5 Suplemen Probiotik Untuk Kebaikan Kesihatan Anda

5 Suplemen Probiotik Untuk Kebaikan Kesihatan Anda
Kesihatan dan kecantikan


Sebelum kita bercerita lanjut berkenaan dengan probiotik, seeloknya kita kenali dahulu apa sebenarnya probiotik ini. Walaupun perkataan probiotik ini sering kedengaran, namun tidak ramai yang mempunyai kesedaran untuk mengambil tahu. Probiotik adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus kita. Ia membantu usus anda untuk berfungsi dengan lebih baik. Tergolong dalam keluarga Lactobacillus dan Bifidobacterium, ia akan memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dengan kadar yang mencukupi.

Probiotik membantu melawan bakteria jahat dimana usus yang sihat seharusnya mempunyai 85% bakteria baik untuk mengimbangi 15% bakteria jahat. Probiotik terdapat di dalam makanan seperti susu masam atau yogurt, susu kultur dan susu fermentasi.

Namun, inovasi terkini menjadikan ia lebih mudah didapati di farmasi dalam bentuk suplemen atau makanan tambahan. Jadi kepada yang masih mencari cari suplemen probiotik terbaik, di sini disenaraikan 5 suplemen Probiotik untuk kebaikan kesihatan anda.

Bio-life AB Adult Pre & Pro Probiotics

Bio-life AB Adult Pre & Pro Probiotics
Bio-life AB Adult Pre & Pro Probiotics adalah sebuah suplemen makanan tambahan yang mempunyai kedua-dua prebiotik dan probiotik yang telah dirumus khas terutamanya buat warga emas. Ia mengandungi empat jenis bahan yang telah diuji kaji iaitu Chicory-Inulin (Prebiotik), Inulin-Oligofructose (Prebiotik), Lactobacillus Plantarum LP01 (Probiotik) dan Bifidobacterium Lactis BB12 (Probiotik). Ianya berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus dan perut, memperbaiki penyerapan magnesium dan juga kalsium dalam tubuh anda. Inulin-Oligofructose berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria-bakteria baik di dalam perut anda. Gabungan prebiotik dan probiotik atau dikenali sebagai sinbiotik di dalam suplemen ini mempunyai banyak kebaikan kepada tubuh badan manusia seperti memperbaiki usus dan perut. meningkatkan sistem imun, vitamin dan juga penyerapan mineral terutama sekali kalsium yang mampu meningkatkan kesihatan tulang.

KELEBIHAN

  • Gabungan prebiotik dan probiotik
  • Kepelbagaian fungsi dan kebaikan
  • Harga yang mampu milik

KEKURANGAN

  • Produk tidak meluas, lebih memfokuskan pada konsumsi warga emas

SPESIFIKASI

Jenis Probiotik Chicory-Inulin, Inulin-Oligofructose, Lactobacillus Plantarum LP01 dan Bifidobacterium Lactis BB12
Pek 10, 20 dan 30 sachet (2.5g setiap sachet)
Jenis Kandungan Serbuk larut dalam air
Harga RM 40 – 130

Life Space Broad Spectrum Probiotic

Life Space Broad Spectrum Probiotic
Life Space Broad Spectrum Probiotic adalah suplemen yang datang dalam bentuk kapsul. Menariknya tentang produk ini ialah ianya diformulakan tanpa sebarang perasa dan warna tiruan, telur, gluten dan juga tenusu, sesuai buat mereka yang vegetarian. Mempunyai gabungan 15 probiotik dalam produknya, terdapat 32 bilion CFU di setiap kapsulnya. Ia berperanan membantu untuk mengekalkan tahap kesihatan usus dan perut anda, termasuk sistem penghadaman dan melancarkan proses pencernaan. Selain itu, ia turut membantu dalam penyerapan nutrien dan menyokong pertumbuhan sistem imun dalam tubuh anda. Bahan-bahan yang digunakan untuk produk ini adalah dari sumber semulajadi, dan anda tidak perlu menyimpan produk ini di dalam peti ais rumah anda, hanya perlu disimpan pada suhu bilik sahaja.

KELEBIHAN

  • Kandungan bahan daripada sumber semulajadi
  • Tiada kandungan perasa tiruan
  • 32 Bilion CFU
  • Melancarkan proses pencernaan dan membantu sistem penghadaman

KEKURANGAN

  • Tiada kandungan dan fungsi yg lain selain daripada Probiotik, tiada variasi

SPESIFIKASI

Jenis Probiotik L. rhamnosus Lr-32, B. lactis BI-04, L. plantarum Lp-115, L. rhamnosus GG, S. thermophilus St-21, L. casei Lc-11, L. paracasei Lpc-37, B. animalis ssp. lactis HN019, L. rhamnosus HN001, B. breve Bb-03, B. longum BI-05, L. gasseri Lg-36, B. infantis Bi-26, L. delbrueckii ssp. bulgaricus Lb-87 dan L. reuteri 1E1
Kandungan 30, 60 dan 90 kapsul (Satu kapsul 2 gram)
Harga RM 70 – 130

Life Space Probiotic For 60+ Years

Life Space Probiotic For 60+ Years
Diformulasikan di Australia, Life Space Probiotic For 60+ Years adalah sebuah produk dari Life Space yang mendasarkan kepada golongan yang berumur 60 tahun ke atas. Memandangkan produk ini memfokuskan kepada golongan dewasa dan warga emas, pembuatannya juga menitikberatkan penggunaan bahan semulajadi dimana ia tidak mempunyai sebarang kandungan perasa dan warna tiruan. Selain itu, untuk mengelakkan sebarang alergi pada kandungan produk ini, ia turut dirumus tanpa menggunakan sebarang produk tenusu, gluten mahupun telur. Terdapat 15 jenis probiotik yang diperoleh daripada sumber yang semulajadi digabungkan di dalam setiap biji kapsul pada produk ini. Probiotik ini berfungsi untuk melindungi dan menyokong sistem penghadaman disamping mengekalkan bakteria-bakteria baik yang dihapuskan oleh antibiotik. Selain itu, ia juga turut melindungi golongan dewasa dan warga emas ini dengan memperkuatkan sistem imun dalam tubuh badan mereka.

