5 Minuman Coklat Yang Anda Harus Cuba Di Malaysia 2022

5 Minuman Coklat Yang Anda Harus Cuba Di Malaysia 2022
Makanan dan minuman


Mengikut kajian jurnal yang dilakukan oleh The Netherlands Journal of Medicine, coklat mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang baik, salah satunya adalah menurunkan kadar kolesterol. Selain daripada kopi, minuman coklat juga turut mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenama-jenama terkenal yang menawarkan minuman coklat daripada yang berharga berpatutan sehinggalah ke kategori premium.

Salah satu jenama minuman coklat yang mempunyai pelbagai rangkaian produknya ialah jenama Milo yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Terdapat juga francais-francais kafe premium yang menawarkan minuman coklat mereka sendiri iaitu jenama Starbucks.

Minuman coklat mempunyai pelbagai jenis sajian mengikut pilihan dan citarasa pengguna iaitu RTD (Ready to Drink) yang datang dlm bentuk tin dan kotak, sachet iaitu paket-paket kecil yang diisi dengan serbuk coklat dan perlu dibancuh sendiri termasuklah serbuk coklat yang didatangkan dengan paket besar untuk hidangan seluruh keluarga.

Selain daripada dua jenama diatas, terdapat pelbagai lagi jenama minuman coklat yang perlu anda cuba. Jadi, jom kita kenali lima jenis minum coklat terbaik yang anda perlu cuba di Malaysia.

ARKADIA Chocolate 40% Cocoa

ARKADIA Chocolate 40% Cocoa
ARKADIA merupakan salah satu produk yang dihasilkan oleh Dankoff Coffee Specialist, ia adalah sebuah jenama minuman coklat yang dirumus khas dengan kandungan koko sebanyak 40 peratus, menjadikan ianya kaya dengan rasa coklat khusus buat penggemar minum coklat di luar sana. Diproses dengan 100 peratus serbuk koko yang diimport dari negara Ivory Coast, kepekatan ekstrak koko pada minum ini jelas kelihatan daripada warnanya yang lebih gelap dan keruh.

Rasa pahit manis minuman coklat ini pula diseimbangkan dengan sempurna melalui gabungan rasa halus kulit oren, kacang hazelnut dan buah-buahan kering drupes. Selain itu, untuk memastikan penjagaan tubuh badan anda secara maksimum, minuman ini juga berkategori gluten-free ataupun bebas dari sebarang kandungan gluten. Ini bertepatan dengan prinsip jenama ini yang mementingkan ketulenan dan keaslian dimana produk ini juga turun bebas dari sebarang ejen pengawet, warna tiruan termasuk pemanis tiruan.

Kelebihan ARKADIA Chocolate 40% Cocoa

  • Kandungan koko tinggi
  • Bebas dari pengawet, warna tiruan dan pemanis tiruan
  • Gluten-Free
  • Variasi pek berlainan saiz

Kekurangan ARKADIA Chocolate 40% Cocoa

  • Hanya dijual dalam bentuk pek
  • Harga yang mahal kerana dikategorikan sebagai produk minuman yang premium
  • Tidak mudah didapati, hanya dijual secara online dan kafe-kafe yang eksklusif sahaja,.

Spesifikasi ARKADIA Chocolate 40% Cocoa

Kandungan koko 40 peratus
Jenis Serbuk dan dibancuh
Pek Bungkusan Pouch 1kg, 500 dan 250
Harga 250g – RM 24.90, 500 g – RM 42.00 & 1 kg – RM 61.00

Beans & Co Mint Dark Chocolate

Beans & Co Mint Dark Chocolate
Selain minuman coklat yang berasaskan coklat sahaja, terdapat juga jenama-jenama minuman coklat yang menawarkan perasa-perasa campuran, salah satunya menggabungkan rasa pudina dan coklat. Ia mungkin kedengaran sedikit pelik dan menimbulkan pertanyaan, apakah rasa berangin daripada daun pudina mampu memberi keseimbangan kepada rasa pahit manis serbuk koko coklat hitam.

