10 Kerusi Gaming Selesa Terhangat Dipasaran Ketika PKP Di Malaysia

10 Kerusi Gaming Selesa Terhangat Dipasaran Ketika PKP Di Malaysia
Permainan dan hobi


Bermula tahun lalu hingga hari ini negara dikenakan pelbagai sekatan pergerakan antaranya sekatan pergerakan penuh (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. Melakukan pelbagai aktiviti di rumah sepanjang tempoh sekatan pergerakan mampu membantu meredakan tekanan emosi seseorang. Jika tidak diurus dengan baik akan timbul kesan yang tidak baik bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak. Disebabkan itu aktiviti sampingan seperti permainan komputer menjadi ‘trend’ ketika PKP ini untuk mengisi masa lapang bersama keluarga atau bersendirian.

Antara peralatan yang wajib untuk melakukan aktiviti ini semestinya memiliki sebuah komputer atau komputer riba yang dikhaskan untuk bermain permainan komputer. Tidak dilupakan ‘kerusi gaming’ yang selesa. Pemilihan kerusi yang menyokong bahagian belakang adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan jangka panjang kepada tahap kecergasan sesorang.

Tujuan utama membeli kerusi gaming sudah tentunya atas faktor keselesaan. Pilihlah kerusi yang dapat menyokong kontur badan serta dilengkapkan dengan bantal memori, serta tempat letak tangan yang boleh dilaras. Dari jenis fabrik tempat duduk sampailah jenis logam yang digunakan pada kaki kerusi, pastikan semuanya dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan teguh. Ini senarai 10 kerusi gaming selesa menjadi pilihan dan terhangat di pasaran untuk tahun 2021 ketika sekatan pergerakan di Malaysia.

10 Kerusi Gaming Selesa Terhangat Dipasaran 2021 Ketika PKP Di Malaysia

TTRacing Swift X 2020

TTRacing Swift X 2020

TTRacing Swift X 2020 merupakan antara jenama kerusi gaming ergonomik yang popular dan tahan lasak. Kerangka kerusi dibuat dari besi yang kukuh dan kuat untuk menampung beban berat badan. Model Swift X 2020 menampilkan lumbar dan bahu yang lebih lebar dan direka dengan bentuk ergonomik untuk memastikan keselesaan pengguna. Siri ini juga boleh disandarkan sehingga 165 darjah supaya pengguna boleh duduk bersantai sambil bermain game menggunakan joystik ataupun menonton filem.

Kelebihan produk

  • Kerusi yang tahan lasak
  • Tempat letak tangan boleh dilaraskan ketinggiannya mengikut keselesaan masing-masing
  • Menampung berat sehingga 150kg.
  • Lebih selesa

Kekurangan produk

  • Harga pasaran yang tinggi
  • Lebih rendah model Surge

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 2 tahun
Warna Gabungan hitam, kelabu dan merah
Material Gabungan cold cure foam dan kulit faux
Harga RM599

GTGamez

GTGamez

GTGamez merupakan kerusi gaming yang mampu milik menyediakan bantal lumbar dan bantal kepala boleh alih. Kerusi yang didatangkan dengan pilihan warna seperti hitam, biru dan merah ini diperbuat daripada PVC leather. Kerusi ini boleh disandarkan sehingga 150 darjah. Penyandar lengan jenis padded buatkan lengan anda lebih selesa namun ketinggiannya tidak boleh laras. Namun kedudukan kerusi boleh dilaraskan ketinggian mengikut kesesuaian badan pengguna. Pada bahagian kaki, jika terasa lenguh naikkan saja penyandarnya ke atas mengikut keselesaan.

Kelebihan produk

  • Bahagian belakang tinggi hingga kepala
  • Jenis kulit yang tahan lasak dan senang nak bersihkan jika tertumpah air atau makanan.
  • Ketinggian boleh laras
  • Ketinggian kaki boleh laras

Kekurangan produk

  • Penyandar lengan tidak boleh laras
  • Material sedikit panas

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 1 tahun
Warna Gabungan hitam, biru dan merah
Material PVC leather
Harga RM269

SecretLab Titan & Omega

SecretLab Titan & Omega

SecretLab Titan & Omega antara jenama ‘kayangan’ yang popular di Malaysia. Walaupun ditawarkan pada harga yang tinggi, namun tetap menjadi pilihan kerana fungsinya yang pelbagai dan paling penting memberi keselesaan yang optimum. Sejak pelancarannya pada tahun 2014, Secretlab telah mendapat reputasi sebagai pembuat model kerusi yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan ciri-ciri yang berkualiti. Produk kerusi gaming Siri 2020 ini adalah naik taraf dari model klasik Titan dan Omega 2018.

