5 Restoran Cina Mesra Muslim/Halal Wajib Cuba Di KL Dan PJ

5 Restoran Cina Mesra Muslim/Halal Wajib Cuba Di KL Dan PJ
Makanan dan minuman


Membesar di negara berbilang kaum ini adalah satu perkara berharga yang patut disyukuri oleh semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja anda boleh makan pelbagai jenis makanan, anda juga berpeluang untuk merasai setiap perayaan di Malaysia juga! Dari Hari Raya hingga Tahun Baru Cina. Thaipusam ke Hari Gawai, rakyat Malaysia berpeluang meraikan semua ini!

Memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir, jom lah kita ambil feel menyambutnya bersama dengan menikmati hidangan Cina terbaik! Yang mana tengah pening nak cari restoran makanan Cina Halal terbaik di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, bolehlah lihat senarai pilihan ini.

deMALA Hotpot

deMALA Hotpot
Hotpot Halal Sichuan ini terletak di dalam lot kedai laluan pejalan kaki baharu 1 Utama di Lower Ground dan restoran ini bernama DeMala Hotpot. Untuk yang tak tahu, Mala adalah sejenis seasoning yang dibuat dari cili dan Sichuan peppercorn dan ianya pedas. deMALA Hotpot menyajikan hidangan lazat Sichuan mala hotpot mesra Muslim yang boleh dinikmati oleh semua orang. Ia juga menawarkan buffet ‘all you can eat’ atau hidangan ala carte pada menunya. Terdapat 5 kuah sup yang berbeza untuk dipilih seperti Sichuan Mala, Cendawan, Tomato, Tom Yum dan Chicken Collagen Bone Broth. Hidangan pedas pastinya Sichuan Mala yang mana anda boleh memilih tahap kepedasan yang diinginkan.

Kelebihan deMALA Hotpot

  • Lokasi restoran strategik di dalam pasaraya
  • Pelbagai jenis kuah sup untuk dipilih
  • Menu dihidangkan buffet dan juga ala carte

Kekurangan deMALA Hotpot

  • Kurang dikenali

Info deMALA Hotpot

Alamat LG603 & 603A 1 utama shopping centre , Petaling Jaya, Malaysia
Waktu beroperasi 11 pagi – 10 malam
Facebook/ Instagram https://www.facebook.com/people/Demala-Hotpot/100083824116432/

Homst TTDI

Homst TTDI
Semuanya bermula pada tahun 2002 di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur apabila Yusoff Lau Bin Abdullah membuka kedai pertama Restoran HOMST. Restoran HOMST ialah restoran muslim cina yang menawarkan pelbagai jenis masakan cina. Daripada hidangan tumis klasik hingga dumpling tradisional, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis masakan asli yang berasal dari setiap wilayah di China. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai pilihan dimsum unik mereka, seperti BBQ Bun dan Siew Mai. Selain itu, pelanggan setia mereka juga menyukai Udang mentega yang juicy di mana anda boleh makan keseluruhan udang walaupun tanpa membuang kulitnya!

Kelebihan Homst TTDI

  • Banyak cawangan
  • Penyediaan makanan cepat
  • Menu pelbagai dan sedap
  • Harga berpatutan

Kekurangan Homst TTDI

  • Sesetengah cawangan terletak di lokasi sesak dan sukar mendapat parking

Info Homst TTDI

Alamat No 34 & 36, Persiaran Zaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi Isnin- Khamis (11 pagi – 10.30 malam), Sabtu & Ahad (11.30 pagi- 11 malam)
Facebook/ Instagram https://homst.com.my/

Mohd Chan

Mohd Chan
Siapalah tak kenal dengan nama Mohd Chan ni kan? Ianya adalah antara restoran makanan Cina terkenal dalam kalangan masyarakat melayu kerana status halal dan menu-menu yang pelbagai dan sedap. Ditubuhkan pada 2007, Restoran Mohd Chan berdiri kukuh dengan 13 cawangan dan beberapa buah kiosk. Jenama Mohd Chan terkenal dengan dim sum yang lazat dan hidangan istimewa lain seperti Seafood combo pot dengan spicy lime broth dan Sup isi Ketam dengan Hiris Abalone, ketam bercili tidak lupa mee kari nya.