Beans&Co Mint Dark Chocolate merupakan salah satu jenama yang mengetengahkan konsep minuman coklat hitam seperti ini. Kandungan serbuk koko coklat hitam pada campuran kedua-duanya ini cukup tinggi iaitu 60 peratus. Dan ianya sangat bagus buat anda yang menjaga tubuh badan kerana mengikut kajian, lemak pada coklat hitam ini tidak menggemukkan.

Dan apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati Beans&Co Mint Dark Chocolate dengan pelbagai cara mengikut citarasa keluarga dan anda . Ianya boleh diminum panas, sejuk, dijadikan Ice blended, Milkshake coklat dan juga turut boleh dijadikan makanan sihat dengan mencampurkan serbuk koko ini bersama serbuk protein atau oats.

Kelebihan Beans & Co Mint Dark Chocolate

  • Kandungan koko tinggi iaitu 60%
  • Serbuk coklat hitam lebih sihat
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan
  • Variasi pek berlainan saiz

Kekurangan Beans & Co Mint Dark Chocolate

  • Harga yang mahal kerana dikategorikan sebagai produk minuman yang artisan dan premium
  • Tidak mudah didapati, hanya dijual secara online dan kafe-kafe yang eksklusif sahaja,.

Spesifikasi Beans & Co Mint Dark Chocolate

Kandungan koko 40 peratus dan campuran bersama pudina
Jenis Serbuk dan dibancuh
Pek Bungkusan Tab Coklat 550g, Pek Mini 300g
Harga 550g – RM 75, 300g – RM 55

Coles Drinking Hot Chocolate

Coles Drinking Hot Chocolate
Sebuah produk yang diimport dari Australia, Coles Drinking Hot Chocolate juga tidak kurang hebatnya. Produk ini ditawarkan dengan dua pek bungkusan iaitu dalam bentuk tab coklat berkandungan 400 gram serbuk koko dan sachet. Kandungan koko pada produk ini adalah sebanyak 21 peratus. Ianya turut sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana tidak mempunyai pewarna dan perasa tiruan.

Walaupun kandungan serbuk kokonya lebih sedikit jika dibandingkan dengan produk lain, tekstur minuman coklat ini dikatakan lebih halus dan lembut, dan tidak akan memberikan aftertaste pelik. Selain itu, ia juga dikatakan tidak terlalu manis dan sesuai diminum oleh semua lapisan umur.

Jika anda jenis yang terlalu sibuk dan sentiasa menghadap komputer, bungkusan sachet sesuai untuk anda kerana ianya bersifat instant, anda hanya perlu tuang ke dalam cawan dan tambah dengan air. Mudah dan menyenangkan.

Kelebihan Coles Drinking Hot Chocolate

  • Harga berpatutan
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan
  • Variasi pek berlainan saiz
  • Mudah didapati di platform online Malaysia

Kekurangan Coles Drinking Hot Chocolate

  • Kandungan serbuk koko yang rendah, hanya 21 peratus
  • Hanya dijual dalam bentuk pek, tiada versi RTD (Ready to Drink)
  • Jenama yang kurang dikenali di Malaysia

Spesifikasi Coles Drinking Hot Chocolate

Kandungan koko 21 peratus
Jenis Serbuk dan sachet
Pek Bungkusan Tab Coklat 400g, 10 sachet 20g
Harga 400g – RM 29.90, 300g – RM 25.90

Etblisse Premium Dark Chocolate

Etblisse Premium Dark Chocolate
Jika anda mencari minuman coklat yang sihat, ini adalah untuk anda. Etblisse Premium Dark Chocolate adalah sebuah minuman coklat buatan tempatan yang mempunyai campuran kandungan-kandungan bahan yang sihat. Ia adalah 100 peratus serbuk koko yang digabungkan dengan susu soya organik serta 18 jenis herba cina dan bijirin. Dan ianya 50 peratus kurang manis jika dibandingkan dengan produk-produk lain, sesuai untuk yang sedang diet.