Kelebihan produk

  • Keselesaan maksimum
  • Binaan tahan lasak
  • Waranti yang lama
  • Mempunyai warna yang pelbagai mengikut citarasa masing-masing

Kekurangan produk

  • Harga pasaran yang mahal
  • Rupa & design setiap siri agak sama

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti Lebih setahun
Warna Pelbagai variasi warna
Material Tiga Pilihan Kain Pelapis: PRIME 0 Kain Kulit PU, Fabrik SoftWeave & Kain Kulit Napa Premium Campuran Busa Penawar Sejuk
Harga RM1702.00

KOSKIDO Alien Z

KOSKIDO Alien Z

Jika anda individu yang alergi atau alah dengan material kerusi yang diperbuat daripada kulit, makan anda haruslah memilih kerusi gaming Koskido Alien Z. Kerusi jenis ini dibaluti kemas dengan material jenis fabrik yang tidak panas untuk mengekalkan keselesaan walaupun duduk dengan tempoh lama. Kerusi boleh disandar sehingga 170 darjah yang buatkan posisi anda seperti berbaring. Koskido Alien Z juga selesa untuk melepaskan lelah seketika kerana boleh disandar sehingga 170 darjah sesuai untuk posisi baring.

Kelebihan produk

  • Penyandar lengan padded dan boleh laras sehingga 4 dimensi
  • Fabrik dan material tidak panas
  • Selesa dan kukuh
  • Boleh mengubah kedudukan penyandar lengan ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan mengikut keselesaan

Kekurangan produk

  • Harga pasaran yang mahal
  • Waranti tidak lama

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 1 tahun
Warna Coklat, jingga, merah dan kelabu
Material Fabrik bukan kulit
Harga RM529.00

TTRacing Duo V3

TTRacing Duo V3

TTRacing Duo V3 ini menampilkan rekaan badan serta tempat duduk kerusi yang agak lebar sekaligus dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Masih dalam harga yang mampu milik, tempat duduk Duo V3 ini boleh disandarkan sehingga 155 darjah ke belakang. Mekanismenya yang berbentuk ‘Butterfly’ pula menawarkan kestabilan yang lebih baik berbanding mekanisme kerusi konvensional. Mempunyai padded untuk meletak lengan dengan selesa.

Kelebihan produk

  • Material fabrik yang tidak panas
  • Harga berpatutan dengan ciri-ciri ‘kayangan’
  • Tempoh waranti yang panjang
  • Kerusi boleh disandar sehingga 155 darjah

Kekurangan produk

  • Tiada bantal lumbar
  • Tiada bantal belakang

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 2 tahun
Warna Hitam, merah & kelabu
Material Fabrik yang berkualiti tinggi seperti Carbon Fibre PU leather dan kain elastik berkualiti tinggi dari Itali.
Harga RM369.00

MYFURNITURELAB

MYFURNITURELAB

Kerusi gaming MYFURNITURELAB direka dengan bentuk elegan dan ergonomic. Kerusi jenama ini menjadi pilihan ramai kerana harga dipasaran yang murah dan menjimatkan. Reka bentuk kusyennya cukup besar untuk menampung individu dari pelbagai saiz dan ketinggian. Tempat duduk boleh disandarkan sehingga 150° darjah. Bangkunya pula boleh membuat pusingan penuh 360°. Dari segi struktur binaan, kerusi game ini dibina dengan menggunakan bahan tahan lasak yang berketumpatan tinggi.

Kelebihan produk

  • Tempat letak tangan yang boleh dilaraskan ketinggiannya.
  • Dilengkapi dengan tempat rehat kaki
  • Dapat menampung berat sehingga 150kg
  • Material tahan pudar dan mudah untuk dibersihkan

Kekurangan produk

  • Stok terhad
  • Datang dalam 2 warna sahaja

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 1 tahun
Warna Hitam & merah
Material PVC premium
Harga RM179.00

FIGHTER

FIGHTER

Kerusi gaming Fighter tampil dengan bantal tempat duduk, bantal lumbar dan sandaran kepala diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan keselesaan. Menggunakan rangka logam yang mantap supaya anda rasa lebih selesa walaupun duduk berjam-jam. Ketinggian tempat letak tangan boleh dilaraskan. Tempat duduk boleh disandarkan sehingga 180°, bantal kepala dan lumpar boleh ditanggalkan jika tidak diperlukan.

Kelebihan produk

  • Penyandar lengan boleh laras
  • Bantal lumbar fungsi urutan (rechargeable)
  • Menampung berat sehingga 180kg
  • Bahagian belakang dan tempat duduk yang empuk

Kekurangan produk

  • Tempoh waranti singkat
  • Kurang pilihan warna

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 1 tahun
Warna Hitam
Material faux leather & isian kusyen dari latex yang lembut
Harga RM379

WFurniture

WFurniture

Kerusi gaming WFurniture ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi dan mampu milik sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia gaming. Kerusi gaming WFurniture mempunyai fungsi tempat duduk boleh disandarkan sehingga 180°. Tempat letak tangan ‘4D’ boleh dilaraskan untuk memastikan anda lebih selesa setiap kali ingin merehatkan tangan atau bahu yang lenguh. Ketinggian kerusi juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pengguna. Bantal lumbar disediakan untuk memberi sokongan tambahan di sekitar kawasan pinggang.

