Pengalaman Bermain Permainan Konsol Lebih Menarik Dengan ‘Gaming Controller’ Terbaik 2022

Pengalaman Bermain Permainan Konsol Lebih Menarik Dengan ‘Gaming Controller’ Terbaik 2022
Permainan dan hobi


Sedar tak sedar permainan video mengalami evolusi penghasilannya sejak awal pengeluarannya dan pada hari ini tersedia di pasaran dengan permainan konsol berteknologi, berpatutan, berkaliber tinggi dengan grafik 3D dan interaktif di kediaman masing-masing.

Pelbagai permainan video kini berkembang lebih maju dengan adanya saingan sengit dalam pasaran syarikat permainan video gergasi seperti Nintendo, Sony dan Microsoft bersaing antara satu sama lain untuk memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna melalui konsol dikeluarkan oleh mereka.

Selain itu, aksesori wajib juga memainkan peranan penting dalam permainan konsol. Antara aksesori wajib untuk pemilik permainan konsol sama ada untuk bermain di televisyen, PC atau android adalah ‘Gaming Controller’ atau juga boleh dikenali sebagai joysticks serta gamepad. Ini antara 5 gaming controller terbaik untuk 2022 bakal memberi kalian pengalaman bermain permainan konsol dengan lebih baik serta menarik.

Astro C40 TR Controller

Astro C40 TR Controller
Astro C40 TR Controller merupakan gaming controller kategori pro berkualiti tinggi menjadi idaman pemain yang ingin serius dengan dunia gaming. Sesuai dengan harga ‘kayangannya’, Astro C40 TR Controller tahan lasak dan boleh diservis dengan mudah. Astro C40 TR Controller menampilkan modul kayu analog dan D-Pad yang boleh ditukar, boleh diganti serta butang belakang boleh pasang semula.
Astro C40 TR Controller membenarkan berbilang konfigurasi dan meningkatkan kelajuan dan ketepatan untuk sebarang gaya permainan dan apa jua genre. Prestasi Astro C40 TR Controller sangat lancar samada dalam mod berwayar atau wireless. Astro C40 TR Controller mempunyai lebih 12 jam jangka hayat bateri dan mempunyai perisian percuma untuk mencipta atau berkongsi profil controller.
Astro C40 TR Controller pemenang Silver Award 2019 dilesenkan secara rasmi oleh Sony Interactive Entertainment LLC dan dibangunkan di bawah program untuk PlayStation. Astro C40 TR Controller berfungsi dengan permainan PS4 yang disokong pada PS5.

Kelebihan produk

  • Berkualiti tinggi
  • Tahan lasak
  • Mudah diservis
  • Prestasi sangat lancar
  • Pemenang Silver Award 2019

Kekurangan produk

  • Harga mahal

Spesifikasi produk

Berat 310g
Tempoh jaminan 2 Tahun
Harga RM2,556.00

Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2

Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2
Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2 boleh dikategorikan sebagai gaming controller mewah dan sesuai untuk kaki gaming yang bukan sahaja mementingkan kemenangan malah gaya. Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2 mempunyai reka bentuk yang sangat bergaya dan serasi bersama PC yang cantik atau Swedish headphone menjadikan ia produk permainan konsul paling berbaloi dimiliki.
Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2 datang dengan material tahan lasak dan kukuh selain boleh boleh dikonfigurasikan. Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2 juga adalah jenis wireless dan mudah dikendalikan dan digunakan di mana-mana sahaja. Microsoft Xbox Elite Wireless Controller 2 mempunyai butang pengendalian yang besar dan bentuk saiz yang lebar memudahkan pemain menggenggam dengan selesa dan menyelesaikan misi permainan menang dengan bergaya.

Kelebihan produk

  • Mudah untuk tukar komponen
  • Mempunyai companion software yang kuat untuk mapping
  • Menyokong Bluetooth
  • Mudah dikendalikan

Kekurangan produk

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Berat 348g
Tempoh jaminan 90 Hari
Harga RM655.00

PowerA Spectra Infinity

PowerA Spectra Infinity
Serahkan pengendali permainan konsol anda kepada PowerA Spectra Infinity sesuai untuk Xbox Series X|S. Dilesenkan secara rasmi oleh Xbox, PowerA Spectra Infinity gaming controller yang unik ini menawarkan satu ton kombinasi warna yang boleh disesuaikan merentas tiga zon cahaya yang berbeza. Pengguna boleh menukar rupa inovatif PowerA Spectra Infinity pada bila-bila masa dipadankan dengan mood, gaya atau aksesori permainan bercahaya yang lain. PowerA Spectra Infinity adalah controller berwayar memiliki setiap perincian yang pemain inginkan selain tahan lasak dan boleh diservis dengan mudah.

