Lantai Lebih Bersih Dan Berkilat Dengan 5 Pilihan Terbaik Pencuci Lantai Di Malaysia 2022

Lantai Lebih Bersih Dan Berkilat Dengan 5 Pilihan Terbaik Pencuci Lantai Di Malaysia 2022
Lain-lain


Lantai berkilau tanpa kotoran adalah impian ramai orang terutama para suri rumah dan mereka yang mempunyai anak kecil. Bayangkan anak kecil anda bermain di lantai yang kotor, kesat dan dipenuhi bakteria serta patogen yang tidak kelihatan. Eww!
Untuk mengelakkan ianya daripada terjadi, pentingnya untuk kita membersihkan lantai paling kurang seminggu sekali dengan cara mop lantai tersebut. Ha, mop bukan sebarang mop! Anda perlu gunakan cecair pencuci lantai terbaik agar ianya dapat melindungi, menyah bau serta membersihkan lantai rumah anda dengan berkesan.
Khas untuk anda yang sedang mencari produk mencuci lantai terbaik di pasaran, jom lihat senarai ini;

Bio-Home FC Lavender & Bergamot

Bio-Home FC Lavender & Bergamot

Pembersih Lantai Rumah Bio dirumus khas dengan 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang tahan terhadap kotoran tetapi lembut pada tangan anda. Ia selamat untuk bayi dan anda yang mempunyai haiwan peliharaan juga. Pembersih mesra alam ini membersihkan semua jenis lantai termasuk marmar dan meninggalkan rasa licin serta bau unik yang memikat. Bio-Home FC Lavender & Bergamot diperbuat daripada bahan aktif yang boleh terbiodegradasi dan mesra alam daripada ramuannya sehinggalah kepada pembungkusan yang boleh dikitar semula. Produk ini juga bebas daripada paraben, phthalates dan pewarna.

Kelebihan Bio-Home FC Lavender & Bergamot

  • Boleh terbiodegradasi, 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan.
  • Diuji secara dermatologi.
  • Formula cepat kering dan tidak melekit.
  • Sesuai untuk kebanyakan jenis permukaan termasuk marmar dan parket.
  • Wangian bebas phthalate.
  • Terdapat juga dalam bauan Serai & Teh Hijau.

Kekurangan Bio-Home FC Lavender & Bergamot

  • Tidak terjual di kedai runcit biasa

Spesifikasi Bio-Home FC Lavender & Bergamot

Berat 1500ml
Kandungan 5-15% Plant Derived Non-Ionic Surfactants, <5% Bio Solvent, Phthalates-free Fragrance, Linalool, Hexyl Cinnamal, Butylphenyl Methylpropional, d-limonene, Preservatives.
Harga RM 12.90

Ecover Linseed Oil Floor Cleaner

Ecover Linseed Oil Floor Cleaner

Sabun lantai ini bukan sahaja membersihkan, malah juga melindungi dan meninggalkan bauan wangi pada lantai anda. Ecover Linseed Oil Floor Cleaner sesuai untuk permukaan berliang seperti batu semula jadi dan jubin. Formula hebat ini menyuburkan dan melindungi lantai anda tanpa meninggalkan sisa melekit. Menariknya, gandingan sempurna minyak biji rami dan bahan berasaskan tumbuhan yang ada pada produk ini akan meninggalkan kilauan semula jadi, bau lembut dan persekitaran mesra haiwan peliharaan.

Kelebihan Ecover Linseed Oil Floor Cleaner

  • Formula berasaskan tumbuhan
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Tidak diuji pada haiwan
  • Botol diperbuat daripada bahan kitar semula
  • Bauan wangi
  • Boleh terbiodegradasi

Kekurangan Ecover Linseed Oil Floor Cleaner

  • Botol yang agak lembut
  • Harga sedikit mahal untuk 1liter

Spesifikasi Ecover Linseed Oil Floor Cleaner

Berat 1000ml
Kandungan Aqua, Linum usitatissimim seed oil, Potassium carbonate, Parfum, Limonene, Citral
Harga RM 25

Mr. Muscle Multi Purpose Floor Cleaner Lavender

Mr. Muscle Multi Purpose Floor Cleaner Lavender

Kandungan Mr. Muscle Multi Purpose Floor Cleaner Lavender yang dibangunkan secara saintifik bertujuan untuk membasmi 99 peratus virus dan kuman isi rumah biasa pada permukaan pepejal dan tidak berliang, membolehkan anda menyelesaikan lebih banyak pembersihan tanpa perlu bekerja keras. Menariknya, produk ini bukan sahaja boleh digunakan untuk permukaan lantai, malah juga singki, permukaan dapur dan sebagainya.

