Ringan & Berkualiti. Ini 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Peringkat Permulaan

Ringan & Berkualiti. Ini 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Peringkat Permulaan
Permainan dan hobi


Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk pergi ke gym tetapi ingin tetap aktif, ambil peluang dengan bermain badminton. Sudah tentu faedah badminton tidak perlu diragui. Badminton adalah sejenis senaman atau latihan kardio yang baik untuk tubuh badan. Latihan kardio sendiri adalah satu jenis latihan untuk menguatkan otot jantung. Badminton bukan sahaja memberi faedah kecergasan fizikal, tetapi juga manfaat untuk kesihatan mental. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket

Badminton sejenis sukan raket yang dimainkan sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu). Sebelum bercadang bermain badminton, pastikan anda memiliki sebuah raket badminton terlebih dahulu untuk diri sendiri. Paling utama, anda boleh dapatkan raket ‘biasa-biasa’ sahaja namun ringan dan berkualiti sebelum bertukar kepada jenama raket yang sesuai untuk seorang pro! Ini 5 raket terbaik dicadangkan untuk untuk anda pada peringkat permulaan.

Yonex Duora 10

Yonex Duora 10

Yonex sebagai jenama raket badminton popular sering digunakan oleh pemain badminton profesional. Yonex mengeluarkan pelbagai siri raketnya tersendiri, dan untuk kategori permulaan cuba raket Yonex Duora 10 dianggap antara raket terbaik sepanjang zaman. Raket Yonex Duora 10 dibina dengan inovasi terkini dan menjadi sangat popular dengan cepat kerana keunggulan rekaannya. Ramai menggemari Yonex Duora 10 kerana rekaan sleeknya diperbuat dengan sistem Dual Optimum yang membantu pemain untuk membuat forehand dan backhand swings. Yonex Duora 10 mempunyai sisi punggung dan sisi pandang depan dengan bentuk yang berbeza. Walau bagaimanapun, Yonex Duora 10 bukanlah salah satu raket terpantas jika dibandingkan dengan siri lain Yonex. Walau bagaimanapun, Yonex Duora 10 pernah menjadi pilihan pemain badminton ternama seperti adalah Dato Lee Chong Wei, Vladimir Ivanov, Chou Tien Chen, dan Kim Astrup.

Kelebihan produk

  • Dibina dengan inovasi terkini
  • Rekaan sleek diperbuat dengan sistem Dual Optimum
  • Mempunyai sisi dengan bentuk yang berbeza
  • Menjadi pilihan pemain badminton ternama

Kekurangan produk

  • Tali dijual berasingan

Spesifikasi produk

Negara Pengeluar Jepun
Bahan Grafit Karbon, Keluli Grafit, Grafit Hi Tech, Nano Karbon
Harga RM69.53

Yonex Voltric 80

Yonex Voltric 80

Syarikat badminton Jepun ternama iaitu Yonex tidak pernah menghampakan penggunanya kerana sentiasa menghasilkan inovasi raket terkini. Raket Yonex Voltric 80 adalah salah satu raket berinovasi antara yang terbaik berjaya dihasilkan. Yonex Voltric 80 menggunakan teknologi ‘grommet’ yang mudah ditanggalkan. Grommet akan mempengaruhi berat raket itu bergantung kepada pemain samada hendak menggunakannya atau menanggalkan. Sifatnya yang boleh dilaraskan beratnya, membuatkan pemakai selesa untuk menentukan berat yang mereka suka. Yonex Voltric 80 sesuai untuk pemain perseorangan kerana raket kelihatan agak besar dan perlahan apabila dipegang di tangan. Namun Yonex Voltric 80 jauh lebih mudah digunakan dan datang dengan sistem penolakan yang lebih baik. Ia lebih baik dari segi kawalan dan memberi keselesaan kepada pengguna. Yonex Voltric 80 adalah antara paling banyak permintaan dan digunakan oleh atlet badminton. Antara pemain badminton dunia Jon O Jorgensen dan Praveen Jordan.

Kelebihan produk

  • Menggunakan teknologi ‘grommet’
  • Sesuai untuk pemain perseorangan
  • Baik dari segi kawalan
  • Hadir dengan sistem penolakan yang lebih baik

Kekurangan produk

  • Tali dijual berasingan
  • Raket kelihatan agak besar

Spesifikasi produk

Negara Pengeluar Jepun
Bahan High elastic carbon, Sonic Metal
Harga RM64.35

Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) – Perfly

Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) - Perfly

Jenama Decathlon tidak pernah mengecewakan penggunanya. Cari apa sahaja produk digedung hub sehenti barangan sukan dan rekreasi ini pasti akan ditemui. Decathlon juga hadir dengan barisan raket badmintonnya sendiri. Jika anda mencari raket pada harga mampu milik untuk kegunaan ‘biasa-biasa’, raket Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) – Perfly dicadangkan. Dengan harga serendah RM15 sahaja, Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) – Perfly mempunyai reka bentuk rangka yang terkini, dan bahagian shaft atau batang raketnya diperbuat daripada material keluli. Kualiti Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) – Perfly tahan lama dan tak mudah rosak. Hadir dengan warna merak, – Perfly mempunyai keseimbangan jenis head-heavy; 350mm dan sesuai untuk individu yang baru ingin berjinak-jinak dalam sukan ini terutama pelajar sekolah.

