Resepi Mudah & Murah: Ini 5 Tepung Ayam Goreng Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Ayam Goreng Rangup & Sedap 2024

Resepi Mudah & Murah: Ini 5 Tepung Ayam Goreng Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Ayam Goreng Rangup & Sedap 2024
Makanan dan minuman


Kalau anda penggemar ayam goreng, ini dia 5 tepung ayam goreng yang wajib anda cuba! Tepung-tepung ini memang mendapat recommendation terbaik untuk fried chicken yang crispy dan juicy, menjadikan ia hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Untuk makan malam yang sedap, tepung ayam goreng ini lebih mudah, lebih sedap dan cepat disediakan. Walaupun restoran komersial seperti KFC, Texas, atau yang terbaru dan popular, DFC Darsa Fried Chicken memang lazat, membuat ayam goreng sendiri di rumah memang lain rasanya. Anda boleh menikmati hidangan yang lebih sedap dan seronok sambil berkumpul dengan keluarga. Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba dan rasai sendiri kehebatan tepung-tepung ayam goreng ini!

Bon Chef Tepung Ayam Goreng HOT & SPICY

Bon Chef Tepung Ayam Goreng HOT & SPICY
Popularnya jenama ini sehingga ada yang mengatakan rasanya hampir sama seperti ayam goreng hot & spicy dari satu restoran makanan segera yang ada di Malaysia. Bon Food Industries Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan rangkaian salutan, perasa dan perapan. Khas untuk anda yang gemarkan kepedasan ini adalah pilihan yang tepat. Aromanya sungguh wangi sehingga anda boleh mengidunya sebaik membuka bungkusan tepung ini.

Kenapa anda patut cuba Bon Chef Tepung Ayam Goreng HOT & SPICY?

  • Cara penyediaan yang mudah
  • Kekal rangup dalam tempoh yang lama
  • Tidak perlu salutan telur
  • Mempunyai status halal Malaysia
  • Rasa enak seakan ayam goreng daripada restoran makanan segera popular di Malaysia

Kenapa anda mungkin nak elak dari cuba Bon Chef Tepung Ayam Goreng HOT & SPICY?

  • mengandungi gandum(gluten) dan soya, tidak sesuai untuk alah kepada gluten

Info tentang Bon Chef Tepung Ayam Goreng HOT & SPICY?

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Pati, Garam, Cili dan Rempah. Mengandungi Monosodium Glutamater (E261), Disodium Guanylate (E627), Disodium Inosinate (E631), Ekstrak yis sebagai penambah rasa & pewarna makanan yang dibenarkan (E102 & E110).
Cara memasak: Gaul rata tepung & air. Rendam ayam dalam adunan. Simpan dalam peti ais selama 30 minit atau semalaman untuk hasil yang lebih baik. Salutkan kepingan ayam yang telah diperap dengan Bon Chef Crispy Fried Chicken Coating Mix. Goreng ayam yang telah disalut dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan dan sedia dihidangkan.
Status halal: Halal
Berat kandungan: 1kg
Harga: RM 7 – RM 10++

KLFC Tepung Goreng Ayam Original

KLFC Tepung Goreng Ayam Original
Produk keluaran KLFC ini disahkan Halal dan diperakui ISO, menjadikannya sebagai salah satu produk dipercayai dan selamat dimakan seisi keluarga. Tepung untuk menggoreng ayam ini merupakan adunan tepung yang dirumus khas yang diselitkan dengan gabungan herba, rempah ratus dan perasa. Ia direka untuk menyalut kepingan ayam sebelum digoreng, memberikan salutan yang berperisa dan rangup kepada ayam gorengan anda.

Kenapa anda patut cuba KLFC Tepung Goreng Ayam Original?

  • Tepung berperisa asli untuk menggoreng ayam
  • Tiada bahan pengawet tambahan
  • Produk yang disahkan halal
  • Sedia dimasak dalam hanya 10 minit
  • Harga murah

Kenapa anda mungkin nak elak dari cuba KLFC Tepung Goreng Ayam Original?

  • Mengandungi gandum(gluten) dan soya, tidak sesuai untuk alah kepada gluten

Info tentang KLFC Tepung Goreng Ayam Original:

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Tepung Jagung, Tepung Beras, Garam, Monosodium Glutamat, Lada Hitam, Lada Putih, Serbuk Kari, Serbuk Bawang Putih, Rempah Campur, Serbuk Bawang Besar, dan Serbuk Kunyit.
Cara memasak: Gaul rata tepung & air. Rendam ayam dalam adunan. Perap dalam peti ais selama 30 minit atau semalaman untuk hasil yang lebih baik. Salutkan kepingan ayam yang telah diperap dengan KLFC Tepung Goreng Ayam Original. Goreng ayam yang telah disalut dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan dan sedia dihidangkan.
Status halal: Halal
Berat kandungan: 1kg
Harga: RM 7.85

Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA

Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA
Jenama tepung ini sudah mula menguasai pasaran bermula pada tahun 2001 dan merupakan produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh syarikat Industri Makanan Jati. Istimewa tepung tidak memerlukan sebarang telur sebagai bahan salutan. Hanya perlu bancuh tepung AROMA bersama air mengikut sukatan yang diberikan sahaja dan masak mengikut aturan yang disediakan. Hasilnya, masakan bergoreng enak serta lazat sedia untuk dinikmati.

Kenapa anda patut cuba Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA?