Kelebihan produk

  • Kombinasi warna LED yang menarik
  • Tahan lasak
  • Mudah diservis

Kekurangan produk

  • Sukar ditemui di pasaran Malaysia

Spesifikasi produk

Berat 215g
Tempoh jaminan Tidak Dinyatakan
Harga RM308.87

Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2

Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2
Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2 merupakan gaming controller paling laku dan menjadi pilihan ramai kerana sesuai dengan apa jua jenis permainan konsul. Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2 datang dengan bentuk ergonomik yang selesa dengan genggaman dan kemasan material yang kukuh serta tahan lasak.
Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2 juga hadir dengan pilihan warna-warna dan design yang mewakili identiti seseorang pemain iaitu Jet Black, Wave Blue, Glacier White, dan Sunset Orange. Bateri Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2 mampu bertahan hingga 8 jam lamanya selepas pengecasan penuh.
Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2 bukan direka untuk Windows tetapi sekiranya mahu mengunakannya pada PC, pengguna perlu dapatkan software DS4Windows atau beli USB dari Sony. Terdapat banyak sebab untuk menyukai Sony PlayStation PS4 Dualshock 4 Wireless Controller V2 menjadikannya sebagai salah satu gaming controller PS4 terbaik.

Kelebihan produk

  • Reka bentuk klasik
  • Sambungan lancar
  • Ergonomik untuk dipegang
  • Ada pelbagai pilihan warna dan design

Kekurangan produk

  • Kayu analog simetri

Spesifikasi produk

Berat 210g
Tempoh jaminan 12 Bulan
Harga RM239.00

Logitech F310 Gamepad

Logitech F310 Gamepad
Logitech F310 Gamepad menjadi pilihan kerana beratnya yang ringan untuk dikendalikan selain ditawarkan dengan harga mampu milik. Logitech F310 Gamepad senang dan mudah untuk plug-and-play. Logitech F310 Gamepad bukan jenis wireless dan masih lagi menggunakan cara ‘tradisional’ dengan input sambungan berwayar USB.
Logitech F310 Gamepad menggunakan palam USB standard yang digunakan oleh banyak peranti dan boleh temui pada controller Xbox dan PlayStation terkini. Logitech F310 Gamepad juga boleh menyokong tetapan XInput dan DirectInput.
Logitech F310 Gamepad boleh dikendalikan dengan semua permainan konsul moden yang menyokong XInput, tetapi untuk beberapa permainan konsul lama, controller ini masih boleh berfungsi dengan DirectInput. Triggers and bumper yang ditempatkan di outcroppings memudahkan pemain mengendalikan controller ini dengan selesa dan dapat bermain dengan baik.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Mudah untuk plug-and-play.
  • Ringan dan mudah dikendalikan
  • Selesa dan mudah dipegang

Kekurangan produk

  • Material tidak sesuai untuk individu tangan berpeluh

Spesifikasi produk

Berat 181g
Tempoh jaminan 3 Tahun
Harga RM83.80

Gaming Controller sinonim dengan permainan konsol kerana dapat mengawal satu-satu input yang serasi dengan konsol. Gaming Controller memberi pengalaman bermain permainan konsol lebih menarik jika menggunakan PC sekalipun. Berbanding hanya menggunakan tetikus dan papan kekunci, gaming controller membantu anda mengendalikan permainan dengan lebih faedah tambahan kerana mendapat akses seperti butang bahu dan pencetus. Walaupun banyak permainan aksi dimainkan dengan hanya satu atau dua jenis kawalan, masih terdapat beberapa yang bergantung pada butang tambahan.
Sebagai contoh, permainan seperti Resistance: Fall of Man lebih mudah untuk membidik dan menembak jika pemain menggerakkan ibu jari mereka menggunakan gaming controller. Bagi Battlefield 4 pula permainan akan lebih lancar apabila dikawal dengan gaming controller yang sesuai berbanding dengan papan kekunci atau tetikus yang mungkin akan menyakitkan tangan pemain.



Related posts