Kelebihan produk

  • Harga murah
  • Reka bentuk rangka yang terkini
  • Shaft diperbuat daripada material keluli
  • Keseimbangan jenis head-heavy

Kekurangan produk

  • Pilihan warna terhad

Spesifikasi produk

Negara Pengeluar Perancis
Bahan Steel, Polyamide Polyurethane, Wood
Harga RM15.00

Li Ning Badminton Racket Jojo 8000

Li Ning Badminton Racket Jojo 8000

Jenama Li Ning antara jenama pengeluar produk sukan badminton yang ternama dan dipercayai. Ramai yang berpendapat raket keluaran Li Ning seperti siri Li Ning Badminton Racket Jojo 8000 sangat paling berkualiti, tahan lasak berbanding jenama lain dan tidak kisah membayar lebih. Jika anda individu yang agak agresif dan seringkali bertembung raket dengan rakan atau pasangan beregu, Li Ning Badminton Racket Jojo 8000 dicadangkan. Walaupun sifatnya lebih kepada raket untuk pemain bertahan, Li Ning Badminton Racket Jojo 8000 tetap selesa untuk melakukan ‘smash’. Li Ning Badminton Racket Jojo 8000 datang dengan warna menarik dan moden mengikut personaliti kalian Black Red, Black Blue, Grey Gold dan Navy Black.

Kelebihan produk

  • Tahan lasak
  • Raket bersifat pertahanan
  • Ada beberapa pilihan warna menarik
  • Selesa untuk melakukan ‘smash’

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran
  • Tali dijual berasingan

Spesifikasi produk

Negara Pengeluar China
Bahan Carbon Fibre
Harga RM149.00

Victor Brave Sword 12

Victor Brave Sword 12

Walaupun jenama Victor tidak segah Yonex dan Li Ning, namun jenama ini antara pakar pengeluar raket badminton untuk kategori beregu. Ramai yang setuju jika raket Victor Brave Sword 12 diberi jolokan raket beregu yang sempurna. Syarikat ini turut mengakui Victor Brave Sword 12 sangat sesuai dan serasi bagi pemain beregu dan bukannya pemain perseorangan. Pemain beregu sensasi Korea Selatan iaitu Lee Yong Dae adalah pengguna tegar raket jenama ini. Walau bagaimanapun, Victor Brave Sword 12 masih relevan untuk digunakan ketika bermain secara berseorangan kerana beratnya yang ringan dan tahan lama. Victor Brave Sword 12 memberikan keselesaan kepada si pemain untuk melakukan smash dan driving. Pendek kata Victor Brave Sword 12 adalah raket jenis yang seimbang untuk menyerang dan bertahan. Victor Brave Sword 12 juga sangat sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia badminton dan ingin mengembangkan bakat secara serius.

Kelebihan produk

  • Raket beregu yang sempurna
  • Ringan dan tahan lama
  • Memberikan keselesaan untuk melakukan smash dan driving
  • Seimbang untuk menyerang dan bertahan.

Kekurangan produk

  • Kemasan raket sederhana
  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Negara Pengeluar China
Bahan Full Carbon, High Resilient Modulus Graphite
Harga RM110.00

Kebanyakkan raket badminton hari ini lebih ringan dibuat daripada boron, karbon atau grafit dan direka mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Terdapat juga raket yang berbentuk oversize untuk mengurangkan rintangan angin dan tork. Tali raket selalunya dibuat daripada nailon atau benang sintetik. Pada peringkat awal pembabitan dalam permainan badminton, pemain digalak menggunakan raket yang tidak terlalu mahal harganya tetapi baik. Anda dicadangkan untuk mencuba beberapa raket yang sesuai untuk digunakan seperti yang terdapat di kedai-kedai peralatan sukan sebelum bercadang membeli raket yang sesuai untuk anda.

Permainan sukan badminton memang menyeronokkan. Meskipun asal-usul sukan ini terletak di England, namun sukan badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain yang berbakat dan bertaraf dunia secara konsisten seperti Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik 2020, mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa. Malaysia Boleh!



Related posts