Kelebihan Mohd Chan

  • Terkenal dalam masyarakat melayu
  • Banyak cawangan
  • Menu pelbagai dan sedap
  • Harga berpatutan

Kekurangan Mohd Chan

  • Servis setiap outlet berbeza dari segi kepantasan penyediaan makanan

Info Mohd Chan

Alamat Lihat senarai outlet ini https://www.mohdchan.com.my/outlet/
Waktu beroperasi Isnin- Ahad ( 11 pagi – 11 malam)
Facebook/ Instagram https://www.mohdchan.com.my/

Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen
Rasai keenakan dan keaslian masakan cina di Mohammad Chow, sebuah restoran cina muslim yang terletak di Damansara. Sejak tahun 2013, restoran ini telah menghidangkan puluhan masakan cina yang halal untuk pelanggan dari kategori keluarga hinggalah ke kumpulan yang lebih besar. Lebih menarik lagi, restoran ini juga pernah dikunjungi oleh beberapa rancangan televisyen dan tercalon di dalam beberapa anugerah yang berkaitan dengan makanan. Menampilkan makanan-makanan klasik cina sebagai menu utama, anda pasti tidak mampu menahan lapar apabila melihat tekstur, warna dan presentasi makanan yang mampu menaikkan selera anda. Apabila anda berkunjung ke sini, wajib untuk anda pesan makanan-makanan yang menjadi pilihan ramai pelanggan seperti buttermilk chicken, salted egg squid, yam basket dan kam heong lala. Selain daripada Damansara, Mohammad Chow juga mempunyai cawangan lain di Ampang & Gombak.

Kelebihan Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

  • Pernah tercalon di dalam beberapa anugerah
  • Memasuki beberapa rancangan televisyen
  • Pelbagai menu klasik dan autentik
  • Mempunyai beberapa cawangan

Kekurangan Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

  • Kurang dikenali

Info Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

Alamat Lot 3-1, Perdana Business Centre, Jalan PJU 8/5h, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu beroperasi 11 pagi – 10 malam
Facebook/ Instagram https://ms-my.facebook.com/mohammadchowdotcom/
https://www.instagram.com/mohammadchow/?hl=en

Lamb Shepherd Restaurant

Lamb Shepherd Restaurant
Buat anda yang teringin sangat nak merasa masakan cina muslim yang asli, autentik dan didatangkan khas dari China, Lamb Shepherd Restaurant akan membawa menu-menu ini terus kepada anda. Diasaskan oleh pemiliknya yang berasal dari Xi’an, kesemua menu-menu yang ditonjolkan di restoran ini dimasak menggunakan cara tradisional dari Xi’an dengan rasa dan rempah yang turut dibawa dari daerah Sichuan yang amat terkenal. Yang menariknya di sini, makanan yang dihidang mempunyai porsi yang cukup banyak dan mencukupi, pastinya anda akan berasa kekenyangan dan berpuas hati dengan servis dan layanan pekerja-pekerja yang sangat bagus. Antara menu yang perlu anda cuba di restoran ini dan sering menjadi kesukaan pelanggan ialah Dumpling Soup, dimana ramai yang mengatakan ia adalah yang terbaik di Malaysia. Dan juga menu yang mempunyai nama yang membawa tuah kepada restoran ini iaitu The Lamb Shepherd yang dimasak dengan cili yang banyak da cukup rasa.

Kelebihan Lamb Shepherd Restaurant

  • Masakan asli dari Xi’an
  • Porsi makanan yang banyak dan mencukupi
  • Servis dan layanan yang terbaik

Kekurangan Lamb Shepherd Restaurant

  • Menggunakan rempah dari daerah Sichuan, mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang serasi dengan rasanya.

Info Lamb Shepherd Restaurant

Alamat No.8A, Ground Floor, Jalan 4/27F, Off Jalan Genting Klang, Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi 11.30 pagi – 8.30 malam

Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan kehidupan kita lebih warna dan variasi dalam pelbagai aspek. Untuk kita lebih menghormati bangsa-bangsa lain yang terdapat di negara kita ini, seeloknya kita mengenali budaya mereka dan salah satunya adalah melalui makanan. Tak salah untuk kita mencuba dan keluar daripada zon selesa untuk mempelbagaikan lagi kelainan dalam deria rasa dengan mencuba kepelbagaian makanan.

Sesetengah restoran ini menerima kedatangan pelanggan yang ramai di waktu puncak, untuk elak waktu menunggu yang lama, datang awal tau!



Related posts