Kelebihan produk

  • Harga bajet dan murah
  • Kaki kerusi kukuh
  • Kusyen tidak panas dan lembut
  • Tempat letak tangan ‘4D’ boleh dilaraskan

Kekurangan produk

  • Stok terhad
  • Penyandar lengan tidak boleh laras

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti Tiada
Warna Hitam & merah
Material PU leather
Harga RM199.00

SAKULA LR-920

SAKULA LR-920

Pasti ada yang perasan kerusi gaming jenama SAKULA LR-920 seakan sama dengan jenama AMZ Pro-High Back. Sekali lihat seperti tiada beza, namun kedua-duanya mungkin ada kelebihan tersendiri. Kerusi gaming SAKULA LR-920 didatangkan Bersama bantal sandaran kepala dan lumbar menggunakan fabrik yang diperbuat daripada kulit PV yang mudah dibersihkan. Sandaran tangan direka dengan bentuk ergonomik dan ketinggian yang ideal untuk memudahkan anda menggerakkan tetikus dan papan kekunci di hadapan PC anda. Anda pasti merasa lebih selesa sepanjang sesi permainan komputer.

Kelebihan produk

  • Bantal lumbar dan bantal kepala boleh dilaras mengikut kehendak anda
  • Roda kukuh dan diperbuat daripada material getah mengurangkan calar lantai
  • Kaki kerusi jenis besi yang kukuh & tahan lama
  • Menampung berat sehingga 180kg.

Kekurangan produk

  • Tempat duduk akan terasa panas jika duduk lama
  • Mempunyai rupa bentuk dan warna sama dengan jenama lain

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 1 tahun
Warna Hitam, Hitam/Putih, Hitam/Merah dan Putih/Merah Jambu
Material Kulit PV
Harga RM269

Tomaz Syrix II

Tomaz Syrix II

Tomaz Syrix II, sekali pandang terus jatuh cinta! Kerusi gaming premium ini dihasilkan khas untuk memberi keselesaan ketika bermain permainan komputer atau bekerja menghadap komputer untuk tempoh yang lama. Rekaannya sangat ekslusif dan cantik datang dalam 3 pilihan warna yang menarik iaitu hitam, burgundy dan coklat. Kerusi gaming Tomaz ini juga kukuh dan tahan lama. Tempat duduk Tomaz Syrix II boleh disandarkan sehingga 165 darjah.

Kelebihan produk

  • Didatangkan dengan bantal kepala & bantal belakang untuk keselesaan
  • Tempoh waranti yang lama iaitu 3 tahun
  • Penyandar, lengan dan ketinggian kerusi boleh laras.
  • Boleh menampung sehingga 160kg.

Kekurangan produk

  • Harga tinggi dipasaran
  • Reka bentuk sesuai untuk badan bersaiz kecil & sederhana

Spesifikasi produk

Tempoh Waranti 3 tahun
Warna Hitam, Coklat dan Burgundy
Material Fabrik
Harga RM697

Duduk di hadapan skrin komputer dengan postur badan yang tidak tepat sememangnya akan mengundang sakit di bahagian bahu serta belakang. Ini kerana kebanyakan pemain atau penyedia kandungan terpaksa menghabiskan masa di depan skrin dengan tempoh lebih empat jam sehari. Biasanya kalau duduk terlalu lama dalam posisi yang sama, pasti akan menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan di belakang. Secara tidak langsung menjejaskan tumpuan dan keseronokan ketika bermain game. Penyelesaian terbaik untuk masalah ini adalah dengan membeli kerusi gaming yang sesuai ketika menghabiskan waktu terluang ketika zaman pandemik ini. Selain itu, kerusi gaming juga sesuai untuk digunakan sebagai kerusi biasa. Sebagai contoh, jika disandarkan kerusi gaming boleh bertukar sebagai kerusi yang sangat selesa untuk menonton filem di Netflix.

Sekiranya anda baru terjebak dengan permainan komputer atau aktiviti lain yang memerlukan tumpuan yang tinggi, cuba cari keselesaan melalui kerusi gaming yang sesuai dengan postur tubuh sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan pendapat atau saranan individu lain, kerana setiap orang mempunyai bentuk fizikal yang berbeza. Walau bagaimanapun tidak perlu risau kerana kebanyakan kerusi gaming moden direka secara ergonomik untuk memastikan pengguna duduk dengan postur badan yang betul.



Related posts