5 Pilihan Keyboard Untuk Aksi Terbaik Sewaktu ‘Gaming’

5 Pilihan Keyboard Untuk Aksi Terbaik Sewaktu ‘Gaming’
Permainan dan hobi


Sesetengah orang, penggunaan keyboard ni hanya sekadar untuk menaip dan kegunaan asas kepada komputer atau laptop. Tapi buat kaki gamers, fungsi keyboard lebih daripada itu sehingga ada yang sanggup berhabis duit semata-mata mahu mendapatkan keyboard yang terbaik untuk penggunaan permainan game mereka. Boleh dikatakan keyboard salah satu ‘hot item’ buat penggemar pemain game dan disebabkan itu wujud permintaan untuk keyboard khas hanya untuk kaki gamers.

Kalau anda lihat reka bentuknya memang lain dari yang lain dengan setiap keyboard mempunyai fungsi atau kelebihan berbeza dari segi saiznya, effect lampunya dan pelbagai lagi . Khas untuk kaki gamers, jom usha keyboard terbaik untuk feel yang lebih ‘onz’!

Razer Cynosa Chroma V2

Razer Cynosa Chroma V2
Boleh dikatakan keyboard berjenama Razer Cynosa V2 adalah antara yang mempunyai fungsi terbaik dengan harga yang berpatutan. Ia adalah papan kekunci permainan berwayar dengan lampu latar RGB penuh dan kekunci makro yang dapat diprogramkan. Keyboard ini mempunyai suis kubah getah yang terasa ringan bila ditekan. Ia juga memiliki butang multimedia khusus serta tahan dengan tumpahan air.

Kelebihan

  • Butang kekunci dengan lampu backlight individu
  • Butang kekunci boleh diprogramkan sepenuhnya
  • Butang multimedia khusus
  • Tahan lasak dan kalis air
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Tiada perehat tangan

Spesifikasi

Model papan kunci Cynosa V2
Keserasian papan kekunci PC & Laptop
Jenis sambungan Berwayar
Harga RM 180- RM 200

ROCCAT Vulcan 121 AIMO

ROCCAT Vulcan 121 AIMO
Keyboard ini adalah antara versi baru yang dioptimalkan untuk kelajuan suis mekanik Titan ROCCAT. Reka bentuknya pasti menambat hati kaki gamers malah fungsinya juga dikatakan mampu memberikan pemain merasakan kelebihan berbanding pesaing kerana ianya lebih cepat. Papan kekunci ini dihasilkan dengan ketahanan plat atas aluminium anod hitam yang kukuh dengan sandaran tangan ergonomik boleh tanggal memberikan keselesaan manakala suis kekunci yang diperkukuh memberikan rasa padat pada setiap kekunci. Menariknya, ia juga direka bentuk untuk menahan pengumpulan habuk.

Kelebihan

  • Butang kekunci lebih senyap
  • Dilengkapi dengan pemproses 32bit ARM Cortex-Mo
  • Dikuasakan sistem pencahayaan AIMO, LED
  • Mempunyai tempat perehat tangan
  • Menerima pelbagai anugerah termasuk iF Design Award 2019, WIRED

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Model papan kunci Titan ROCCAT
Keserasian papan kekunci PC & Laptop
Jenis sambungan Tanpa wayar
Harga RM 700- RM 900

SteelSeries Apex 3 RGB

SteelSeries Apex 3 RGB
SteelSeries Apex 3 adalah keyboard yang mempunyai kualiti binaan yang baik serta dilengkapi dengan perehat tangan magnet. Ini memberikan pengalaman menaip yang baik dan tidak meletihkan. Menariknya, keyboard ini dilengkapi dengan lampu latar RGB 10-zon dengan banyak pilihan kesan khas melalui perisian SteelSeries ‘Engine.

Kelebihan

  • Lampu RGB 10-Zon yang boleh diprogramkan
  • Kekunci senyap
  • Kekunci mampu bertahan sehingga 20 juta tekanan kekunci
  • Mempunyai tempat perehat tangan magnetic premium
  • Kawalan multimedia terbaik
  • Kalis air

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Model papan kunci 64795
Keserasian papan kekunci Window / Mac OS
Jenis sambungan Berwayar
Harga RM 299

Armaggeddon SMK-2C

Armaggeddon SMK-2C
Kadang-kala lampu LED yang ada pada keyboard memainkan peranan dalam menaikkan mood serta semangat dalam permainan game. Armaggeddon SMK-2C dilengkapi dengan 9 pilihan lampu LED yang boleh disesuaikan mengikut mood anda. Ia merupakan pilihan berbaloi dengan harga yang murah berbanding papan kekunci lain. Keyboard Armageddon ini juga dilengkapi dengan suis mekanikal Outemu serta terdapat kaki khas yang memudahkan tugasan menaip.

Kelebihan

  • 9 Pilihan lampu LED backlight
  • Kekunci cekap
  • N-key rollover yang tiada had
  • Harga murah

Kekurangan

  • Tiada pengalas tangan
  • Kualiti sederhana

Spesifikasi

Model papan kunci
Keserasian papan kekunci Window / Mac OS
Jenis sambungan Berwayar
Harga RM 99

HYPERX Alloy Origins Core

HYPERX Alloy Origins Core
Papan kekunci permainan HYPERX Alloy Origins Core menampilkan butang kekunci mekanikal penuh HyperX yang kukuh dan ultra-kompak. Pencahayaan LED yang ada pada papan kekunci ini juga mampu menaikkan mood dalam permainan anda. Papan kekunci ini direka dengan kerangka dari aluminium sepenuhnya. Ia mempunyai sambungan kabel USB-C yang boleh ditanggalkan. Ia juga tersedia dengan memori terbina dengan tiga profile, fungsi mod permainan serta 100% anti-ghosting.

Kelebihan

  • Lampu RGB dengan mood serta kesan khas dinamik
  • Fungsi fame mode
  • 100% anti-ghosting
  • Butang kekunci mekanikal
  • Diperbuat dari bahan aluminium Aircraft-Grade sepenuhnya

Kekurangan

  • Harga agak mahal
  • Tiada pengalas tangan

Spesifikasi

Model papan kunci Hyper X
Keserasian papan kekunci
Jenis sambungan Berwayar
Harga RM 449

Pelbagai fungsi tambahan pada papan kekunci menjadikan harganya sedikit mahal berbanding papan kekunci biasa. Namun, bagi penggemar permainan game sedikit pelaburan ini pasti akan mendatangkan kepuasan maksima ketika beraksi. Selamat ber-gaming!

Seperti telefon pintar, teknologi serta model keyboard ini juga akan berubah atau berkembang setiap tahun. Kenal pasti fungsi dan bandingkan harga setiap keyboard sebelum membeli. Harga mungkin berbeza mengikut waktu dan promosi.



Related posts