RM 229

Sesuai untuk anda yang bekerja dari rumah, ini adalah waktu terbaik untuk mendapatkan kerusi ergonomik terbaik di Malaysia sebagai sebahagian daripada perabot stesen kerja rumah anda. Lupakan sofa, kerusi makan, atau lantai. Tak berbaloi mempertaruhkan kesihatan anda dengan postur duduk yang salah berpanjangan.

Kerusi pejabat berjaring lebih baik untuk pengaliran udara yang lancar. Jika anda seorang yang berpeluh banyak, lebih baik dapatkan kerusi pejabat jenis ini.



Related posts