  • Kekal rangup dalam jangka masa lama
  • Tidak memerlukan salutan telur
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Hasil gorengan sempurna

Kenapa anda mungkin nak elak dari cuba Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA?

  • Kurang didapati di kedai runcit, lebih mudah dibeli secara dalam talian

Info tentang Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA:

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Kanji, Garam, Cili, Rempah-rempah, Perasa dan Serbuk Penaik
Cara memasak: Gaul rata tepung & air. Rendam ayam dalam adunan. Perap seketika selama 30 minit atau lebih untuk hasil yang lebih baik. Salutkan kepingan ayam yang telah diperap dengan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA. Goreng ayam yang telah disalut dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan dan sedia dihidangkan.
Status halal: Halal
Berat kandungan: 1kg
Harga: RM 10.88

Master VG Tepung Ayam Goreng

Master VG Tepung Ayam Goreng
Master VG Tepung Ayam Goreng didatangkan dengan perencah khusus yang membantu anda menyediakan masakan yang lazat di rumah dengan cara yang cepat dan mudah. Ia adalah campuran lengkap daripada pelbagai bahan dan perasa berkualiti tinggi untuk memberikan rasa yang lengkap dan lazat untuk hidangan ayam goreng anda. Tepung ini juga sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan hidangan tempura bagi udang, sotong dan aneka sayur-sayuran.

Kenapa anda patut cuba Master VG Tepung Ayam Goreng?

  • Rasa enak seakan masakan di kedai
  • Boleh digunakan untuk menggoreng sayuran dan lain-lain selain ayam
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Hasil gorengan sempurna

Kenapa anda mungkin nak elak dari cuba Master VG Tepung Ayam Goreng?

  • Jenama kurang dikenali

Info tentang Master VG Tepung Ayam Goreng:

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Kanji jagung, Tepung Beras, Serbuk Cili, Garam, Bahan
Penaik (E450i, E500ii), Agen Pemekat (E415, E1414), Rempah Ratus, Perasa Ayam,
Serbuk Bawang Merah dan Serbuk Bawang Putih. Mengandungi Gandum (Gluten). Mungkin Mengandungi Sisa Telur & Susu.
Cara memasak: Gaul rata tepung & air. Rendam ayam dalam adunan. Perap seketika selama 30 minit atau lebih untuk hasil yang lebih baik. Salutkan kepingan ayam yang telah diperap dengan Master VG Tepung Ayam Goreng. Goreng ayam yang telah disalut dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan dan sedia dihidangkan.
Status halal: Halal
Berat kandungan: 1kg
Harga: RM 9.85

Seri Mewah Fried Chicken Coating Onion & Garlic

Seri Mewah Fried Chicken Coating Onion & Garlic
Ia dirumus khas dengan bawang merah dan bawang putih untuk menjadikan ayam goreng anda lain dari yang lain. Aroma bawang putihnya memang terangkat dan membuatkan sesiapa yang membaunya terpikat. Kos penyediaan makanan juga lebih jimat dengan menggunakan Tepung Seri Mewah ini kerana hanya sedikit sahaja tepung digunakan untuk menghasilkan makanan bergoreng yang sempurna. Bagi pek bersaiz 1 kg, ia boleh digunakan untuk menghasilkan hampir 4kg ayam goreng. Memang berbaloi dan sesuai untuk anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Kenapa anda patut cuba Seri Mewah Fried Chicken Coating Onion & Garlic?

  • Diperkaya dengan aroma bawang merah dan bawang putih
  • Tiada bahan pengawet tiruan tambahan
  • Tiada telur diperlukan
  • Kerangup tahan lama

Kenapa anda mungkin nak elak dari cuba Seri Mewah Fried Chicken Coating Onion & Garlic?

  • Sukar didapati di kedai runcit

Info tentang Seri Mewah Fried Chicken Coating Onion & Garlic:

Bahan-bahan:
Cara memasak: Gaul rata tepung & air. Rendam ayam dalam adunan. Perap seketika selama 30 minit atau lebih untuk hasil yang lebih baik. Salutkan kepingan ayam yang telah diperap dengan tepung Seri Mewah. Goreng ayam yang telah disalut dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan dan sedia dihidangkan.
Status halal: Tidak dapat dipastikan
Berat kandungan: 850g
Harga: RM 9.10

Ayam goreng yang sempurna dan ranggup bermula dengan penerapan yang hebat. Untuk hasil yang terbaik, pastikan ayam anda diperap semalaman dengan campuran bahan-bahan yang segar seperti bawang putih, halia, dan sedikit garam. Bahan-bahan ini bukan sahaja menambah rasa, tetapi juga membantu melembutkan daging ayam. Jangan lupa untuk menambah sedikit serbuk cili dan ketumbar untuk memberikan aroma yang memikat. Tips to share: gunakan susu mentega atau yogurt dalam perapan untuk ayam yang lebih berjus.
Seterusnya, penggunaan minyak dan suhu yang betul adalah kunci kepada ayam goreng yang rangup. Pastikan minyak dipanaskan pada suhu 175°C sebelum memasukkan ayam. Suhu yang terlalu rendah akan menyebabkan ayam menyerap terlalu banyak minyak dan menjadi lembik. Sebaliknya, suhu yang terlalu tinggi akan membakar bahagian luar ayam sebelum bahagian dalamnya masak sepenuhnya. Tips to share: gunakan minyak sayuran seperti minyak kacang tanah atau minyak canola untuk hasil yang lebih baik. Dengan mengikuti tips ini, anda boleh menikmati ayam goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam, setiap kali.



Related posts