Melihat kepada kandungannya sahaja, sudah tentu kelebihannya lebih banyak. Minuman coklat ini mempunyai pelbagai kebaikan seperti melancarkan peredaran darah, menguatkan gigi dan tulang, menguatkan stamina dan pelbagai lagi. Ia sesuai diminum oleh kanak-kanak bermula daripada umur satu tahun hingga ke orang dewasa lebih-lebih lagi jika anda menghidapi kolesterol tinggi, sembelit serta masalah berat badan. Berbaloi kan? Dengan satu harga anda boleh mendapat pelbagai manfaat.

Kelebihan Etblisse Premium Dark Chocolate

  • Kandungan serbuk koko 100 peratus
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan
  • Campuran bahan-bahan yang sihat
  • 50 peratus kurang manis
  • Mudah didapati di platform online Malaysia

Kekurangan Etblisse Premium Dark Chocolate

  • Kurang digemari penggemar minuman coklat yang biasa
  • Lebih menjurus kearah produk kesihatan

Spesifikasi Etblisse Premium Dark Chocolate

Kandungan koko 100 peratus
Jenis Serbuk dan dibancuh
Pek Bungkusan Tab Coklat 450g
Harga 450g – RM 33.90

Godiva Dark Chocolate Cocoa

Godiva Dark Chocolate Cocoa
Premium, eksklusif dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Ini jelas kelihatan terpampang pada bungkusan produknya. Godiva cukup dikenali dengan francais aiskrim berperisa coklat mereka. Selain daripada aiskrim, minuman coklat juga turut menjadi salah satu produk yang ditawarkan.

Godiva Dark Chocolate Cocoa adalah sebuah minuman coklat kategori premium yang menawarkan 72 peratus kandungan serbuk koko. Diadun dengan serbuk koko dan bahan semula jadi yang berkualiti tinggi, produk ini menggunakan coklat daripada sumber tersendiri yang menjadi rahsia dan kunci kepada resipi mereka.

Jika anda menyukai rasa coklat yang kuat dan lazat tetapi mempunyai tekstur yang halus seperti baldu, cubalah Godiva Dark Chocolate Cocoa. Selain daripada rasanya, pek bungkusan produk ini nampak mewah dan juga sangat sesuai jika dijadikan hadiah kepada keluarga dan kawan-kawan.

Kelebihan Godiva Dark Chocolate Cocoa

  • Kandungan serbuk koko 72 peratus
  • Premium dan eksklusif
  • Rasa coklat yang kuat
  • Sesuai dijadikan hadiah

Kekurangan Godiva Dark Chocolate Cocoa

  • Harga yang agak premium
  • Produk import dan tidak mudah didapati secara fizikal

Spesifikasi Godiva Dark Chocolate Cocoa

Kandungan koko 72 peratus
Jenis Serbuk dan dibancuh
Pek Bungkusan Tab Coklat premium 410g
Harga 410g – RM 97.30

Minuman coklat dikatakan mampu mengurangkan kadar stress. Mungkin secara perlahan kita boleh menukar budaya minum kopi ketika kerja kepada minuman coklat. Ini kerana dari segi manfaat dan kebaikan, coklat juga mampu berdiri setanding dengan kopi. Cuma dinasihatkan supaya pengambilan anda perlulah dikawal, apa-apa sahaja yang diambil secara berlebihan juga boleh mendatangkan kesan.

Pelbagai jenama minuman coklat ada di luar sana. Jadi, pilih lah dengan bijak dan kena dengan selera anda. Semoga setiap hirupan, rasa dan aroma minuman coklat dapat menjadikan anda seorang yang produktif dan sihat setiap hari.



Related posts