Jom Kunjungi 5 Kafe di Lembah Klang Ini Untuk Menikmati Pastri, Roti Panas Dibakar dan Kopi Terbaik

Jom Kunjungi 5 Kafe di Lembah Klang Ini Untuk Menikmati Pastri, Roti Panas Dibakar dan Kopi Terbaik
Makanan dan minuman


Bayangkan hujung minggu yang tenang, cuaca yang baik dan anda berada di sebuah kafe sambil menikmati roti-roti yang segar baru dibakar. Tiada bauan lain selain bauan harum roti atau pastry yang sedang dibakar untuk dihidangkan bersama kopi kegemaran anda. Indah bukan?

Khas untuk anda yang gemarkan roti-roti segar dan mencari kafé terbaik untuk pagi anda, jom lihat 5 senarai Kafé yang menyediakan pelbagai jenis pastri, kek dan roti di sekitar Lembah Klang ini.

Dou Dou Bake

Dou Dou Bake
Yang betul-betul minat roti dan pastri pasti pernah dengar nama kafe ni. Dengar kata kafe ini viral disebabkan orang sanggup beratur sejak jam 7 pagi semata-mata nak membeli roti dan pastrinya. Pengunjung boleh menikmati hidangan roti segar dan kopi terbaik sambil berada di dalam suasana menenangkan dengan dekorasi minimalisnya. Susun atur kafe ini bercirikan industri dengan sentuhan konkrit, kayu dan besi. Pelbagai jenis roti dan pastri boleh dicuba dan anda pasti tidak akan kecewa!

Kelebihan

  • Dikenali ramai
  • Beroperasi seawal 7.30 pagi
  • Pelbagai jenis menu menarik
  • Dibakar segar

Kekurangan

  • Perlu beratur panjang
  • Harga mahal sikit

Info

Waktu operasi Ahad-Khamis (7.30 pagi- 7 malam)/ Jumaat – sabtu (7.30 pagi – 10 malam)
Alamat 38, Jalan SS 4c/5, Taman Rasa Sayang, 47301 Petaling Jaya Selangor.
Website https://www.doudoubake.com/

Ruma Puteh

Ruma Puteh
Namanya saja dah unik kan? Kafe ini semakin menjadi tumpuan ramai dengan hiasan deko yang boleh dikatakan ‘instagramable’. Banyak sudut menarik boleh dijadikan port untuk bergambar. Seakan makan di dalam taman tau dengan warna putih menjadi tema keseluruhan kafe ini. Ton warna yang dipilih untuk bahagian dalaman cafe daripada ton-ton warna yang menenangkan. Di samping gambar-gambar anda akan dihiasi dengan suasana tenang dan mendamaikan, mungkin ianya mampu buat anda lari sebentar daripada stress anda. Selain kopi, Ruma Puteh turut menawarkan makanan-makanan tempatan dan juga luar negara.Antara menu menarik selain roti dan pastri, anda juga boleh menikmati lontong darat, kacang pool serta nasi kerabu yang menjadi pilihan ramai.

Kelebihan

  • Buka setiap hari
  • Pelbagai menu menarik
  • Dekorasi unik dan ‘instagrammable’
  • Mempunyai VIP Room dengan kapasiti 24 orang

Kekurangan

  • Dibuka agak lewat iaitu jam 10 pagi

Info

Waktu operasi Dibuka setiap hari- 10 pagi hingga 7.30 malam
Alamat 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram/ Facebook/website https://www.instagram.com/rumaputeh/

Lisette’s Café & Bakery

Lisette’s Café & Bakery
Orang Bangsar mesti kenal kafe ni kan? Suasana elegan dan selesa pasti dirasai oleh setiap pengunjungnya. Selain makanan yang sedap dan segar, reka bentuk dalamannya juga pasti membuatkan anda kagum. Setia pengunjung yang datang akan disambut dengan timbunan pastri bersebelahan kaunter. Selain pastri, banyak menu menarik lain menjadi pilihan pengunjung. Yang pernah datang ke Lisette’s Café & Bakery pasti akan mengunjunginya semula.

Kelebihan

  • Terkenal di Bangsar
  • Buka setiap hari
  • Menu popular; pastry, nasi lemak hitam & burger Sanchoku Wagyu
  • Dekorasi unik dan elegan

Kekurangan

  • Agak ramai ketika waktu kemuncak
  • Agak susah dapat parking

Info

Waktu operasi Dibuka setiap hari / 8 pagi – 10 malam
Alamat No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram/ Facebook/website https://www.instagram.com/lisettes.my/

White Sand Café

White Sand Café
Bangun pagi di Malaysia, tapi sarapan pagi di Greece! Eh, macam mana tu? Boleh saja jika anda berkunjung ke White Sand Café ni. Walaupun bukan berada di luar negara, dekorasinya seakan-akan berada di Kepulauan Santorini di Greece. Ramai terpukau dengan gabungan batu-bata merah dengan tema keseluruhan putih dan biru Sungguh menenangkan. Sesuai untuk anda yang suka berposing sakan untuk gambar menarik di Instagram. Menu pilihan menariknya adalah seperti, mini Croissant, Yuzu croissant dan Matcha coconut croissant.

Kelebihan

  • Dekorasi seakan di Greece
  • Instagrammable
  • Buka setiap hari
  • Menu popular croissant

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Info

Waktu operasi Isnin hingga Khamis : 9 pagi – 7 malam , Jumaat- Ahad: 9 pagi – 9 malam
Alamat Heritage Lane (Ground Floor), Empire Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Instagram/ Facebook/website https://www.instagram.com/whitesandcafe/?hl=en

Levain Boulangerie & Patisserie

Levain Boulangerie & Patisserie
Terletak di bandaraya Kuala Lumpur, kafe ini adalah antara destinasi pilihan bagi penggemar pastri dan roti. Levain Boulangerie & Pâtisserie ialah kafe berkonsepkan makanan di Perancis yang menyajikan Croissant Ham Turki dan Croissant Almond yang lazat. Anda pati akan jatuh cinta dengan dengan kesedapan dan aroma Croissant istimewa mereka. Jangan ketinggalan untuk mencuba Croissant Badam aromatik mereka yang dipenuhi dengan krim badam Perancis asli dan dihiasi dengan kepingan badam. Terletak di Jalan Delima, kedai kek ini dimiliki oleh Beryl’s Chocolate & Confectionery Sdn Bhd. Semestinya pencuci mulut merupakan hidangan terlaris di sini.

Kelebihan

  • Pelbagai sajian pastri dan makanan barat
  • Buka setiap hari
  • Menu popular croissant dan kek
  • Lokasi strategik di badaraya

Kekurangan

  • Parking agak sukar dan berbayar

Info

Waktu operasi Setiap hari ; 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Alamat 7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram/ Facebook/website https://www.instagram.com/levainbnp/?hl=en

Berkunjung ke kafe juga boleh dijadikan aktiviti kekeluargaan kerana selain hanya memenuhi perut yang lapar, aktiviti makan juga boleh menjadi cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga atau rakan-rakan. Sambil menikmati hidangan makanan yang disediakan, anda boleh berborak dengan rakan atau ahli keluarga sambil menunggu makanan tiba. Untuk tujuan ini, konsep kafe yang santai dan selesa adalah pilihan terbaik.

Sebelum menjamu selera, khas untuk yang beragama Islam, teliti dan periksa terlebih dahulu status halal setiap kafe ini ya. Selamat menjamu selera!



Related posts