KELEBIHAN

  • Kandungan bahan daripada sumber semulajadi
  • Tiada kandungan perasa tiruan
  • 15 Jenis probiotik
  • Tanpa sebarang produk tenusu untuk mereka yang alergi

KEKURANGAN

  • Tiada kandungan dan fungsi yg lain selain daripada Probiotik, variasi

SPESIFIKASI

Jenis Probiotik L. rhamnosus Lr-32, B. lactis BI-04, L. plantarum Lp-115, L. rhamnosus GG, S. thermophilus St-21, L. casei Lc-11, L. paracasei Lpc-37, B. animalis ssp. lactis HN019, L. rhamnosus HN001, B. breve Bb-03, B. longum BI-05, L. gasseri Lg-36, B. infantis Bi-26, L. delbrueckii ssp. bulgaricus Lb-87 dan L. reuteri 1E1
Kandungan 60 kapsul (Satu kapsul 2 gram)
Harga RM 80 – 130

​​

BioGaia Protectis Baby Drops

BioGaia Protectis Baby Drops
Selain daripada melindungi tubuh badan orang dewasa, suplemen probiotik ini juga turut boleh digunakan oleh kanak-kanak bermula dari bayi. BioGaia Protectis Baby Drops adalah sebuah produk yang menawarkannya. Ia adalah sebuah suplemen yang mengandungi bakteria asid laktik yang telah dipatenkan iaitu Lactobacillus reuteri DSM 17938 yang membantu mengekalkan bakteria-bakteria baik di dalam perut bayi. Selain itu, fakta menarik Lactobacillus reuteri DSM 17938 ini ialah ianya juga turut terdapat di dalam susu ibu, menjadikan ia sebuah suplemen yang semestinya selamat digunakan untuk bayi. Biogaia Drops ini adalah satu-satunya suplemen yang mempunyai bukti kajian saintifik untuk masalah colic pada bayi. Ia membantu penghadaman dan penyerapan nutrien, disamping membekalkan perlindungan semulajadi terhadap bakteria jahat, toksin dan patogen. Ia juga turut mempengaruhi pertumbuhan dan fungsi sistem imun bayi sekaligus menjadikan mereka lebih tenang dan tidak meragam.

KELEBIHAN

  • Probiotik yang terbukti dalam kajian saintifik terhadap bayi – Lactobacillus reuteri DSM 17938
  • Baik untuk pertumbuhan dan sistem imun bayi
  • Perlindungan semulajadi terhadap bakteria jahat

KEKURANGAN

  • Harga yang agak mahal untuk kandungan botol 5ml

SPESIFIKASI

Jenis Probiotik Lactobacillus reuteri DSM 17938

Kandungan botol 5ml (5 titis setiap hari)

Harga RM 90 – 100

Biogrow Probiotics Kids Powder

Biogrow Probiotics Kids Powder
Biogrow Probiotics Kids Powder adalah sebuah suplemen mesra kanak-kanak yang diformulasikan untuk kanak kanak yang mempunyai masalah penghadaman, pencernaan, kurang selera makan dan mudah sakit. Ia membantu untuk merangsang perkembangan bakteria-bakteria baik di dalam perut selain daripada memperbaiki pergerakan usus untuk penghadaman yang lebih baik. Terdapat tiga probiotik yang terbukti dalam kajian saintifik terdiri daripada 6 bilion CFU diformulasikan di dalam setiap sachet, menjadikan sebanyak 500mg inulin atau prebiotik keseluruhannya pada produk ini. Selain itu, produk ini tidak mengandungi gula menjadikan ianya selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak.

KELEBIHAN

  • Tiga probiotik dengan 6 bilion CFU
  • Tidak mengandungi gula
  • Harga mampu milik
  • Perasa Oren untuk menarik minat kanak-kanak

KEKURANGAN

  • Kebiasaannya, kanak-kanak lebih menggemari capsul berperisa daripada sachet.

SPESIFIKASI

Jenis Probiotik Bifidobacterium lactis, BB-12®, Streptococcus thermophilus, TH-4™, Lactobacillus paracasei, L. CASEI 431™
Kandungan 30 sachet (1 gram)
Harga RM 50 – 70

Kesihatan perut dan usus adalah amat penting bagi semua manusia tidak kira lapisan umur daripada bayi hinggalah warga emas. Persediaan awal perlulah diambil sebelum sesuatu itu menjadi lebih teruk. Namun yang penting adalah kesadaran anda untuk mengelaknya.

Jadikanlah suplemen probiotik ini sebagai satu keperluan kerana keadaan perut dan usus yang tidak baik juga mampu membawa kepada penyakit-penyakit kronik yang tanpa kita sedari akan menyerang kita bila-bila masa sahaja.



Related posts