5 Pilihan Minyak Masak Terbaik Dan Bermanfaat Untuk Kesihatan

5 Pilihan Minyak Masak Terbaik Dan Bermanfaat Untuk Kesihatan
Makanan dan minuman


Minyak masak adalah antara bahan penting dalam menyempurnakan masakan. Walaupun tidak semua masakan menggunakan minyak masak, namun hampir kebanyakkan masakan memerlukannya. Apa yang merisaukan adalah penggunaan minyak berlebihan daripada kuantiti sepatutnya dalam masakan yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung.
Lemak tepu hasil daripada makanan berminyak ini sangat merbahaya pada kesihatan badan.

Sebab itulah, ramai suri rumah kini lebih peka dengan memilih minyak masak yang kurang kandungan kolestrol dan berasaskan sayuran kerana ianya lebih sihat. Banyak pilihan minyak masak terbaik yang ada di pasaran. Ini adalah antara senarai minyak masak yang boleh anda cuba:

Naturel Sunflower

Naturel Sunflower

Rasanya ramai tahu mengenai kebaikkan minyak bunga matahari ni kan? Ia mengandungi beberapa jenis asid lemak seperti asid lemak tepu, lemak omega 9, dan omega 6 PUFA. PUFA adalah lemak poli tak tepu yang terdapat dalam minyak masakan. Berbanding dengan lain-lain minyak sayuran, kandungan PUFA dalam minyak bunga matahari adalah lebih tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin E secara semulajadi. Salah satu kandungannya juga adalah lemak mono tak tepu yang dapat membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Menariknya, Naturel Sunflower Cooking Oil dihasilkan secara inovasi berasaskan DHA tumbuhan untuk membantu perkembangan otak. Kaedah terbaik menggunakan minyak bunga matahari ialah dalam pembuatan kek dan biskut.

Kelebihan

  • Kaya dengan vitamin E
  • Membantu menurunkan paras kolestrol
  • DHA untuk perkembangan otak
  • Sesuai untuk masakan dan pembuatan kek juga biskut
  • Bebas kolestrol

Kekurangan

  • Kurang sesuai dimasak menggunakan api yang terlalu panas

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak bunga matahari
Berat 3KG
Harga RM 34

Daisy Corn Oil

Daisy Corn Oil

Khas untuk anda yang gemar membuat biskut atau kek, ini adalah pilihan minyak yang terbaik. Ini kerana ia mampu menghasilkan aroma yang wangi dan boleh menghasilkan kek yang lembut. Minyak jangung Daisy dihasilkan menggunakan jagung asli dan mengandungi vitamin bermanfaat yang ada pada jagung seperti vitamin A, omega 6, vitamin B6 dan tiamina. Minyak masak ini diperkaya dengan unsur fiber dan tidak mengandungi kolestrol.

Kelebihan

  • Menggunakan jagung asli
  • Diekstrak daripada biji jagung berkualiti
  • Kaya dengan vitamin E, B6 dan omega 6
  • Bebas kolestrol
  • Kaya dengan unsur fiber

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak jagung
Berat 3KG
Harga RM 42.50

Seri Murni Pure Vegetable Cooking Oil

Seri Murni Pure Vegetable Cooking Oil

Pasti sahaja ramai pernah menggunakan minyak Seri Murni ni kan? Mungkin ramai tidak tahu yang minyak sawit juga dikategorikan sebagai sejenis minyak sayuran. Ia kaya dengan vitamin E semula jadi, bebas kolestrol, asid lemak transparan dan aditif. Minyak masak Seri Murni adalah satu-satunya yang diperbuat daripada SUPER OLEIN iaitu gred tinggi olein kelapa sawit yang biasanya digunakan hanya untuk pasaran eksport di bawah permintaan khas. Bukan itu saja, produknya juga paling asli tanpa sebarang aditif dan pengguna boleh yakin tiada ‘Agen Anti Keruh’ ditambah pada minyak untuk melambatkan proses mengeruhan.

Kelebihan

  • Diperbuat daripada Super Olein
  • Kaya vitamin E
  • Bebas kolestrol
  • Tiada ‘Agen Anti Keruh’
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tidak mempunyai DHA

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak kelapa sawit
Berat 5KG
Harga RM 34

Adela Gold

Adela Gold

Adela Gold adalah gabungan unik minyak kelapa sawit, minyak kacang tanah dan minyak bijan, yang sememangnya disukai untuk masakan di Malaysia. AdelaGold juga kaya dengan Vitamin E, bebas kolesterol dan tanpa lemak trans. Minyak ini dihasilkan daripada usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berterusan Kumpulan untuk menghasilkan produk unggul berdasarkan permintaan pengguna.

Kelebihan

  • Kaya vitamin E
  • Bebas kolestrol
  • Tanpa lemak trans
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Gabungan minyak bijan dan kacang tanah mengeluarkan aroma

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak kelapa sawit, kacang tanah dan bijan
Berat 5KG
Harga RM 35

SunLico 100% Sun-gifted Sunflower Seed Oil

SunLico 100% Sun-gifted Sunflower Seed Oil

SunLico ialah minyak biji bunga matahari berkualiti tinggi yang ringan dan tinggi kandungan lemak tak tepu. Ia mempunyai tekstur yang sangat ringan berbanding minyak sayuran lain, menjadikannya pilihan utama di kalangan generasi muda dan yang mementingkan kesihatan. Tekstur yang ringan menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan serta digunakan sebagai salad dressing.

Kelebihan

  • Kurang lemak tepu
  • Bebas kolestrol
  • Sesuai untuk pelengkap salad
  • Tekstur ringan

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk menggoreng dengan suhu terlalu panas

Spesifikasi

Jenis minyak Minyak biji bunga matahari
Berat 3KG
Harga RM 37

Sesetengah minyak ini tidak sesuai digunakan dengan suhu yang terlampau panas kerana mampu menjejaskan khasiatnya juga mampu memberikan kesan tidak baik pada kesihatan. Pastikan anda kenal minyak masak anda!

Proses memasak akan menjadi lebih bagus dengan pemilihan minyak masak yang tepat. Ia juga mampu mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat.



Related posts