Kelebihan Mr. Muscle Multi Purpose Floor Cleaner Lavender

  • Menanggalkan kotoran yang sukar
  • Bertindak sebagai pembersih disinfektan
  • Harga berbaloi
  • Bauan lavender yang wangi

Kekurangan Mr. Muscle Multi Purpose Floor Cleaner Lavender

  • Perlu dielakkan terkena kulit atau mata
  • Hanya boleh digunakan dalam kawasan pengudaraan yang baik

Spesifikasi Mr. Muscle Multi Purpose Floor Cleaner Lavender

Berat 1000ml
Kandungan Water, Pareth-7, Benzalkonium Chloride, Hydroxyethyl Cellulose, Fragrance, Sodium Carbonate
Harga RM 6.90

CIF Wild Orchid Floor Cleaner

CIF Wild Orchid Floor Cleaner

Pencuci lantai Cif membantu anda membersihkan lantai dari kotoran, kesan degil dan bakteria membahayakan. Ianya sesuai untuk permukaan seperti jubin linoleum, vinil dan seramik. Produk ini didatangkan dengan 2 jenis bauan wangi iaitu orkid liar dan lautan. Anda juga tidak perlu membilas sapuan lantai dengan air bersih kerana ianya tidak melekit.

Kelebihan CIF Wild Orchid Floor Cleaner

  • Tiada kesan dan tidak perlu dibilas
  • Menanggalkan kotoran yang sukar
  • Menjadikan lantai berkilat
  • Bauan segar seperti lautan

Kekurangan CIF Wild Orchid Floor Cleaner

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Berat 950ml
Kandungan Aqua, Pareth-7, Benzalkonium Chloride, Hydroxyethyl Cellulose, Fragrance, Sodium Carbonate, Alcohol, Fragrance, Colourant
Harga RM 24.61

Dettol 4in1 Disinfectant Multi Action Cleaner

Dettol 4in1 Disinfectant Multi Action Cleaner

Pembersih Dettol 4in1 Disinfectant Multi Action Cleaner dicipta secara tersendiri untuk menghilangkan kotoran, mencerahkan permukaan dan meninggalkan wangian segar yang tahan lama di rumah anda. Selain itu, ia boleh melindungi anda dan keluarga anda daripada virus seperti Influenza A (H1N1) dan E. coli. Dettol ialah jenama United Kingdom yang terkenal dengan produk pembasmian kuman.

Kelebihan Dettol 4in1 Disinfectant Multi Action Cleaner

  • Membunuh 99.9% kuman di sekeliling rumah
  • Membersih dan menanggalkan pengeluaran kotoran
  • Sesuai untuk pelbagai jenis permukaan
  • Bauan wangi dan tahan lama
  • Harga berbaloi
  • Produk popular di Malaysia

KekuranganDettol 4in1 Disinfectant Multi Action Cleaner

  • Perlu dielakkan terkena kulit atau mata

Spesifikasi Dettol 4in1 Disinfectant Multi Action Cleaner

Berat 1.5L
Kandungan Pareth-7, Benzalkonium Chloride Solution, Hydroxyethyl Cellulose, Fragrance, Sodium Carbonate, Alcohol, Fragrance, Colourant
Harga RM 16

Menjaga lantai anda dan menghapuskan kuman dan virus adalah kerja yang tidak pernah berakhir. Untuk itu, penting untuk anda memilih pembersih lantai yang sesuai untuk lantai . Anda perlu mengetahui jenis lantai di rumah anda sama da ianya diperbuat daripada kayu, vinil, jubin dan sebagainya. Ini kerana sesetengah pembersih lantai tidak sesuai dengan lantai tertentu dan sesetengahnya dirumuskan untuk beberapa jenis lantai tertentu.

Jika anda berkulit sensitif, pastikan anda membaca kandungan setiap bahan pencuci kerana sesetengahnya mengandungi bahan berbahaya kepada tubuh manusia.



Related posts